30 November 2010

tak kenal maka tak cinta

  1 komen    

Korang dah pernah buat ujian HIV ? Takut ? Tak perlu ? Tak kesah pun ? Apa pun alasan korang, menatang alah ni memang agak mengerikan la jugak. 

Aku teringat masa nak isi borang nikah dulu kene pegi buat ujian darah. Ada gak la sikit sikit nerves. Walaupun aku tak pernah melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti yang memungkinkan aku membawa virus menakutkan ni, tapi risau gak woo..

Alhamdulillah, keputusannya negatif. Maknanya aku ni bebas HIV. Dan tak bermakna aku bebas selamanya tul tak ?
Mungkin ramai yang tak ambik kesah sangat pasal HIV / AIDS ni. Ye la, kalo kita tak terlibat dalam aktiviti yang menjerumuskan diri dalam golongan ni dah tentu kita selamat. Tapi ada gak kes yang dikelaskan sebagai kecuaian. Tu sebab kene gak la berjaga jaga.

Aku takde masa nak terangkan panjang pasal benda HIV / AIDS ni. Cuma sikit info je la tentang camne penyebaran dia. Antaranya :
  • Hubungan seks dengan individu yang telah dijangkiti. 
  • Menerima darah dari individu yang dijangkiti.
  • Berkongsi jarum suntikan dengan individu yang dijangkiti.
  • Ibu hamil yang menjangkiti anak yang dikandungnya.
Tu syarat utama dia la. Jadik dengan ikhlasnya aku nak berkongsi ikhtiar semoga kita terpelihara dari malapetaka yang kita tak hingin ni. Antara ikhtiar yang aku leh kongsikan :
  • Jaga bebaik kemaluan korang tu. Gunakan pada yang berhak je. 
  • Dapatkan info terperinci kalo nak derma atau terima darah. Sebagai pengguna, kita ada hak untuk mendapatkan segala infomasi.
  • Pastikan pengendali yang nak menyuntik tu bertauliah dan tengok bebetul jarum yang digunakan tu yang fresh punya bukan yang telah sedia ada. 
  • Kalo korang penagih dadah yang suka suntik menyuntik ni, agak tak nak hidup lama tak payah la pikir sangat tentang kebersihan jarum tu. Kongsikan je reramai.
  • Bakal ibu ibu semua, bincang dengan suami untuk dapatkan rawatan yang terjamin. Pesan sikit kat suami jangan tepikir nak makan luar pulak sementara korang memboyot tu. Hehehe..
Ok la, tu antaranya la. Dalam tempoh seminggu dua ni aku dan isteri aku sedang menjalankan kempen kesedaran AIDS untuk semua. So entri entri aku mungkin akan berkait dengan gejala HIV /AIDS ni la. Sekadar ingin ingat mengingati agar kita semua sentiasa beringat.



Mari sertai kempen kesedaran tentang AIDS di sini :


Aidsaware3



29 November 2010

kemaluannya hilang

  3 Komen    
Aku ni dah agak agak dalam tiga abad gak la hidup kat bumi Malaysia ni. Satu abad pertama hanya dihabiskan dengan aktiviti tumbesaran separuh di bandar dan separuh di kampung.

Dan dalam sejarah hidup yang aku lalui selama tiga abad ni, memang memacam la yang aku dah tengok. Baik dari segi pembangunan kemajuan insfratruktur sampai la pembangunan kemajuan masyarakat negara ni sendiri.

Terasa macam ahli politik la pulak nak cakap camtu. Ape ape je la. Satu perkara yang aku nak cakap kat sini pasal perkembangan pembangunan kemajuan masyarakat la. 

Maklum la, sebagai orang yang lahir zaman 70-an ni memang selari la dengan pembangunan negara. Jadiknya banyak gak la perubahan yang aku dah tengok. Salah satunya yang tersangat berbeza dari segi kemajuan masyarakat ni kalo dulu kemaluannya terpelihara, zaman sekarang yang millenium ni pulak kemaluannya terbongkar dan hilang ntah ke mana.

Aku rasa mungkin salah satu sebabnya adalah kerana kemajuan teknoloji yang berkembang pesat samada dari segi media ataupun perhubungan. Ye la, zaman dulu kalo tengok TV, apa siaran je yang boleh nak tengok. Macam macam takde. Bukan cam zaman sekarang ni yang macam macam ada.

Pehtu lak, zaman dulu nak pasang telepon kat rumah pun sedikit menderita. Kalo yang kat kampung lak, kalo bukan anak anak yang bekerja di bandar tolong pasangkan untuk kemudahan berhubung ngan keluarga di kampung, jangan harap la nak ada telepon. Sekarang ni, baru darjah satu pun dah ada iPhone. 

Sebab tu, pepaham je la. Seiring dengan kemajuan yang ada ni jugak menjadikan masyarakat yang kurang dikawal semakin tak terkawal. Jangan cakap pasal masyarakat bandar la sebab diorang memang awal sikit terdedah dengan segala kemajuan ni.

Kita cakap pasal yang luar bandar ni. Kalo dulu, yang pemuda pemuda kampung ni lebih berminat untuk membantu keluarga diorang menambahkan pendapatan. Takde lansung aktiviti merempit ke ape ke. Abih suwei pun melepak pepetang kat tembok simpang jalan. Tu pun sekadar borak ngan kengkawan peh penat bekerja. Jarang la ada yang nak melepak sampai larut pagi.

