Berani kerana benar

Posted by pipoq 17 May 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH dalam apa jua amal kebajikan yang kita kerjakan.

Pagi ni aku telah menjadi 'pengganas' yang telah menawan beberapa orang tawanan dalam kelas 1B. Kesemua 'tawanan' tersebut aku tahan sebab melanggar beberapa peraturan yang aku dah tetapkan ketika aku mengajar.

Sebagai seorang guru, aku sangat pantang kalau ada anak didik yang tidak menyiapkan kerja yang aku berikan. Kalau setakat bermain dalam kelas dan sebagainya tu aku boleh sabar lagi tapi bila tak siapkan kerja, memang aku akan pastikan mereka siapkan jugak biarpun sampai menangis air mata darah.


Beberapa orang 'tawanan' yang terkial-kial menyelesaikan kerja yang aku bagi tu aku tidak benarkan pulang walaupun waktu sesi persekolahan telah berakhir. Tiada sebarang alasan yang aku boleh terima disebabkan murid lain mampu menyiapkan kerja tetapi beberapa orang 'tawanan' ni tak menyiapkan kerja pulak.

"Ala, diorang kan budak-budak kecik lagi, berlembut la sikit cikgu".

Itu adalah salah satu ayat yang keluar dari seorang bapa kepada salah seorang dari orang 'tawanan' aku pagi ni. 

"Saya minta maaf encik, tetapi anak encik gagal untuk menyiapkan kerja yang saya berikan dalam tempoh satu jam sedangkan murid lain mampu menyiapkan kerja hanya dalam masa setengah jam"

Aku cuba untuk berdiplomasi dengan bapa murid tersebut yang kelihatan tidak berapa berpuas hati dengan tindakan yang aku kenakan terhadap anaknya.

"Tapi masalahnya sekarang kan dah habis waktu sekolah, sampai bila awak nak tahan budak-budak ni semua ?"

Hilang sudah panggilan 'cikgu' dan digantikan dengan 'awak' untuk membahasakan diri aku sebagai pendidik anaknya. Nampaknya mungkin api kemarahan sudah sedikit menyala.

"Saya hanya akan membenarkan mereka pulang apabila mereka sudah menyiapkan kerja yang saya berikan".

Aku memberikan jawapan muktamad dan rasanya dengan bahasa yang paling sopan sekali.

"Saya ada urusan lain lagi lepas ni, takkan nak tunggu jugak kot ?. Mana cikgu kelas ni ? Awak guru ganti je kan ?"

Bertubi-tubi soalan yang diajukan kat aku sambil tangannya dari berada dalam poket seluar kini dicekakkan dipinggan bagaikan lagak seorang samseng gayanya.

"Sekali lagi saya minta maaf encik, memang saya hanya guru ganti kerana guru kelas ni masih bercuti. Walaupun saya guru ganti, tapi saya ada beberapa peraturan yang perlu setiap anak-anak murid saya patuhi. Jadi selagi anak encik tidak menyiapkan kerja, encik terpaksa tunggu jugalah".

Kalau ikutkan nak jugak aku meninggi suara. Ingat aku gerun sangat la dengan lagak samseng macam tu. Tapi aku sabar je.

"Awak tu cuma guru ganti, jadi tak perlu la nak tegas sangat dengan budak-budak ni. Saya kenal dengan pengarah pendidikan tau, jangan sampai saya buat laporan".

Eh, marah betul rupanya bila anak dia terhegeh-hegeh nak siapkan kerja sampai kena tahan tak dibenarkan balik. Siap ugut aku pulak tu. 

"Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai pendidik. Kalau encik rasa tindakan saya salah, sila buat laporan tapi sebelum tu saya nak tanya encik sikit, encik pernah tak pesan pada anak encik agar menghormati guru ? Encik pernah tak pesan pada anak encik supaya menumpukan perhatian ketika dalam kelas ? Encik pernah tak pesan pada anak encik agar belajar dengan bersungguh-sungguh ?

"Untuk pengetahuan encik, ini bukan pertama kali anak encik saya denda kerana tidak menyiapkan kerja yang saya bagi. Untuk pengetahuan encik juga, anak encik ni jugak la yang paling kuat bermain ketika saya mengajar dan tidak pernah mendengar teguran saya".

"Encik pernah memeriksa buku latihan anak encik ? Anak encik pernah mengadu dirumah tentang saya memarahi dia di sekolah ? Dan kalau niat encik menghantar anak encik di sekolah ni supaya anak encik mendapat ilmu, itulah yang saya lakukan sekarang ni".

