31 January 2011

nilai sebuah pekerjaan

  20 Komen    
label: , ,
Sebulan sudah berlalu meninggalkan kita dalam tahun 2011 ni. Bagi yang baru bergelar pekerja, kerja la baik baik. Bagi yang dah lama berkerja, kerja la baik baik jugak sebab walau apa pun kerja halal yang kita usahakan tu pastinya ada nilai yang tak terhitung harganya.


Hari ni aku nak menyentuh satu pekerjaan yang bagi aku tersangat la tak terhitung nilainya dengan wang ringgit atau harta benda. Mungkin ada di antara pembaca blog aku ni yang berkerjaya sebagai pendidik. Tak kira la walau kat mana pun korang mendidik, asalkan namanya mendidik maka berbahagialah korang sebagai seorang pendidik.


Aku sendiri pun sikit sebanyak tergolong dalam golongan warga pendidik ni jugak walaupun tak secara formal. Hampir lapan tahun dah aku jadi pendidik tak formal ni dan dalam masa lapan tahun tu macam macam pengalaman yang dapat aku lalui. 


Kadang kadang tu seronok, kadang kadang tensen berabis, kadang kadang rasa macam nak pijak pijak anak murid tu. Maklum saja la kebanyakan yang aku didik tu bawah umur akhil baligh, tersangat la mencabar nak fokuskan bebudak ni pada apa yang diorang belajar tu.

Tapi nak tak nak kena la jugak bersabar. Aku masih ingat lagi kata kata cikgu aku masa sekolah dulu, "dalam menuntut ilmu ni kena banyak bersabar, memberi ilmu pun kena banyak bersabar. Kalau tak sabar, ilmu pun tak berkat jadinya". 


Ada orang cakap kalau kerja mengajar ni seronok sebab tak susah. Tu belum lagi sentuh bab pendapatan dan imbuhan. Pada aku la, bab pendapatan dan imbuhan tu bukan yang utama untuk difikirkan. Apa yang aku selalu fikir, masa akan datang apabila roh meninggalkan jasad.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud, 
"Apabila telah mati anak adam itu, maka terhentilah segala amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh
Ilmu yang bermanfaat tu ertinya ilmu yang dipelajari, kemudian diamalkan, kemudian pula dapat diajarkan kepada orang lain supaya orang lain juga mendapat manfaat dari ilmu yang dikongsikan bersama tu.


Tak kira la apa ilmu sekalipun asalkan ianya memberi manfaat kepada orang lain, insyaAllah ganjaran yang bakal diperolehi tu tidak terbayar dengan wang ringgit atau harta benda. Pada yang menuntut tu, tuntutlah ilmu tu dengan ikhlas. Pada yang memberi ilmu tu pulak, curahkan la ilmu yang ada tu dengan ikhlas jugak supaya ilmu tu menjadi berkat.





30 January 2011

pelengkap perjalanan

  7 Komen    
label: 
Biasanya apa yang melengkapkan sesi pengembaraan kita walau ke mana pun destinasi yang kita pergi tu ? Apa ? Ngorat anak dara orang tempatan untuk dijadikan cawangan ?


Kalo nak mengorat pun apa salahnya asalkan niat tu baik. Kalo sebelum ni aku dah ceritakan sedikit sebanyak tempat menarik yang ada kat negeri Sabah yang pernah aku pergi, hari ni aku nak ceritakan sikit pelengkap perjalanan lak. Apa yang melengkapkan perjalanan tu ?



Apa lagi kalau bukan makanan yang ada kat tempat yang kita pergi tu. Maklum saja la, kalo kat Malaysia ni boleh katakan setiap negeri ada keunikan dan tarikan masing masing. Lebih lebih lagi kalo bab makanan. Walaupun kadang kadang tu kita boleh jumpa kat tempat lain, tapi kalo jumpa kat tempat asal dia lebih 'umphh' la.


Haa..korang kenal ngan gambar kat atas ni ? Rupa dia ala ala anggur je tapi bukan anggur tu. Kalo korang pegi pasar kat negeri Sabah ni, biasanya ada dijual kat mana ceruk pun. Ni la dia rumpai laut. Biasanya di makan mentah je cicah ngan air asam. Tapi ada jugak digoreng bersama cili padi.


Cakap pasal cili padi ni pulak memula aku rasa pelik betul. Pelik sebab kebanyakan cili padi kat negeri Sabah ni yang jenis putih ni. Sebab aku ni bukan peminat cili padi, maka aku tak tau la apa rasa dia. Pedas tu dah tentu kot. Wifey aku memang penggemar cili putih ni. Kalo goreng dengan ikan masin bersama hirisan bawang sikit memang tak usik lauk lain dah.

