21 December 2010

kembali ke sekolah

  14 Komen    
Seronoknya kalo mengenang kembali waktu zaman mula mula sekolah. Dari memula kenal bilik kelas sampai la kenal semua huruf huruf. Untuk episod entri mendatang ni aku nak kongsi sikit pasal zaman sekolah aku dulu. 


Aku mula kenal kerusi meja kelas ni masa tahun 1985 di mana aku telah didaftarkan oleh mak bapak aku untuk belajar di Tadika Islam kat Masjid Jamek Pekan Sg. Besi Kuala Lumpur. Kat tadika ni la aku mula belajar membaca, mengira, menulis, menghensemkan diri dan memacam la lagi. 


Gambar Tadika Islam Masjid Pekan Sg Besi yang aku cilok dalam google
Kat tadika ni jugak la aku banyak belajar ilmu agama yang jadi bekalan hidup aku untuk ke akhirat. Seronok giler belajar kat situ. Paling seronok masa ujian akhir tahun, aku dapat nombor dua dari keseluruhan pelajar kat situ. 

Peh abis tadika tu, aku mendaftar lak masuk ke Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat Sg. Besi. Maklum la, bapak aku kan sojar. Duduk pun kat Kem situ. Masa memula masuk sekolah darjah satu ni tak la cuak sangat sebab dua orang kakak aku pun belajar kat situ gak.



Alamak, tak jelas lak gambo lencana sekolah aku ni. Hehehe..Kelas aku masa darjah satu, namanya kelas satu kuning. Zaman dulu mane de nama glamer sangat. Kebanyakannya guna nama kaler je. 




Kat sekolah ni aku suka bukan sebab apa pun, satunya dekat dengan padang latihan tentera. Kekadang tu kalo sojar sojar tu wat latihan, mesti kitorang leh nampak. Ada sekali tu helikopter nuri tu landing kat padang sebelah sekolah ni. Memang jakun giler la. 


Aku pegi sekolah ni jalan kaki je. Tak la jauh sangat sebab aku duduk kat rumah flat dalam kem tu jugak. Cuma masa aku darjah satu ni reputasi kebijaksanaan aku sedikit tercalar la sebab masa ujian akhir tahun, aku dapat nombor 30 dari 33 orang dalam kelas. Hahaha..tak la teruk sangat kan ?


Kenangan kelas 1 Kuning. Hensem tak aku ?


Camne pun, sekolah ni banyak mengukir kenangan dalam hidup aku. Ye la, kat sini la aku belajar mengutip ilmu dan pengalaman semua. Tapi aku tak lama pun kat sekolah ni sebab bapak aku amik keputusan pencen awal pehtu berpindah ke Perak lak. Nantikan sambungan kembali ke sekolah ni dalam entri akan datang.


Ni saje aku nak letak lagu tema sekolah aku tu sebagai tanda penghargaan. Hehehe...


belajar terus belajar
cogankata sekolah kita
sk pengkalan tentera daaaaarat s
ekolah yg dibanggakan
kita selalu bersatu
belajar dan beramal
teguhkanlah iman
hormati guru
taat perintah raja
negara yg tercinta
menjadi rakyat yg berguna
rakyat malaysia

jeng jeng jeng....lalalalaaaa..

14 comments:

  1. syabas..msih ingat lagu sekolah..aku bunyi music instrument lagu skolah pon aku tak ingat langsung...hahaha

    ReplyDelete
  2. wah..masih ingt lagi lagu sekolah..? sy...erm...ingt2 lupa dh.. ;)

    tp yg bestnya...cikgu yg cipta lirik tuk lagu sekolah tu...dok sebelah rumah je...arwah dah pun..Al-fatihah... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BILA TELEFON BRBUNYI

    ReplyDelete
  3. man yusoef : mesti la ingat sebab lagu sekolah ni la lagu pertama yang aku hafal..hehehe..

    ReplyDelete
  4. nabilah_2908 : ni mesti masa perhimpunan selalu borak je..hehehe..

    ReplyDelete
  5. Adem and Cats : memang best tak hingat masa zaman persekolahan rendah dulu tu..

    ReplyDelete
  6. wah! hafal lagi lagu skolah ea..?
    tahniah2!!
    hehee..

    ReplyDelete
  7. Masa sekolah balajar muzik guna flute haram pandai asyik bunyi sumbang. Memang tidak ada bakat bermain alat muzik walaupun berminat :-)

    ReplyDelete
  8. lupa dah lagu tema sekolah..huhu

    ReplyDelete
  9. h A n Y S : lagu sekolah rendah pertama je yang hafal..pehtu tak ingat dah..maklum la, sekolah pertama mane leh nak lupa..

    ReplyDelete
  10. akubiomed : sama la kita..sampai sekarang ni pun tak reti reti nak guna flute tu..

    ReplyDelete
  11. E.d.Y : awek sekolah ingat lagi tak bro ?

    ReplyDelete
  12. Belajar terus belajar....

    Cogan kata sekolah kita...

    SK pengkalan tentera darat ...

    sekolah yg dibanggakan.. kita selalu bersatu.... belajar dan beramal... teguhkn lah iman hormati guru....

    taat perintah raja.. negara yg merdeka...menjadi rakyat yg berguna... rakyat malaysia.. ^.^

    ReplyDelete