15 January 2011

pulut udang pulak

  27 Komen    
label: 
Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan masak masak bersama chef pipoq. Ahahaha..pelik je bunyinya. Takpe, kalo minggu lepas kita dah belajar cara buat tapai pulut jadik hari ni secara rasminya aku nak memperturunkan ilmu memulut udang lak. 

Kalo cari resipi cara buat pulut udang ni memang belambak lambak dalam internet ni. Tapi tu mengikut cara masing masing jugak la. Sebab dalam bab masakan ni, bergantung pada citarasa masing masing. Kadang kadang tu bila ikut resipi yang dibagi tu tak menjadi pun. 

Pada aku lak, memasak apa pun memerlukan skill dan citarasa tersendiri. Aku tak pernah masuk kelas masakan atau kursus apa pun. Cuma kebanyakan dari pengetahuan yang aku dapat ni dari pemerhatian dan cuba sendiri. Dan aku masih lagi suka nak memerhati dan belajar cara masak ape benda pun. Kena pulak masuk tahun ni dah nak dekat 8 tahun aku terlibat dalam kerjaya dapur  ni.

Lagipun mungkin sikit sebanyak skill yang aku ada ni turun dari arwah mak aku yang tersangat la pakar dalam bidang masakan ni. Cakap je nak masak ape, semua dia tau. Kalo makan masakan dia lak, mesti tak dapat nak komen. Aii..ada ke sape sape yang suka komen kalo makan masakan mak sendiri ? Hehehe..

Banyak bunyi lak aku ni. Okay, sekarang ni kita terus pegi ke pasar untuk mencari bahan bahan yang diperlukan. Bahan utama yang perlu antaranya beras pulut, daun pisang, udang kering dan kelapa parut. Bahan yang lain tu takkan korang takde simpan kat rumah kot ? Cam minyak masak, cili hidup, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, daun kunyit, belacan, buah karas ngan ketumbar. Kalo takde kene la pegi beli. 

Daun pisang ni kat belakang rumah korang takde ke ? kalo takde pegi beli kat pasar.
Kita terus pada proses nak membuatnya la. Memula basuh bersih beras pulut tu tadi pehtu toskan sekejap. Kelapa parut tadi tu bahagikan dua, satu untuk diperah santannya satu lagi untuk buat inti pulut udang ni nanti. Lepas dah toskan pulut tu, gaulkan bersama santan, daun kunyit dan sedikit garam. Kalo korang rasa cam nak bagi wangi sikit leh la letak daun pandan sekali. Dah gaul rata tu, boleh la mula mengukus tapi jangan sampai terlalu kembang tau. Ala ala dah masak pulut tu angkat je.

Ni la rupa pulut dikukus..tapi ni dah terlebih kukus lak..hahaha..
Kemudian sementara tunggu pulut tu sejuk sikit, korang buang la daun kunyit daun pandan dari pulut tu. Untuk bahan inti dia pulak korang kene merajinkan diri sikit la. Segala cili hidup, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, buah karas, ketumbar, udang kering, belacan (bakar dulu tau) tu korang tumbuk dulu. Suka hati la nak gunakan buku lima korang tu ke (kalo sanggup la), pengisar ke, lesung batu ke asalkan lumat sebati semua bahan ni. 

Ada yang tak kenal udang kering ke ? 
Bila dah sebati, korang gaulkan dengan kelapa parut yang simpan tadi tu kemudian masukkan la sikit gula dan garam secukup rasa. Setengah orang nak kasi ala ala pedas sikit diorang akan letak lada sulah tapi aku tak berapa suka sangat rasa lada sulah tu jadi aku cuma melebihkan sikit cili tu je. 

Kelapa parut untuk dijadikan inti pulut udang sebelum digaulkan dengan bahan inti.
*Tips : Kalo nak cantik, kelapa parut tu mintak yang putih je.

Lepas dah digaul sebati tu, panaskan sikit minyak pehtu leh la digorengkan bahan bahan tadi tu. Goreng sambil kacau tau biar masak rata. Lagi satu api tu biar la sederhana je sebab takut hangus lak. Goreng sampai agak agak kering pehtu boleh la tutup api dapur tu. 

Kemudian boleh la mulakan proses pembungkusan lak. Daun pisang tadi tu lepas dah dibersihkan potong potong la sebesar buku nota kecik tu. Kalo besar sangat nanti tebal pulak bungkusannya. Pepandai la korang ukur sendiri berapa besar korang nak buat pulut udang tu. 