Cili putih ni memang jarang sangat aku ternampak terutama kat Ipoh ni. Cuba jugak cari kat kedai kedai bunga kot kot ada. Tapi satu pun takde jual. Cuma baru baru ni aku ada ternampak ada sepokok cili putih ni ditanam berdekatan padang bola berhampiran perumahan aku. Ntah apek mana punya aku pun tak tau la. Banyak buah cilinya. Rasa cam nak cilok pun ada tapi berdosa pulak. Nak bertanya, tuan pokoknya tak kelihatan.

Ada siapa siapa yang kenal ngan pokok cili putih ni tak ? Kot kot ada tanam kat rumah ke. Kalo ada tu, boleh mintak tak ? Hahaha..nak mintak cili tu ngan pokok sekali. Kesian kat wifey aku. Asyik kempunan je nak makan cili putih dia tu je. Hehehe..


Macam laici tapi bukan laici tu. Ni la buah salak rupanya. Manis manis kelat rasanya. Jarang betul aku nampak ada dijual kat sini malah hampir tak ketemu pun. Kalo balik ke Sabah baru la leh senang jumpa buah salak ni. Bapak mertua aku paling suka buah salak ni. Kalo beli kat tamu tu, kene beli dua tiga kilo sebab dah sah dua kilo je untuk bapak mertua aku sorang je.


Biasa dengar markisa tak ? Ala, yang selalu orang buat jus tu la. Rasa dia masam masam manis. Pertama kali aku tengok buah markisa ni bermacam soalan dalam minda sempit aku. Boleh makan ke buah ni, lain macam je rupa dia. Tapi selamba je anak anak saudara aku kat Sabah tu makan. Siap berebut lagi tu.


Pernah nampak tak kuih ni ? Ni namanya kuih cincin. Sekilo RM20 je. Hehehe..dah macam penjual lak aku ni. Kuih cincin ni memang berasal dari Sabah. Aku ingat mula tu kuih keria yang digoreng bersama tepung. Rupanya bukan. Walaupun nampak lebih kurang sama tapi kuih cincin ni ada rasa dia tersendiri.



Eh, cikedis pun nak tunjuk ke ? Hehehe..ni bukan cikedis ye adik adik. Ni close up keropok amplang namanya. Rasa dia macam keropok udang pun ada gak. Kalo makan time tengok TV memang best.

Apa lagi yang ada ? Nanti la lain kali aku bagitau. Sebab aku pun kesuntukan masa tambah lak talian internet yang tersedak sedak. Dari semalam asyik lemah syahwat je talian ni dah macam mati pucuk lak. Hahaha..





29 January 2011

ayam goreng berempah

  10 Komen    
label: 
Kalau tengok pada tajuk entri ni macam biasa je kan. Memang biasa pun. Tapi walaupun biasa, mungkin ada yang luar biasa dalam kebiasaan tu. Eh, berapa banyak perkataan biasa daa.

Aku ingat lagi masa aku berkerja dengan satu syarikat katering kat Ipoh ni. Biasanya bila ada tempahan je salah satu menu wajib mesti ada ayam goreng berempah ni. Aku pun tak tau la kenapa orang suka sangat ngan ayam. Sampaikan kekadang tu aku punya tangan pun melekat ngan bau rempah tu dua tiga hari baru nak hilang.

Tapi seronok jugak la sebab aku ni suka nak menokok tambah. Dari resipi asal yang cam biasa, abis aku edit jadi sesuka hati aku je. Nak kata sedap sangat tak la jugak. Tetap rasa macam ayam goreng berempah. Hehehe..

Biasanya bila ada tempahan untuk ayam goreng berempah ni aku akan beli ayam bersaiz sederhana yang tak terlalu gemuk atau kurus sangat, pehtu di potong 16 bahagian seekor. Maknanya tak terlalu besar dan tak jadi terlalu kecik.


Lepas ayam tu dicuci bersih, toskan airnya supaya mudah untuk digaul dengan rempah tu nanti. Untuk bahan rempah tu aku guna bahan bahan biasa je. Takde resipi rahsia pun. Biasanya aku guna serbuk kari babas, serbuk cili babas, sos tiram, cili kering yang dikisar kering, jintan manis, jintan putih, bawang merah sikit, bawang putih sikit, halia sikit, serai sikit, ketumbar sikit dan garam secukup rasa.


Rahsia ayam goreng berempah ni ialah pada bahan bahan dia tu je. Biasanya orang akan kisar sampai halus kekonon nak bagi terserap dalam ayam tu. Kalo buat camtu maknanya tersilap la tu. Selain dari serbuk kari, serbuk cili, sos tiram ngan garam tu, korang kisar je bahan bahan tu jangan terlalu halus. Biar nampak kasar je kisaran tu.

