31 December 2010

ceriakan dunia ku

  13 Komen    
Semalam hari sedikit mendung. Mendung kat luar rumah ditambah mendung kat dalam rumah sekali. Mendung yang kat luar rumah tu sebab hari nak hujan. Mendung yang kat dalam rumah tu pulak sebab anak aku kedemaman dan tak berapa ceria sangat.

Menjelang petang lepas asar tu, ada la senyum senyum sikit. Pehtu ajak aku keluar main kat padang. Biar betul ? Layankan je la. Aku bawak dia pegi padang permainan yang ada padang bola sekali, dua pusingan dia lari keliling padang tu. Macam tak demam je budak ni. Hehehe..

Tapi malam tadi badan dia jadi panas semula. Makan pun tak lalu. Kepenatan kot. Lepas makan ubat terus dia tidur. Tak lama pun, lebih kurang jam sebelas dah bangun tidur sebab nak tengok Misi Yaya. Ahahaha..demam demam pun tak lupa misi Yaya dia tu. 

Pagi tadi sebelum aku keluar pegi rumah DS, dia tidur lagi. Aku pegang badan ngan kepala dia dah normal je rasa tak panas macam semalam. Tengahari aku balik rumah, dia dah melompat macam selalu. 




Alhamdulillah dah sihat kembali anak aku ni. Kalo semalam monyok je, hari ni dah ceria semula. Dan aku pulak kalo semalam terselamat dari menjadi 'mangsa buli' anak aku, hari ni disebabkan dia dah sihat maka aku akan dibuli kembali. Huuu..





30 December 2010

bila si kecil demam

  8 Komen    

Perancangan untuk hari ni semuanya telah dibatalkan. Tiba tiba pulak anak aku panas badannya dan sedikit lesu mungkin tak selesa dengan keadaan badan yang agak panas.

Manjanya pulak menjadi jadi sejak dari bangun tidur pagi tadi. Kalo sebelum ni asyik nak mintak layanan VIP je dari aku, hari ni dah naik pangkat sikit dah jadi VVIP. Aku layankan je sebab sape yang tak sayang anak wei.

Tadi aku masakkan sup ayam pun tak abis dihirupnya. Tak tau la tiba tiba je leh demam ni. Patut la malam tadi asyik nak mintak menyusu je dari mama dia. Sekarang ni dia tengah tidur je. Ingatkan tadi nak bagi dia makan ubat sikit, tapi lepas je menyusu ngan mama dia terus lak lena. Aku pun kalo time demam memang memanjang nak layan tidur je. Ni pun rasa macam nak tidur je tapi bukan sebab aku pun demam, cuma rasa mengantuk sebab malam tadi lewat tidur. Hehehehe...






29 December 2010

sekeluarga hangus di Lost World of Tambun

  16 Komen    

Sadis giler tajuk entri aku ni. Dah macam tajuk nak menjatuhkan reputasi LWoT tu pulak. Kang tak pasal pasal je aku kene saman ngan Sunway Resort. Jangan gelabah lak, sebenarnya takde la sampai hangus pun. Cuma sedikit pertukaran warna kulit akibat dibakar panas matahari sewaktu aku dan keluarga menghabiskan duit dan masa di Lost World of Tambun ahad lepas.


Punya la bersemangat hari tu nak pegi layan main air kat sana sampai tak mandi pagi pun kat rumah. Ahahaha..konon jimatkan air. Basuh muka, gosok gigi je kat rumah pehtu jam 9.30 pagi terus bertolak pegi LWoT. Tak jauh pun dari rumah aku, dalam 15 minit dah sampai. Punya la ramai orang seawal pintu bukak jam 10 pagi tu. Lagipun hari tu kan ahad, memang berduyun la orang.




Yang paling bersemangat sekali tak lain tak bukan anak aku ni la. Kalo hari biasa tu selagi belum jam 11 nak ke tengahari jangan harap nak bangun tidur. Eksaited giler dia sampai tak sabar sabar nak masuk. Tiket masuk pun boleh tahan la cekik darah. Hahaha..tapi aku dapat diskaun sikit sebab gunakan keahlian kad The Store. Wahh..tak sia sia gak la kad Adibah Nor tu. Hahaha..




Bayangkan la dari jam 10 pagi tu sampai nak dekat jam 6 petang baru kitorang keluar. Kebetulan pulak hari tu memang cuaca tersangat la indahnya. Macam orang tak pernah jumpa air, sanggup berjemur sampai naik terbakar kulit dek terik matahari tu. Dah penat berhanyut ngan pelampung tengah panas tu, pegi layan Petting Zoo ngan anak aku pulak. Tapi sebab hempon aku sikit bengong hari tu jadi aku tak dapat la nak ambik gambar banyak sangat. 




Malam tu, memang kitorang tak larat giler. Makan malam pun beli kat luar je. Kesimpulannya, setelah bergumbira sakan kat LWoT tu kitorang balik dengan kulit yang sedikit gelap. 








28 December 2010

ke mana ku pergi ?

  3 Komen    

Cuti aku tinggal berapa hari je lagi. Sama la macam bebudak sekolah, lagi berapa hari je lagi nak mengadap buku semula. Dalam masa cuti ni memang aku agak sibuk sikit sampai kesuntukan masa untuk masukkan entri segar. 


Mane taknya, kalo tak pegi keluar berjalan ngan family, aku sibuk melayan anak aku kat rumah je. Anak aku tu pun dah jadi macam tuan puteri je pulak. Aku ni jadi khadam. Ahahaha..Kesian tul kat mama dia tu sebab tak diperdulikan pun kecuali masa nak tidur je baru dia cari mama dia.


Dua tiga hari ni jugak aku kurang berkesempatan nak melawat blog blog rakan yang lain. Al maklum la aku ni agak merajinkan diri bukak satu persatu, baca entri pehtu kalo sempat aku komen la atau tinggalkan jejak je. Kengkadang tu tak sempat gak nak abiskan lawatan. Baru seminit aku duduk depan laptop ni, tuan puteri dah menyelit mintak perhatian. 


Hari ni pulak dari awal pagi sampai ke petang hujan turun tak henti. Eh, ada la berenti sekejap tapi peh tu sambung semula turunnya. Cadang tadi nak pegi Stadium Indera Mulia jalan jalan cari makan kat Perak Food Fest, tapi dah ujan tak mengizinkan mungkin perancangannya berjalan esok je. Lepas tu, nak pegi mane pulak aku pun tak tau lagi.








25 December 2010

maaf itu sorry

  14 Komen    

Huu..dua tiga hari ni aku sedikit sibuk. Walaupun tak sibuk dengan kerja tapi aku menyibukkan diri untuk keluarga. Tu pun aku rasa tak cukup sibuk lagi. Ntah cukup ntah tak masa yang aku luangkan untuk keluarga ni. 


Anak aku tu pulak makin hari makin manja ngan aku. Sampai nak melekat je ngan aku dari bangun tidur sampai la nak tidur semula. Ngan mama dia cuma nak melekat masa nak lelapkan mata je. 