Kalo yang pemudi pulak, selalunya terceruk je dalam rumah. Tolong mak usahakan kerja kerja rumah. Study. Takde masa nak jalan jalan merewang menjongket pegi bandar. Nak keluar malam lagi la takde lansung. Nak betenggek blakang motor pakwe ? Jangan harap la.

Tapi sekarang ni, jangan kata kampung yang tepi bandar je. Kampung yang ceruk hutan pun dah terjejas dengan kemajuan ni. Belum lagi abis PMR dah mendaftar jadi mat rempit. Yang minah minah pulak, dah pandai pakai sendat sana sini nak bagi tejojol segalanya.

Aku heran tu pulak, mak bapak diorang tak ngeri ke ? Tengok anak diorang tu dah macam nangka pakainya. Tak ngeri ke tengok rambut anak diorang bekarat ? Tak ngeri ke tengok anak diorang sibuk mengukur jalan ?

Alasannya mungkin tak nak jadi kolot kot ? Ye la, nanti orang kata ketinggalan zaman pulak. Malu weh. Kalo anak dara [kalo berdara la] kene angkut ke sana sini tu kebanggaan sebab ada anak yang feymes. Kalo anak jantan yang ligat 24 jam tak balik rumah tu pun kebanggaan gak sebab hebatnya anak tu. 

Tu belum lagi bab lain [mungkin akan dikupas pada entri akan datang] yang lebih jauh ke depan. Bukan semua la tapi sebahagian dari keseluruhan tu mungkin. Aku tak nak la cakap sape sape sebab nanti kene ISA pulak bawah akta hasutan. Cuma sebagai perkongsian pemikiran agar kita sentiasa beringat dan berwaspada. Kalo bukan adik beradik kita pun, mungkin keluarga pak long, pak ngah, pak uda, pak ndak, pak lang, pak su dan yang berkaitan dengannya.




Mari sertai kempen kesedaran tentang AIDS di sini :


Aidsaware3



28 November 2010

kelebihan merokok

  5 Komen    
Selama ni kita asyik dengar atau baca orang memperkatakan tentang bahaya rokok je kan. Memacam kempen setiap tahun yang dijalankan tapi macam tak jalan jalan jugak.

Letak gambar kesan negetif kalo merokok kat kotak rokok tu la. Buat iklan kat media. Tetap jugak berkepul asap kat sekeliling kita kan. Aku penah berpengalaman kat satu kedai runcit ni, orang yang nak beli rokok tu siap leh pilih lagi gambar mane yang dia nak. Buat koleksi kot.

Ada sesetengah perokok ni yang lansung tak boleh nak berpisah dengan rokok. Kalo selak kotak tu nampak tinggal kurang tiga batang je mesti susah hati. Jam dua tiga pagi pun sanggup cari kedai yang masih bukak semata mata nak bagi cukup bekalan asap dia tu.

Ok la, nanti lain entri baru cakap hal rokok. Sekarang ni nak cakap kelebihan merokok dulu. Kalo intro panjang sangat dah macam ceramah politik la pulak.

Antara kelebihan merokok ni yang sempat aku rumuskan serba sikit adalah seperti berikut :
  • Boleh merehatkan otak dari banyak berfungsi. [bila dah otak rosak, memang la kurang nak berfungsi kan ?]
  • Boleh memelihara telinga dari mendengar banyak gossip tak sihat. [dah pekak sebab banyak merokok]
  • Boleh menambahkan pendapatan sampingan dengan menjadi model iklan ubat pemutih gigi atau ubat nafas berbau.
  • Boleh menjadi bahan ujikaji buat doktor doktor pelatih secara rela bila berlaku sesuatu yang tidak dijangka seperti barah dan sebagainya. Tak perlu bayar bil hospital kalo jadi bahan ujikaji ni.
  • Boleh mengurangkan gejala pembuangan bayi sebab kesuburan terjejas dan kurang bernafsu terhadap seks. 
  • Boleh membantu meningkatkan pendapatan bagi pekerja pembersihan majlis bandaraya kerana mereka terpaksa berkerja lebih masa untuk membersihkan segala sampah puntung dan kotak rokok yang dibuang ditepi jalan.
Ada lagi ke ? Kalo ada tu bagitau la kelebihan merokok ni. Mungkin boleh mendorong perokok perokok tegar yang ada untuk terus menyokong kempen menipiskan dompet ni.

27 November 2010

kau jolok aku jerit

  Tiada Komen    
Selalu kalo kita tengok dalam filem ke, drama ke mesti ada jalan cerita yang pasal orang yang berkuasa atau ala ala samseng membuli watak watak yang selayaknya dibuli la. 

Dan dalam keadaan yang amat tertindas tu pulak, watak yang dibuli tu tak mampu nak membuat apa pun selain dari mencanangkan kejahatan watak pembuli tu atau hanya mampu berdiam diri je.

Bagi sang pembuli pulak, dengan sewenang wenangnya menggunakan kuasa dan segala apa yang dia ada untuk menutup semua kejahatan yang dilakukannya.