Lepas dah siap mengisar, boleh la digaulkan sebati dengan ayam tu tadi. Masuk je semua bahan tu sambil tangan diramas ramaskan ke setiap penjuru tubuh ayam yang pasrah tu. Rasa la sikit, kalo tak cukup masin tambahkan je sikit garam. Dah sebati semua tu nak kasik ibu jari naik ke atas, perapkan sekurang kurangnya 3 ke 4 jam. Kalo aku dulu, hampir 24 jam aku perap dalam cold room. Hehehe..

Seterusnya untuk menggoreng, pastikan korang menggoreng dengan minyak yang banyak. Maknanya bila menggoreng tu ayam tu akan tenggelam la. Sebelum ayam tu tadi digoreng, biasanya aku akan gaul lagi sekali dan kali ni dengan daun kari, tepung gandum dan telur ayam. Baru la ala ala bersalut sikit.


Panaskan minyak dulu, pehtu sebelum dimasukkan ayam tu kecikkan sikit apinya biar sederhana supaya ayam tu nanti tak meloncat terkejut masak terkejut. Biar dia masak dengan tenang hati dan jiwa. Ada satu tips kalo nak cepat masak tapi takut ayam tu nanti tak cukup masak kat sebelah dalam.

Kalo korang nak menggoreng ayam tak kira la ayam apa pun, kekadang suri rumah ni nak cepat sebab baru balik dari opis nak kene masak lagi, nak tengok anak lagi, suami dah kehijauan sebab lambat sangat tunggu nak makan. Caranya ialah dengan memasukkan sedikit air perahan limau nipis dalam minyak masak tu. InsyaAllah ayam yang digoreng tu mudah digoreng, masak hingga ke bahagian dalam dan boleh menjadi lebih garing. Tapi berhati hati ye, minyak panas kalo dimasukkan air memang minyak tu akan marah. Hehehe..

Okay, bila ayam tadi tu dah siap digaulkan dengan segala bahan yang ada tu boleh la mula digoreng. Pastikan ayam tu tenggelam. Kalo korang ada periuk goreng tekanan tu lagi syok. Api jangan besar sangat ye, kang hangus lak.

Bila ayam tu dah mula 'timbul' dan kelihatan agak garing boleh la diangkat. Dah habis menggoreng tu, korang akan nampak betapa serabutnya minyak gorengan tu dengan ntah ape serdak. Tapis semua serdak tu, toskan minyaknya pehtu taburkan atas ayam tu tadi. Dan begitulah rupanya ayam goreng berempah mendapat nama.


Potongan ayam tu sebenarnya terpulang la nak potong berapa pun. Kalo suka besar, potong 10 pun boleh. Tapi cam aku ni, aku suka potong kecik je kalo ayam berempah ni. Lagipun bila potongan tu kecik, ayam akan lebih terasa rempahnya, lebih mudah menggorengnya dan risiko ayam tak cukup masak tu kurang. Maklum la, kalo katering kan nak kene masak untuk ratus ribu orang. Kalo ada seketul yang tak cukup masak pehtu kene komplen, mau gulung tikar nanti bos aku tu.

Tu je dulu untuk minggu ni. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kalo korang rasa nak jadi lebih kreatif lagi, ikut suka hati la nak edit bahan bahan tu. Memasak ni memang kene banyak edit baru sedap.





28 January 2011

kenapa harus menunggu ?

  24 Komen    
label: ,
Aku ni seorang yang tersangat la jarang nak membaca akhbar tak kira la secara online atau membeli di kedai. Selalunya aku cuma membaca akhbar kalau akhbar tu ada di depan mata. Terasa macam jauh ketinggalan pulak dalam mengikuti arus perkembangan semasa.


Dan secara kebetulan jugak beberapa hari lepas aku terbaca satu akhbar tabliod tempatan yang dah berlalu dua tiga hari kat rumah DSZ. Kira dah macam cerita hampir basi la jugak. Sambil membelek helaian demi helaian, aku tertarik pada satu berita utama di bahagian hiburan tentang seorang artis ni yang mendapat satu tawaran untuk berlakon di bumi Mekah.

Apa yang menarik sangat ? Aku tertarik pada kata kata pelakon tu yang mengatakan tentang kesediaan diri beliau untuk memakai tudung suatu hari kelak. Katanya niat tu dah ada cuma tunggu masa menentukan.


Aku tak nak la mengulas pasal artis ni, tapi secara umumnya berapa ramai antara kita yang masih dalam penantian untuk berubah ke arah yang lebih baik dan menghampiri taqwa ? 


Dalam Al Quran juzuk ke 13 mukasurat 250 petikan ayat ke 11 dari surah yang ke 13, Ar-Ra'd yang bermaksud, 
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"
Jelas dari pengertian kalam Allah ni bahawa untuk berubah itu perlu datang dari dalam diri kita sendiri dan bukannya perlu menunggu saat tibanya rasa nak berubah. 