Entri dua tiga hari ni pun kalo disedari agak kelam kabut sikit. Ye la, sambil nak mengejar lawatan ke laman jiran tetangga, sambil nak layan anak aku, sambil nak update entri, sambil nak layan wifey aku gak. Kalo ada yang tak sempat aku nak singgah atau tinggalkan bekas tu, harap maaf la ye. 


Esok tak pasti lagi, tapi tadi peh selesai mengajar anak DS, aku dapat sikit habuan dari DS. Katanya untuk bawak anak isteri aku pergi bercuti hujung minggu. Wahh..macam durian runtuh lak. Mungkin pagi nanti peh matahari dah segalah, kitorang nak pegi layan sampai petang kat Lost World of Tambun. So sekarang ni dah hampir jam 130 pagi, aku nak tidur dulu la. Simpan tenaga. Hehehe..lagipun jaringan berukben aku agak lembab sikit malam ni. Mungkin sebab pakcik santakelos sibuk ber'ho ho ho' kat atas sana tu. 



24 December 2010

kembali ke sekolah [3]

  3 Komen    

Semalam seharian aku melayan anak aku punya karenah. Dari pagi sampai la ke malam. Lepas zohor semalam, kitorang pegi jalan jalan kat tesco sebab wifey aku ajak cari barang untuk buat hadiah harijadi anak buah kitorang kat Sabah sana tu.


Sampai jam 6 lebih baru balik rumah. Tu pun siap anak aku tu mengamuk sebab tak dapat ape yang dia nak. Hehehe..bukan aku tak nak belikan tapi masalah mesin ATM tu yang tak nak keluarkan duit. Koman tul la. Ada 5 mesin ATM kat situ, semua tak leh pakai. Silap aku gak sebab bawak satu kad je. 


Ni pun baru la ada masa sikit peh anak aku masuk bilik nak tidur. Kira pecah rekod gak la dia hari ni tak tidur siang. Tapi malam ni lupa lak dia kat misi Yaya dia tu. Hehehe..


Ok la, sambung sikit kenangan masa sekolah dulu. Dalam jadual belajar kat sekolah tu, yang paling aku suka mata pelajaran yang ke lima iaitu waktu rehat. Hehehe..Happening giler kalo waktu rehat ni.


Aku bukan la salah seorang ahli penderma kantin sekolah sebab memang sejak dari tadika lagi mak aku dah biasakan kitorang adik beradik dengan bawak bekalan makan waktu rehat dari rumah. Kira lengkap dengan air + makanan la. Kalo mak aku punya masakan, memang nombor satu di dunia. 


Lagi meriah lak bila bukan aku sorang je yang bawak bekal dari rumah ni, ada gak geng lain yang bawak sama. Jadik kengkadang tu kitorang akan berkongsi lauk atau bertukar tukar makanan la. Lokasi lak mane best layan kat kantin, mesti la romantik sikit. Tu dia, tepi padang sekolah kat bawah pokok. Dah macam berkelah je pulak.


Satu lagi kelebihan bawak bekal macam aku ni, bila rasa dahaga je dalam kelas tu masa cikgu tak masuk kelas lagi pandai pandai la curi curi minum. Memang menjeleskan bebudak lain la tambah lak kalo siap bunyi hirup yang menggoda tu. 


Sampai ke darjah enam gak la aku masih meneruskan aktiviti membawa bekal ke sekolah ni. Memang jimat abis bapak aku tu. Lagipun aku memang ala ala anak manja sikit ngan mak aku. Kengkadang tu siap leh buat permintaan nak bawak ape gi sekolah esoknya. Mak aku ni pulak memang chef terhebat dunia, cakap je nak makan apa semua leh disediakan. 


Zaman sekarang ni aku tak tau la pulak camne. Kalo aku tengok adik aku dulu masa sekolah pun, takde pulak nak bawak bekal macam aku. Bajet malu la konon. Ceh, padahal aku lagi kacak ni pun tak malu nak bawak masakan mak sendiri gi sekolah. 


Kalo dulu tu, nasik lemak kat kantin tu mungkin harga 20 sen je. Sekarang ni aku dengar dah sampai RM1 sebungkus. Hehehe..memang bungkus la mak bapak kalo anak jenis nak makan kat kantin je. Zaman aku dulu, bapak aku bagi belanja sehari 20 sen. Satu sen pun aku tak pergunakan. Zaman sekarang ni aku dengar, sehari nak bagi duit belanja kat anak paling koman RM2. Wahh..kalo cam tu, anak aku nanti wajib la aku bagi bekal je siap dari rumah. Hehehe..kalo tak, mau aku yang bungkus. 



22 December 2010

kembali ke sekolah [2]

  16 Komen    
Tak cukup lama aku mengukir sejarah kat sekolah SKPTD tu, bapak aku buat keputusan untuk ambik skim persaraan awal. Bukan tu je, malahan bapak aku bercadang untuk berpindah ke negeri Perak lak.


Aku yang tak reti apa pun pasal nak pindah ke, bersara ke, ikutkan je. Lagipun masa tu waktu cuti hujung tahun. Tak sempat pun aku nak jumpa kawan kawan lama sebelum berpindah tu. Masa tu asyik pikir syioknya nak pegi tempat baru.


Bila dah berpindah ke negeri Perak, maknanya aku mesti la berpindah sekolah jugak. Dan di sini la tempatnya aku melakar balik sejarah persekolahan dalam hidup aku. Cuma kali ni sedikit kejutan budaya la. 




Tu dia sekolah rendah aku yang kedua. Sekolah kebangsaan Sungai Tungku, Teluk Intan. Memula aku masuk sekolah ni memang makhluk asing tul aku rasa. Mane tak nye, takde sorang pun yang aku kenal kat situ. 


Tapi tak lama pun aku jadi makhluk asing tu. Tak sempat sebulan aku masuk sekolah ni, dah jadi hero gak la. Aku belajar kat sekolah ni sampai abis darjah enam. Dan sejak reputasi aku yang buruk masa darjah satu dulu tu, mak aku habis habisan mengetatkan jadual aku belajar.


Berkat ketekunan belajar dan kenakalan perangai di sekolah, akhirnya boleh gak la aku ni tergolong dalam golongan pelajar yang berjaya. Hehehe..


Kenangan aku kat sekolah ni ? Banyak sangat kalo nak diceritakan. Sebab sekarang ni mood aku berada hampir pada paras 'M', mungkin lain kali la aku citer sikit sikit kenangan bersekolah kat sini. 






* mata aku ngantuk giler, tapi nak teman anak aku tengok TV [dia tunggu 'misi YaYa' kat astro ceria jam 1.30pagi] ni terpaksa la aku buat sesuatu yang tak memejamkan mata.





21 December 2010

kembali ke sekolah

  14 Komen    
Seronoknya kalo mengenang kembali waktu zaman mula mula sekolah. Dari memula kenal bilik kelas sampai la kenal semua huruf huruf. Untuk episod entri mendatang ni aku nak kongsi sikit pasal zaman sekolah aku dulu. 


Aku mula kenal kerusi meja kelas ni masa tahun 1985 di mana aku telah didaftarkan oleh mak bapak aku untuk belajar di Tadika Islam kat Masjid Jamek Pekan Sg. Besi Kuala Lumpur. Kat tadika ni la aku mula belajar membaca, mengira, menulis, menghensemkan diri dan memacam la lagi. 