Camne yang ada dalam filem filem rekaan tu camtu jugak la kebiasaan realiti kehidupan ni. Bagi yang tak berkemampuan hanya mampu nak jerit je. Manakala yang berkuasa pulak, dengan seronoknya membuli golongan yang lemah ni.

Ala, macam kisah Pak Abu dengan Limah la. Pak Abu yang berkedudukan sebagai ketua kampung tu dengan suka hatinya mempergunakan kuasa yang ada untuk menindas orang orang kampungnya termasuk la si Limah ni. Limah yang tak punya apa sekadar sebatang pohon kelapa peninggalan arwah dua ibu bapa dia.

Pokok kelapa Limah ni pulak punya la subur banyak buahnya walaupun sebatang tu sebabnya la Pak Abu ni teramat la jelesnya hinggakan dia nak merampas hak milik Limah tu.

Apa yang Limah mampu nak lakukan bila Pak Abu datang dengan penuh kelakian nak merampas hak milik Limah tu ? Limah boleh jerit je kuat kuat, "Kau jolok, aku jerit". Ada Pak Abu nak heran ? Senyum je la.

26 November 2010

ada aku kesah ?

  1 komen    
Satu masa dulu aku bergerak aktif jugak dalam aktiviti berblog ni. Kemudian telah menarik diri secara drastik dari dunia dihujung jari ni atas beberapa sebab yang munasabah dan tak berapa masuk akal.

Dan kini aku telah kembali cuba untuk mengaktifkan diri secara ekslusif. Mula balik nak berjinak jinak [liar kot sebelum ni] dengan segala perkhidmatan yang ada dalam dunia maya ni. Tapi tak la semua sangat pun. 

Ramai gak satu masa dulu yang tanya mane aku hilang. Tapi aku diamkan diri je. Kekonon macam orang nak pegi bertapa la. Padahal aku malas sebenarnya. Bukan malas sebab aku malas fizikal dan mental. Cuma tumpuan aku masa tu lebih pada kerjaya dan kehidupan realiti. 

Sekarang ni kalo nak kira kira aku rasa baru sebulan lebih aku berkecimpung kembali dalam dunia maya ni. Menggunakan perkhidmatan internet dan lain lain. Alasan aku :

  • Aku dah beli laptop baru, kalo tak digunakan takkan nak buat tukun pulak.
  • Aku dah melanggan perkhidmatan internet yang perlu aku bayar setiap bulan, kalo aku tak mempergunakan apa yang aku dah bayar ni buat apa aku nak membazirkan duit camtu je. 
  • Aku suka membaca. Ni salah satu hobi aku dari kecik. Dalam internet ni kan banyak yang boleh dibaca. T&C tu pun kadang kadang aku baca tiap perkataan dia sampai isteri aku cakap aku ni terlalu detail kalo bab membaca ni. 
  • Aku bukan nak mencari glamer tapi sekadar berkongsi maklumat dan pandangan umum, so tak salah pun ye tak ? 
Tu antara alasan aku sendiri la. Kalo ada orang lain nak cakap alasan aku tu tersangat naif, ada aku kesah ?



25 November 2010

penangan si yaya

  6 Komen    
Korang kenal siapa budak nama Yaya ni ? Ala, abang dia nama Aiman pehtu kakak dia nama Mia. Takkan tak tau lagi kot, yang mak bapak dia kerja doktor ada bukak klinik tu la. 


Korang tak kenal ke ? Aku secara rasminya telah terpaksa mengenali si Yaya ni disebabkan anak aku. Bukan boipren dia la, tapi tayangan kat astro ceria tu yang bertajuk 'Misi Yaya'.


Aku tak tau la apesal anak aku tersangat la berminat ngan tayangan Misi Yaya ni. Asal agak agak dekat jam 11 malam tu dia dah sibuk ambik remote astro tu pehtu cakap "Yaya Yaya". Nak suruh aku tukar channel la. Padahal waktu siaran tayangan tu pada jam 1.30 pagi. Sabtu ahad baru la jam 12.30 pagi.


Yang aku heran tu, anak aku yang berusia 2 tahun ni sanggup tunggu lak tu. Fanatik tul. Tapi yang menjadi mangsa selalunya aku la. Nak mintak aku teman dia layan misi Yaya tu sampai abis. Bila dah abis tayangan lak kekadang tu cam tak dapat nak menerima kenyataan lak tayangan dah abis. Siap nangis nangis lagi tu. Kalo citer tayangan lain tu bila dah abis tau lak dia cakap "da abis da".


Tapi sebagai seorang bapa mithali [yang bakal dicalonkan la] aku layan la jugak kekadang tu. Kekadang aku lari cecepat masuk bilik ataupun aku menyusup tanpa dia sedar. 


Pelik gak bila nak pikir minat dan kegemaran anak ni. Kekadang tu sampai penin gak. Lelebih lagi mama dia la. Tak larat nak mengemas rumah katanya. Dinding rumah aku leh kata keliling ada dia punya 'grafiti'. 


Walau bagaimana pun, aku tak pernah menghalang anak aku tu dari mempamirkan segala kekreativiannya dalam apa jugak perkara yang dia suka. Sebab kekadang tu menghiburkan hati gak. Kalo tak percaya tengok antara koleksi video yang aku sempat rakam aksi anak aku yang sorang ni. Selamat berhibur. Layann..



