23 November 2010

ape ni ? ragut lagi ?

  8 Komen    
"Macam dah takde kisah lain yang nak diceritakan. Asyik pasal ragut je. Takde ke yang terkini sikit cam berita berita panas dan sensasi. Kalo asyik perihal yang sama je nanti lelama bosan pulak orang nak baca."

Sape yang komen tu ? Kurang asam tul la. Ikut suka aku la nak masukkan entri apa pun. 

Untuk pengetahuan semua, yang komen cam tak puas ati tu aku sendiri gak. Maklum la, nak memerah otak bukan macam bukak paip air je. Takkan nak cerita pasal Star Wars pulak. Kalo nak pasal Star Wars, pegi la website dia. Kalo nak cerita gosip artis, pegi la laman gosip. Kalo nak baca cerita porno, pegi la laman porno sana tu. 

Amboi aih..dah macam menghalau pulak. Orang Perak kata "Idok aihh". Bukan nak menghalau, cuma bagi panduan je. 

Abis tu apa lagi pasal ragut ni ? Ada satu lagi jenis peragut yang tersangat la keji. Kalo peragut harta orang tu, bole la nak maafkan gak sebab diorang mungkin lapar kot takde duit nak beli nasik. Kalo peragut dara anak dara orang tu pulak, mmm...kira boleh maaf gak la sebab mungkin diorang terlebih minum air tongkat ali [tapi aku bukan menyokong ye korang meragut dara orang]. Ni peragut yang satu ni memang tak boleh nak maaf punya.

Kalo bukan peragut nyawa, sape lagi yang menduduki carta teratas tak boleh nak maaf ni. Saban hari ada je keluar dalam media mengisahkan pasal bunuh sana sini. Kalo tak dalam negeri, kat luar negeri sana tu. Tapi tak payah la kita pegi jauh jauh sampai luar negeri tu pulak, yang dalam negeri pun tak terbilang banyaknya.

Apa ke pikirnya peragut peragut nyawa ni ? Ohh..dah takdir yang menentukan. Mane pulak. Takdir ke yang menentukan kalo tetiba termengandung ? Takdir ke jugak yang menentukan kalo diri tu jadi penjenayah ? 

Tak kesian ke pada mangsa yang diragut nyawanya tu ? Apa la salah dosa diorang ? Kalo betul bersalah berdosa pun, biar la Allah je yang menentukan hitung nasib diorang. 

Kita yang bukan peragut nyawa ni bila baca atau mengetahui pasal ada nyawa yang diragut selalunya berasa sedih kaw kaw. Pehtu kutuk kaw kaw orang yang meragut tu. 

Ntah apa la yang diorang peragut tu pikir ye tak ? Atau mungkin otak diorang tak betul setting kot. Kalo otak diorang betul settingnya, mesti diorang takkan buat kerja tak berfaedah camtu. Mane taknya, ada yang main tembak tembak la, ada yang main kelar sana sini la, ada yang main rodok la, ada yang main tanam idup idup la, bak kata pepatah astro, macam macam ada la.

Aku ingatkan Mona Fendi je yang sadis. Rupanya zaman sekarang ni lagi ramai yang sadis. Adakah akibat pengaruh filem aksi ganas ? Kene rasuk setan ke ? Setan pun tak de sampai kes ragut nyawa orang. 

Kesimpulannya dari kisah kisah peragut ni, pada yang berkecimpung dalam aktiviti ragut ragutan ni, insaf la. Pada yang berkeinginan nak menceburi bidang meragut ni, lupakan je la. Pada yang berkemungkinan ada potensi jadi mangsa, berhati hati la dan mintak la perlindungan dari Allah moga dijauhkan dari bencana ragut meragut ni. 

p/s : Aku interbiu kambing, lembu dan kerbau pasal kes ragut ni, aku tanya diorang tak boring ke asyik meragut rumput je ? Kambing jawab, "blah la kau..mbekkk" Lembu jawab, "Booooo.." [ejek aku la tu] Kerbau jawab, ...aku tak sempat dapat jawapan sebab diorang ramai ramai kejar aku. 

8 comments:

  1. aku peragut hati wanita dikategorikan sebagai pesalah tak?hehe

    ReplyDelete
  2. E.d.Y : Kalo peragut hati wanita kemudian tidak disia siakan hasil ragutan tu maka tidak dilabel sebagai pesalah, malah boleh dikategorikan sebagai peragut berhemah. Hehehe..

    ReplyDelete
  3. hu3..kejam la orang sekarang..
    macam da xde kewangan nak tampung sampaikan sanggup meragut orang hinggal sampai ada yg maut! kejam siot!!
    kelakar la pendapat edy tue :P

    ReplyDelete
  4. sungguh terharu atas penghargaan sebagai peragut berhemah tu..haha..lol

    ReplyDelete