09 January 2011

jom kita ke Sabah

  13 Komen    
label: 
Dah puas makan tapai semalam ? Kalo dah puas, hari ni aku nak ajak korang jalan jalan pulak. Maklum la hari hujung minggu ni kalo duduk kat rumah je bosan gak kan ? Ke mana kita nak pegi hari ni ? Aku tak nak la bawak korang jalan jalan tempat yang aku tak pernah jejak. Kang susah nak bagitau. Jadik aku pikir lebih baik aku ajak korang jalan jalan pergi tempat yang pernah aku jejak.


Ape tu ? Haa..jom kita naik kapal terbang ramai ramai kita pegi jalan jalan kat Kota Kinabalu, Sabah. Bujet berapa ? Kalo sekarang ni kan dah ada penerbangan murah yang disediakan oleh syarikat penerbangan MAS atau Airasia. Cuma perlu buat tempahan awal je la. Biasanya kalo aku nak balik Sabah, aku akan tempah awal giler sebab boleh dapat tiket penerbangan untuk pergi balik hanya dalam RM300. 

Kalo dah sampai Kota Kinabalu ni dari lapangan terbang nak ke bandar KK ada disediakan bas atau boleh naik teksi dengan tambang sebanyak RM10. Untuk masuk ke negeri Sabah ni hanya memerlukan pengenalan diri yang sah je. Kalo rasa takde kad pengenalan tu, gunakan la apa pengenalan diri yang sah agar tidak disangka sebagai pendatang haram lak. Kemudian korang akan diberikan satu pas masuk untuk 3 bulan dari jabatan imigresen. Maknanya secara sah la kemasukan tu selama 3 bulan dari hari pertama jejak kaki kat Sabah tu.

Bandar Kota Kinabalu ni lebih kurang dengan bandar bandar yang ada kat semenanjung ni jugak la. Dihiasi dengan beberapa bijik kompleks beli belah, kompleks makanan dan beberapa tempat menarik untuk dilawati.

Salah satu tarikan yang ada kat negeri Sabah ni adalah budaya penduduk dan hasil bumi Sabah tu sendiri. Sebab aku ni bukan kaki shopping jadi aku kurang la masuk kompleks beli belah tu walaupun orang cakap syiok giler kalo masuk One Borneo, Warisan Square dan lain lain kompleks yang ada tu. 

Cuma aku ni giler makan sikit. Kalo aku balik Sabah aku mesti singgah dulu kat Pasar Pelipin ni. Apesal panggil Pasar Pelipin ? Aku pun tak amik tau sangat tapi wifey aku cakap sebab dulu ramai orang dari Filipina yang berniaga kat sini. 


Nampak tu tarikannya ? Makanan kat sini bagi aku cukup banyak pilihan. Harga pun sangat berpatutan. Dibuka setiap hari seawal jam 5 petang. Dan yang paling original sekali kalo pilihan perut aku ni tak lain tak bukan ..


Tu dia. Sayap ayam made in Sabah. Walaupun kat semenanjung ni aku ada jugak jumpa orang jual sayap ayam camni tapi aku tak tau la kenapa rasa sayap ayam made in Sabah ni lebih menyelerakan. 

Selain tu kat sini pun ada satu bahagian tu khas untuk pencinta makanan laut bakar. Memang segar dari laut dan harganya pun masih berpatutan. 


Tengok betapa besarnya udang bakar tu. Kita cuma perlu pilih je mane yang berkenan dihati dari segi saiznya. Pehtu gunakan la gaya ape pun nak mencekik semua tu cuma jangan lupa baca bismillah dulu ye.


Ikan ? Sotong ? Udang ? Pilih je mane yang rasa nak disumbat dalam perut tu. Kesegarannya memang terus dari dalam laut. Laut pun kat sebelah pasar makan makan ni je. Sambil menjamu selera leh gak menjamu mata tengok keindahan ombak laut tu. Kalo mengadap semua ni, mak mertua panggil pun buat tak dengar je.


Kalo datang sebelah siang, kat sebelah pasar ni ada pusat kraftangan Sabah. Bagi pengumpul barangan mutiara memang tepat sangat la nak datang sini. Macam macam pilihan ada. 


Begemerlapan tak mata kalo tengok semua ni ? Pastinya berbagai pilihan boleh didapati kat pusat kraftangan ni. Harga pun boleh tahan jugak. Kene pandai tawar menawar dan aku cadangkan supaya pusing dulu tengok setiap gerai yang ada tu.

*Tips : Kalo nak dapat lebih murah, bawak kenalan yang memang asal orang Sabah. Sebab kalo orang luar susah sikit nak kawtim harga.


Berdekatan pasar Pelipin ni jugak ada satu restoran makanan laut yang menjadi tarikan pelancong kalo datang kat bandar KK ni sebab setiap malam akan diadakan pertunjukan budaya kat sini. Sambil menjamu selera sambil tu jugak boleh menjamu mata tengok tarian buluh cam dalam gambar ni.


Kalo dah penat jalan jalan kat dalam bandar, boleh la singgah sekejap kat pantai Tanjung Aru. Kat sini pun ada jugak persembahan budaya diadakan berdekatan pantai ni. Nak mandi laut pun percuma je. Ada ke tempat mandi laut berbayar ? Sambil tu boleh la melepaskan kepenatan tu sambil tengok matahari terbenam. Kalo nak cuci mata dekat pantai, pegi la kat sebelah Karambunai. Banyak 'penyu putih' mendarat kat sana. Hehehe..

Jadik camne ? Sikit je aku dapat huraikan ni. Mungkin lain kali aku akan bawak lagi korang jalan jalan ke tempat yang aku dah pernah pergi yang mungkin korang tak pernah sampai. Orang kata pengalaman yang berharga tu ialah pengalaman yang dikongsikan bersama. 

*Sumber gambar dari album lama aku.





13 comments:

  1. da lame teringin nak g sabah...xlepas2 lagi.huk3
    kamoo org sane kah?

    ReplyDelete
  2. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara
    Salam Sebuah persahabatan....
    Terima kasih atas kembara ziarah maya”

    Jommmm kita mendaki kinabalu gi pasar tamu.... gi sempurna... wooo syok habis wooo

    ReplyDelete
  3. satu2nya negeri yang gue xpenah samapai....
    sabah la...
    teringin juga nak pergi

    ReplyDelete
  4. xpernah sampai lagi sabah..teringin nak naik gunung kinabalu tu

    ReplyDelete
  5. aleen aiden :

    wifey aku yang orang sabah..

    ReplyDelete
  6. Afzainizam :

    jom..layan tamu kat Tamparuli..mandi hot spring kat Poring..hehehe

    ReplyDelete
  7. mie :

    jangan teringin je..ada rezeki leh la lengkapkan negeri kunjungan tu..

    ReplyDelete
  8. E.d.Y :

    hehehe..asyik jalan luar negara je, meh gi Sabah lak..

    ReplyDelete
  9. Dulu kalau saya ke Sabah mesti ke pasar filipin mesti cari mutiara Sabah. Sekarang ini pun adik ipar pun orang Sabah lagi senang kalau kunjung disana nanti :-)

    ReplyDelete
  10. akubiomed :

    tul tu..kalo tawar menawar harga dengan orang tempatan sama ngan kita harganya pasti dapat lebih murah..

    ReplyDelete
  11. sy mmg teringin nk ke sabah...smpai ke hari ni..belum berkesemptan.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    KEBAYA BIRU

    ReplyDelete