23 November 2010

ape ni ? ragut lagi ?

  8 Komen    
"Macam dah takde kisah lain yang nak diceritakan. Asyik pasal ragut je. Takde ke yang terkini sikit cam berita berita panas dan sensasi. Kalo asyik perihal yang sama je nanti lelama bosan pulak orang nak baca."

Sape yang komen tu ? Kurang asam tul la. Ikut suka aku la nak masukkan entri apa pun. 

Untuk pengetahuan semua, yang komen cam tak puas ati tu aku sendiri gak. Maklum la, nak memerah otak bukan macam bukak paip air je. Takkan nak cerita pasal Star Wars pulak. Kalo nak pasal Star Wars, pegi la website dia. Kalo nak cerita gosip artis, pegi la laman gosip. Kalo nak baca cerita porno, pegi la laman porno sana tu. 

Amboi aih..dah macam menghalau pulak. Orang Perak kata "Idok aihh". Bukan nak menghalau, cuma bagi panduan je. 

Abis tu apa lagi pasal ragut ni ? Ada satu lagi jenis peragut yang tersangat la keji. Kalo peragut harta orang tu, bole la nak maafkan gak sebab diorang mungkin lapar kot takde duit nak beli nasik. Kalo peragut dara anak dara orang tu pulak, mmm...kira boleh maaf gak la sebab mungkin diorang terlebih minum air tongkat ali [tapi aku bukan menyokong ye korang meragut dara orang]. Ni peragut yang satu ni memang tak boleh nak maaf punya.

Kalo bukan peragut nyawa, sape lagi yang menduduki carta teratas tak boleh nak maaf ni. Saban hari ada je keluar dalam media mengisahkan pasal bunuh sana sini. Kalo tak dalam negeri, kat luar negeri sana tu. Tapi tak payah la kita pegi jauh jauh sampai luar negeri tu pulak, yang dalam negeri pun tak terbilang banyaknya.

Apa ke pikirnya peragut peragut nyawa ni ? Ohh..dah takdir yang menentukan. Mane pulak. Takdir ke yang menentukan kalo tetiba termengandung ? Takdir ke jugak yang menentukan kalo diri tu jadi penjenayah ? 

Tak kesian ke pada mangsa yang diragut nyawanya tu ? Apa la salah dosa diorang ? Kalo betul bersalah berdosa pun, biar la Allah je yang menentukan hitung nasib diorang. 

Kita yang bukan peragut nyawa ni bila baca atau mengetahui pasal ada nyawa yang diragut selalunya berasa sedih kaw kaw. Pehtu kutuk kaw kaw orang yang meragut tu. 

Ntah apa la yang diorang peragut tu pikir ye tak ? Atau mungkin otak diorang tak betul setting kot. Kalo otak diorang betul settingnya, mesti diorang takkan buat kerja tak berfaedah camtu. Mane taknya, ada yang main tembak tembak la, ada yang main kelar sana sini la, ada yang main rodok la, ada yang main tanam idup idup la, bak kata pepatah astro, macam macam ada la.

Aku ingatkan Mona Fendi je yang sadis. Rupanya zaman sekarang ni lagi ramai yang sadis. Adakah akibat pengaruh filem aksi ganas ? Kene rasuk setan ke ? Setan pun tak de sampai kes ragut nyawa orang. 

Kesimpulannya dari kisah kisah peragut ni, pada yang berkecimpung dalam aktiviti ragut ragutan ni, insaf la. Pada yang berkeinginan nak menceburi bidang meragut ni, lupakan je la. Pada yang berkemungkinan ada potensi jadi mangsa, berhati hati la dan mintak la perlindungan dari Allah moga dijauhkan dari bencana ragut meragut ni. 

p/s : Aku interbiu kambing, lembu dan kerbau pasal kes ragut ni, aku tanya diorang tak boring ke asyik meragut rumput je ? Kambing jawab, "blah la kau..mbekkk" Lembu jawab, "Booooo.." [ejek aku la tu] Kerbau jawab, ...aku tak sempat dapat jawapan sebab diorang ramai ramai kejar aku. 

22 November 2010

lagi pasal peragut

  1 komen    
Dah macam penulis kisah jenayah pulak aku ni. Tapi camne pun aku nak jugak cakap pasal peragut ni. Ntah apa yang best sangat kerjaya peragut ni aku pun tak tau la sangat.

Pada aku, peragut yang satu lagi ni pun masalah besar gak dalam masyarakat kita. Mane taknye, bukan sikit sikit yang diragutnya bahkan separuh kehidupan mangsa ragut tu digarut tanpa ada belas kasihan.

Peragut yang dimaksudkan ni tak lain tak bukan sape lagi kalo bukan peragut dara anak dara orang. 

Syiok ye kerjaya camni ? Heran gak aku apesal kerjaya camni pun ada. Dah takde kerja yang lebih berfaedah ke ? Dah la barang yang diragut tu tak dapat nak dipulangkan balik. 

Siapa yang nak dipersalahkan kalo peragut peragut ni meragut ? Peragut atau mangsa ragut ? Mangsa ragut tu pulak kekadang tu tak sedar ke betapa berharganya barang diorang yang diragut tu ?