Kalau nak menunggu pun, adakah kita yakin sempat untuk kita mengubah diri kita tu ? Kita ni bukan la sehebat nabi Musa yang boleh selamba menempeleng malaikat maut tu tatkala datang untuk mencabut nyawa dia. 

Kalau ada niat baik untuk berubah dan merubah diri tu, bersegeralah. Jangan ditangguh lama lama. Tak perlu menunggu datangnya hidayah dari Allah sebab hidayah dari Allah tu dah lama datang. Rujuk saja pada mukjizat agung yang diwariskan pada kita dan pada sabda Nabi junjungan kita tu. 



Biarlah kita menerima pandangan sinis atau kutukan kerana perubahan yang kita lakukan kerana bila di sana kelak, tiada siapa pun yang dapat untuk membantu kita kecuali amalan dan tingkah hidup kita di dunia yang fana ni. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dirahmati Allah dari apa jua yang kita lakukan.

*****************************

Dikesempatan yang ada ni aku nak buat sikit promosi bagi sesiapa yang berminat untuk beramal dengan membeli lot wakaf tanah berharga RM30 untuk satu lot bagi membangunkan sebuah perkampungan ilmu bertempat di Taman Meru, Ipoh.


Untuk keterangan lanjut dan maklumat lanjut, korang boleh la melayari blog Pusat Motivasi At Taqwa





27 January 2011

Staphylococcus aureu

  20 Komen    
label: 
Sebut betul betul tau nama yang aku tulis untuk tajuk entri aku ni. Kalo tak, empunya nama tu akan marah pulak dan kalo dia marah nanti tak pasal pasal je dia akan menghantui kehidupan bahagia korang. Kalo tak reti gak nak menyebutnya, boleh la daftar masuk semula ke tadika untuk belajar mengeja atau lebih mudah panggil je Special Agent Oso untuk membantu anda menyebutnya dengan betul. *Hehehe..gurau je ye, jangan marah lak.*

Siapa punya nama yang susah betul nak disebut tu ? Biar la aku perkenalkan empunya nama tu. Nama ni adalah kepunyaan sejenis bakteria penyebab bisul. Korang pernah kene bisul ? Aku pernah, kat bontot. Terseksa tul hidup bila kene bisul ni.

Aku nak bercerita pasal bisul ni sebab sehari lepas masa aku nak mengajar anak DSZ, dah macam kura kura telentang je tak reti nak duduk diam. Sekejap tersenget ke kanan, sekejap ke kiri. Pehtu muka berkerut kerut macam pengantin di malam pertama. Bila aku tanya apesal tak boleh nak duduk diam, rupanya kat betis dia dah naik bisul.

Apa dia bisul tu ada yang tak tau ke ? Bisul ni adalah nanah yang terkumpul oleh jangkitan bakteria staphylococcus aureu pada rambut folikal dan sekeliling kulit biasanya bermula seperti jerawat. Biasanya tanda tanda dijangkiti bisul ni kulit yang dijangkiti tu akan menjadi kemerahan dan sakit bila disentuh.

Bagaimana bisul ni boleh menjangkiti kita ? Bisul ni bukan sesuka hati akan menyerang kecuali la kalo kita tak mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran dengan baik. Ye la kalo dah jadi pengotor tu bukan je bisul je suka nak datang, ntah ape kuman bakteria pun bergembira sebab ada tempat nak hinggap.

jangan jadi pengotor camni !!

Selain tu jugak, antara faktor yang menyebabkan bisul ni mudah menjangkiti macam lemah sistem imun badan. Terutama kalo yang dah terjebak dengan HIV, individu camni lebih mudah diserang bisul. Camtu jugak bagi penghidap diabetes. Golongan ni pun kalau kurang penjagaan kebersihan diri, maka bisul akan mudah menyerang tanpa belas kasihan. Tu sebab sejak dari kita kecik kecik sampai la jadi budak budak sampai la ke dewasa dan tua, imuniti pencegahan penyakit amat penting untuk di ambil berat.


Kekurangan zat makanan pun boleh menjadi salah satu punca dijangkiti bisul ni. Malas makan sayur, malas makan ikan, malas makan daging, asyik suka nak makan keropok jajan je setiap hari. Pengambilan zat makanan dengan seimbang bukan je dapat menjadikan tubuh menjadi sihat malah insyaAllah dapat mempersiapkan sistem badan kita dalam melawan penyakit.


Kalo dah terkena bisul ni, pegi la jumpa doktor cepat cepat sebab bisul ni biasanya boleh merebak. Cam aku dulu kene bisul kat bontot, sekejap kat sebelah kanan, baik kat situ dia pegi sebelah kiri lak, pehtu kanan semula sampai pegi sekolah duduk dalam kelas pun asyik nak kona baring je. 

