28 January 2011

kenapa harus menunggu ?

  25 Komen    
label: ,
Aku ni seorang yang tersangat la jarang nak membaca akhbar tak kira la secara online atau membeli di kedai. Selalunya aku cuma membaca akhbar kalau akhbar tu ada di depan mata. Terasa macam jauh ketinggalan pulak dalam mengikuti arus perkembangan semasa.


Dan secara kebetulan jugak beberapa hari lepas aku terbaca satu akhbar tabliod tempatan yang dah berlalu dua tiga hari kat rumah DSZ. Kira dah macam cerita hampir basi la jugak. Sambil membelek helaian demi helaian, aku tertarik pada satu berita utama di bahagian hiburan tentang seorang artis ni yang mendapat satu tawaran untuk berlakon di bumi Mekah.

Apa yang menarik sangat ? Aku tertarik pada kata kata pelakon tu yang mengatakan tentang kesediaan diri beliau untuk memakai tudung suatu hari kelak. Katanya niat tu dah ada cuma tunggu masa menentukan.


Aku tak nak la mengulas pasal artis ni, tapi secara umumnya berapa ramai antara kita yang masih dalam penantian untuk berubah ke arah yang lebih baik dan menghampiri taqwa ? 


Dalam Al Quran juzuk ke 13 mukasurat 250 petikan ayat ke 11 dari surah yang ke 13, Ar-Ra'd yang bermaksud, 
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"
Jelas dari pengertian kalam Allah ni bahawa untuk berubah itu perlu datang dari dalam diri kita sendiri dan bukannya perlu menunggu saat tibanya rasa nak berubah. 



Kalau nak menunggu pun, adakah kita yakin sempat untuk kita mengubah diri kita tu ? Kita ni bukan la sehebat nabi Musa yang boleh selamba menempeleng malaikat maut tu tatkala datang untuk mencabut nyawa dia. 

Kalau ada niat baik untuk berubah dan merubah diri tu, bersegeralah. Jangan ditangguh lama lama. Tak perlu menunggu datangnya hidayah dari Allah sebab hidayah dari Allah tu dah lama datang. Rujuk saja pada mukjizat agung yang diwariskan pada kita dan pada sabda Nabi junjungan kita tu. 



Biarlah kita menerima pandangan sinis atau kutukan kerana perubahan yang kita lakukan kerana bila di sana kelak, tiada siapa pun yang dapat untuk membantu kita kecuali amalan dan tingkah hidup kita di dunia yang fana ni. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dirahmati Allah dari apa jua yang kita lakukan.

*****************************

Dikesempatan yang ada ni aku nak buat sikit promosi bagi sesiapa yang berminat untuk beramal dengan membeli lot wakaf tanah berharga RM30 untuk satu lot bagi membangunkan sebuah perkampungan ilmu bertempat di Taman Meru, Ipoh.


Untuk keterangan lanjut dan maklumat lanjut, korang boleh la melayari blog Pusat Motivasi At Taqwa





25 comments:

  1. yup.. stuju sgt2 ngan entri ni.
    Hidayah akn dtg bila seseorng mnusia tu brsungguh2 utk mnggapai taufiq yg di anugerahkn..

    Bila trase jer nk brubah.. grab trus!!
    tanx krn brkongsi..^_^

    ReplyDelete
  2. fuh!!
    gue pun jarang baca paper..
    ehheheee

    ReplyDelete
  3. salam pipoq,

    nk tanya sikit rmah DSZ tu apa?

    mmg ramai yg kata niat je..
    tp tak berubah2 pun..hairan kan

    sama2lah kita berubah kearah kebaikan!

    ReplyDelete
  4. slalu jugak berniat nak mengubah diri kpd yg lebih baek 2,tp effort slalunya mesti sekerat jalan je.huhuh

    ReplyDelete
  5. Hafriz el-Muhammady :

    pokok pangkalnya ada dalam diri sendiri..bak kata orang, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih..

    semoga perkongsian ni bermanfaat untuk kita semua..

    ReplyDelete
  6. mie :

    hehehe..bis tu ko baca ape ?

    ReplyDelete
  7. Ati Masrif :

    DSZ tu Datuk Seri Zambry..MB perak..

    saya ngajo anak dia tution..

    camtu la manusia ni..kalo dalam hati tu masih bersisa kotoran dunia memang susah nak berubah..kecuali bagi yang betul betul bertekad..

    ReplyDelete
  8. aleen aiden :

    nak berubah ke arah kebaikan ni memang bukan sikit harga yang nak kene bayar..bersungguh + istiqomah tu aset penting dalam merubah diri..

    ReplyDelete
  9. memang ada setengah human yang konon-kononnya cakap tak dapat hidayah lagi bila buat maksiat

    ReplyDelete
  10. perubahan yg membawa kebaikan amat2

    di harapkan

    tpi biarlah dia ikhlas tkt nnt mnjd 1 peyeksaan dan tidak mendapat keberkatan tul ke??

    huhu

    ReplyDelete
  11. usalha bertangguh dalam membuat satu2 perkara(ke arah kebaikkan)..

    tak perlu bnyk alasan... :)

    peringatan tuk sy juga.. ;)



    jom ke APA KATA HATI pulak,
    AYAT 1000 DINAR

    ReplyDelete
  12. touya :

    tu cuma alasan semata mata..padahal hidayah tu sejak dari penciptaan nabi Adam lagi dah diberikan..

    ReplyDelete
  13. mr.syazwan :

    jika untuk berubah ke arah kebaikan tak perlu menunggu datang ikhlas atau apa pun..takut pada Yang Esa lebih utama dari takut pada makhluk..

    ReplyDelete
  14. nabilah_2908 :

    alasan yang banyak tu la menjadikan kita sentiasa berlengah..selalunya alasan tu datang dari bisikan syaitan la..

    ReplyDelete
  15. bighagenjo :

    ya..hati mesti mau yakin ikhlas

    ReplyDelete
  16. benda yg elok baik kite dahulukan.
    tak baik lengah2kan. takkan bila da tua baru nak brubah.. ;)

    ReplyDelete
  17. info yang bagus untuk kita saling ingat mengingati..thanks yer..:)

    ReplyDelete
  18. ♥cik cahya♥ :

    tu pun kalo sempat tua la..hehehe

    ReplyDelete
  19. LiFe KaMi :

    sama sama la kita pesan berpesan ke arah kebaikan..

    ReplyDelete