Peragut tu pulak tak fikir ke benda yang diragut tu pulak ? Eh..mesti la fikir ye tak ? Tapi fikir syiok je la. Sape yang tak syiok nak meragut kedaraan orang. Kalo yang bolos tu apa sangat nak dibagggakan. Dapat yang fresh baru la masyuk.

Mangsa ragut tu, ntah apa la yang diorang pikir. Takkan pikir syiok gak kot ? Adakah sebab pengaruh dari rakan sebaya atau hasil dari keinginan diri sendiri yang kekonon nak eksplorasi atau pun kekonon membuktikan ketulusan hati.

Bagi peragut tu memang lansung tak rugi apa apa lak. Apa yang diorang nak hilang ? Lain la kalo sekali meragut, kurang seinci 'pistol'nye. Ni selalunya bila dah meragut, mesti nak meragut lagi yang lain.

Mangsa ragut ni pulak ada yang dah sekali diragut, nak lagi kene ragut. Sampai ada yang sanggup diragut oleh peragut yang lain pun ada. Kalo boleh nak buat koleksi pulak.

Koleksi bebanyak tu tak tau la nak buat apa. Ketagih untuk diragut ke ? Jenis camni yang paling peragut peragut suka. Tapi biasanya peragut ni suka yang baru baru je. Kalo yang dah selalu sangat kene ragut, mane nak ada nilai lagi. 

Bila dah susut nilai, mula la nak jadi peragut teruna lak. Tebalik dah dunia ni. Kalo dulu punya la susah nak dapat, tapi sekarang ni boleh tunggu je depan pagar sekolah. Maklum la, pelajar sekolah zaman sekarang ni kan sangat berpengalaman. Cikgu biologi belum ajar bab satu pun diorang dah khatam sampai bab lima. 

Tambah lagi dengan keterbukaan dunia internet sekarang ni. Lagi bertambah pakar la bebudak zaman sekarang. Sampaikan yang pangkat pakcik dan atuk pun leh layan bebudak sekolah ni. 

Nak salahkan siapa ? Mak bapak ? Kemajuan ? Diri sendiri ? 

21 November 2010

ragut yang rugged

  Tiada Komen    
Pagi ni masa aku masuk kerja setelah bercuti beberapa hari kecoh sorang kawan ni pasal dirinya yang menjadi mangsa ragut sehari yang lepas. Aku takde la nak ambik 'port' sangat. Dengar dengar camtu je. Ye la, benda dah terjadi. 

Lagipun aku bukan wartawan jenayah atau anggota polis nak tau serba lengkap jalan ceritanya. Aku jugak bukan ahli kumpulan superhero luar biasa yang tugasnya menjaga keamanan penduduk setempat.

Cuma apa yang aku nak perkatakan kat sini, kenapa dan mengapa je. Kenapa boleh jadi mangsa ragut ? 

Kalo dah dinamakan mangsa tu, sesiapa pun leh jadi mangsa ye tak ? Dan kebanyakan mangsa ni pulak adalah terdiri dari golongan wanita. Mungkin sebab peragut tu pikir kaum wanita ni kaum yang lemah. Ye la, nak kejar pun lari tak laju. Pehtu cepat panik. Abis kuat pun jerit kat tepi jalan je.

Lagipun nak meragut kaum wanita ni la lagi senang. Sebab kaum wanita ni suka tayang beg tangan yang cantik bergaya. Mane de kaum lelaki bawak beg sandang cam kaum wanita tu. Kalo cik Sherry @ Shahril tu mungkin la kot. Tapi kalo peragut tu ragut cik Sherry ni aku rasa mau tumit kasut tinggi tu melekat kat atas kepala. 

Mengapa meragut ? Dari meragut beg dan harta benda orang lebih baik pegi join kambing atau lembu atau kerbau meragut rumput di tepi jalan. Tak payah la kerajaan nak menghabiskan duit cukai rakyat untuk membayar kontraktor mesin rumput tu. 

Dari kajian tak berapa profesional aku ni, kebanyakan peragut ni terdiri dari golongan budak yang malas pegi sekolah, anak yang tak dipedulikan mak bapak, penagih dadah dan yang sama waktu dengannya, budak yang mak bapak dia tak ajar pasal agama. 

Peragut ni diorang pikir nak dapatkan duit je. Tapi bangang jugak la sebab merisikokan diri untuk hasil yang tak diketahui. Cuba bayangkan situasi pada hari nak meragut, nampak sorang mangsa sedang jalan lenggang lenggok dengan beg gucci disandang kat bahu. 

Pehtu peragut ni mula la plan baik punya. Tengok sekeliling kot kot ada polis ke. Line clear. Start motor pehtu secara perlahan menghampiri mangsa. Bila dah dekat, cepat cepat ragut beg gucci tu pehtu memecut laju meninggalkan kawasan jenayah.

Lebih kurang camtu la modus operandinya seorang peragut ni kalo tak silap aku. Tapi cuba la ko bayangkan. Ye, ko la. Engkau la wahai si peragut atau baru bercita cita nak menceburi bidang meragut ni. Ko bayangkan beb. Masa ko nak meragut tu elok time ko nak memecut tu tetiba motor ko semput, tak pun ko kene langgar ngan keter dari belakang. 