Panjang lebar aku memulangkan paku buah keras sampai terdiam beberapa ketika bapa murid tu. Aku tunggu jugak kot-kot dia nak membalas 'ceramah' percuma aku tadi tu.

"Along, cepat siapkan kerja cikgu bagi tu. Lain kali kalau kamu buat lagi macam ni, balik sendiri jalan kaki".

Jadi di pagi jumaat yang mulia ni, kami bersalam-salaman memohon maaf atas kesukaran yang terpaksa kami hadapi bersama. Aku tahu, tak semua ibubapa yang berfikiran macam tu. Ada ibubapa yang faham tindakan yang diambil oleh guru tehadap anak-anak didik mereka. Cuma sedikit sahaja yang mungkin terlalu mementingkan diri sendiri dan terlupa matlamat dan niat sebenar apabila menghantar anak-anak mereka ke pusat pendidikan.

Berani kerana benar. Bukan aku tak fikir hal orang lain. Aku sendiri pun kalau boleh nak balik awal je. Tapi demi memastikan anak-anak didik aku memahami betapa pentingnya displin dalam belajar, biarlah sedikit perit yang terpaksa aku telan asalkan di masa hadapan mereka akan sedar keputusan yang aku ambil itu adalah untuk kebaikan mereka juga.







Hargailah guru kita

Posted by pipoq 16 May 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.

Selamat hari guru buat semua insan yang bergelar pendidik tak kira walau dimana juga anda berada.


Masa aku bergelar pelajar dulu memang jarang-jarang sangat aku fikir pasal menyambut hari guru ni. Asyik fikir bila nak cuti sekolah je. Dan aku tak mengerti pun kepentingan sambutan hari guru ni.

Sekarang ni baru terfikir semua tu. Bukan sebab aku kini telah bergelar warga pendidik tapi perlunya kita untuk menghargai jasa-jasa guru yang mendidik kita walau diperingkat mana pun.

Sejak aku bergelar warga pendidik ni cuma satu keutamaan yang sering aku fikirkan bila berhadapan dengan anak-anak yang diamanahkan oleh ibubapa. Menyediakan anak-anak itu dengan pengisian rohani dan ilmu yang bermanfaat untuk mereka berhadapan dengan masa hadapan.

Ada ibubapa yang meletakkan seluruh tanggungjawab mendidik kepada guru hingga anak-anak merasakan kehadirannya ke sekolah hanyalah sekadar memenuhi kehendak ibubapa mereka sahaja.


Aku yakin tiada seorang pun guru yang sanggup untuk mengabaikan anak-anak didik mereka. Biarpun degil atau nakal macam mana pun, pasti ada sekelumit perasaan untuk melihat anak didiknya berjaya.

Kejayaan anak-anak didik itulah yang menjadi peniup semangat kepada seorang yang bergelar guru untuk meneruskan usaha mendidik generasi mendatang.

Kegagalan anak-anak didik jugalah menjadi penguat usaha seorang guru untuk memastikan kesilapan dan kesalahan dalam mendidik dapat diperbaiki dimasa akan datang.

Hargailah guru yang telah mendidik kita menjadi kita sekarang ni. Walaupun mungkin peristiwa didenda masih utuh terkesan dalam minda dan memori, jangan kita lupakan ilmu yang diajarkan kepada kita yang menjadikan kita hari ini.



p/s : Terharu bila menerima hadiah dari anak-anak murid.







Cantik

Posted by pipoq 15 May 2013



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.









Memasak bersama Wardina Saffiyah

Posted by pipoq 10 May 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah-mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.

Cilantro Culinary Academy adalah salah satu pusat pengajian bagi bidang masakan yang terdapat di negara kita ni. Kalau nak jadi seorang chef yang hebat, boleh la cuba mendaftarkan diri bagi mengikuti kursus yang disediakan.

Electrolux pula satu jenama yang mungkin tidak asing lagi bagi kita di Malaysia ni sebagai salah satu jenama pengeluar perkakasan rumah terutamanya peralatan elektrik. 


Happiest Moment pulak adalah satu program pertandingan yang dianjurkan oleh Electrolux, Cilantro Culinary Academy dan Wardina Saffiyah. Rasanya tak perlu la aku nak memperkenalkan siapa Wardina Saffiyah tu ye tak ?

Sebenarnya disini aku nak mengajak ibu-ibu bapa-bapa untuk bersama-sama memeriahkan pertandingan Happiest Moment ni. Senang je nak menyertakan diri. 