Selain tu kalo berlarutan, dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor bertauliah. Kemungkinan jugak doktor tu akan melakukan pembedahan kecik untuk mengeluarkan nanah di tempat jangkitan bisul tu.

Dan bisul ni jugak sebenarnya bukan je boleh menjangkiti bahagian kulit semata mata, bahkan boleh jugak menjangkiti paru paru, otak, buah pinggang dan mana mana tisu pejal dalam badan.


Sama sama la kita menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Dalam Islam pun menggalakkan umatnya untuk sentiasa memelihara kebersihan tak kita rohani ataupun jasmani. Sebab kalo bukan kita yang nak menjaganya, siapa lagi nak tolong jagakan. Sihat tubuh badan, nak beramal ibadat pun senang.





26 January 2011

jangan usik teloq aku !!

Apa yang marah sangat tu ? Siapa yang usik ? Apehal ni ? 


Pagi semalam masa tengah buat kerja, sambil tu telinga aku dok mendengar topik yang dibincangkan kat radio. Al kisahnya tentang keharusan mengambil tahu perihal orang lain atau menjaga tepi kain orang.

Macam mane kejiranan korang ? Saling bertegur sapa atau masing masing buat hal sendiri ? Kalo kat kejiranan aku, biasa biasa saje. Tegur menegur tu bila bersua muka. Borak sikit sikit dengan jiran sebelah rumah.

Bila hidup dan tinggal dalam masyarakat, mesti la nak kene menjaga tatasusila kejiranan tul tak ? Mane boleh nak menyendiri je. Kalo nak menyendiri je baik duduk dalam hutan, tak pun duduk kat planet lain.

Aku ingat lagi masa masih bersekolah dan duduk di kampung. Boleh kata satu kampung tu kenal aku ni anak siapa. Kadang kadang aku pun tak kenal diorang. Sampaikan kalo aku menjadi agresif nakal ngan kawan kawan aku pun mesti mak bapak aku leh tau. 

Bukan tu je, kekadang tu siap tegur lak. Bagi nasihat supaya jangan buat itu ini yang nakal, suruh pegi balik rumah sebab dah nak magrib la, kalo yang ganas sikit siap ugut nak bagitau kat mak bapak aku lagi tu padahal aku tak kenal pun siapa diorang tu.


Tapi bila dah dewasa ni baru aku tau hikmahnya apa lagi bila merenung keadaan masyarakat sekeliling sekarang ni. Aku ni suka meronda bila berpeluang. Ronda ngan wifey dan anak aku tu. Sambil tu tengok tengok la apa yang boleh ditengok. 

Mungkin bezanya, waktu aku budak dulu aku membesar kat kampung. Pergaulan masa budak budak dulu pun agak terbatas. Tapi sekarang ni aku tengok pergaulan tu dah macam takde batas lansung. Sampai ke tengah malam pun masih lagi boleh bercampur gaul mengekek depan rumah. Ya, depan rumah. Mak bapak diorang tak marah ke ?

Tu belum lagi kalo ada jiran yang menjengkelkan. Aku bukan nak memburukkan jiran lak tapi sepatutnya sebagai jiran kene la tak mementingkan diri sendiri ye tak ? Ade ke patut dikumpulnya sampah untuk dibuang kat pagar belakang rumah aku. Alasannya kalo letak kat depan rumah dia nanti diselongkar anjing. Kalo letak kat luar pintu belakang rumah dia pulak nanti takut semut.


Abis tu rumah aku ape ? Tempat pembuangan / pengumpulan sampah. Walaupun aku jarang menggunakan ruangan belakang rumah aku tu, tapi tetap berdekatan kawasan aku gak. Kenapa mesti bersikap pentingkan diri sendiri ? 

Macam macam perihal kejiranan ni kalo nak diperkatakan. Tambah lak kalo cam aku ni hidup dalam kejiranan majmuk. Lagi la macam macam perlu dijaga. Bukan bila menegur tu maknanya kita nak menyebok. Adab sesama jiran perlu la dipelihara. Kadang tu nak sedekah senyum pun susah. Tapi kalo jiran tu awek atau pakwe kacak, sengih sampai belakang kepala pun sanggup.

Camne pun, ingat la selalu. Bila hidup dalam kejiranan, kene la saling hormat menghormati dan jaga tatasusila. Perbaiki perhubungan. Kalo nampak kemungkaran tu, tegur la dengan berhikmah. Kalo ditegur tu, jangan la membenci pulak. 