Kalo ko terus mampus kat situ jugak tak pe lagi. Abis kuat pun orang ramai kat situ kutuk kutuk ko je. Tapi kalo ko idup lagi, larat ke ko nak tahan sepak terajang brader brader yang ada kat situ ? 

Tu kalo tak lepas la. Kalo ko dapat melepaskan diri, peh tu ko pun pegi la kat ko punya sarang. Ko bukak la beg gucci yang baru ko ragut tu ngan harapan ada banyak la hasil pendapatan untuk ko hari tu. Sekali ko bukak. Gincu simply siti. Maskara Maybellene. Compact powder cap angsa. Sikat. Sepender. Tuala wanita Librese. Duit sebanyak RM5 dan beberapa syiling 20sen. Jeruk halia kering. Tiket wayang minggu lepas [kenangan masuk wayang ngan pakwe]. Gambar pakwe dia. Kad pengenalan yang dah lusuh. Kad bank [belen RM6.79]. Pehtu ntah apa lagi barang barang yang tak bernilai dalam beg gucci yang ko ragut tu. Beg gucci tu pun beli pasar malam punya.

Ada untung ka ? Aku tabik gak la kat penjenayah camni. Sebab diorang memang berani. Insuran dah la takde. Kerja pulak risiko tinggi. Waktu kerja tak menentu. Telinga tebal dari makian rakyat. 

Dari buat kerja camtu lebih baik la pegi join mat indon ngan bangla tu kerja kat tempat pembinaan. Ada gak boleh nak dibanggakan. Baru la ko boleh nak gebang kat anak cucu ko nanti bangunan yang tu yang ni kalo takde ko keje kat situ takkan siap. Ni ko nak gebang kat anak cucu ko pasal ape ? Kehebatan ko meragut ? Anak cucu ko pun tak nak mengaku diorang tu keturunan ko la beb. 

Pada kaum kaum wanita, bersiap siaga la. Kalo banyak sangat duit tu letak je dalam poket. Dalam beg sandang tu letak je kertas yang korang tulis "padan muka ko..HAHAHAHA". 

Pada peragut peragut dan yang seangkatan dengannya. Isi la borang insuran, borang KWSP, surat wasiat, dan apa apa surat yang boleh menjamin kehidupan korang di masa hadapan la. Kalo nak masyuk lagi, korang tulis la surat yang wajib bawak dalam poket yang mengatakan menu apa korang nak kalo kantoi kene tangkap, tulis je la apa apa permintaan supaya pihak berkuasa tu tau apa yang korang nak nanti. Kalo kene masuk mahkamah tu jangan malu malu pulak nak mengaku diri tu memang penjenayah pulak. 

Pada mak bapak peragut pulak, sayangilah anak anak anda. Nasihatilah pada mak bapak yang lain tu supaya jangan mencontohi anda dalam mendidik anak. Biarkan anak anak anda menjadi peragut rumput kerana meragut rumput lebih mulia dari meragut harta orang lain. Jadilah seperti kambing, lembu atau kerbau. Banyak faedahnya. 

20 November 2010

tamadun yang hilang

  11 Komen    
Mungkin ada yang sedar atau buat buat tak sedar atau tak sedar betul dengan fenomena berbahasa baru yang diguna-pakai oleh generasi zaman sekarang ni. Kalo tak silap aku, semua ni bermula dengan meningkatnya penggunaan perkhidmatan sistem pesanan ringkas / pendek yang diadaptasi melalui telefon bimbit. 

Cuma yang aku tak silap, awal awal dulu hanya beberapa perkataan english je yang disingkatkan dalam penggunaan sembang teks ni. Lama lama tu semakin melarat sampai pernah menjadi isu bahasa. Sekarang ni lagi la sampai aku sendiri pun tak paham apa bahasa yang generasi zaman sekarang ni gunakan dalam sembang teks. 

Perkataan 'aku' jadi 'aq'. 'Korang' leh jadi 'kwrunk' ke ntah apa aku pun tak tau. Rasa macam duduk zaman purba je. Sikit lagi rasa macam berada dalam plenet lain.

Aku ada baca satu penulisan oleh Harun Yahya berkenaan pembohongan sejarah. Dari penulisan beliau tu memang terbongkar la banyak kebenaran yang selama ni kita semua tertipu dengan sejarah yang ditulis oleh penyokong Darwinisme. 

Salah satu yang terkandung dalam penulisan tu berkenaan bahasa yang digunakan oleh masyarakat zaman dulu yang kita panggil zaman purba tu la. Dari sejarah yang kita belajar, orang zaman dulu tu guna bahasa isyarat atau satu bahasa yang hanya difahami oleh diorang je.

Tapi bila nak bandingkan dengan apa yang berlaku sekarang ni, tak ke sama je tamadunnya ? Andai kata dunia ni berumur panjang selama seribu tahun lagi, mungkin penulisan generasi sekarang yang ntah apa apa tu akan menjadi satu penulisan dan bahasa purba yang kemungkinan dianggap tidak bertamadun. 


