17 January 2011

sumber halal hasilnya haram

  27 Komen    
label: ,
Selamat hari isnin dan selamat kembali bekerja setelah penat bercuti di hujung minggu. Apa mood hari ni ? Ada baik ? Tension sebab kerja menimbun ? Terasa malas nak buat kerja ? Apa pun mood yang ada tu, ikhlaskan la niat dalam mencari rezeki yang halal.

Ada seorang hamba Allah ni lepas mendengar satu tazkirah berkenaan rezeki halal dan haram berkata, "lebih baik jadi perompak penyamun je dari jadi kerani yang makan gaji tiap bulan". Apesal lak dia cakap camtu ? Sebab katanya dari menjadi kerani yang gaji hasil kerjanya belum tentu halal 100% lebih baik jadi perompak je. Dah tentu tak pening nak fikir tentang rezeki syubhat.

Aiyoo..teruk tul mentaliti camtu. Ape kes ni ? Kisahnya berkenaan seorang kerani yang makan gaji setiap bulan dari majikan tempat kerjanya. Dari kerjaya seorang kerani tu, masuk kerja jam 9 pagi dan balik jam 5 petang. Sememangnya sering jugak datang awal tak pernah lewat. Punch kad sentiasa hijau tepat pada masa. Tapi lepas punch, pegi lepak kantin dulu sampai jam 10 pagi. Kemudian masuk pejabat, duduk melayari internet sampai jam 12. Kerja tak usik pun lagi. 


Dah penat melayari internet tu, berehat tidur pulak sampai jam 2 petang. Baru la nak belek belek kerja yang ada, tu pun setakat melihat lihat je. Borak borak dulu dengan rakan sepejabat, bergosip lebih kurang pehtu kembali ke tempat duduk. Dengan tekun menghadap komputer, layan laman sosial dulu. 


Sempat pulak tu nak buat entri dalam blog. Pehtu melawat lawat blog rakan lain sebelum mata menjeling pada kerja yang harus disiapkan. Tengok jam dah hampir ke pukul 5 petang. Aiseh..kerja tak buat lagi. Bila dah jam 5 petang, rakan rakan sepejabat ramai yang dah pulang ke rumah tapi kononnya nak siapkan kerja dulu, kerja lebih masa pun sanggup.


Oh tidak..rupanya bila pejabat dah kosong ambik kesempatan pulak bergayut dengan awek. Sambil tu tangan belek belek jugak la kerja yang seharusnya disiapkan tu. Sedar tak sedar, jam dah menunjukkan pukul 9 malam. Dah lewat sangat pulak. Kemas kemas meja, sebelum tu bukak internet jap tengok kot kot ada kawan bagi mesej kat laman sosial tu ngan nak balas komen pelawat blog dulu. Tepat jam 10 malam, punch kad keluar. Cukup bulan ambik gaji pehtu boleh claim overtime 5 jam sehari.

Tu sebab la hamba Allah tu nak jadi perompak penyamun. Sebab kalo kerja dari sumber yang halal pun belum tentu halal hasilnya. Tapi tu yang negatif la. Apa pun bila kita bekerja, biarlah dengan ikhlas dan amanah. Jangan nanti takut hasil yang kita dapat tu bercampur syubhah pulak. Semoga Allah memberkati hidup kita semua. 

*Gambar sekadar hiasan.




27 comments:

  1. adeyh2!!!
    jgn pikiaq macam tue lew...
    keje biaq ikhlas..
    moga sume rezeki kita halal!

    ReplyDelete
  2. aleen aiden :

    hahaha..ternyata bukan aku..

    ReplyDelete
  3. Lelaki Ini :

    tul tu..kerja ape pun biar la ikhlas dan amanah..tul tak ?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kdg2 org xperasan dia mkn gaji buta mcm tu...kena ikhlas n thu tnggungjwb msing2..

    ReplyDelete
  6. ni pengalaman diri sendiri ke?huhu

    ReplyDelete
  7. Bukan senang hendak cari keberkatan dengan amanah bekerja sehingga 7 - 8 jam sehari.

    Termasuk duit gaji pun mesti bersih dari bank yang melaksanakan amalan riba. Kalau boleh minta majikan bank duit gaji melalui bank Islam atau Tabung haji

    ReplyDelete
  8. dalam blogging pun ada halal haramnya.. kalau sebarkan gambar tak senonoh atau siarkan berita aibkan orang lain itu pun sama je kan macam apa yang diterangkan dalam entry ni...

    baik kerja atau apa saja biarlah ikhlas baru ada keberkatannya..

    ReplyDelete
  9. uihh!!
    sapa punya pengalaman ni..
    eheheee

    ReplyDelete
  10. Fatin Athirah Amani :

    keberkatan tu kan penting dalam kehidupan

    ReplyDelete
  11. E.d.Y :

    bukan..hanya gambaran bagi orang yang hampeh camtu..hehehe

    ReplyDelete
  12. akubiomed :

    setuju tu..sebab hasil rezeki tu la yang kita buat belanja keluarga..bayangkan kalo makan hasil yang tak halal tu..camne la nasib di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  13. Fitrihadi.com :

    betul tu..kene la sentiasa berwaspaa dalam apa jua yang kita lakukan..

    ReplyDelete
  14. mie :

    pastinya bukan aku..hehehe

    ReplyDelete
  15. haih mcm2 ragam...dah tu siap buat OT lagi...boss tk pertikaikan ke..?

    keje kerani jer pun..tp sampai claim OT sampai malam...kalahkan engineer..huhu..


    jom ke APA KATA HATI pulak,
    MAGGI GORENG

    ReplyDelete
  16. nabilah_2908 :

    bajet kerja menimbun la tu..hehehe..

    ReplyDelete
  17. dalam bekerja memang harus sungguh2 dinilai halal haramnya.

    ReplyDelete