Gambar Tadika Islam Masjid Pekan Sg Besi yang aku cilok dalam google
Kat tadika ni jugak la aku banyak belajar ilmu agama yang jadi bekalan hidup aku untuk ke akhirat. Seronok giler belajar kat situ. Paling seronok masa ujian akhir tahun, aku dapat nombor dua dari keseluruhan pelajar kat situ. 

Peh abis tadika tu, aku mendaftar lak masuk ke Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat Sg. Besi. Maklum la, bapak aku kan sojar. Duduk pun kat Kem situ. Masa memula masuk sekolah darjah satu ni tak la cuak sangat sebab dua orang kakak aku pun belajar kat situ gak.



Alamak, tak jelas lak gambo lencana sekolah aku ni. Hehehe..Kelas aku masa darjah satu, namanya kelas satu kuning. Zaman dulu mane de nama glamer sangat. Kebanyakannya guna nama kaler je. 




Kat sekolah ni aku suka bukan sebab apa pun, satunya dekat dengan padang latihan tentera. Kekadang tu kalo sojar sojar tu wat latihan, mesti kitorang leh nampak. Ada sekali tu helikopter nuri tu landing kat padang sebelah sekolah ni. Memang jakun giler la. 


Aku pegi sekolah ni jalan kaki je. Tak la jauh sangat sebab aku duduk kat rumah flat dalam kem tu jugak. Cuma masa aku darjah satu ni reputasi kebijaksanaan aku sedikit tercalar la sebab masa ujian akhir tahun, aku dapat nombor 30 dari 33 orang dalam kelas. Hahaha..tak la teruk sangat kan ?


Kenangan kelas 1 Kuning. Hensem tak aku ?


Camne pun, sekolah ni banyak mengukir kenangan dalam hidup aku. Ye la, kat sini la aku belajar mengutip ilmu dan pengalaman semua. Tapi aku tak lama pun kat sekolah ni sebab bapak aku amik keputusan pencen awal pehtu berpindah ke Perak lak. Nantikan sambungan kembali ke sekolah ni dalam entri akan datang.


Ni saje aku nak letak lagu tema sekolah aku tu sebagai tanda penghargaan. Hehehe...


belajar terus belajar
cogankata sekolah kita
sk pengkalan tentera daaaaarat s
ekolah yg dibanggakan
kita selalu bersatu
belajar dan beramal
teguhkanlah iman
hormati guru
taat perintah raja
negara yg tercinta
menjadi rakyat yg berguna
rakyat malaysia

jeng jeng jeng....lalalalaaaa..

20 December 2010

macam siput ...

  10 Komen    

Sebenarnya sejak dari semalam lagi sambungan aku ke alam maya ni agak terbantut. Penyambungannya sungguh tak menggiurkan. Aku telah kehilangan hampir 50% kederasan kemampuan untuk memuat turun segala isi laman jaringan internet ni. Dan oleh kerana itu jugak, perjalanan lawatan aku ke laman laman blogger lain sedikit terbantut. 


Walaupun aku masih dapat melakukan rutin lawatan, cuma ada beberapa laman yang aku tak dapat nak tinggalkan jejak sebab 

  • Laman tu terlalu banyak sangat widget, susah nak muat turun.
  • Sambungan berukben aku yang macam siput ni tersangat menderita nak mengeluarkan kotak jerit laman yang banyak hiasan tu.
Hari ni pun berkeadaan yang sama gak, jadi aku mintak maaf la kalo ada yang tak perasan kalo aku datang melawat tu ye. Walau begitu, terima kasih kepada Budak Botak 11 yang telah mengajar sesuatu yang jahat berguna untuk aku yang kehabisan bandwith. 


Mungkin sebab tu terjadinya masalah aku ni. Hahaha..sib baik la ada Budak Botak 11 ni, kalo tak jenuh gak aku nak meraban melawat sana sini.

19 December 2010

suatu masa dahulu

  14 Komen    

Sekarang ni musim cuti sekolah dan musim hujan melanda negara tercinta kita ni. Bagi suri-suri rumah, musim hujan camni selalu buat diorang tensen sebab nak kene kejar pakaian kat ampaian kalo tetiba hujan turun. Bagi budak budak skolah lak, musim cuti camni la memacam aktiviti leh nak buat.


Masa zaman aku sekolah rendah dulu, bila cuti hujung tahun je memang tak sabar nak tunggu. Maklum la sebulan tak yah nak berkayuh basikal pegi sekolah. Hari hari boleh bangun tidur lambat pehtu pegi main ngan kawan kawan. Tapi ada gak yang kecut perut bila tiba cuti sekolah hujung tahun ni. Terutama yang bebudak lelaki ni. Mane taknye, mak bapak dah siap booking tok mudim nak kasik potong itu muncung. Hehehe


Satu perkara lagi yang menyeronokkan bila cuti sekolah ni bila pihak sekolah ada buat rombongan lawatan. Aku ingat lagi rombongan sekolah pertama yang aku join masa darjah tiga. Masa tu sekolah buat rombongan tiga hari dua malam pegi Kuala Lumpur ngan Melaka. Eksaited giler aku masa tu bila bapak aku bagi aku ikut rombongan tu. Tambah lak kebanyakan geng aku pun ada pegi sama. Memang berkobar kobar la semangat dibuatnya.


Tapi mungkin sebab masa tu masih lagi berjiwa kanak kanak ribena, ikut rombongan tu rasa cam pegi suka suka je. Cikgu bawak pegi masuk zoo negara, aku ngan geng aku bukan nak tengok haiwan zoo tu tapi sibuk layan makan aiskrim je.


Masa pegi Melaka lak bila malam cikgu suruh kitorang tidur, kitorang bantai gi main 'galah panjang' kat gelanggang sekolah yang kitorang tumpang tidur tu. Akibatnya masing masing mata kuyu tak bersemangat je masa lawatan siang tu. Tapi sib baik la cikgu yang bawak kitorang tu sempoi giler. Peh dah penat penat melawat sana sini, dia bawak lak kitorang gi singgah mandi laut kat Tanjung Bidara. 


Maklum la masa tu kan kanak kanak ribena lagi. Nampak laut tu cam tak pernah jumpa air seumur hidup. Bukak baju bukak seluar bukak sependar pehtu tukar seluar pendek je terus serbu laut tu. Bila dah ramai ramai buat kecoh tu, ada sorang kawan aku ni secara gurauan ganas main tarik tarik seluar. Dan aku menjadi salah sorang mangsa gurauan. 


Bayangkan la tengah lari lari kejar mengejar kat pantai tu depan bebudak pompuan sekolah aku, seluar aku ditarik dengan ganasnya sampai membuatkan bebudak pompuan yang ada kat situ terjerit hiruk pikuk terlihatkan sesuatu yang tak sepatutnya dilihat. Sib baik la diorang nampak belakang je. Abis tercemar keayuan bontot aku jadi tatapan. 