19 November 2010

dilema graduan basi

  Tiada Komen    
Malaysia kekurangan pekerja berkelayakan ? Terlalu banyak pengambilan pekerja asing ? Penduduk Malaysia terlampau memilih pekerjaan ? Majikan yang lebih memikirkan keuntungan jangka masa panjang ? Pekerja Malaysia banyak karenah ?Macam macam kalo nak diperkatakan pasal pekerjaan dan lambakan masalah pengangguran yang melanda negara Malaysia ni. Ibarat kes rogol yang tidak pernah sunyi dari media. Dari perspektif mana kita nak jeling masalah yang melanda ni ?

Memula kita tengok dulu sektor sektor pekerjaan yang ada dalam negara kita. Dari sektor kerajaan sampai la sektor swasta kalo nak ikutkan memang banyak sungguh kekosongan yang boleh nak diisi oleh rakyat Malaysia sendiri.

Tapi. Mungkin sebab desakan ekonomi yang menyesakkan maka kekosongan yang ada tu hanya dapat diisi oleh sanak saudara dan sahabat handai terdekat sahaja tak kira la sektor kerajaan atau pun swasta. Mungkin jugak kekosongan yang ada tu pulak tak berkenan dihati pencari pencari pekerjaan ni.
Aku melawat ke laman pencarian kerja yang menawarkan iklan iklan kerja kosong yang ada kat Malaysia ni. Ada satu ruangan tu untuk ruangan disukai oleh pengguna fesbuk. Punya la ramai yang menyukai laman tu ada la nak sampai hampir 20 ribu orang. Diulangi sekali lagi, DUA PULUH RIBU ORANG. 

Dan aku pasti yang ramai ramai suka tu terdiri dari pencari pencari kerja dan graduan graduan basi yang dari abis blaja sampai sekarang tak dapat dapat lagi kerja atau tawaran kerja.Punya la ramai rupanya. Aku tak nak la menspekulasikan apa apa cuma yang pastinya peratusan tertinggi pastinya bangsa MELAYU sendiri. Kesian tul. Lahir sebagai anak melayu tapi takde keistimewaan lansung. Bukan la takde lansung, ada gak cuma ke arah yang lain la.

Istimewanya lebih ramai melayu yang menceburi bidang bermotorsikal beramai ramai di jalan raya sambil menjadi samseng dan ahli lagak ngeri percuma. Istimewanya lebih ramai melayu yang menjadi pelakon filem atau klip video lucah secara percuma. Istimewanya lebih ramai melayu yang memenuhi lorong lorong kotor dan busuk sambil menawarkan harga termurah dan lebih murah jika nak dibandingkan dengan harga sebungkus nasi lemak sambal sotong. 

Istimewanya lagi lebih ramai melayu yang suka mendapatkan penginapan dan makan minum percuma di pusat pusat pemulihan.Tu baru beberapa je istimewanya melayu ni. Jangan cakap aku ni anti melayu atau nak menjatuhkan martabat dan maruah melayu lak. Kalo encik Hang Tuah masih hidup zaman sekarang ni pun aku ingat mesti dia tensen berabis tengok anak bangsa melayu yang hilang melayunya ni.  

Nak kerja kilang pun, tokei tokei kilang lagi suka ambik pekerja import. Alasannya lebih menguntungkan dari ambik pekerja tempatan yang banyak songeh. Nak keje swasta pun lebih kurang je nasibnya. Ada kekadang tu tokei pulak letak gaji yang tak setaraf dengan kelayakan [kes tak sedar diri macam la bagus sangat nak demand gaji kaw kaw]. Ada jugak yang nak keje kerajaan tapi 'kabel' tak cukup panjang. 

Dengan kemunculan berbagai institusi pengajian tinggi yang semakin memenuhi ruang pembelajaran lanjutan. Tambah lak dengan konsep universiti terbuka yang membolehkan sesiapa saje berkemampuan maka boleh la memiliki tahap pengajian yang diidamkan. Mungkin sebab tu jugak graduan graduan segar yang sepanas tahi ayam tu tak berpeluang nak memenuhi jawatan jawatan yang ada. 

Ye la, sape nak amik orang yang baru nak belajar kerja. Buat susah HR je. Baik ambik orang yang dah sememangnya berpengalaman kerja. Tak payah HR nak susah susah training. Jadi kepada graduan graduan yang basi atau yang dah berbuih nak basi tu yang ada kat luar sana tu, bebanyak la muhasabah diri. Belajar la menternak ayam organik. Rajin rajin la pegang cangkul. Mane tau, kalo tak dapat tawaran kerja pun sekurang kurangnya ada gak pengalaman untuk ke lain.

17 November 2010

selamat berkorban

  Tiada Komen    
Belum sampai 24 jam aku melanyak blogspot ni, dah masuk lak entri terbaru. Rakus giler lak rasanya. Maklum la, barang baru dapat. Keghairahan pun macam malam pertama la. Tak hingat nak benti pun.

Ala, lagipun apa salahnya. Esok dah sibuk sket. Pagi nak pegi berjemaah solat solat sunat hari raya. Pehtu kene lengkapkan dengar khutbah lagi. Pehtu lak nak pegi tengok orang buat korban. Bukan selalu nak dapat tengok orang menumpahkan darah ni secara 'live' beb.

