27 January 2011

Staphylococcus aureu

  20 Komen    
label: 
Sebut betul betul tau nama yang aku tulis untuk tajuk entri aku ni. Kalo tak, empunya nama tu akan marah pulak dan kalo dia marah nanti tak pasal pasal je dia akan menghantui kehidupan bahagia korang. Kalo tak reti gak nak menyebutnya, boleh la daftar masuk semula ke tadika untuk belajar mengeja atau lebih mudah panggil je Special Agent Oso untuk membantu anda menyebutnya dengan betul. *Hehehe..gurau je ye, jangan marah lak.*

Siapa punya nama yang susah betul nak disebut tu ? Biar la aku perkenalkan empunya nama tu. Nama ni adalah kepunyaan sejenis bakteria penyebab bisul. Korang pernah kene bisul ? Aku pernah, kat bontot. Terseksa tul hidup bila kene bisul ni.

Aku nak bercerita pasal bisul ni sebab sehari lepas masa aku nak mengajar anak DSZ, dah macam kura kura telentang je tak reti nak duduk diam. Sekejap tersenget ke kanan, sekejap ke kiri. Pehtu muka berkerut kerut macam pengantin di malam pertama. Bila aku tanya apesal tak boleh nak duduk diam, rupanya kat betis dia dah naik bisul.

Apa dia bisul tu ada yang tak tau ke ? Bisul ni adalah nanah yang terkumpul oleh jangkitan bakteria staphylococcus aureu pada rambut folikal dan sekeliling kulit biasanya bermula seperti jerawat. Biasanya tanda tanda dijangkiti bisul ni kulit yang dijangkiti tu akan menjadi kemerahan dan sakit bila disentuh.

Bagaimana bisul ni boleh menjangkiti kita ? Bisul ni bukan sesuka hati akan menyerang kecuali la kalo kita tak mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran dengan baik. Ye la kalo dah jadi pengotor tu bukan je bisul je suka nak datang, ntah ape kuman bakteria pun bergembira sebab ada tempat nak hinggap.

jangan jadi pengotor camni !!

Selain tu jugak, antara faktor yang menyebabkan bisul ni mudah menjangkiti macam lemah sistem imun badan. Terutama kalo yang dah terjebak dengan HIV, individu camni lebih mudah diserang bisul. Camtu jugak bagi penghidap diabetes. Golongan ni pun kalau kurang penjagaan kebersihan diri, maka bisul akan mudah menyerang tanpa belas kasihan. Tu sebab sejak dari kita kecik kecik sampai la jadi budak budak sampai la ke dewasa dan tua, imuniti pencegahan penyakit amat penting untuk di ambil berat.


Kekurangan zat makanan pun boleh menjadi salah satu punca dijangkiti bisul ni. Malas makan sayur, malas makan ikan, malas makan daging, asyik suka nak makan keropok jajan je setiap hari. Pengambilan zat makanan dengan seimbang bukan je dapat menjadikan tubuh menjadi sihat malah insyaAllah dapat mempersiapkan sistem badan kita dalam melawan penyakit.


Kalo dah terkena bisul ni, pegi la jumpa doktor cepat cepat sebab bisul ni biasanya boleh merebak. Cam aku dulu kene bisul kat bontot, sekejap kat sebelah kanan, baik kat situ dia pegi sebelah kiri lak, pehtu kanan semula sampai pegi sekolah duduk dalam kelas pun asyik nak kona baring je. 

Selain tu kalo berlarutan, dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor bertauliah. Kemungkinan jugak doktor tu akan melakukan pembedahan kecik untuk mengeluarkan nanah di tempat jangkitan bisul tu.

Dan bisul ni jugak sebenarnya bukan je boleh menjangkiti bahagian kulit semata mata, bahkan boleh jugak menjangkiti paru paru, otak, buah pinggang dan mana mana tisu pejal dalam badan.


Sama sama la kita menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Dalam Islam pun menggalakkan umatnya untuk sentiasa memelihara kebersihan tak kita rohani ataupun jasmani. Sebab kalo bukan kita yang nak menjaganya, siapa lagi nak tolong jagakan. Sihat tubuh badan, nak beramal ibadat pun senang.





20 comments:

  1. itu la..
    tahp kesihatan sekarang xmenentu la
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. mie :

    faktor pemakanan dan gaya hidup jugak mempengaruhi tahap kesihatan kita..so, amalkan hidup secara sihat..

    ReplyDelete
  3. bapak aku dan adik aku bisul di pagi raya. Seorang di bontot, seorang di betis.

    Membuatkan aku terkapai-kapai terpinga-pinga taktau apa nak jawab bila semua orang tanya 'abah ngan adik mana?'

    ReplyDelete
  4. baikkk..cikguuu

    uhh..sakit kalau kena bisul kat TUT!
    tak leh nak duk selesa ...hihi

    ReplyDelete
  5. Ungu :

    hehehe..awat ko tak cakap diorang pegi beraya ke bulan..

    ReplyDelete
  6. Ati Masrif :

    aii..harus la terseksa kalo bisul di buntut..duduk pun menyenget je..

    ReplyDelete
  7. wah entry yg bagus.. eja x pernah lg kne bisul tp klu dulu suka duk kt atas bantal pas tu mak marah mak ckp ti kne bisul baru tahu..hahaha

    ReplyDelete
  8. rasanya setakat ni..tk pernh kena bisul lagi.. ;)

    hmm...pokok pangkalnya..amalkan gaya hidup sihat.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    SAKIT GIGI

    ReplyDelete
  9. info berguna tu..tapi tak penah kena bisul lagi lah,,alhamdulilah.

    ReplyDelete
  10. n i k l i s a :

    kalo yang tak serius sangat bole la kasik tu semisintetik antibiotik..tapi kalo dah terlampau parah, korek je ngan sudu..hehehe

    ReplyDelete
  11. eja :

    memang la..rupanya bukan sebab nanti kene bisul, tapi sebab bantal tu kan tempat letak kepala so macam tak sopan kalo letak bontot kat bantal tu..hehehe

    ReplyDelete
  12. nabilah_2908 :

    kalo menjaga kebersihan diri insyaAllah tak kene bisul ni..

    ReplyDelete
  13. suri solehah :

    yang penting kebersihan diri kene jaga bebetul..

    ReplyDelete
  14. kesihatan datangnya dari persekitaran yang bersih...so, siapa yang bertanggungjawab menjaga kebersihan?kita la...

    ReplyDelete
  15. E.d.Y :

    tau tak pe..kalo persekitaran bersih, apa penyakit pun boleh nak dijauhi..

    ReplyDelete
  16. Penyakit kencing manis paling berisiko tinggi kalau diserang bisul.

    Bisul yang kecil boleh di sapu dengan bawang putih cuma pedih kena tahan kesakitan

    ReplyDelete
  17. aku nak komen 1 je.
    sumpah lawak muka budak tu!LOL~

    ReplyDelete