21 January 2011

itu yang terbaik

  14 Komen    
label: 
Sempena hari jumaat yang mulia ni aku nak ajak korang semua berfikir sejenak. Maklum la enam hari sebelum ni mungkin kita asyik bercakap tentang perkara yang keduniaan je. Sekali sekala kena la jugak insafkan diri supaya kita tak terus leka dengan permainan dunia. 

Sebagai makhluk yang diberikan kelebihan akal, seharusnya kita perlu sentiasa bersyukur kerana tanpa kurniaan akal mengatasi semua makhluk lain siapalah diri kita ni. Tapi hakikatnya masih ada juga antara kita yang tidak mampu nak menggunakan akal dengan sebaiknya.

Minggu lepas masa aku nak bersolat jumaat, sempat jugak la mendengar sikit tazkirah yang disampaikan sebelum masuk waktu tu. Dan aku rasa teruja untuk berkongsi sedikit pengisian yang disampaikan tu kat sini. Terutama sekali pada pembaca pembaca berjantina perempuan. Kalo yang lelaki tu mungkin ada jugak yang sempat mendengar tazkirah dan khutbah di tempat masing masing, yang perempuan mane la diorang dapat nak dengar semua ni kecuali kalo ada yang menyelit duduk berhampiran masjid untuk mendengar sama.


Pernahkah kita melihat pada orang sekeliling kita dan kemudiannya membandingkan mereka dengan diri kita siapakah yang lebih baik ? Memang la tak elok kalo kita nak buat camtu selalu tapi untuk peringatan pada diri sendiri, tidak salah kita berpandangan begitu.


Contohnya seperti kita melihat pada orang yang hidupnya mewah serba serbi lengkap yang mungkin kita tak bermampuan nak memiliki apa yang mereka miliki. Bagaimanakah pemikiran kita ketika itu ?


Atau kita melihat orang yang fakir miskin. Apakah yang bermain dalam minda kita melihatkan kedaifan hidup mereka yang tidak tentu nasibnya ? 


Begitu juga tatkala kita memerhati pada anak anak kecik yang ada disekeliling kita. Pernahkah kita memikirkan 'kelebihan' yang diorang miliki atau sekadar acuh tak acuh kerana ketidak matangan mereka ?


Boleh jadi juga ketika mana kita melihat pada orang yang lebih tua dari kita. Mungkinkah kita hanya memerhatikan gelagat tuanya dan mencongak usianya yang hampir mencapai penamat ?


Atau boleh jadi juga ketika kita melihat pada orang yang kurang bijaknya dari diri kita yang sememangnya bijak. Adakah kita memperlekehkan golongan camni semata mata ? 


Kebiasaan pemikiran kita ni akan memandang dan merumuskan pada perkara yang berunsur negatif terlebih dahulu pada saat mata kita menyampaikan imej yang dilihat untuk diterjemahkan oleh sel sel otak kita ni. Tapi pernah tak kita memikirkan perkara positif terlebih dulu ?

Bagaimana ? Apa kaitannya dengan nak menginsafkan diri sendiri ? Apa gunanya melihat pada orang lain ? Biar saja la orang lain dengan kehidupan diorang tu asalkan tidak mengganggu kehidupan kita.

Telah termaktub dalam kitab Al Quran pada surah yang ketiga di juzuk ke empat mukasurat 75 iaitu surah Ali Imran ayat ke 190 dan 191 yang bermaksud, 
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, ada tanda tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang orang yang berakal"
"(Iaitu) orang orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian antara langit dan bumi (sambil berkata) : "Wahai tuhan kami ! Tidaklah Engkau menjadikan benda benda ini semua dengan sia sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab siksa neraka"
Jelas sudah tiada satu apa pun yang kita lihat disekeliling kita setiap hari ianya adalah sia sia belaka. Segalanya dan semuanya berfungsi atas ketentuan masing masing. 