Cuma aku heran gak, masa tu tak la rasa malu sangat. Darjah tiga la katakan. Sambil gelak gelak je aku betulkan seluar pendek aku tu. Tapi bila dah balik rumah peh rombongan tu tinggal dua tiga hari lagi sekolah nak bukak, secara tiba tiba aku merasa kemalu-maluan lak nak jejak kaki masuk kelas bila sekolah bukak nanti. 


Sib baik la kes penampakan bontot aku tu tak jadi gosip panas kat sekolah. Cuma kekadang aku perasan gak ada dua tiga budak pompuan yang nampak aku je senyum senyum. Hampeh tul. Bila aku cerita kat mak aku pasal tu, mak aku cakap ape ? "Siapa suruh tak pakai sependar".


Aiyark..lambat la mak aku bagi nasihat tu. Aku tak tau pulak undang undang nak mandi laut kene pakai sependar. Apa boleh buat, benda dah nak jadi. Malu..aku malu...



18 December 2010

caca marba

  13 Komen    
Permulaan hari ni sangat menyengat tulang. Pagi subuh lagi dah hujan turun. Sikit lagi aku malas nak pegi kerja. Hehehe..Alhamdulillah, hujan tu kan rahmat. Sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja, aku meredah hujan dengan jayanya. Sejuk siot.


Bila musim hujan camni, paham paham je la. Suhunya turun sampai takde la negetif. Kang turun salji kat Ipoh ni ape pulak kata orang. Mandi pagi tadi pun terketar ketar dah. Sampai tali perut aku pun terasa menggeletar akibat kesejukan hampir maksimum. Dan kesannya terhadap diri aku ...


Ni la kesannya. Kesian tul kan. Tak pasal pasal je aku menjadi peniup trompet hari ni. Sekarang ni pun masalah masih tak selesai. Leceh tul la bila hidung berlari ni. Bukan masalah hidung berlari je yang aku nak kene kontrol sekarang ni. Satu lagi masalah bila aku terlalu sejuk pepagi ni, perkara leceh satu lagi ni.

Aku pun tak tau la apesal kalo aku rasa sejuk sangat pepagi ni mesti sistem perkumuhan aku ni macam terjejas sikit. Agaknya sebab kecut perut menahan sejuk kot. Selalu sangat camni. Tensen tul la. Dah la hidung berlari, ngan aku sekali nak kene berlari lari masuk bilik kecik tu. 

Pagi tadi aku melawat bilik belakang. Terperanjatnya aku sebab salah satu santapan yang aku jamu untuk si comel telah tiada di situ. Apa yang telah berlaku ? Siapa yang telah mengambilnya ? Lansung takde kesan tapak kaki ke, tapak tangan ke, cuma santapan tu je lesap. Serta merta otak aku berhalusinasi.

 
Apakah si comel telah menjadi sebijak begini hingga dapat memperdayakan aku yang boleh dikategorikan sebagai makhluk yang bijak jugak ?

Atau pun ...


Oh tidakkk...mungkin ini hanya khayalan aku semata mata. Tapi, siapa yang ambik santapan tu ? Adoii..maaf ye, aku terpaksa ke bilik kecil sebentar.

 

17 December 2010

perancangan tak terancang

  17 Komen    

Tak lama lagi kerja aku akan tamat untuk tahun ni. Berapa hari je lagi ni dah boleh yippiyayee. Setelah berhempas pulas sepanjang tahun, nak jugak kene bagi hiburan sikit kat tubuh badan yang telah berjasa ni. 

Aku tak de idea la pulak ke mana nak pergi menghabiskan duit ni. Hehehe..nak pegi mandi laut kang takut kulit jadi hitam lak. Lagipun aku takut dengan obor obor. Nak pegi berkelah kat air terjun, musim hujan cam sekarang ni tak sesuai sangat. Nak pegi panjat gunung ? Larat ke ? Ahahaha..

Anak aku tu suka sangat la kalo aku 24 jam ada kat rumah. Mesti nak melekat je ngan aku. Ye la, aku ni kan 'mangsa buli' dia tu. Kalo ngan mama dia tu tak berani dia nak buli. Aku jugak. <-- sebut ikut nada Mail dalam rancangan Upin & Ipin.

Aku ada masa dalam tiga hari ni je lagi untuk mengerah tenaga pehtu kene perah otak lak. Wifey aku pun dah mula tanya nak gi jalan mane cuti nanti. Adoi la, fenin lalat aku dibuatnya. 

16 December 2010

ada diskaun ke tak ?

  10 Komen    

Dua hari lepas sorang kawan aku ni merungut kerana terpaksa beratur panjang berjela untuk menyemak saman trafik di ibu pejabat polis trafik Ipoh. Kat tempat lain aku tak tau la camne lak keadaannya. Katanya, dia bernasib baik sebab hari sebelum tu tengah beratur panjang tetiba disuruh pulang dan datang keesokan hari sebab waktu pejabat dah berakhir.

Menurut kawan aku ni lagi, memang jadi satu kewajipan bagi setiap pengguna kenderaan kalo tak kene saman kira tak masyuk la. Paling koman pun setahun ada satu. Tu dia yang cakap, bukan aku sebab setakat ni mungkin aku dalam golongan pengguna kenderaan yang paling sangat berhemah sebab aku tak pernah terima saman trafik.

Apesal kene saman tu beb ? Kan masa blajar nak amik lesen dulu tu dah khatam semua undang undang jalanraya. Masa melekat L dulu tu aku tengok punya la sopan bawak kenderaan. Tapi bila dah dapat P ngape dilupakan apa yang dah menusuk otak sewaktu belajar memandu tu ?

Dah tu pulak, bila dah dapat 'surat cinta' dari abang trafik tu sebab kesalahan sendiri, maki hamun lak kat abang trafik tu padahal dia hanya menjalankan tugas dan amanah je.

Pehtu pulak, bukan reti nak tebus kesalahan tu dengan segera. Simpan buat buku teks. Bila agak agak dah cam nazak, dapat lak sessi keampunan sikit baru la terhegeh hegeh nak tebus.

Tu baru saman dunia. Camne lak saman saman akhirat yang surat cintanya kita tak nampak ? Hidup bertahun sampai terbongkok tulang belakang, banyak gak undang undang yang dah kene redah tak hingat ye tak ?

Ala, sebab surat saman akhirat tu kita tak nampak. Apa nak heran sangat ye tak ? Nauzubillah beb. Camne kita bawak kenderaan tu menyusuri jalan kat dunia ni camtu jugak la kehidupan kita. Ada undang undang yang perlu kita patuhi, kene ikut semua papan tanda petunjuk yang ada supaya kita tak sesat dan 'disaman'.

Kalo saman dunia ni kita dapat diskaun setelah menapaikan sekian lama surat surat cinta tu mampu buat kita ketawa gumbira, rasanya saman akhirat tu ada diskaun ke tak ?

15 December 2010

santapan percuma buat si comel

  12 Komen    

Hari ni dengan bermurah hatinya aku mengadakan majlis santapan percuma untuk si comel. Nampak gambar kat atas ni ? Haa..tu la santapannya. Enak je kan ?

Aku bukan sengaja tak nak jamu si comel sejak dari awal aku berpindah ke rumah ni cuma baru dua tiga hari lepas aku menyedari kehadiran si comel dan kawan kawannya dekat bilik belakang yang aku jadikan bilik simpanan barang.

