07 January 2011

sediakah kita ?

  23 Komen    
Assalamualaikum dan selamat hari jumaat buat semua pembaca budiman. Sempena hari jumaat yang mulia ni, aku tak nak la membebel macam selalu tu. Kalo tiap hari asyik membebel je lama lama nanti boring lak ye tak ?

Tadi dalam khutbah jumaat yang aku dengar, tuan khatib tu ada menyebut tentang pendidikan ngan generasi mendatang. Aku malas la nak ulas balik isi khutbah tu kat sini cuma satu perkara yang menarik minat aku untuk memperkatakan kat sini bila tuan khatib tu cakap "pendidikan awal untuk anak anak ni ialah mengajar mereka bersolat". 


Isu pasal solat ni bila diperkatakan mesti ada berbagai perdebatan yang datang. Kebetulan pulak pagi tadi kat radio aku terdengar satu lagu nasyid lama yang bertajuk "sepohon kayu". 

Sepohon kayu, daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang fardu sembahyang
Sunatpun ada bukan sembarang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup dikubur yatim piatu
Tinggalah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup didunia tiada berarti
Akhirat disana sangatlah rugi

Kalo dihayati dalam dalam lirik lagu nasyid ni, seram pun ada. Ye la, bayangkan la duduk dalam kubur tu sorang sorang. Kene belasah lak tu. 

Aku bukan nak cakap aku ni baik sangat lak, tapi aku teramat bersyukur sebab arwah mak aku memang dah latih kitorang adik beradik supaya tak tinggalkan solat walau kat mana pun. Memang kalo difikirkan balik takde faedah pun kalo tak bersolat ni. Sekarang ni alhamdulillah anak aku yang dua tahun ni pun bila aku ngan wifey solat, dia mesti nak ikut sama walaupun tunggang langgang je.

Aku pernah dengar satu tazkirah yang menyatakan kita ni sebenarnya hidup hanya beberapa saat atau minit je sebenarnya. Ye la, dunia ni kan cuma singgahan je. Tempat yang kita nak tuju muktamadnya adalah kat akhirat sana tu. Sehari kat akhirat tu sama macam seribu tahun kat dunia ni. Kira sendiri la berapa panjang umur kita sekarang ni.

Aku pun pernah dengar bila kita ni lahir je ke dunia ni, yang makin jauh meninggalkan kita ni ialah kehidupan kita dan yang makin menghampiri lak ialah kematian. Dan mati tu pulak kita sendiri tak tau bila tiba masanya. 


Jadi, dengan umur yang semakin pendek ni rasanya dah bersediakah kita untuk menghadapi nasib kita kelak ? Sudah cukup ke amalan baik kita kat dunia ni untuk dijadikan bekal kat akhirat sana nanti ? Terlaksana ke semua rukun yang diperintahkan untuk kita ikuti ? Kategori makhluk taat atau derhaka ke kita ni ? 

Semoga di hari mendatang ni kita sentiasa beringat dan tidak menjadi makhluk yang menghina penciptanya dengan melanggari segala larangan Nya.

*Sumber gambar dari Google




23 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Sebagai manusia kita ini selalu lupa dan perlu saling peringat memperingati. Permulaan baik untuk hari Jumaat :-)

    ReplyDelete
  3. ,=====,o00o Pon..Ponn..Ponn
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Yuppppp walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.... insaf lahhh rasanya

    ReplyDelete
  4. lagu yang sentiasa memberi kesedaran..
    sepohon kayu...

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas peringatan ini...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    GiveAway EdY : Awak Busuk!

    ReplyDelete
  6. mr.syazwan:

    sama sama kasih..moga kita tidak terlalu lalai dengan mainan duniawi..

    ReplyDelete
  7. Fatin Athirah Amani:

    most welcome..

    ReplyDelete
  8. akubiomed :

    sama sama kasih..sentiasalah kita ingat mengingati antara satu sama lain agar kita semua dirahmatiNYA.

    ReplyDelete
  9. E.d.Y :

    5 saat pun dah cukup berharga jika benar benar menginsafi diri.

    ReplyDelete
  10. Afzainizam:

    siapa lagi yang nak menegakkan tiang agama tu kalo bukan diri kita sendiri ? sama samalah kita menghayati kehidupan yang fana ni.

    ReplyDelete
  11. mie:

    lagu yang evergreen ni..sejak aku kecik dah ada lagu ni..

    ReplyDelete
  12. nabilah_2908:

    sama sama kasih..moga memberi pengertian mendalam dalam jiwa kita semua.

    ReplyDelete