Kat sini aku nak berkongsi doa untuk mengeratkan perhubungan ngan pembaca semua. Bukan je perhubungan sesama jiran, malah boleh juga untuk apa apa perhubungan pun. Kecuali la kalo perhubungan internet tidak berbayar tu terputus, jangan pulak baca doa ni mintak agar dapat disambungkan semula. Dah tentu kompom penyalahgunaan doa namanya tu. Amalkan la, insyaAllah mendapat keberkatan dari Allah.







25 January 2011

budak kampung

  29 Komen    
label: 
Kampung korang kat mane ? Apa ada kat kampung korang ? Kalau masa sekolah rendah dulu bila cikgu suruh lukis gambar permandangan kampung mesti lukis gambar latar tu ada gunung, pehtu ada rumah bertiang, pokok kelapa, sawah padi, matahari baru nak keluar, dan macam macam la lagi.


Kampung aku pun ala ala macam dalam gambar ni la jugak. Cuma bab gunung tu takde la sampai nampak dekat camtu. Masa aku nak masuk darjah dua, keluarga aku berpindah ke negeri Perak dan terus menetap kat sini. Lagipun sedara mara ramai kat kampung ni. Rumah nenek aku pun dekat je.

Kawasan kampung aku ni berlatarkan sawah padi. Kalo zaman aku budak budak dulu memang seronok berabis. Masa dulu tu padi dituai setahun sekali je tak macam sekarang ni dua kali setahun. 


Waktu tu memang guna tenaga kudrat yang ada je. Disebabkan sawah pun berjiran, biasanya pemilik kejiranan sawah ni akan bergotong royong la untuk menuai padi tu. Meriah macam ada pesta je kalo tengok. Tapi sekarang ni dah takde lagi permandangan camtu kat kampung aku sebab dah guna teknoloji moden. Dah pakai mesin padi lak.


Aku ingat lagi kalo lepas je musim menuai ni biasanya sawah tu akan dibiarkan kering sementara menunggu sawah yang lain habis dituai semuanya. Waktu tu kalo nak tengok kampung berasap memang sesuai sangat la sebab masa lepas dah dituai padi tu segala sisa tunggul dan pokok padi tu akan dibakar sekaligus boleh mematikan rumpai rumpai yang ada.

Kalo budak macam aku ni ape yang seronoknya bila tiba musim menuai ni ? Maklum saje la kalo dulu biasanya musim menuai ni akan berakhir hampir hujung tahun. Cuti sekolah la tu. Aktivitinya memang banyak tul.


Tokei kedai yang ada jual menda ni mesti seronok berabis. Dari pagi bawak ke petang melayan guli je. Siap buat koleksi lagi tu. Poket seluar kalo tak kembung dengan guli ni memang tak sah la. Kadang tu sampai londeh seluar sebab dah terlampau banyak sangat gulinya. 

Bila dah penuh tong milo dengan koleksi guli kemenangan sampai dah bersepah sepah kat rumah, mesti mak marah ye tak ? Oleh kerana tu, terpaksa la bertukar aktiviti lain lak. Kalo aktiviti yang ni bukan mak aku yang marah, tapi nenek aku lak yang marah.


Apesal lak nenek aku nak marah main gasing ni ? Hahaha..mane tak nye, abis pokok jambu batu dia kene tebang sebab nak buat gasing sendiri. Tak main la gi beli kat kedai. Kalo buat sendiri dah semestinya berkualiti. Pakcik aku la yang mengajar semua ni. Tapi memang seronok kalo dapat kasik gasing kawan lain sorompeh atau sampai tebelah dua. Hahaha..siapa suruh main guna gasing beli. 


Bila kat sawah tu dah abis aktiviti bakar membakar, tukar pulak permainan lain. Budak kampung mane ada duit banyak nak beli layang layang plastik kat kedai, jadi kalo nak main layang layang kene mintak duit kat mak pehtu beli kertas kajang banyak banyak. 

Semuanya buat sendiri. Masa tu pakcik aku ngan kawan kawan dia layan buat wau, aku pulak sebab budak lagi dan kepakaran tak berapa nak baligh buat layang layang empat segi tu je la. Pernah aku buat layang layang tu sebesar pintu rumah. Memang dasat tul. Tali dia pun nak kene guna tali nilon buat pukat tu. 

Satu lagi aktiviti lepas menuai padi yang aku paling suka, menggagau ikan kat dalam parit atau kolam tengah sawah. Budak mane yang tak suka nak main lumpur ye tak ? Masa ni mak nak marah pun tak boleh sebab nenek aku pun join sekali.



Prosesnya nak kene menimba dulu air tu bagi agak kering pehtu baru la seluk sana sini. Macam macam ikan ada. Haruan, keli, puyu, sepat. Segar bugar je semuanya. Ikan haruan yang saiz sebesar betis orang dewasa pun ada. Tapi sekarang ni susah dah nak dapat, kalo ada pun dari kolam yang orang bela je.