Aku tak bermaksud bertindak kejam kepada si comel dan kawan kawannya tapi aku rasa tak seronok la sebab aku sorang je yang membayar sewa bulanan rumah ni sedangkan si comel dan kawan kawannya pulak bergumbira menumpang secara percuma.

Aku mintak maaf la kalo si comel dan kawan kawannya ni memang dah menetap lebih awal dari aku. Aku tau la baru berapa bulan je aku pindah masuk rumah ni tapi kalo si comel dan kawan kawannya nak tau, aku siap tandatangan surat perjanjian dengan tuan rumah ni tau tak ? Jadi aku rasa, aku lebih berhak ke atas rumah ni walaupun si comel dan kawan kawannya mungkin tinggal lebih lama sebelum aku masuk pindah sini.

Aku harap si comel dan kawan kawannya tak la terasa hati sangat dengan jamuan yang aku buat ni. Bukan selalu pun aku nak belanja si comel ngan kawan kawannya. Aku cadang mulanya nak buat jamuan besar besaran tapi nanti kot si comel ajak lagi ramai kawan kawannya datang, tak larat lak aku nak menjamu lagi.

Lepas ni, mungkin aku leh masukkan gambar si comel atau kawan kawannya dalam blog aku ni untuk menglamerkan lagi si comel dan kawan kawannya. Nak ke si comel tu ? Kita tunggu aje la.

hantu kesepian [18sgx]

  6 Komen    

Korang pernah nampak hantu ? Tipu la kalo cakap tak pernah. Abis tu yang korang nampak dalam filem tu apa ? Tadi kat tempat kerja, kawan kawan aku borak pasal ada hantu pocong kat asrama sekolah Raja Perempuan Bainun. Aku dengarkan je la. Diorang cakap bebudak yang amik SPM ni ternampak kelibat hantu pocong ni bermain main berdekatan kawasan asrama diorang.

Dua minggu lepas lak, pengawal keselamatan syif malam kat tempat aku kerja ni bagitau dia ada nampak hantu langsuir bertenggek kat atas tangki air belakang dapur kitorang ni. Cuma hantu langsuir tu takde la nak buat apa pun, mungkin sekadar singgah berehat kat atas tu menikmati keindahan bintang di langit barangkali. 

 
Bila cakap je pasal hantu ni, nak kata seram tu tak la jugak. Tapi camne pun kita kene la percaya dengan kewujudan makhluk makhluk ghaib ni. Bagi aku, hantu hantu yang ada ni cuma terdiri dari jin jin yang nakal je. Biase la, nama pun nakal. Asyik kerja nak menyakat orang je la. 

Mungkin diorang bosan dan kesepian. Sebab tu la sekali sekala nak jugak main ngan makhluk lain. Cam kita manusia ni la jugak, asyik main ngan sesama manusia je lama lama boring gak. Tu sebab ada yang bela kucing, bela ayam, bela ikan, bela hamster, bela gajah. Tujuannya adalah untuk menghilangkan boring dengan bermain ngan belaan tu semua.
Aku bukan la aktivis paranormal macam angkel sickers tu. Tak de masa aku nak buat kerja kerja mengarut tu semua. Cuma aku sekadar berkongsi sikit sikit citer je ngan kengkawan ni.

Cakap pasal hantu ni aku teringat pasal satu cerita hantu jugak la. Aku tak pasti la kisah benar ke tipu. Cerita pasal hantu kopek. Ala,  yang dulu kalo masa zaman kanak kanak ribena kita tu yang mak kita tak bagi main kat luar waktu nak maghrib tu la. Katanya nanti disorok hantu kopek. 
Hantu kopek ni karekternya digambarkan mempunyai kopek (tetek) yang besar dan lanjut. Kegemaran dia ni lak menculik kanak kanak ribena yang degil ni pehtu disoroknya bawah kopek dia tu.


Dijadikan cerita kat satu kampung ni, [bukan kampung aku la] ada la sekumpulan kanak kanak ribena bermain nyorok nyorok. Salah sorangnya ialah Ali. Budak Ali ni memang nakal sikit la. Mak dia panggil balik mandi pun masih lagi nak bermain ngan kawan kawan dia tu.

Masa tu matahari semakin terbenam dan malam pun dah nak melabuhkan tirainya. Ali ni dengan bersungguh pegi la menyorok dengan bergayanya disebalik sebatang pokok besar. 
Punya la lama dia menyorok kat situ sampai tertidur budak Ali ni. Bila dia sedar je, hari dah gelap segelapnya. Ali cuba nak bangun untuk pulang ke rumah tapi nak angkat kaki nak meluruskan badan pun dia rasa tak berdaya.

Tengah panik camtu baru Ali teringat cerita mak dia pasal hantu kopek ni. Dia terbayangkan sewaktu ni diri dia berada di bawah kopek hantu tu. Tiba tiba, Ali mengalami ereksi secara spontan.

tambat bertambat

  3 Komen    

Fenomena yang tak la baru sangat dalam dunia rangkaian sosial ni dinamakan saling tambat menambat. Aku tak pernah lagi la menceburkan diri dalam aktiviti camni cuma selalu tengok orang lain punya aktiviti je.

Memacam cara yang aku jumpa. Ada yang buat ala ala soalan untuk diedarkan la, ada yang buat ala ala kontest la. Tujuannya untuk mengembangkan lagi tambatan yang sedia ada menjadi lebih berkembang luas.

Buat masa ni terus terang aku bagitau aku takde masa untuk itu semua. Hahaha..belagaknya aku ni. Tapi tak mustahil kalo satu hari nanti tetiba ada tali penambat tu terpapar kat laman rumah aku ni. 

Bukan tak bagus pun buat camtu, boleh gak sambil mempromosikan diri leh gak mempromosikan kengkawan yang lain. Maklum la, dunia maya ni kan sangat luas jadik nak jumpa individu tertentu tu bukan semudah menggogle je. Lagipun kalo mengenali kawan melalui kawan ni pun agak selamat gak sebab kawan kita tu mesti la kenal kawan dia tu untuk diperkenalkan kat kita lak.

Masing masing punya cara, masing masing punya idea. Yang tak leh blah tu kalo tak pasal pasal terpaksa lak nak menyambung tali penambat tu. Hehehe..

Semalam aku tak sempat nak masuk entri baru sebab aku sedikit sibuk. Sibuk tidur dan sibuk pulak main game. Lagipun otak aku mengejang sikit semalam. Tak tau nak luahkan ape pun. Cuma melakukan aktiviti melawat laman rumah kengkawan je sekadar termampu. Yang tu, pasti aku tak lupa.

 

13 December 2010

pencuri itu adalah aku ?

  14 Komen    

Dari hari ke hari yang lain berganti minggu pehtu bertukar bulan dan tak lama lagi dah bersalin tahun lak, pernah tak walau seminit kita mengmuhasabah diri sendiri ? 

