26 February 2011

bangga bangsa

  10 Komen    
label: ,
Salam hari sabtu buat semua rakan pembaca. Semoga korang semua sihat dan ceria selalu. Maklum saja la, cam kat Ipoh ni cuaca agak tak menentu sikit. Pagi ke tengahari panas je, tapi bila menjelang petang bawa ke malam dah hujan pulak. 

Sebenarnya aku terfikirkan untuk entri ni bila aku terbaca satu komen pada blog penghulu pojie dalam entri dia tu. Walaupun komen tu takde kena mengena dengan aku tapi sebagai salah seorang pembaca dan pengunjung blog rakan rakan ni, sedikit sebanyak terasa juga tempiasnya. 



Aku pun tak tau la apa maksud dan masalah pengomen tu. Tapi yang pastinya ada berkaitan dengan politik. 

Aku bukan la seorang penganalisa politik di Malaysia ni. Bukan jugak seorang yang aktif berpolitik. Dan aku jugak bukan penyokong tegar mana mana parti politik yang ada kat Malaysia ni. 

Kalo nak cakap pasal politik ni, aku tak reti pun. Sikit sikit boleh la. Walaupun kehidupan aku ni disekelilingi dengan orang orang politik. Bapak mertua aku seorang bekas ADUN dari parti kerajaan. Bapak aku sendiri salah seorang penyokong kuat parti pembangkang. Abang ipar aku pulak ahli pemuda parti kerajaan. Dan aku sendiri mempunyai hubungan yang baik dengan menteri besar Perak ni.

Tapi aku tetap tak berminat dengan politik ape semua ni. Tak perlu la sampai nak memporak perandakan keadaan ye tak ? Taksub dan jumud sampai sesama sendiri pun nak pijak pijak. Biar je la parti parti tu memperjuangkan perjuangan diorang masing masing dengan cara yang lebih mulia.

Ni ape hal kalo kerana terlalu taksub sangat, sampai nak memperlekehkan orang lain. Nabi Muhammad SAW pun tak pernah memperlekehkan jiran Yahudi dia yang tersangat la anti kat baginda. Kita ni siapa la nak merendah rendahkan orang lain yang tak sekepala ngan kita.


Pada aku la, kita ni dah la negara kecik je. Hidup berbilang bangsa dan agama. Bukan salah nak memperjuangkan politik parti masing masing, cuma berpada pada la. Buat apa nak kutuk mengutuk camtu sampai bangsa sendiri pun dikutuk sama. Ibarat meludah ke muka sendiri pulak rasanya camtu.

Kat sekolah rendah pun dah selalu cikgu sebut, muafakat membawa berkat. Takkan tak faham faham lagi maksud muafakat tu. Jangan buat malu bangsa sendiri owh. Kalau tak suka, diam je. 



Cukup la aku bangga menjadi seorang yang beragama islam. Bukan tak bangga dengan bangsa sendiri. Tapi kalo bangsa pun macam bangsat, baik diam je ye tak ? Kang kalo keluar penyataan lelebih, boleh kene masuk lokap lak.



Semalam aku tengok raja lawak 5 kat astro. Sebelum sebelum ni aku tak pernah tengok pun dan tak sekali pun mengikuti apa apa perkembangan raja lawak ni. Cuma baru baru ni je aku tak lepas setiap jumaat jam 9 malam duduk depan TV tu layan rancangan raja lawak ni. 

Kadang kadang tu aku tengok takde la lawak mana pun walaupun cuba dilawakkan oleh peserta peserta yang bertanding tu. Tengok Zizan ngan Johan berceloteh tu aku rasa lagi lawak. David Teoh pun boleh tahan menggelikan hati dengan komen komen yang diberikan tu.


Tapi pada malam semalam tu, masa penyingkiran tu diumumkan aku rasa agak menjengkelkan pulak. Ntah atas sebab apa, bila nama Leman diumumkan tersingkir pada minggu ni, serta merta dia kelihatan begitu bersemangat dan gembira pulak dengan penyingkiran tu. 

