03 January 2011

ini cerita tentang ayam

  15 Komen    
Sejak semalam masa masuk kerja aku rasa tak sedap badan. Seram sejuk je macam nak demam. Selera makan pun takde, asyik nak baring je. Sengal abis satu badan. Ingatkan aku sorang je, rupanya wifey aku pun sama gak. 

Balik dari kerja aku singgah la kat pasar malam dekat rumah aku tu. Kononnya nak beli ayam untuk dimasak bersama bubur nasik. Lagipun dah lama gak tak layan bubur ayam ni. 


Lalu dengan bersemangat waja tengah sengal sengal badan ni aku pun suruh la penjual ayam daging tu timbangkan aku seekor ayam. Katanya sekilo RM6.80. Peh timbang tu berat ayam pilihan aku tu ada la dua kilo lebih sikit untuk dibayar dengan harga RM13.90.

Aku mintak dia tolong potongkan siap siap sebab aku malas nak potong kat rumah. Sambil dia potong ayam pilihan aku tu, aku cakap aku tak nak kaki, tengkuk ngan bontot ayam tu. Kalo aku nak ambik pun nak buat apa sebab memang tak makan pun tiga bahagian ni.

Aku ingat bila aku tolak tiga bahagian yang tokei ayam tu boleh jual semula ni boleh la dapat pengurangan harga, rupanya harga yang sama gak aku kene bayar. Hampeh tul. Kot ye pun kasi kurangkan 90 sen tu pun ok la. Kedekut bakhil tul tokei ayam tu. Sumpah aku tak nak lagi beli kat dia sampai bila bila.

Aku pun tak tau la camne kiraan diorang tu. Padahal masa timbang tu termasuk la kepala ayamnya yang tak pakai pun. Sib baik la aku ni baik hati. Kira halal je la kali ni. Tapi lain kali jangan harap aku nak beli ayam kat tokei ayam tu lagi. 






15 comments:

  1. mmg macam tu!

    da potong tahi, kepala semua dia buang tpi timbang siap2 da

    mujur dia x timbang time hidup ngan bulu2

    lagi laa pitam nak byr

    haha

    ReplyDelete
  2. mr.syazwan :

    tu yang aku rasa tak pueh ati tersangat ni..

    ReplyDelete
  3. Tu la, kdg2 mcm x adil lak kena byr utk yg kita xnk.

    Jom join bloglist Bdk Botak ye...

    Bloglist

    ReplyDelete
  4. ayam oh ayam kau mmg mahal..

    ReplyDelete
  5. oh...kalau xnk kaki..kepala...lain harga ye...

    tak tau la pulak..selama ni...mmg bayar harga full..even tolak kepala..kali..

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    ENTRI MAKAN-MAKAN

    ReplyDelete
  6. bukan same je ker harga dah potong o tak...

    ReplyDelete
  7. Budak Botak :

    hehehe..tu yang aku rasa tak puas ati bila beli ayam..

    ReplyDelete
  8. azie :

    tak pernah turun turun pun harga ayam ni..

    ReplyDelete
  9. nabilah_2908 :

    tu la sebabnya..nape kene bayar harga yang ditimbang sekali ngn kepala, kaki ape semua yang kita tak ambik tu..tak adil tul..

    ReplyDelete
  10. ieMa ackLes :

    mmg harga sama..rasa cam adil tak kalo gitu ? kita membayar untuk sebahagian yang kita tak perlukan..

    ReplyDelete
  11. pelik la..kat pasar ayam lg mahal dari pasaraya

    ReplyDelete
  12. uiihh!!!
    kalo jual boleh dapat 3ringgit
    hehheee

    ReplyDelete
  13. E.d.Y :

    memang pelik..tapi maybe sebab kat pasaraya tu banyak ayam frozen..tu yang harga turun sikit kot..

    ReplyDelete
  14. mie :

    tau tak pe..kalo ada sepuluh pembeli yang tak nak kaki ayam tu cam aku, penjual tu leh jual sepuluh pasang kaki dengan harga mungkin RM5 pada pembeli lain. Tak patut..

    ReplyDelete
  15. Memang tolak semua itu tetap dikira sama dan tidak ada discount :-)

    ReplyDelete