31 December 2010

ceriakan dunia ku

  16 Komen    
Semalam hari sedikit mendung. Mendung kat luar rumah ditambah mendung kat dalam rumah sekali. Mendung yang kat luar rumah tu sebab hari nak hujan. Mendung yang kat dalam rumah tu pulak sebab anak aku kedemaman dan tak berapa ceria sangat.

Menjelang petang lepas asar tu, ada la senyum senyum sikit. Pehtu ajak aku keluar main kat padang. Biar betul ? Layankan je la. Aku bawak dia pegi padang permainan yang ada padang bola sekali, dua pusingan dia lari keliling padang tu. Macam tak demam je budak ni. Hehehe..

Tapi malam tadi badan dia jadi panas semula. Makan pun tak lalu. Kepenatan kot. Lepas makan ubat terus dia tidur. Tak lama pun, lebih kurang jam sebelas dah bangun tidur sebab nak tengok Misi Yaya. Ahahaha..demam demam pun tak lupa misi Yaya dia tu. 

Pagi tadi sebelum aku keluar pegi rumah DS, dia tidur lagi. Aku pegang badan ngan kepala dia dah normal je rasa tak panas macam semalam. Tengahari aku balik rumah, dia dah melompat macam selalu. 




Alhamdulillah dah sihat kembali anak aku ni. Kalo semalam monyok je, hari ni dah ceria semula. Dan aku pulak kalo semalam terselamat dari menjadi 'mangsa buli' anak aku, hari ni disebabkan dia dah sihat maka aku akan dibuli kembali. Huuu..





16 comments:

  1. serius, anak kau comel lah!
    btw, alhamdulillah dah sihat~
    ;D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Salam Tahun Baru 2011 drpd kami, moga puan sekeluarga memperolehi rahmat Ilahi, insyaAllah.
    Berbuat baiklah sesama insan, mudah2an Allah SWT permudahkan usaha murni kita.


    Ikhlas,
    Kump.Rajamenangis

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah

    selamat tahun baru
    moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas

    P/S : Lepak Dengan Kawan - Kawanku Sempena Tahun Baru

    ReplyDelete
  4. mr.syazwan : yeahh..alhamdulillah dah sihat pun si manja aku tu.

    ReplyDelete
  5. E.d.Y : Demam hujung tahun kot dia tu. Tapi alhamdulillah la dah sihat cergas kembali anak aku tu. kalo tak wat risau je.

    ReplyDelete
  6. h A n Y S : Terima Kasih. Tapi tu la, anak aku tu comel sebab kacukan papa dia yang hensem ngan mama dia yang cantik tu. Ahahaha..

    ReplyDelete
  7. Raja Menangis : Ya insyaAllah sama sama la kita menuju ke arah yang lebih baik dari tahun yang telah meninggalkan kita.

    ReplyDelete
  8. hans : betul tu. semoga tahun ni akan lebih bertambah kebaikan untuk kita semua.

    ReplyDelete
  9. Anak-anak kalau demam memang meragam cuma jangan terlalu panas sangat dan perlu sentiasa memantau suhu badan.

    Ada beberapa cara dengan membasahkan kain dengan air suam lap seluruh badan dan letakkan dikepala ada sesetengah memandikan anak bukan tak boleh biasalah ia akan memberi kejutan kepada anak yang demam panas

    Kerap memberi air suam salah satu cara mengeluarkan panas badan melalui air kencing

    ReplyDelete
  10. akubiomed :

    terima kasih atas tips yang diberikan..memang susah hati tul kalo anak sakit sakit ni..

    ReplyDelete
  11. ciss~! ok, aku tarik balik apa aku cakap, anak kau tak comel, ahahahaha~

    *kidding*

    ;p

    ReplyDelete
  12. Michael Kors handbags can now be found on many discounted sites for fractions of retail prices. The best option for individuals wanting to own Michael Kors handbags is to shop at online discount stores. A great place to shop for these luxury bags is eBay.
    Friendly Links: Michael Kors Handbags Sale Clearance | Michael Kors Outlet Store

    ReplyDelete