12 January 2011

kisah disebalik tandas awam

  18 Komen    
label: 
Apa kisah disebalik tandas awam tu ? Minggu lepas aku ke hospital untuk menerima rawatan sebab mata aku tetiba bengkak. Suwei tul rasanya. Asyik nak mengenyit sebelah mata macam nak mengorat pulak. Nak bukak mata pun terseksa rasanya. Lepas dari pemeriksaan doktor, aku cepat cepat nak pegi ambik ubat. Mane leh nak jalan slow slow. Dah la muka kacak aku terjejas dengan kebengkakan mata ni. Nanti kene gelak pulak ngan makcik makcik jelita kat hospital tu.


Sementara menunggu nombor giliran aku dipanggil, tiba tiba perut lak buat hal. Meracau macam kene rasuk jin sesat. Sambil kepala tunduk pandang lantai, aku jalan punya la laju kalo masuk lumba jalan kaki dah sah boleh menang. Sampai je destinasi yang dituju, aku pun meneruskan la hajat yang minta ditunaikan tu. 

Sambil aku menunaikan hajat tu, mata aku yang terkedip kedip ni tak lepas pandang ke arah pintu yang tersangat la cantiknya. Untuk pengetahuan semua, aku memang jarang sangat mempergunakan kemudahan awam ni kecuali dalam keadaan terdesak. Sebab antaranya keadaan persekitaran dalam tandas tu sendiri. 


Bayangkan la kalo masuk je pintu tandas tu dah dihidangkan dengan aroma terapi yang maha mengecutkan paru paru. Tambah pulak dengan permandangan nan mengasyikkan. Tu belum lagi bukak pintu kecik dia. Rasa tak berbaloi sungguh 30 sen yang dilaburkan sebagai bayaran melangkah kaki ke dalam tandas tu.

Satu perkara yang menjengkelkan sangat tu kalo ada iklan iklan percuma yang tertera disebalik pintu bilik kecik tu. Ntah apa motif pegi menulis kat situ aku pun tak faham. Sampaikan kadang kadang tu tandas kat masjid pun jadi mangsa jugak. Kot kot diorang pengiklan ni ingat ada la jemaah yang lepas berjemaah kat masjid tu nak telepon mintak layan servis. 



Aku bukan nak berkempen pasal kesedaran penggunaan tandas awam lak. Tapi sebagai makhluk yang cintakan keindahan, aku tersangat la membenci makhluk makhluk perosak yang takde otak ni. Kalo lukis lukis bagi cantik takpe la jugak. Sekurang kurangnya terhibur jugak hati masa berkerut dahi memerah keringat mengeluarkan sisa sisa terkumpul tu. Ni tidak, wat sakit hati je pandang lukisan dan tulisan yang buruk lagi memburukkan tu.

Kalo tandas yang kita masuk tu bersih harum menyegarkan, baru la berselera sikit nak menjana pelaburan. Jangan kata 30 sen, RM3 sekali masuk pun sanggup. Bila tanya kat penunggu tandas tu duit yang dikumpul tu untuk apa, katanya untuk bayar bil air. Tu pun air macam nak tak nak je keluar. 


Ooh..ni kisah disebalik tandas awam lelaki. Tandas awam perempuan aku tak tau la pulak camne. Agak agaknya camne ye ?





18 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. banyak tandas2 di malaysia tulis no tel kan?

    ish2 menggong!

    haha

    ReplyDelete
  3. same!pantang betei klo masuk tandas bau nak macam tandas silaka.hangen dbwatnye.hu3

    ReplyDelete
  4. suka masuk tandas yg ada tulisan2 tu...sbb time "ehem" kadang2 tergelak baca yg dieorg tulis

    ReplyDelete
  5. Fatin Athirah Amani :

    mesti terbantut hajat tu kan ?

    ReplyDelete
  6. mr.syazwan :

    nak glamer percuma la tu

    ReplyDelete
  7. aleen aiden :

    hahaha..mesti tersentap lobang idung kan ?

    ReplyDelete
  8. E.d.Y :

    kalo yang ada siap bergambar lagi la nak tergelak..

    ReplyDelete
  9. erm...sy pun jarang masuk tandas2 awam ni..

    kalau kt shopping complex tu biasa la...setakat ni..semuanya bersih..xde lak conteng2.. free pun yer gak..:)

    bilik air conteng2 ni..biasanya kt sekolah..huhuh..mcm2 cite tertera kt dinding tu...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    HAPPY 55TH BIRTHDAY!!

    ReplyDelete
  10. nabilah_2908 :

    kalo yang shopping complex tu memang boleh kata bersih gak la..tapi yang bebetul awam tu tak leh blah tul..

    ReplyDelete
  11. Tandas awam yg mana bwh majlis bandaran boleh kata kesemuanya mcm x terjaga. Ada yg kotor, tersumbatlah mcm2. Naik geli nak melepas.

    ReplyDelete
  12. untuk perempuan juga sepertinya sama saja,,yang bersih memang membuat nyaman.

    ReplyDelete