Bila dah nak tiba musim membajak sawah, air pun dah masuk balik sikit sikit. Masa ni kalo nampak aku ngan kawan kawan aku tertonggeng tonggeng kat atas batas sawah kat tepi parit sebelah rumah tu jangan pelik lak. 


Buat ape tu ? Hehehe..pancing belut la. Walaupun aku bukan peminat belut sangat, tapi aku suka betul nak memancing belut ni. Kalo dapat yang bapak belut tu lagi best sebab masa tu la nak beradu tenaga dengan belut. Bukan senang nak tarik dia keluar dari lubang dia tu. Silap aribulan, mata kail pun boleh jadi lurus. 

Tapi tu semua masa zaman aku budak budak dulu la. Sekarang ni aku dah tak nampak ada budak budak buat aktiviti yang aku buat satu masa dulu. Sawah padi pun dah tak macam dulu. Segalanya ekspres. Sebelah tu baru nak tuai, sebelah ni dah kene bajak. Nak memancing kat parit pun dah takde ikan. Nak tengok layang layang pun takde. Guli pun dah takde jual kat kedai. Gasing pun yang plastik punya. 

Kat kampung korang camne pulak ? Dah hilang jugak ke kemeriahan yang ada satu masa dulu ? Atau masih lagi tak hilang serinya.





24 January 2011

seribu tahun lagi

  16 Komen    
label: , ,
Bersemangat tak hari ni masuk kerja ? Kalo yang masih belajar tu, camne pulak mood melangkah masuk pagar sekolah tu ? Walau apa pun mood yang ada tu, ikhlaskan la niat dari bukak mata dari tidur lena malam tadi. Keluar rumah nak ke pejabat atau ke tempat kerja atau pusat menuntut ilmu, berniatlah kerana Allah. Baru la setiap langkah tu didoakan seluruh para malaikat dan makhluk lain yang bertebaran di muka bumi ni. 

Bila nak bercakap pasal ikhlas ni, bukan satu perkara yang mudah. Mungkin seawal buka mata tu kita boleh berniat ikhlas untuk memulakan hari. Keluar je dari rumah, terpaksa pulak menempuh kesesakan lalu lintas. Hati dah mula panas, terasa bengang dalam jiwa dan terasa tersangat menyusahkan nak pergi kerja dalam keadaan camni. 


Dah puas memaki hamun dalam hati, akhirnya sampai jugak ke tempat kerja walaupun hati rasa renyuk. Tu belum lagi duduk menghadap kerja yang tiba tiba diberi melambak lambak macam tak menyempat nak disiapkan.


Abis hilang segala niat ikhlas tadi tu. Siapkan kerja pun paksa rela je. Tambah pulak dengan tekanan kerja yang ada tu, rasa nak berhenti kerja pun ada. 

Dalam surah ke 67, Al Mulk ayat ke 15 di juzuk ke 29 pada mukasurat 563, Allah berfirman dengan maksudnya, 
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmat Nya dan takutilah kemurkaan Nya)"

Bila dihayati pengertian ayat Quran kat atas ni, haruskah kita menjadikan diri kita sebagai makhluk yang sombong ? Mungkin kita terlupa dari mana punca rezeki yang kita tuai setiap hari. Kita berbangga berjawatan besar dengan pendapatan mewah sehingga terlupa mengucap syukur kepada Nya. Jauh sekali tunduk sujud mengakui kelemahan kita sebagai hamba. 


Keikhlasan dalam berkerja kerana Allah mungkin lansung tidak terfikir. Apa yang ada dalam minda cuma bagaimana untuk meningkatkan kemewahan agar dapat menandingi orang lain. Lupakah kita ketika kecil kita diajar menghafal bait bait iftitah 
"Sesungguhnya solatku, segala perbuatan ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah, tuhan seluruh alam"
Betulkan niat, ikhlaskan hati. Mudah mudahan segala perbuatan yang kita lakukan tak kira apa pun ianya mendatangkan pahala dan dirahmati Allah. 

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan "Berkerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah seolah olah kamu akan mati pada esok hari". Mungkin ada yang tersilap tafsir ungkapan ni dengan maksud supaya berkerja gigih mengumpul hasil dari pekerjaan tu. 

Bukan tak boleh nak berkerja gigih. Tu memang dituntut. Tapi sebagai peringatan, ungkapan tu bermaksud memberitahu bahawa kerja yang kita buat sehari hari tidaklah sepenting ibadah kepada Allah kerana kita mungkin boleh mengumpul hasil kerja selama mana yang kita mahu tapi adakah kita mampu untuk mengumpul hasil ibadah dalam masa sesingkat mungkin.

Apa pun, jadikan la kerjaya kita tu sebagai satu dari ibadah. Niat kerana Allah. Ikhlaskan hati, jangan lupa sibukkan diri untuk mengingati Nya di kala kesibukan melayan kerja.
   
