18 December 2010

caca marba

  13 Komen    
Permulaan hari ni sangat menyengat tulang. Pagi subuh lagi dah hujan turun. Sikit lagi aku malas nak pegi kerja. Hehehe..Alhamdulillah, hujan tu kan rahmat. Sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja, aku meredah hujan dengan jayanya. Sejuk siot.


Bila musim hujan camni, paham paham je la. Suhunya turun sampai takde la negetif. Kang turun salji kat Ipoh ni ape pulak kata orang. Mandi pagi tadi pun terketar ketar dah. Sampai tali perut aku pun terasa menggeletar akibat kesejukan hampir maksimum. Dan kesannya terhadap diri aku ...


Ni la kesannya. Kesian tul kan. Tak pasal pasal je aku menjadi peniup trompet hari ni. Sekarang ni pun masalah masih tak selesai. Leceh tul la bila hidung berlari ni. Bukan masalah hidung berlari je yang aku nak kene kontrol sekarang ni. Satu lagi masalah bila aku terlalu sejuk pepagi ni, perkara leceh satu lagi ni.

Aku pun tak tau la apesal kalo aku rasa sejuk sangat pepagi ni mesti sistem perkumuhan aku ni macam terjejas sikit. Agaknya sebab kecut perut menahan sejuk kot. Selalu sangat camni. Tensen tul la. Dah la hidung berlari, ngan aku sekali nak kene berlari lari masuk bilik kecik tu. 

Pagi tadi aku melawat bilik belakang. Terperanjatnya aku sebab salah satu santapan yang aku jamu untuk si comel telah tiada di situ. Apa yang telah berlaku ? Siapa yang telah mengambilnya ? Lansung takde kesan tapak kaki ke, tapak tangan ke, cuma santapan tu je lesap. Serta merta otak aku berhalusinasi.

 
Apakah si comel telah menjadi sebijak begini hingga dapat memperdayakan aku yang boleh dikategorikan sebagai makhluk yang bijak jugak ?

Atau pun ...


Oh tidakkk...mungkin ini hanya khayalan aku semata mata. Tapi, siapa yang ambik santapan tu ? Adoii..maaf ye, aku terpaksa ke bilik kecil sebentar.

 

13 comments:

  1. masalah kita lebih kurang sama gak...bila sejuk...tandas tu dh boleh jd sahabat karib..kejap2 nk pergi ziarah dia...huhu.. ;)

    jom joinBLOG LARIAN

    ReplyDelete
  2. tu 2 perkara yg selalu terjadi bila sejuk

    ada lg 1 ko malu nak bg tahu tu

    kalau sejuk mestiiiiiiii

    ermmm xpe laa fhm2 sendiri laa..


    hahahahahahahahaaha

    ReplyDelete
  3. nabilah_2908 : aku ingatkan aku sorang je bermasalah camni..rupanya ko pun sama..boleh tubuhkan kelab ni..hahaha

    ReplyDelete
  4. mr.syazwan : ahahahahahahaha..ko memang tak blei blah la wan..takkan yang tu pun aku nak bagitau kot..malu owhh..

    ReplyDelete
  5. apa maksud komen mr syazwan tu? (pura2 tak tahu)

    hahaahhahahahahahahaha

    P/S : Seronok Kan Bila Kena Prank Dengan Kawan Sendiri?

    ReplyDelete
  6. haa~memang seksa dan seksi kalau tgh selsema!
    huh~

    ReplyDelete
  7. ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    Salam kunjungan salam ziarah…. Al maklumlahhhh tengah sesejuk cam ni macam macam hal berlaku.... jamban ohhhh jamban...

    tapi paling tak selesa tu hidung tersumbat lahhh

    ReplyDelete
  8. sejuk2 sedap tido dan....hehhe

    ReplyDelete
  9. hans : tumpang gelak sama...hahahahahaha..
    apakah maksud sebenarnya komen tu ? [muka kompius]

    hahahahahahahaha..

    ReplyDelete
  10. h A n Y S : memang pun..hidung pun sampai naik merah asyik kene picit je..

    ReplyDelete
  11. Afzainizam : Kalo jamban tu boleh bercakap, mesti dia kata "asyik asyik muka kau je aku tengok arini"..hehehehe..

    iung sumbat ok lg bro, ni dah macam paip bocor je lagi haru..

    ReplyDelete
  12. E.d.Y : dan apa tu bro ? [buat buat tak paham]

    ReplyDelete
  13. michael kors uk, http://www.michaelkorshandbag.co.uk/
    michael kors uk outlet, http://www.michaelkorsoutlet.org.uk/
    ray ban uk, http://www.raybansunglass.co.uk/
    replica handbags,replica handbags outlet,cheap handbags,purses and handbags,wholesale replica handbags,replica bags,bags outlet,replica handbags wholesale,cheap purses,discount handbags,handbags sale,wholesale purses,handbags and purses,replica purses
    wedding dresses, http://www.cheap-weddingdresses.net/
    jordan 13, http://www.airjordan13s.com/
    pittsburgh steelers jersey, http://www.pittsburghsteelersjersey.com/
    los angeles clippers, http://www.clippersjerseystore.com/
    tiffany and co jewelry, http://www.tiffanyandco.in.net/
    tods shoes, http://www.todsshoes.us.com/
    louis vuitton bags, http://www.louisvuittonbag.us.com/
    giants jersey, http://www.newyorkgiants.us/
    adidas wings, http://www.adidaswings.net/
    chicago bears jerseys, http://www.chicagobearsjerseys.us/
    tiffany outlet, http://www.tiffany-outlet.us.com/
    chanel outlet store, http://www.chaneloutletstore.us.com/
    basketball shoes, http://www.basketballshoes.us.com/
    new york giants jerseys, http://www.newyorkgiants.us/
    louis vuitton bags cheap, http://www.louisvuittonbag.us.com/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutlets.in.net/
    oakley sunglasses outlet, http://www.oakleysunglassesoutlets.us.com/
    coach outlet, http://www.coachoutletstores.com.co/
    hermes outlet store, http://www.hermesoutletstore.us.com/
    tiffany outlet, http://www.tiffanyjewelleryoutlets.co.uk/
    futbol baratas, http://www.futbol-baratas.com/
    2015812caihuali

    ReplyDelete