Korang ambik pulut yang dah kukus tadi tu, pehtu bajet bajet la banyak mana nak gemuk atau kurus pulut udang tu. Aku nak sebut apa ye ? Hamparkan ke ratakan ? Ala, bayangkan sendiri la ye. Kat tengah pulut tu tadi korang letak la inti kelapa udang kering tadi pehtu kepilkan (betul ke ?) ngan pulut tu agar inti tu terperangkap kat tengah pulut.

Dah siap tu korang gulungkan daun pisang tu ketat ketat. Biasanya aku akan buat dua kali gulung sebab kalo sekali gulung je takut terbakar lak daun tu nanti. Pehtu kat hujung dua dua belah gulungan tu suka hati la nak guna stapler ke, cucuk ngan lidi ke asalkan tak terbukak.

Bila dah selesai proses pembungkusan ni, boleh la dipanggang atas bara arang. Ada orang malas nak main asap diorang guna kuali besi cam nak buat capati tu tapi tak tradisional la camtu. Sebab takde rasa pemanggangan tu.


Sambil memanggang tu leh la nak bergurau senda bersama keluarga ke, isteri ke, suami ke, anak anak ke asalkan korang selalu tengok tengok sambil balik balikkan pulut udang tu tadi jangan sampai hangus tebakar lak. Bila dah agak agak daun pisang tu tadi kering daunnya, boleh la ke proses terakhir.

Ada lagi ke nak buat ? Hahaha..proses terakhirnya pulak, bancuh air teh O pehtu bukak TV duduk ramai ramai situ layan makan pulut udang yang berjaya korang buat dengan susah payah tadi tu. Susah ke ? Memang leceh gak sebab banyak sangat prosesnya tul tak ? Tapi kalo menjadi, sekali ngap pasti tak cukup cukup punya la. 

Menyelerakan tak ? 
Ada orang hairan apesal kadang kadang pulut udang yang beli tu bungkusan dia ala ala berminyak. Tu adalah sebab masa memanggang tu diorang sapu minyak sikit supaya daun pisang tu tak kering terbakar atas bara tu. Okay ? Terasa nak mencuba ? Selamat mencuba ye. Kalo tak menjadi tu, cuba lagi sampai jadi. Memasak ni bukan tengok buku je nak belajarnya. Mesti kene usaha bersungguh dan banyak mencuba baru la boleh jadi pakar. Lagipun ingat pakar memasak tu boleh jadi pakar ke kalo baca buku je, diorang pun banyak kali mencuba tau. 





27 comments:

  1. x penah buat pun..kalo berani cuba la buat cuti nanti..hahahahaaha..ma cabar

    ReplyDelete
  2. wah sedap yew. ni fav arhh. lgi2 bulan pose wajib ada. hehe ;D da terliur ni

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. wifey :

    dulu masa kat INTIM pernah buat la..

    nak cuba ke nanti ?

    ReplyDelete
  5. aleen aiden :

    memang jarang nak jumpa kuih ni..

    ReplyDelete
  6. ♥cik cahya♥ :

    tu la..bulan pose je banyak leh jumpa kuih ni..

    ReplyDelete
  7. Fatin Athirah Amani :

    sama je sebenarnya..ada panggil pulut udang, ada panggil pulut panggang..

    ReplyDelete
  8. mmg pun. tpi tmpt nur hari2 ada. jgn jeles. haha ;D

    ReplyDelete
  9. Daun pisang dah makin sukar hendak dicari sekarang ini

    ReplyDelete
  10. suka benda ni..tp ada satu masakan org banjar yang ala2 macam ni, tp lembik2...xingat nama dia

    ReplyDelete
  11. slalu beli kedai je..
    xberani nak buat..
    kalu buat..
    pasti hangit atau xcukup masak..
    ehehee

    ReplyDelete
  12. ♥cik cahya♥ :

    hari hari ada ? sempoi la tu hari hari leh layan pulut panggang..

    ReplyDelete
  13. akubiomed :

    tul tu..kat pasar pun mahal semacam je..

    ReplyDelete
  14. E.d.Y :

    masakan orang banjar ? nanti aku try tanya makcik makcik aku kat kampung..

    ReplyDelete
  15. mie :

    hehehe..sekali sekala cuba buat sendiri pun best jugak..

    ReplyDelete
  16. ieMa ackLes :

    buat sendiri la..hahahaha..

    ReplyDelete
  17. pulut udang, pulut panggang, d tawau ni org panggil gogos. nyam2.. my pebret ever

    ReplyDelete