(1) Klik 'Like' pada laman yang tertera dibawah ni.


(2) Muatnaik gambar anda bersama anak-anak menikmati saat-saat bergembira dirumah. 

(3) Isikan butiran diri kemudian 'submit'. 

Masa aku submit mula-mula dulu dalam 24 jam jugak baru gambar yang kita muatnaik tu dikeluarkan dalam galeri undi.

Bila gambar kita dah ada dalam galeri undi tu, boleh la mula berkempen untuk mendapatkan undian 'like' terbanyak bagi gambar yang kita muatnaik tu. Pastikan penyertaan yang kita hantar tu berada dalam kedudukan 'top 30' sebelum 7 yang bertuah akan dipilih oleh pihak Electrolux dan Wardina Saffiyah sendiri.

Hadiah yang ditawarkan menarik jugak. Selain sumbangan barangan perkakasan elektrik berjenama Electrolux, pemenang juga berpeluang membawa anak untuk sama-sama mengikuti kelas memasak di Cilantro Culinary Academy bersama Wardina Saffiyah dan anak beliau disana.


Dikesempatan yang ada ni jugak, aku ingin memohon kesudian rakan-rakan untuk memberikan undian pada gambar yang aku pertandingkan seperti diatas ni. Terima kasih kepada yang sudi memberikan undian untuk aku.





Betul biar bertempat

Posted by pipoq 09 May 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua rakan pengunjung yang dikasihi mudah-mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.

Manusia memang suka merungut. Ada saja yang tak kena. Selagi tak memenuhi kemahuan hati, pasti akan ada sahaja rungutan yang kedengaran. Contohnya seperti yang aku alami sewaktu bercuti pulang ke Sabah bulan lepas. 

 

Bagi rakyat yang kurang berkemampuan nak terbang, aku lebih selesa memilih perkhidmatan penerbangan AirAsia kerana pada aku ianya lebih menjimatkan bujet perjalanan balik ke kampung.

Memang banyak rungutan pelanggan bermula dari kemudahan di LCCT sampai la penerbangan AirAsia tu sendiri. Siapa yang tak tau kepadatan LCCT sekarang ni. Memang tak banyak bangku yang disediakan diluar LCCT tu sebab LCCT tu bukan tempat kita boleh nak bersantai.

"Mahal betul barang kat kedai di LCCT, medan selera pun mahal". Tak jadi masalah pun kalau kita tak mengada-ngada nak membeli kat premis jualan sekitar LCCT tu. Tu pun nasib baik ada rangkaian restoran makanan segera yang mengekalkan harga patut kepada pelanggan. Boikot ? Kalau macam tu, bawak je bekal makanan dari rumah lain kali.


"Kaunter mengimbas bagasi sesak, beratur pun macam tak beratur je".  Itu mungkin benar kerana penumpang terpaksa beratur dalam keadaan kurang sistematik tapi tak jadi masalah kalau  para penumpang yang nak mengimbas bagasi tu beratur dengan sopan dan tak memintas orang lain dihadapan.

"Kaunter daftar masuk pun sesak kena beratur panjang, dah bayar tiket tapi kena bayar lagi kat sini". Nak mendaftar masuk di kaunter terpaksa kena bayar pulak tu ? Maju la sikit. Sekarang kan dah boleh daftar masuk secara dalam talian secara percuma. Jadi la pengguna bijak sikit. Kalau tak pandai, minta la bantuan.

"Terminal kaunter daftar masuk panas, diorang ni tak pasang kipas ke ?". Kita bukan nak melepak lama-lama kat situ pun. Daftar masuk, daftar bagasi lepas tu masuk la ke balai berlepas. Kat situ baru la selesa sikit. Kerusi pun banyak. Ada penghawa dingin. 


"Apa ni ? Penerbangan lewat dua jam pulak dah". Bersyukur la kalau penerbangan tu lewat disebabkan ada masalah teknikal pada kapal terbang atau masalah cuaca. Cuba bayangkan kalau pihak penerbangan tak ambil peduli faktor risiko yang terpaksa dihadapi. Tengah berada 30 ribu meter dari paras laut lepas tu enjin kapal terbang tu tak boleh nak 'start'. 

"Penerbangan dibatalkan la pulak, terpaksa la tidur kat kaki lima je". Siapa suruh tak nak beli perlindungan insuran masa tempah tiket tu. Jadi jangan sedih la kalau terpaksa tidur diterminal sedangkan penumpang lain yang dilindungi insuran boleh dapat bilik hotel yang selesa.