Kekadang aku terpikir gak dalam arus kemodenan yang semakin meningkat dari segi komunikasi ni camne kedudukan kita agaknya. Ye la, kalo sepuluh tahun dulu penggunaan internet belum melebar luas lagi. Kalo ada penggunaan pun hanya untuk melayari laman laman web pehtu penggunaan email pehtu kalo nak bersosial pun melalui aplikasi mIRC.

Pehtu berkembang biak lak laman laman sosial cam myspace, tagged, friendster dan lenlain lagi dan sekarang ni fenomena facebook dan yang seangkatan dengannya lak.

Kalo bab laman web sendiri ni lak cam blogging ni, dulu punya la susah nak buat jurnal atau blog tapi sekarang ni dah memacam platform yang disediakan secara percuma tak termasuk yang berbayar.

Dan masakini lak, penggunaan perkhidmatan internet ni dah jadi satu kewajipan kat mane mane institusi pun tak kira la pejabat ke, sekolah ke, pusat pengajian ke mesti ada perkhidmatan internet disediakan.

Masalahnya pulak bila dah tersedia segala kemudahan ni, adakah kita betul betul mempergunakan atau dengan bijak menggunakannya ?

Aku sendiri, kalo aku tak online kat rumah pastinya aku online kat tempat kerja. Tapi bukan dengan menggunakan aset syarikat. Laptop sendiri punya, line broadband pun sendiri punya. Cuma mungkin aku hanya mencuri masa dari syarikat je tu pun bukan sambil bekerja hanya dalam jangkamasa bekerja je. Maklum la, kerja aku ni memang banyak masa luang. Bila ada kerja nak kene buat tu aku takde la mengadap laptop ni untuk mengisi masa luang tu.

Bukan nak mengata lak tapi kalo ada yang terasa tu, pepaham sendiri je la. Bebaru ni ada kawan aku borak cakap kat opis dia dah tak boleh nak masuk ke laman facebook. Kalo tak dulu sambil buat kerja sambil layan facebook. Sib baik nak layan blogging tak kene sekat kata dia.

Jadi aku terfikir sedalam dalamnya. Kat mane rasionalnya kalo bekerja camtu ? Untuk apa orang sebegitu dibayar gaji setiap bulan ? Adakah untuk membahagikan masanya ditempat kerja untuk berkhidmat kepada orang awam dan mempergunakan perkhidmatan yang ada untuk diri sendiri ? Macam syampu la pulak, dua dalam satu.


Aku pernah terbaca pasal pekerja yang tidak berhemah telah menggunakan aset syarikat untuk keseronokan diri sendiri. Sepatutnya buat kerja tapi sambil tu dok melayan keinginan diri lak. 


Tu belum lagi menyelam kehidupan para pelajar yang kebanyakan dapat sambungan internet percuma di kolej masing masing. Kemudahan yang disediakan untuk diorang mudah mencari bahan rujukan belajar dah bertukar menjadi kemudahan untuk mempergunakan ke arah yang lain yang lebih individual lak.


Aku tak nak komen panjang panjang sangat la. Terfikir tentang perkara ni pun sebab ada kawan aku bertanya, "Ko kerja kat dapur pun camne ko boleh online internet selalu?" Hahaha..aku balas, "Kitorang nak order gas pun guna facebook tau".


 

12 December 2010

surat layang untuk Shah Rukh Khan

  3 Komen    

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia buat encik Khan. Saya doakan semoga encik Khan gembira menerima surat yang tak seberapa ni. Diharapkan jugak encik Khan tidak bermasalah untuk membaca surat ini hingga ke barisan yang terakhir di mana letaknya tandatangan saya sebab kebiasaannya saya tahu orang ramai berebut untuk mendapatkan tandatangan encik Khan tapi kiranya encik Khan amat bertuah kerana berjaya mendapatkan tandatangan saya pula.


Maaf kalo pembukaan surat ni agak panjang tetapi saya harap encik Khan tidak akan jemu untuk menatap isi kandungan surat ini hingga ayat terakhir dan tidak melayan surat saya ni sepertimana encik Khan melayan surat surat peminat encik yang lain kerana saya bukanlah peminat encik Khan jadi sebab tu surat ini begitu istimewa untuk encik Khan.


Encik Khan jangan begitu terkejut dan teruja apabila menerima surat dari saya ni sebab saya memang jarang sekali menulis surat untuk dihantar kepada orang terkenal macam encik Khan ni sebab kebiasaannya mereka yang rajin menulis dan menghantar surat kepada saya meminta saya untuk menjadi peminat mereka walaupun saya tak minat.


Tujuan saya menulis surat kepada encik Khan ni adalah untuk bersoal jawab pasal apa yang best sangat encik Khan ni sehingga isteri saya mengatakan dia suka kepada encik Khan. Saya sungguh berasa hairan kerana bila saya tengok encik Khan ni tak ubah seperti saya melihat penebar roti canai di restoran 24 jam berdekatan rumah saya.


Bukan tujuan saya untuk menghina encik Khan tetapi jikalau encik Khan tidak percaya di sini saya meletakkan bukti yang mungkin encik Khan sendiri tidak mungkin dapat untuk menerima kenyataan bahawa apa yang saya perkatakan ni adalah benar setelah saya sendiri bertanya kepada individu tersebut.



Masihkah encik Khan meragui kata kata saya ? Saya harap setelah encik Khan selesai menghabiskan pembacaan surat saya ni janganlah pula encik Khan berniat untuk mendaftarkan diri ke rumah penjagaan sosial. Encik Khan amat di alu alukan untuk menyertai pasukan penebar roti canai di cawangan restoran 24 jam yang tumbuh bak cendawan di negara saya ni. Bolehlah encik Khan menambahkan pendapatan kasar negara saya dengan cara itu. 


Akhir sekali saya ingin menyatakan di sini bahawa saya bukanlah peminat encik Khan dan bukan juga penidakminat encik Khan. Cuma saya berasa tertekan kerana isteri saya menyukai encik Khan sehingga dia tidak mampu untuk menutup mulutnya apabila menonton rancangan yang disertai oleh encik Khan. Saya cuma risau jika satu hari nanti mulut isteri saya tidak mampu nak ditutup lagi jika berterusan melihat encik Khan ni. Lihat saja buktinya yang sempat saya rakamkan aksi beliau ketika melihatkan encik Khan di kaca TV.






Sekian dari saya yang menyayangi isteri saya.


Yang benar, 


[surat ini adalah cetakan elektronik dan tidak memerlukan tandatangan]



10 December 2010

itu bukan aku

  5 Komen    

Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W , "(Ya Rasulullah) nasihatilah aku". Baginda bersabda, "Jangan kamu marah". Beliau menanyakan hal itu berkali-kali, maka baginda bersabda, "Janganlah kamu marah"
[Riwayat Bukhori]

18 tahun yang lampau pertama kali aku memperdengar tentang ulasan hadis ni. Walaupun dah kabur kabur, aku masih lagi ingat intipati yang diperjelaskan dengan penuh terperinci waktu dalam kelas meskipun aku kurang nak bagi tumpuan seperti biasa.

Hasilnya, aku mengerti keberkesanan hadis tu. Tak syok mana pun marah ni tapi sebagai makhluk ciptaan yang memiliki naluri, sifat marah ni memang tak boleh nak tanggal dari dalam diri sape pun. 