Sambil sambil kita tengok orang melakukan ibadah korban ni, sambil sambil tu jugak elok la kita ingat ingat balik sejarah korban ni sendiri. Jangan pikir nak rembat daging korban tu je beb. Sejarah nak kene tau jugak.

Dan al maklum la cuti sekolah pun dah dekat sangat. Tinggal tak sampai seratus jam pun lagi bebudak sekolah nak membebaskan diri dari pikir nak bukak buku sekolah je. Kalo yang balik ke kampung atuk nenek tu, bagitau kat abah korang kalo memandu tu berhati hati sket. Kalo korang naik kenderaan awam cam bas tu, pesan kat pakcik drebar tu dengan berhemah, mintak pakcik drebar tu berwaspada di jalan raya.

Bagi yang bebudak lelaki lak, mesti ada yang dah kene tempah nak dikorbankan muncung 'belalai' tu. Hahaha..siap la korang. Bersedia la nak mengucapkan selamat tinggal kat encik kulup korang tu. Tapi lepas dah selamat tinggal tu jangan pulak korang ingat nak stim je. Kontrol sket burung tu beb.

Musim musim cuti sekolah ni jugak dah mestinya pakcik makcik katering senyum keliling kepala sebab banyak tempahan orang kawin. Masak tu biar la ikhlas ye. Bakal bakal pengantin lak, jangan pikir syiok tang tu je. Ingat tanggungjawab yang nak kne pikul tu sama.

16 November 2010

cinta tiga segi

  Tiada Komen    
Aku telah curang ? Kini menjadi cinta tiga segi ? Apakah maksud semua ni ? Kenapa tidak setia ? Mengapa cinta beralih arah ? Mengapa perlu ada pihak yang ketiga ? 

Adakah kerana layanan yang tidak memuaskan ? Adakah kerana nafsu yang tidak terkawal ? Atau mungkin terlalu ghairah dalam melayan nafsu yang melonjak ? 


Ala, aku ni kan lelaki. Malah aku berkemampuan. Apa sangat kalo nak tambah satu lagi blog. Lagipun mungkin dengan blog ni akan membuatkan aku meninggalkan blog yang lama. Hahaha..kalo la blog lama aku tu tau niat jahat aku ni mesti dia akan tuntut saman atas pemerkosaan aku ke atas diri dia yang aku rasa dah tak berapa nak masyuk.


Tapi sebagai lelaki yang berkemampuan, tak salah pun kalo aku nak buat camne sekali pun. Cuma kalo banyak sangat pun tak larat gak beb. Sana nak layan, sini nak layan. Lama lama leh kecut nak layan semua sekali. 

Dan bermula saat ni, secara rasminya aku telah merasmikan kemasukan entri aku melalui perkhidmatan blogspot ni. Kira ala ala cam pecah dara la. Hahaha..cuma aku belum terokai setiap inci sudut sudut cantik yang ada pada blogspot ni. 

Orang cakap kalo tak kenal maka tak cinta. Kalo bercinta banyak sangat, nanti takut tak dapat nak berlaku adil lak. Camne nak buat kalo camtu ? 

Ibarat pengantin baru, slow slow kayuh la. Selama beberapa tahun bersama perkhidmatan blog lain tak sebegitu mudah untuk aku terus meninggalkan rumah lama tu. Tapi kalo rumah lama pun dah nak reput, kene gak la tinggalkan tul tak. 

Apa yang aku merepek ni aku pun tak berapa nak faham. Pastinya, aku mengucapkan selamat memasuki 'rumah' baru pada diri aku sendiri. Tema aku tetap sama gak macam di rumah lama. Pekongsian santai dan menyakitkan jiwa yang terasa. 

Ucapan ringkas pada diri aku sendiri, "selamat berblog, jangan malas malas nak update entri". Kalo malas malas nanti rumah penuh sawang, orang nak datang melawat pun sakit ati lebih dari menikmati hidangan dalam rumah ni.

Penafian @ Disclaimer

  1 komen    
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog pipoq.my ini diasaskan oleh saya sendiri selaku penulis dan pemilik blog. Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk menjadi sebagai salah satu medium perkongsian ilmu dan pemikiran secara global.

Segala artikel dan penulisan yang terkandung di dalam perkongsian blog ini tidak bertujuan untuk memecahbelah masyarakat, memfitnah, menjatuhkan reputasi mana-mana individu, syarikat atau organisasi. 

Segala artikel dan penulisan yang terkandung di dalam perkongsian blog ini adalah hasil perahan minda penulis dan pemilik blog ini sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak tertentu.

Segala komen-komen atau maklum balas dari pengunjung dan pembaca blog ini adalah diluar dari bidang kuasa penulis dan pemilik blog, namun jika terdapat unsur-unsur provokasi ataupun sesuatu yang negatif yang terlepas pandang oleh penulis dan pemilik blog, mohon agar dilaporkan segera kepada penulis dan pemilik blog.

Segala artikel dan penulisan yang terkandung di dalam perkongsian blog ini adalah perkongsian umum. Sebarang niat dan tindakan untuk mengambil isi penulisan bagi tujuan kebaikan adalah digalakkan dengan pengetahuan dari penulis dan pemilik blog.

Sekiranya terdapat cadangan atau bantahan, mohon berlaku jujur agar dapat diperbincangkan untuk pembaikan.