"Mahal giler makanan dan minuman dalam kapal terbang tu". Itu la pasal, siapa suruh tak nak makan masa sebelum naik kapal terbang. Lagipun kalau setakat perjalanan dua tiga jam tu, takkan tak boleh nak tahan sikit lapar tu. Dan kalau tak tahan sangat, terima je la kenyataan takde restoran makanan segera atau penghantaran makanan kat atas sana tu.


"Tempat duduk sempit betul". Berapa harga tiket yang kita bayar ? Kelas penerbangan apa yang kita tempah ? Berpada-pada la ye tak ? Kalau nak luas selesa, jangan la pilih penerbangan tambang murah. Beli je penerbangan perkhidmatan lain yang kita boleh pilih untuk duduk dalam kelas pertama atau kelas perniagaan yang lebih selesa.

"Patut la tambang murah, perkhidmatan pun murahan". Apa lagi yang kita nak ? Nak menyewa rumah bayar RM300 sebulan tapi nak rumah yang ala-ala mahligai ? Bersyukurlah dengan adanya perkhidmatan tambang murah macam AirAsia ni sekurang-kurangnya merasa jugak nak naik kapal terbang.

Memang ada pepatah "pelanggan sentiasa betul" tapi betul tu biarlah bertempat. Ingat, bersyukur selalu dengan rezeki yang ALLAH bagi pada kita. Apa yang kita ada tu, semuanya ujian. Merungut mencari kesalahan orang lain je membuatkan kita boleh jadi manusia yang tak bersyukur akhirnya.




Ro Mim Ba Wau Ta

Posted by pipoq 08 May 2013



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. 







Kalau tak puas hati .....

Posted by pipoq 07 May 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan pengunjung yang dihormati mudah-mudahan kita diberkati dan dirahmati ALLAH.

Bahang pilihanraya umum ke 13 sudah berlalu. Tapi masih ada lagi saki baki bara yang tak pandai nak padam sendiri malah ada yang dicurahkan minyak bagi menyalakannya dengan lebih marak.


Setiap kali pilihanraya mesti situasi yang sama. Ada saja masalah yang berlaku. SPR tidak telus la, undian disabotaj la, menang sebab pengundi hantu la, kalah sebab teraniaya la dan sampaikan bangla pun popular sama. 

Dan sampai bila situasi macam ni nak berakhir, aku sendiri pun tak tahu. Sudah pasti andai suatu masa nanti bila yang kalah ditakdirkan menang, mesti yang dulunya menang kemudian kalah akan buat perkara yang sama jugak.

Tapi biasa la tu. Asalkan melibatkan undian untuk menang mesti ada je yang tak puas hati. Dan macam-macam cara pulak untuk menentukan kemenangan kalau guna kaedah undian ni.

Itu pun ada pulak nak menuntut pilihanraya diadakan sekali lagi. Ingat senang ke nak balik kampung kalau yang jauh tu ? Dan kalau ditakdirkan kalah jugak adakah nak menuntut lagi supaya pilihanraya diadakan sekali lagi sampai menang baru la tak menuntut ?

Aku tau ada yang mengundi kerana parti dan mahukan partinya menang. Tapi dalam ramai-ramai pengundi tu, ada juga yang mengundi kerana mahukan calon yang dipilih tu dapat menjalankan tanggungjawab setelah dipilih.

Kita sebagai rakyat walaupun mungkin tak berpangkat tapi siapalah mereka tanpa kita sebenarnya. Dan perlu kita tahu, sebagai rakyat yang melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin, kita ada kuasa untuk menuntut hak kita sebagai rakyat.


Janganlah kita hanya terikut-ikut dengan latah orang lain secara membuta tuli. Ingat, takdir kita di dunia ni semuanya telah ditentukan ALLAH bukan ditentukan oleh calon parti yang kita pilih tu.

Apa yang penting, hidup kita jangan terpesong dari jalan yang lurus. Sentiasa muhasabah diri untuk memperbaiki segala kesilapan dan kesalahan kita sendiri daripada kita sibuk mencari kesalahan orang lain.

Menang atau kalah, masing-masing ada tanggungjawab mereka untuk rakyat. Terlaksana atau tidak, kita sendiri boleh menilainya. Kalau tak puas hati jugak, jom kita pindah ramai-ramai ke Korea Utara. Hehehehe...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...