Aku selalu menyuruh orang lain bersabar tapi aku sendiri merasai keperitan menahan marah tu camne. Bukan semudah macam nak tahan rasa nak terberak atau terkencing. Dan aku sendiri mengalami camne gumpalan kemarahan yang tersekat tu memakan diri. 

Tengok orang gila kat tepi jalan tak pakai selipar pun aku rasa nak pegi belasah je. Orang depan bawak kereta tak bagi signal pun aku rasa nak pegi maki pemandu tu + terajang je kereta dia sampai remuk. 

Kalo dulu waktu remaja memang tak terkawal punya. Belasah orang sebagai salah satu terapi berkesan. Kesian memang tak wujud waktu tu. Tapi bila dah dewasa ni, terasa bodoh pulak berkelakuan camtu. Apa yang aku dapat ? Tepukan gemuruh dari syaitan je.

Sekarang ni bila dah dewasa, aku dah malas nak melayan perasaan gampang tu. Biar aku telan je. Sebab yang tak dapat mengawal api kemarahan tu bukan aku. Ya, itu bukan aku. Aku dah jadi orang yang penyabar. Semoga kesabaran aku ni di upgrade ketahap dewa. 

Tapi tangan rasa ketor ketor je ni. Hehehe..ada sape sape nak teman aku jadi gaban ?

09 December 2010

mengikuti pengikut

  11 Komen    
Ajaran sesat ke ? Hahaha..idok la. Takde kene mengena pun dengan sebarang kumpulan ajaran sesat atau apa apa ajaran pun. 

Rutin aku bila melayari internet ni pertama kali sebelum aku masuk entri baru kat blog sendiri, mesti aku nak jalan jalan melawat blog pengikut pengikut blog aku ni. Syok jugak kalo ada entri segar yang boleh dibaca. Kembang jugak la otak aku ni dibuatnya.

Memang la seronok bila dapat baca kisah kisah kengkawan lain. Memacam ada. Dah macam pasar malam lak aku rasa. Tapi satu kemushkilan dalam kepala otak aku ni, tetambah lak kalo tengok yang punya la ramai pengikut tu camne cara untuk diorang ikut balik blog blog pengikut tu ?

Adakah dengan hanya pandang sepintas lalu atau meluangkan sedikit masa untuk menyelami entri yang disiarkan atau sekadar buat tak pedulik je ?

Mesti la rasa best kalo ada pengikut setia yang tak jemu jemu jenguk blog kita ni kan tapi ada tak cara untuk kita menyetiakan diri gak ? 

Aku dengan terus terang cakap, setakat dapat jenguk dan baca dan tinggalkan komen bilamana perlu dan menyemak kat shoutbox je. Manual giler wife aku cakap. Berjam jam nak baca satu satu blog. Aii..membaca tu kan jambatan ilmu. 

Setakat ni aku bergumbira la melayan mengikuti blog blog kengkawan pengikut blog aku ni. Dapat kongsi pengalaman dan ilmu yang diperturunkan. Korang lak camne ? 

 

08 December 2010

hadiah buat yang tercinta

  10 Komen    


Akhirnya setelah berhempas pulas memikirkan hadiah terhebat buat hari lahir isteri tercinta, aku memilih sepohon bunga mawar yang berbunga, menghijau daunnya dan sebuah pasu yang berukir cantik.

Walaupun dari segi harganya budak sekolah rendah pun mampu untuk memilikinya, tapi aku ada pengertian tersendiri tersirat melalui pemberian ni.

Bila aku google kesukaan wanita, dari hasil kajian aku rating tertinggi kalo tak bunga, cokelat ataupun teddy bear. Mulanya aku bercadang nak hadiahkan bunga tapi bunga pasti akan layu dan tak sampai sebulan dah hilang dari pandangan.Nak bagi cokelat, lama mana sangat tahannya. Nak bagi teddy bear, kang asyik nak peluk teddy bear je pulak, jeles aku nanti. Hahaha..

Lalu dengan drastiknya aku memilih pokok bunga dan pasu ni. Kenapa ? 
  • Pasu tu menggambarkan cinta dan kasih sayang yang menampung kehidupan sehari hari yang penuh dengan suka duka.
  • Pokok bunga tu menggambarkan satu kehidupan yang perlu penjagaan dan perhatian.
  • Bunga mawar tu menggambarkan cinta yang sentiasa berkembang mekar dan mengharum menghiasi kehidupan.
  • Daun menghijau tu menggambarkan kebahagiaan yang tumbuh subur sepanjang masa.
  • Duri mawar tu menggambarkan rintangan dan episod duka dalam kehidupan yang mana perlu berhati hati mengawal dan menghadapinya agar tidak tertusuk padanya.
Hehehe..memandai je aku kan. Tapi dari sudut pengertian aku, camtu la maksud tersirat yang aku persembahkan untuk isteri tercinta aku tu. 


Lagipun kalo aku bagi pokok bunga ni, bila bila isteri aku nak bunga pun tak yah nak pegi beli lagi ye tak ? Petik je kat situ. Hehehe...



07 December 2010

aku lelaki tak romantik

  11 Komen    
Adoii..penin dah kepala aku nak memikirkan satu benda ni. Tapi sebelum tu aku nak mintak maaf pada kengkawan semua yang mengharapkan ada entri terbaru setiap hari tapi aku telah ketinggalan untuk mengupdate entri beberapa hari yang lepas.

Bukan tak bayar bil internet tapi sebab pertamanya aku sedikit kepenatan lepas balik kampung tempoh hari + kegagalan fungsi otak aku untuk mengadakan mood mengupdate entri. Ape ape aje la.

Hari ni sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua muslimin muslimat dengan ucapan semoga tahun ni kita dapat menghijrahkan diri kita semua kepada destinasi yang lebih terbaik.

Kalo tengok tajuk entri aku hari ni, tu adalah menggambarkan diri aku gak la sikit sikit. Aku memula ingat aku ni ala ala romantik la jugak tapi setelah diulaskan oleh isteri aku sendiri bahawa aku ni mane de romantik baru la aku menyedari hakikat diri aku yang tak romantik ni. Jenuh gak aku 'google'kan pasal romantik ni. 

Tu la pasal. Masa zaman muda remaja dulu tak jadi 'mat cintan'. Hahaha..Bila dah dewasa ni baru la nak belajar jadik romantik. Kan dah susah. 

