05 January 2011

ada je tak puas hati

  13 Komen    
Permulaan hari aku untuk hari ni agak kurang memberansangkan sikit. Seawal pagi tadi aku terbangun sebab anak aku mengamuk tak nak gi basuh poop dia. Ahahaha..lawak tul. Siap tidur tonggeng kat kaki aku lagi tu. Punya la aku bersemangat ingatkan dah nak masuk waktu subuh, rupanya baru jam 3 pagi. Dengan sedikit paksaan dari wifey aku, tak dapat la anak aku tu nak buat ala ala manja ngan aku. 

Lepas siap tugasan pagi tadi aku dengan sedikit semangat waja pergi la ke kedai motor untuk kasik servis sikit motor cari makan aku tu. Tukar minyak enjin + tukar plug = RM25.50. Tu pun aku borak borak sikit tentang motor aku yang macam orang tua yang kesemputan ngan tokei kedai tu, katanya motor aku ni nak kene bukak isi perut dia sebab pemampatnya mungkin dah tak update.

ini la rupa menatang alah yang harus di bedah
Bila aku tanya berapa pulak kos untuk membiayai pembedahan motor aku tu, sekali tokei tu buat congakan dia cakap bawah RM100. Hmm..ok la tu asalkan motor cari makan aku ni sihat walafiat kembali. Tapi aku tak buat hari ni sebab hari ni aku sibuk. Banyak aktiviti lain yang perlu aku selesaikan dulu. 

Lepas cincai cincai ngan tokei tu dan aku berjanji untuk datang semula pagi sabtu nanti, aku pun bergegas la pulak untuk mencari barang barang pesanan wifey aku. 

Mulanya aku singgah kat U.O Greentown Mall. Ceh..awal giler aku sampai. Diorang baru nak bukak masa tu. Pusing punya pusing, takde pulak barang yang aku nak. Camni punya besar pasaraya pun takde barang ke ?

Setelah kehampaan di U.O tu, aku bergegas lak pegi The Store sebelah Wallacourt. Sama je kehampaan yang aku terima. Tapi sekurang kurangnya aku  berjaya membeli sabun mandi. Haa ? Sabun mandi ? Ya, tu antara barang yang dalam list untuk hari ni.

Dari situ aku patah balik pegi U.O sebab aku nak beli susu HL untuk wifey ngan anak aku. Apesal aku tak beli masa memula tadi tu ? Bengong kan ? Sebenarnya aku dah masuk bakul dua kotak susu tu tapi sebab kecewa hampa tak dapat barang yang lain tu aku letak la balik. Konon nak mogok la. Tapi baru je aku parkir motor aku kat depan GM tu, ada sorang makcik operasi pembersihan ni cakap kat aku, "jaga sikit parkir situ nanti kene angkut"

Terus aku kensel je nak masuk semula kat U.O tu. Gila owh, kalo motor aku kene angkut kang tak pasal je nak kene bayar RM30 untuk keluarkan motor tu dari penjara majlis bandaraya.

Pehtu aku pusing lak pegi Ipoh Parade. Sambil cari cari tempat sesuai parkir motor tu aku pun buat pertama kalinya parkir kat tempat parkir persendirian yang tersedia kat sebelah kompleks tu. Bayarannya cuma RM1, kalo nak simpan topi keledar cuma perlu tambah 50 sen. Tapi ....


Aku membayar bayaran parkir motor hanya untuk beberapa minit sebanyak RM1 dengan penuh risiko. Oii..dah kau parkir kat atas tanah orang tu jangan nak membebel banyak boleh tak ?

*sumber gambar dari Google





13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. kt mn2 tmpt parking pun...park at ur own risk kan..? huhuh...



    jom ke APA KATA HATI pulak,
    TUESDAY NIGHT

    ReplyDelete
  3. Fatin Athirah Amani :

    Hehehe..sib baik la anak aku tu tak gitu..at least kalo dia poop pun dia tau nak cakap "pukk"..

    tapi tu la, karenah anak ni memang memacam..

    ReplyDelete
  4. nabilah_2908 :

    tu la pasalnya..tapi kalo parkir berbayar tu at least pun bagi la sekuriti sket..baru la aman..hehehe

    ReplyDelete
  5. Kalau parking ada nama adaa security hanya cukup syarat sahaja

    ReplyDelete
  6. akubiomed :

    tu la masalahnya..mane pegi ketelusan sekuriti tu pun tak tau la..alasannya "bukan kenderaan encik seorang je yang parking kat sini"

    ReplyDelete