Kalau peserta peserta sebelum ni, semuanya berwajah sedih akibat tersingkir. Dia ni pulak seperti layak masuk top 3 je gayanya. Kenapa ? Sebab dah kehabisan idea untuk berlawak ? 

Aku kesian pada penyokong penyokong dan orang orang yang mengundi dia saban minggu je. Ye la, berhabisan kredit dan duit semata mata untuk mengekalkan dia ni untuk minggu minggu mendatang. Tapi dengan reaksi yang menjengkelkan tu, apa agaknya penyokong dan pengundi dia tu rasa ye ? Ala, selama aku tengok aksi aksi yang dia persembahkan setiap minggu tu takde lawak mana pun. Dan kekadang aku pun tak faham apa maksud yang cuba dia nak sampaikan. Elok la tu dah keluar. Hehehe..


25 February 2011

dunia dikejar akhirat ditinggal

  5 Komen    
label: 
Salam mesra di hari jumaat yang mulia ni buat semua rakan pembaca. Pada penghulu segala hari ni mari la kita bersama sama membanyakkan istighfar semoga Allah mengampuni segala dosa dosa yang kita ada lakukan. Kemudian pula, perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW mudah mudahan kita beroleh syafaatnya di akhirat kelak.


Mungkin antara sedar atau tidak bahawa kehidupan kita di dunia ni hanyalah sementara je. Betapa singkatnya hidup yang kita lalui terisi dengan berbagai perkara. Waktu yang ditinggalkan terasa semakin cepat berlalu. Dalam pada itu, mudahnya kita menjadi alpa pada kehidupan yang lebih kekal abadi.

Sebagai makhluk yang diciptakan dengan cukup sempurna seharusnya kita mesti bersyukur dan tidak sekali kali melupakan pencipta kita. Walaupun mungkin kita terpegun melihat pada penciptaan haiwan kerana ketangkasan dan sifat sifat kehaiwanan yang ada pada haiwan haiwan tersebut, tapi tidaklah haiwan itu dikurniakan akal untuk berfikir sepertimana manusia.



Begitu juga pada penciptaan makhluk makhluk lain yang kita mampu lihat dengan mata kasar dan juga makhluk yang tidak dapat kita lihat. Tetapi sememangnya kita sebagai makhluk manusia ni jugak la yang diciptakan dengan sebaik baik kejadian.

Dan mungkin dalam sedar atau tidak, pada pengakhiran kehidupan dan setelah dihidupkan semula nanti untuk menjalani kehidupan yang lebih kekal abadi, kita melupakan destinasi dan matlamat sebagai makhluk terbaik ciptaan yang Maha Esa ni.



Aku sendiri pun tak terkecuali jugak. Kadang kadang tu kerana kesibukan dunia, kita tangguhkan akhirat. Terkadang gerun jugak bila memikirkan andai ketika penangguhan akhirat tu dilakukan ketika itu juga tanpa bertangguh nyawa kita disentap dari jasad pinjaman ni. 

Bukan salah pun kalo nak mengejar dunia tapi jangan sesekali ditinggalkan akhirat. Nabi sendiri melarang kita untuk menjadi orang yang malas berusaha. Cuma kita perlu sedar segala yang kita usahakan di dunia ni kelak akan dipersoalkan ketika di sana nanti.



Segala wang ringgit yang kita kumpulkan, ke mana dibelanjakan? Kenderaan yang serba mewah, ke mana ditujukan? Anak anak yang ramai, bagaimana diasuhkan ? Tubuh badan yang sihat tegap sasa cantik menawan, apa tujuan ?

Tiada maknanya jika wang ringgit dikumpul setinggi gunung jika tiada memberi manfaat ketika di sana kelak. Walau bergadai harta untuk memiliki kenderaan terbaik tapi tidak pernah dibawa ke tempat ibadah tiada ertinya semua tu. 


Takde maknanya anak yang ramai tapi tak seorang pun yang boleh mendoakan di kala kita tua dan selepas mati. Dan tiada maknanya tubuh yang sihat gagah perkasa cantik menawan jika segalanya tu hanya mendorong kita ke lembah neraka semata mata. 