 



23 January 2011

sebut betul betul...Ranau bukannya panau..

  19 Komen    
label: 
Salam hujung minggu semua. Ke mana perancangan dihujung minggu ni ? Duduk kat rumah atau pergi bersiar siar dengan keluarga ? Walau ke mana pun destinasi hujung minggu tu pastikan keselamatan diri dan keluarga dijaga. Kalau memandu tu, berhati hati di jalan raya. Kalau pegi berkelah tu, sampah jangan buang merata lak. 

Minggu ni aku nak bawak korang ke satu lagi destinasi yang menarik ada di negeri di bawah bayu. Korang kenal Linda Nawuwil,  ? Ala yang artis akademi fantasia tu la. Tapi aku bukan nak cerita pasal dia, cuma nak bercerita sikit pasal tempat asal dia je. Bukan je tempat asal si Linda ni tapi rumah kedua aku jugak. 

Kalo aritu dah puas layan pesta kubis kat kundasang, jom kita teruskan perjalanan sikit lagi ke Pekan Ranau lak. 

Dari bandar Kota Kinabalu perjalanannya mengambil masa lebih kurang dua jam jugak la. Tapi tak bosan sebab boleh menjamu mata tengok permandangan gunung disepanjang perjalanan tu. Jalannya agak berliku liku jugak la jadik kalo yang mabuk jalan tu bersedia la ngan apa yang patut.

Apa ada kat Pekan Ranau ni ? Apa lagi kalo bukan sayap ayam yang dijual kat tamu (macam pasar malam la) setiap hari. Ok la, asyik cakap pasal sayap ayam je nanti bosan lak. 

Tamu di Pekan Ranau. Ada sayap ayam owh..

Kalo nak tau, banyak gak tempat menarik yang ada disekitar Ranau ni. Antaranya boleh la buat lawatan ke ladang teh Sabah yang terletak kat Kampung Nalapak. 


Kalo nak melawat sampai dalam kilang pun boleh dengan sedikit bayaran. Kalo setakat nak jalan jalan dalam ladang tu percuma je. Bukan kat Cameron Highland je ada ladang teh tau. Permandangan kat sini pun memang cantik dengan latar belakang Gunung Kinabalu. 


Korang pernah tengok dalam TV tak pasal urutan ikan ? Bukan kat SPA punya tapi memang betul betul dalam sungai. Nama tempat tu Tagal. Dari Pekan Ranau ni lebih kurang 25 minit perjalanan la. Kalo kat SPA tu biasanya ikan yang kecik kecik, kat sini bapak dan mak ikan tolong urutkan. 


Satu lagi tempat menarik yang ada sekitar Ranau ni namanya kolam air panas Poring. Terletak dalam kawasan Taman Taman Sabah. Sebab tu nak masuk pun kene bayar. 


Kalo datang kat Poring ni dengan pengangkutan awam yang disediakan, aku nasihatkan supaya buat temujanji dengan drebar tu waktu bila korang nak balik supaya tak bermasalah nak kembali ke Pekan. Kalo nak tau, kat luar pintu masuk tu ada jugak penduduk tempatan bukak gerai jual jual barangan kraftangan dan ada jugak yang jual akar kayu. Hahaha..kalo nak akar tongkat ali yang asli pun ada dijual kat sini. Murah giler. Dulu aku beli RM10 je untuk dua tiga tongkol sejengkal. Siap aku sedekah kat kawan kawan aku yang baru kawin, aku punya akar kat umah pun tak abis abis lagi.


Kat Poring ni jugak kalo tak nak layan berendam dalam kolam air panas tu, korang boleh layan Taman Rama Rama, meredah laluan hutan atau layan gayat kat jambatan gantung atas pokok. Cuma yang tak syiok sikit, nak masuk je kene bayar lagi. 

Bapak mertua aku ada tanah kat area Poring ni. Kalo aku kaya raya, mau je aku bukak tempat peranginan ala ala Sunway Lagoon tu. Ada sape sape yang nak jadi rakan kongsi ke ?


Kalo dah puas jalan jalan tu, setiap hari sabtu ada ala ala pasar tani kat Pekan Ranau ni. Salah satu tempat pertemuan mak mertua aku ngan kawan kawannya. Banyak gak la sayur sayur kampung, kuih muih tempatan, produk produk tempatan yang dijual kat sini. Nak borong pun boleh, murah murah belaka.

Ni lepas aku dah promosi sikit negeri Sabah ni kot kot bapak mertua aku boleh sponsor tiket percuma balik kampung. Hehehe..Ok la, tu je setakat ni dapat aku kongsikan. Nak ke mana pulak lepas ni, tunggu je la.