25 December 2010

maaf itu sorry

  14 Komen    

Huu..dua tiga hari ni aku sedikit sibuk. Walaupun tak sibuk dengan kerja tapi aku menyibukkan diri untuk keluarga. Tu pun aku rasa tak cukup sibuk lagi. Ntah cukup ntah tak masa yang aku luangkan untuk keluarga ni. 


Anak aku tu pulak makin hari makin manja ngan aku. Sampai nak melekat je ngan aku dari bangun tidur sampai la nak tidur semula. Ngan mama dia cuma nak melekat masa nak lelapkan mata je. 


Entri dua tiga hari ni pun kalo disedari agak kelam kabut sikit. Ye la, sambil nak mengejar lawatan ke laman jiran tetangga, sambil nak layan anak aku, sambil nak update entri, sambil nak layan wifey aku gak. Kalo ada yang tak sempat aku nak singgah atau tinggalkan bekas tu, harap maaf la ye. 


Esok tak pasti lagi, tapi tadi peh selesai mengajar anak DS, aku dapat sikit habuan dari DS. Katanya untuk bawak anak isteri aku pergi bercuti hujung minggu. Wahh..macam durian runtuh lak. Mungkin pagi nanti peh matahari dah segalah, kitorang nak pegi layan sampai petang kat Lost World of Tambun. So sekarang ni dah hampir jam 130 pagi, aku nak tidur dulu la. Simpan tenaga. Hehehe..lagipun jaringan berukben aku agak lembab sikit malam ni. Mungkin sebab pakcik santakelos sibuk ber'ho ho ho' kat atas sana tu. 



14 comments:

  1. lost world of tambun kureng la..g bukit merah lake town resort la...hehe

    ReplyDelete
  2. Betul kot, Santa malam tadi duduk rumah mengadap blog... :)

    ReplyDelete
  3. seronok nye bwk family ke lost world of tambun.. seronok lg bile tgk anak2 happy p tempat cam tu,haha~aku cakap mcm lah aku ada anak..hee ;D

    ReplyDelete
  4. busy sungguh dia...

    apa lagi dah dpt habuan...cepat2 la pergi bercuti... ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BERTEMU KEMBALI

    ReplyDelete
  5. wah best yew dpt brcuti. elok sngt bwak anak2 g sna.sesuai sngt ;D

    ReplyDelete
  6. E.d.Y : pegi Lost World Tambun je dekat dengan rumah..lagipun bawak anak kecik ni tak dapat sangat nak layan permainan air tu..layan naik pelampung ngan petting zoo je..

    ReplyDelete
  7. ChiLaBaey's Spot : Line BB P1 mlm td mmg tak ble blah tul..slow giler..

    ReplyDelete
  8. h A n Y S : memang la seronok..tambah lagi seronok bila anak aku tu seronok..sampai tak nak balik dia tu..tunggu nanti entri LWoT..

    ReplyDelete
  9. nabilah_2908 : hehehe..ingatkan cuti kerja ni tak bz la, rupanya makin bz melayan anak..

    tekejut gak dapat habuan dari DS tu..tak sangka tul..hehehe..rezeki anak la katakan..

    ReplyDelete
  10. ♥cik cahya♥ : hehehe..next time ada rezeki nak jalan KL lak..baru tau fungsi bas Hip hop tu peh baca entri cik cahaya..

    ReplyDelete
  11. ieMa ackLes : memang seronok duduk malaysia ni..banyak lagi tempat menarik leh nak pegi bercuti..

    ReplyDelete
  12. air jordan shoes for sale, http://www.airjordanshoes.us.org/
    ralph lauren outlet, http://www.ralphlaurenoutlet.in.net/
    ray-ban sunglasses, http://www.rayban-sunglassess.us.com/
    louis vuitton outlet online, http://www.louisvuittonus.us.com/
    toms shoes, http://www.toms.us.com/
    longchamp outlet, http://www.longchampoutlet.name/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsoutletonlinestores.us.com/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutlet.us.org/
    thomas sabo, http://www.thomassabos.co.uk/
    nike outlet store, http://www.nikeoutletstore.us/
    mont blanc outlet, http://www.montblancpensoutlets.com/
    true religion jeans, http://www.truereligionjeansoutlet.com/
    michael kors canada, http://www.michaelkorsoutletcanada.in.net/
    the north face outlet store, http://www.thenorthfaceoutletstores.org/
    prada handbags, http://www.pradahandbagsoutlet.co.uk/
    vikings jerseys, http://www.minnesotavikingsjersey.us/
    chanel handbags, http://www.chanelhandbags-outlet.us.com/
    replica watches, http://www.replicawatchesforsale.us.com/
    oakley outlet store, http://www.oakleyoutlet.in.net/
    wedding dresses, http://www.weddingdressesoutlet.co.uk/
    chicago blackhawks jersey, http://www.chicagoblackhawksjersey.us/
    ralph lauren polo, http://www.ralphlaurenoutlet.in.net/
    toms outlet store, http://www.tomsoutlet-stores.com/
    nike air force 1, http://www.airforce1.us.com/
    chanel handbags outlet, http://www.chanelhandbags-outlet.us.com/
    2015912caihuali

    ReplyDelete