23 January 2011

sebut betul betul...Ranau bukannya panau..

  19 Komen    
label: 
Salam hujung minggu semua. Ke mana perancangan dihujung minggu ni ? Duduk kat rumah atau pergi bersiar siar dengan keluarga ? Walau ke mana pun destinasi hujung minggu tu pastikan keselamatan diri dan keluarga dijaga. Kalau memandu tu, berhati hati di jalan raya. Kalau pegi berkelah tu, sampah jangan buang merata lak. 

Minggu ni aku nak bawak korang ke satu lagi destinasi yang menarik ada di negeri di bawah bayu. Korang kenal Linda Nawuwil,  ? Ala yang artis akademi fantasia tu la. Tapi aku bukan nak cerita pasal dia, cuma nak bercerita sikit pasal tempat asal dia je. Bukan je tempat asal si Linda ni tapi rumah kedua aku jugak. 

Kalo aritu dah puas layan pesta kubis kat kundasang, jom kita teruskan perjalanan sikit lagi ke Pekan Ranau lak. 

Dari bandar Kota Kinabalu perjalanannya mengambil masa lebih kurang dua jam jugak la. Tapi tak bosan sebab boleh menjamu mata tengok permandangan gunung disepanjang perjalanan tu. Jalannya agak berliku liku jugak la jadik kalo yang mabuk jalan tu bersedia la ngan apa yang patut.

Apa ada kat Pekan Ranau ni ? Apa lagi kalo bukan sayap ayam yang dijual kat tamu (macam pasar malam la) setiap hari. Ok la, asyik cakap pasal sayap ayam je nanti bosan lak. 

Tamu di Pekan Ranau. Ada sayap ayam owh..

Kalo nak tau, banyak gak tempat menarik yang ada disekitar Ranau ni. Antaranya boleh la buat lawatan ke ladang teh Sabah yang terletak kat Kampung Nalapak. 


Kalo nak melawat sampai dalam kilang pun boleh dengan sedikit bayaran. Kalo setakat nak jalan jalan dalam ladang tu percuma je. Bukan kat Cameron Highland je ada ladang teh tau. Permandangan kat sini pun memang cantik dengan latar belakang Gunung Kinabalu. 


Korang pernah tengok dalam TV tak pasal urutan ikan ? Bukan kat SPA punya tapi memang betul betul dalam sungai. Nama tempat tu Tagal. Dari Pekan Ranau ni lebih kurang 25 minit perjalanan la. Kalo kat SPA tu biasanya ikan yang kecik kecik, kat sini bapak dan mak ikan tolong urutkan. 


Satu lagi tempat menarik yang ada sekitar Ranau ni namanya kolam air panas Poring. Terletak dalam kawasan Taman Taman Sabah. Sebab tu nak masuk pun kene bayar. 


Kalo datang kat Poring ni dengan pengangkutan awam yang disediakan, aku nasihatkan supaya buat temujanji dengan drebar tu waktu bila korang nak balik supaya tak bermasalah nak kembali ke Pekan. Kalo nak tau, kat luar pintu masuk tu ada jugak penduduk tempatan bukak gerai jual jual barangan kraftangan dan ada jugak yang jual akar kayu. Hahaha..kalo nak akar tongkat ali yang asli pun ada dijual kat sini. Murah giler. Dulu aku beli RM10 je untuk dua tiga tongkol sejengkal. Siap aku sedekah kat kawan kawan aku yang baru kawin, aku punya akar kat umah pun tak abis abis lagi.


Kat Poring ni jugak kalo tak nak layan berendam dalam kolam air panas tu, korang boleh layan Taman Rama Rama, meredah laluan hutan atau layan gayat kat jambatan gantung atas pokok. Cuma yang tak syiok sikit, nak masuk je kene bayar lagi. 

Bapak mertua aku ada tanah kat area Poring ni. Kalo aku kaya raya, mau je aku bukak tempat peranginan ala ala Sunway Lagoon tu. Ada sape sape yang nak jadi rakan kongsi ke ?


Kalo dah puas jalan jalan tu, setiap hari sabtu ada ala ala pasar tani kat Pekan Ranau ni. Salah satu tempat pertemuan mak mertua aku ngan kawan kawannya. Banyak gak la sayur sayur kampung, kuih muih tempatan, produk produk tempatan yang dijual kat sini. Nak borong pun boleh, murah murah belaka.

Ni lepas aku dah promosi sikit negeri Sabah ni kot kot bapak mertua aku boleh sponsor tiket percuma balik kampung. Hehehe..Ok la, tu je setakat ni dapat aku kongsikan. Nak ke mana pulak lepas ni, tunggu je la.





19 comments:

  1. wow!!
    menarik tu...
    gu penah try tea sabah..
    hehehee

    ReplyDelete
  2. Imran nyambek :

    hahaha..tak sampai lagi nak jadi duta..aku citer tempat aku dah sampai je..

    ReplyDelete
  3. mie :

    aku dulu siap beli stok banyak bawak mai sini..tapi sekarang ok la sebab dah banyak jual kat semenanjung..hehehe

    ReplyDelete
  4. Aduhai, mengimbau kenangan ketika bekerja di Sarawak suasana amat nyaman sekali.

    Cuma di KK Sabah saya hanya sempat 3 bulan sahaja. Saya dulu di Kepayan Ridge

    ReplyDelete
  5. wah best bapak mertua sponser. nur trgin nk naik jambtan gantung. klu dpt tiket lbh bgtaw nur. nk ikut gak.. hahaha ;D

    ReplyDelete
  6. akubiomed :

    dekat ngan lapangan terbang tu kan ? sekarang ni pembangunan makin meningkat kat bandar KK tu..lebih lebih lagi KKIA dah naik taraf ni pehtu T2 pun dah berwajah baru..

    ReplyDelete
  7. ♥cik cahya♥ :

    tak gayat ke ? 100 - 200 kaki dari tanah..tapi layan gak..mau sejam berjalan gantung ni..

    ReplyDelete
  8. salam
    seronoknya dengar cerita..apa yang makcik gambar akhir tu jual ye..

    ReplyDelete
  9. baca cm seronok je kt sana......
    buah tgn kt sini xde ker?
    huhu

    ReplyDelete
  10. hang ni duta tahun melawat malaysia ke?huhu

    ReplyDelete
  11. suri solehah :

    makcik tu jual hasil kampung tu kak..ada buah salak, buah ape ke lagi yang lain tu saya tak ingat nama..

    ReplyDelete
  12. ieMa ackLes :

    memang seronok pun..buah tangan ? hehehe..tunggu la kalo balik sabah nanti..

    ReplyDelete
  13. E.d.Y :

    hahaha..duta ke ? boleh la tu..

    ReplyDelete
  14. oh..patutla serba tau pasal sabah..

    wify dia org sabah rupanya...huhu.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    NATURE CALLS

    ReplyDelete
  15. nabilah_2908 :

    hehehe..iyo la..kalo tak mane nak dapat bejalan kat sana selalu..

    ReplyDelete