Aku sekarang ni penin memikirkan apa yang aku nak hadiahkan buat isteri aku yang akan menyambut hari ulangtahun kelahiran dia esok. Berapa jam je lagi ni. Neves gak aku dibuatnya. Dalam kepala otak aku yang dah berasap ni ada la beberapa tips yang aku tak tau la boleh pakai ke tak. Cuba kita tengok sket apa yang telah aku pikirkan. 
  • Nak bagi bunga ? Bunga nanti jadi layu peh tu kene buang lak. Tak tahan lama tu.
  • Nak bagi minyak wangi ? Isteri aku ni bukan peminat minyak wangi dan dia tak busuk pun hingga nak memerlukan pemakaian minyak wangi.
  • Nak bagi barang kemas ? Ermmm..nanti la aku pikirkan dulu, bujet tak cukup beb.
  • Nak bagi benih ? Oiii..jangan pikir bukan bukan ah, benih pokok la. Tapi umah kitorang duduk sekarang ni umah sewa je, sayang lak kalo dah beso pokok tu tapi nak kene tinggal.
  • Nak bagi set perkakas dapur ? Dah macam hadiah untuk orang kahwin la pulak kang.
  • Nak bagi teddy bear ? Kang kene rebut ngan anak aku pulak.
  • Nak bagi bahan bacaan ? Macam nak motivasi isteri secara tersirat la pulak ye tak ?
Kusut masai dan tak terurus dah otak aku ni. Ni la bahananya kalau jadi lelaki tak romantik. Ermm..pakaian dalam yang seksi amacam ? 



06 December 2010

03 December 2010

posisi seks terbaik [18SX]

  6 Komen    

Pengurus aku [isteri aku la tu] semalam cakap laman aku ni dah macam laman web lucah la pulak. Dengan tajuk tajuk entri yang agak kontroversi berlabelkan 18SX lak tu. Jangan salah faham lak, aku bukan mengarang cerita berbentuk kelucahan melampau. Hanya sebagai satu kesedaran bagi kita yang sentiasa melupakan.

Kalo kita imbas semula memori kita tentang apa yang terbit melalui media massa, pasti kita tak leh nak lupa tentang kejadian kejadian berupa pembuangan bayi, seks bebas dikalangan remaja, skandal sana sini, menggatal mengerenyam menjongket dan memacam la lagi. 

Adakah kita hanya mampu berdiam diri atau bertindak untuk mengatasi masalah yang meruncing dalam masyarakat kita sekarang ni ? 

Aku tak nak mengulas panjang berkenaan punca berlaku atau cara nak mengatasi permasalahan sosial yang melanda ni, dah memacam usaha pihak berwajib melaksanakan pencegahan untuk kes kes sebegini.

Cuma aku berani mensarankan agar masyarakat mengamalkan posisi seks yang terbaik supaya masalah sosial ni dapat dibendung. Camne tu ? Bagi aku, posisi seks yang terbaik ialah dengan meletakkan posisi seks tu pada tempatnya.

Mesti ada yang ingat aku nak cakap pasal gaya gaya seks ni. Hehehe..sori la, aku bukan pengulas karma sutra. 

Cara yang terbaik, berkahwin. Tu muktamad. Bila dah berkahwin ni, pastikan anda setia. Tu yang terbaik. Dah tentu bila dah berkahwin ni, nak buat seks bebas pun boleh. Ye la, sape nak larang kalo nak buat seks bila dah kahwin ? Tak ke namanya tu boleh layan seks bebas ? Bebas dari penyakit. Bebas dari risau kalo termengandung. Bebas dari maksiat. 

Jadik, pikir la sama sama. Ni hanya pandangan dan pendapat aku je la. Kalo orang lain ada penyelesaian yang lebih terbaik, silakan. Firman Allah dalam Al-Quran pun ada menyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat ke 223 yang bermaksud :
"Isteri-isterimu adalah (umpama) tempat-tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanam mu itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira ini bagi orang-orang yang beriman" 

02 December 2010

layan dada, lagi stim [18SX]

  4 Komen    

40,247. Nombor ape ni ? Maaf ye, aku bukan kaki nombor ekor. Jadik nombor yang aku letak ni takde kene mengena dengan sebarang bentuk perjudian. 

Nombor tu statistik bilangan penagih yang mendaftar di bawah AADK untuk tahun 2010 ni bagi mendapatkan kaunseling dan rawatan pemulihan. Tu yang berdaftar je, yang tak berdaftar ntah berapa ramai lagi tak tau la.

Ngeri tul kalo nak bayangkan betapa ramainya penagih dadah dikalangan kita ni. Tambah lak sekarang ni dah memacam jenis dadah yang di pakaiguna oleh penagih penagih ni. 

Kalo suatu masa dulu, selalunya kita dengar pasal ganja atau herion je. Sekarang ni ntah apa nama pun punya la susah nak sebut. Aku pelik jugak, apa yang seronok sangat melayan dadah ni. 

Leh stim kepala kata diorang. Ntah apa yang best kalo kepala jadi stim tu. Kononnya seperti berada di awangan. Macam naik kapal terbang ke ? Hehehe..

Kalo yang pesyen jarum jarum lak lagi haru. Silap haribulan, hobi mendadah tu menjadikan diri tu hilang daya tahan penyakit. Masa tu mula la nak insaf kot. Tapi sape nak heran dah, dari awal memang berniat nak menjahanamkan diri pehtu kalo dah jadi lagi kronik, tunggu je la orang mandikan mayat awak tu dengan clorox. 

Dari dulu lagi dah ada slogan DADAH MUSUH NEGARA. Tapi tu la kot, tak paham paham gak maksud slogan tu. Diorang ingat dadah tu musuh untuk negara je, bukan musuh diorang. Tu la sebabnya, otak tu dah sengal pehtu tambah lagi kesengalan dengan segala macam dadah tu. Memang piau punya sengal la jadiknya.

Apa yang sedap layan dadah tu ? Kalo aku, layan dada...lagi stim woo. Tapi yang halalan toyyiban la beb. Ha ha ha..



 

01 December 2010

saya suka seks, anda bagaimana ? [18SX]

  9 Komen    
Tidak digalakkan meniru aksi aksi dalam gambar ini.. (x_x)





Bila berbicara tentang seks, mesti banyak benda yang berlegar dalam kepala otak kan ? Kalo yang otaknya kaler kuning tu, berganda ganda banyaknya legaran yang berlaku. Apa pun, aku rasa tak perlu nak terangkan apa kebendanya seks tu. Sebab aku rasa, budak kecik zaman sekarang ni pun dah tau sangat pasal menatang alah ni.

Ada orang yang tak suka seks ? Aku akui aku menyukai seks. Huu..daring giler. Mesti la aku suka. Tak baik nak menipu woo. Tapi bukan la secara rambang yang tak menentu hala tuju tu. Kene la mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

Melalui seks ni jugak, kebarangkalian untuk dijangkiti dengan virus HIV ni sangat tinggi. Jika melakukannya dengan cara yang tak betul la. Bertukar pasangan, tak menggunakan alat pencegahan yang betul. 

Aku tak menyokong sangat pendekatan lakukan seks dengan selamat ni sebab macam menggalakkan maksiat dengan cara sihat je. Tapi tu la, eloknya nikah kawin je yang paling terselamat. Dah tentu tak payah nak risau apa. Tapi kalo berani menanggung risiko, silakan la.

p/s : teringat satu lawak tentang sorang anak yang baru mendaftar sekolah bertanya pada bapanya apa maksud seks. Si bapa ni berpeluh menjawab dengan panjang lebar supaya si anak faham dengan jelas. Tapi akhirnya si anak tu menangis sambil berkata, "panjang sangat la papa, camne boboi nak tulis dekat bawah nama boboi kat buku tulis sekolah tu ?"

Mari sertai kempen kesedaran tentang AIDS di sini :


Aidsaware3