Adakah kita yang terbaik dari semua tu ? Bila kita melihat pada orang yang hidupnya mewah, fikirkanlah yang baik. Mungkin kemewahan itu adalah pemberian dari Allah kerana pemurahnya mereka dalam bersedekah dan membelanjakan harta mereka di jalan Allah. 

Bila kita melihat pada orang yang fakir miskin, fikirkanlah yang baik. Mungkin kekurangan mereka itu satu rahmat buat mereka kerana mereka hanya memilih untuk memiliki rezeki yang halal semata mata dan menolak sebarang rezeki yang syubhah dan haram.

Bila kita melihat pada anak anak kecil, fikirkanlah yang baik. Mungkin kita yang lebih dewasa dari mereka dan lebih lama hidup di dunia ni sudah menimbun dosa yang tidak terlihat berbanding dengan mereka ini yang masih suci jiwanya.

Bila kita melihat pada orang yang lebih tua, fikirkanlah yang baik. Mungkin sepenuh usianya dipenuhi dengan amal soleh dan memperhambakan diri kepada Allah. 

Bila kita melihat pula pada orang yang kurang bijaknya, fikirkanlah yang baik. Mungkin jika mereka berbuat kesalahan pun adalah kerana kekurang bijakan mereka tu berbanding dari kita yang lebih bijak namun masih juga melakukan kesalahan demi kesalahan tanpa dapat menggunakan akal bijak kita tu.

Kesimpulannya disini, janganlah kita merasa terlalu bangga dengan apa yang kita miliki. Apa juga yang kita miliki bukanlah milik kita secara mutlak. Segalanya adalah pinjaman dan kurniaan dari Allah yang pada bila bila masa saja boleh ditarik balik. Bersyukurlah kita kepada Nya. 

Hayatilah kalam Allah pada surah ke 14 mukasurat 256 juzuk ke 13 di ayat yang ke 7 pada surah Ibrahim yang bermaksud, 
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu : "Demi sesungguhnya ! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
Semoga kita semua mendapat manfaat dan keberkatan dari Allah melalui pengisian hari ni. Bersyukurlah, kerana itu yang terbaik.

  
 
 
 



14 comments:

  1. sangka baik selalu.. memang dah diajar untuk bersyukur dengan apa yang ada.. diajar jugak jangan ada persepsi dalam diri kita.. biasanya budak kecik la banyak ajar kita tentang hidup kalau kita betul2 menghayati..=)

    ReplyDelete
  2. main pointnya...

    bersyukur...jgn lupa diri dengan apa yg kita ada...

    mmg payah tuk membung tanggapan -ve tu..so..kena la selalu beringt...

    terima kasih untuk perkongsian ni.. (^_^)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    KERETA MERAH KU

    ReplyDelete
  3. "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

    sesuaix kata2 ini?? hehe

    entri yg pjg dan penuh makna

    tahniah!

    ReplyDelete
  4. bagus entry ni...semoga mendapat pengajaran dan pedoman

    ReplyDelete
  5. nice entry...
    manusia mmg xpernah bersyukur dgn ape y kita dapat>>aku la 2...

    ReplyDelete
  6. wow!!
    saling ingat mengingati

    ReplyDelete
  7. Amni :

    kecik kecik cili padi la katakan..

    ReplyDelete
  8. nabilah_2908 :

    bersyukur dan pilihlah yang +ve selalu..

    ReplyDelete
  9. mr.syazwan :

    cantik la ayat tu..nanti leh pinjam buat entri..

    ReplyDelete
  10. E.d.Y :

    sekadar perkongsian untuk sama sama memikirkan yang terbaik..

    ReplyDelete
  11. ieMa ackLes :

    hehehe..pehni kene blajar bersyukur la pulak..

    ReplyDelete
  12. mie :

    semoga kita sama sama mendapat manfaat dan saling ingat mengingati..

    ReplyDelete
  13. bersyukur dengan apa yg ada skang..alhamdulillah!
    ;)

    ReplyDelete
  14. tulisan yang sangat berguna,kita memang harus selalu bersuykur dengan apa yang sudah kita punya,

    ReplyDelete