Dalam kehidupan yang singkat ni, bersama la kita memuhasabahkan diri saling ingat memperingati agar kita tidak terus terlupa. Tidak perlu pun untuk menjadi alim ulama dalam tegur menegur ingat mengingat ni. Kerana kita semua ni makhluk terhebat diciptakan Allah satu satunya mempunyai akal untuk berfikir. Jadi, fikir fikirkanlah.


24 February 2011

jodoh pilihan

Salam hari khamis buat semua rakan pembaca. Semalam takde entri ditulis disebabkan talian internet yang semacam je. Tambahan pula semalam agak sibuk ditempat kerja. Hari ni alhamdulillah ada sedikit peningkatan walaupun tersengguk sengguk macam kereta nak habis minyak.

Pagi tadi sambil membuat kerja, telinga ni sibuk mendengar celoteh di radio. Penyampai radio tu berikteraksi bersama pemanggil dan pendengar siaran radio tu berkenaan jodoh. Antara jodoh pilihan sendiri atau pilihan ibu bapa.


Banyak jugak la respon dari pemanggil menyatakan pendapat masing masing. Tapi dari banyak banyak tu pulak kebanyakannya pemanggil yang makcik makcik yang dah semestinya melalui zaman perkahwinan yang dipilih oleh ibubapa. 

Dan begitu jugak mereka mengakui jodoh yang ditetapkan oleh ibubapa ni lebih bagus dari pilihan sendiri. Buktinya dengan perkahwinan mereka yang tetap bertahan sehingga ke hari ini.


Memang tak dinafikan la tersangat jarangnya kita mendengar berlaku penceraian bagi pasangan yang setaraf mak dan nenek kita. Malah kalo diperhatikan, bilangan anak yang berjaya diorang hasilkan bukan sebelah tangan tak macam orang sekarang ni.

Tapi dalam pada tu aku memikirkan jugak la tentang jodoh pilihan ni. Kalau kita fikirkan tentang zaman dulu dulu mak mak kita masa dipertemukan jodoh oleh atuk nenek kita, apa kriteria yang diutamakan oleh atuk nenek kita tu dalam mencari pasangan untuk mak kita.

Pastinya takde mak bapak yang nak menjodohkan anaknya dengan ketua penyamun. Kalau kita tengok dalam drama pun, yang pertama dilihat mesti latarbelakang keluarga bakal menantu tu terlebih dahulu. Kemudian kesepadanan antara bakal menantu dan anak diorang. 


Dan hasilnya yang boleh kita tengok sekarang ni keteguhan jodoh yang berpanjangan sampai ke cucu cicit. Apakah rahsianya ? Dah tentu la kesesuaian yang dipilih oleh atuk nenek kita tu. 

Zaman sekarang ni pulak kebanyakan dari kita dah pandai untuk memilih sendiri. Tak macam zaman mak mak kita dulu. Sekarang ni lebih terbuka. Masih bersekolah rendah pun dah pandai untuk berpasangan. 

Tak menjadi satu kesalahan pun untuk memilih pasangan hidup sendiri. Tapi bukan la boleh dengan sewenang wenangnya. Sebab tu nabi junjungan kita dah bagitau, kalau nak memilih jodoh tu pandang la pada agamanya yang utama. 

Jangan dilihat hanya pada kecantikan atau kehenseman semata mata. Ataupun hanya melihat pada kekayaan harta benda. Kalau hanya tertarik pada pandangan mata, segala tu kelak akan susut dan pastinya mata akan mencari tarikan yang lain pulak.

Kalau hanya tertarik pada kekayaan harta benda pulak, belum tentu kekayaan tu akan kekal selamanya. Kalau nak memilih jodoh sendiri pun, rujuk la pada mak dan bapak. Kalau nak rujuk diri sendiri pun, lihat la pada kriteria pasangan pilihan tu. 

Bagaimana dengan agamanya ? Bagaimana dengan kesopanan dan kesusilaannya ? Bagaimana dengan sikap bertanggungjawabnya ? 

Dah la zaman sekarang ni nak kahwin pun bukan senang. Bukan sekupang dua yang dibelanjakan. Berhempas pulas nak menyediakan belanja untuk perkahwinan tapi kalau akhirnya tidak berkekalan alangkah malangnya menanggung kerugian.


Lagipun alam perkahwinan ni bukan sekadar untuk bersuka ria. Beban tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua suami isteri tu bukan semudah kata. Sebagai suami harus memikul amanah untuk mendidik isteri dan anak anak patuh pada agama. Begitu juga dalam menjaga segala kebajikan keluarga agar sentiasa dalam keberkatan.

Bagi yang tak kesah mungkin tak memperdulikan semua tu. Sumber rezeki makan pakai keluarga pun tak diperdulikan dari mana datangnya. Ketaatan pada agama lansung tidak diendahkan. Lalu tanggungjawab sebagai ketua keluarga tu dicampak entah ke mana. 

Sebagai isteri pula, bukan sekadar menjaga makan minum suami dan anak anak. Perlu juga menunaikan amanah dalam mengawasi keluarga agar terhindar jauh dari keberkatan ilahi. Kalau setakat menjaga makan minum semata mata, mamak kat restoran tu lebih berkualiti. Kalau tak percaya cuba tengok berapa ramai suami suami yang suka makan minum kat restoran mamak ? 


Cam aku bagi pendapat tadi tu, tak salah pun untuk memilih jodoh sendiri tapi cuba gunakan pendekatan atuk nenek kita cam zaman dulu tu. Kalo yang bakal nak jadi menantu ni, cuba tengok bakal mertua tu. Rukun islamnya camne ? Terjaga atau tak tau pun apa benda rukun islam tu. InsyaAllah andai perkara utama ni terpelihara, pastinya Allah juga akan memelihara kita dalam apa juga yang kita lalui dalam kehidupan ni.

Pehtu tengok jugak diri sendiri. Rukun islam tu terlaksana ke tak ? Kalo tak berapa terlaksana, laksanakan la dengan sempurna sebelum bercita cita nak mengembangkan generasi. Lain la kalau nak jadikan generasi yang bakal dilahirkan tu serupa macam kita jugak. Jangan sampai satu hari nanti, ada generasi yang akan mengatakan tidak mengenali penciptanya. 


22 February 2011

kau memang tak guna

  15 Komen    
label: 
Salam hari selasa buat semua rakan pembaca yang dihormati sekelian. Amboi eh, macam pidato la pulak rasanya. Semalam aku menghadapi masalah talian internet yang terlalu perlahan. Rasa macam lebih perlahan dari dail 1515 zaman dulu dulu tu. 

Hari ni alhamdulillah talian kembali seperti biasa seadanya. Pagi tadi agak awal jugak aku keluar rumah untuk ke tempat kerja. Memang luar biasa rasanya sebab pada hari hari lain tu sekitar 7 pagi lebih baru aku keluar rumah. Baru la dapat nak menyertai perempit perempit veteran di lampu isyarat pertama tu. 

Biasa la kan kalo pepagi antara sekitar jam 7:30 pagi tu masing masing dah sibuk nak ke tempat kerja. Paling syok kalo bermotorsikal. Walau kereta dan kenderaan lain terpaksa berhempas pulas menunggu giliran untuk melepasi lampu isyarat, geng motorsikal ni dengan selamba je boleh menunggu di petak pertama. Layan beb kalo menyala je lampu hijau tu pehtu ramai ramai merempit walaupun tak la selaju mat rempit. 

Disebabkan aku agak awal memulakan perjalanan, takde la aku bawak laju sangat. Dah macam bersiar siar pulak rasanya bila sekitar kelajuan 40Km/h je aku bawak motor tu. Lagipun kedinginan pagi yang menyegarkan tu memang sangat asyik untuk dinikmati. 

Tiba tiba tak jauh dari depan aku ada la sebuah kereta ni dengan kelajuan yang sederhana. Masalahnya aku tengok sekejap terarah ke kiri dan sekejap terarah ke kanan sampai ada beberapa kenderaan lain membunyikan hon apabila nak melintasi kereta tu tadi. 

Aku pun sengaja mengekori kereta tu dalam jarak yang selamat. Sambil tu aku jenguk jenguk la jugak ntah ntah pemandunya sakit ke apa ke. Tapi aku tengok takde pulak menunjukkan pemandunya bermasalah cuma sekali sekala kepalanya tertunduk tunduk ke bawah.

Kemudiannya aku memintas kereta tu dari sebelah kanan. Rupa rupanya sambil sebelah tangan memegang stereng kereta dan sebelah lagi sedang sibuk bermesej di telefon.


Sibuk atau penting sangat ke nak menghantar mesej waktu sedang memandu tu ? Memang menyusahkan pengguna jalan raya yang lain betul la. Kalo dibuatnya berlaku kemalangan camne ? 

Tu satu hal kalo nak cakap pasal perangai tak senonoh pengguna jalan raya kat dunia ni. Satu lagi kalo yang kaki asap ni. Walaupun tak la menjengkelkan pemanduan tu macam pemandu yang mati dan hidupnya bersama telefon, tapi tetap gak sedikit memualkan perasaan.


Hensem sangat ke kalo memandu sambil merokok tu ? Tak cukup dengan asap kenderaan tu tambah lak asap rokok berkepul kepul mencemarkan udara bumi ni. Lepas tu pulak puntung rokok tu lepas dah abis merokok, main jentik je sesuka hati. 

Gila kau..silap haribulan terkena orang kat belakang tak pasal pasal je tebakar. Dah tu pulak mencemarkan bumi je dengan sampah puntung tu. Memang la setiap hari ada pekerja bandaraya yang akan menyapu sampah disepanjang jalan tu tapi apa diorang perokok ni rasa kalo orang lain isap rokok pehtu campak puntung rokok tu depan rumah diorang. 


Kalau la puntung rokok tu boleh dijual timbang buat kitar semula takpe jugak. Aku pun nak menyertai mengutip puntung puntung rokok ni kalo mendatangkan keuntungan dari segi kewangan sekaligus dapat memelihara kebersihan bumi ni. 



Negara kita bukan takde undang undang. Macam bos aku dah pernah kena saman kompaun sebab menggunakan telefon ketika memandu. Padan muka dia. Tu la, siapa suruh guna telefon sambil memandu. Kan tak pasal pasal je kene membazirkan duit membayar saman. Kalo duit yang dibayar saman tu buat belanja kitorang makan makan ke, tak pun masukkan dalam gaji bulanan aku ke ada gak faedahnya. 

Dan kemudian aku terfikir lak pasal gajet yang satu ni. Kalo yang mahal tu mungkin la membantu sebab bersuara. Kalo yang cikai sikit ni senyap je. Bila dah senyap, kena la mempergunakan mata untuk memastikan arah yang betul. Silap haribulan, tengah belek punya belek tak pasal je cium bontot orang depan. Kan ke haru bila nak bagitau kat polis trafik tu "saya terlanggar dia sebab saya sedang sibuk memerhatikan jalan dalam GPS saya tu". 


20 February 2011

aku hilang nafsu

  14 Komen    
label: 
Salam hujung minggu buat semua rakan pembaca. Kesempatan cuti hujung minggu camni ada jugak orang yang mempergunakannya untuk mengadakan majlis perkahwinan. Lepas tu sambung lak dapat cuti ehsan sempena meraikan hari bahagia tu. Masa tu makan minum pun semua lupa. Hehehe..

Tapi hari ni aku bermasalah. Secara tiba tiba nafsu yang bergelora tu tiba tiba menghilang. Rasa tak berselera lansung untuk meneruskan pelayaran. 


Perancangan dari semalam lansung tak menjadi. Keghairahan yang melonjak terus merudum dan mengakibatkan kekecewaan yang sangat besar untuk hari ni. Betul betul hilang nafsu aku hari ni.

Bayangkan la, dengan penuh senyuman dan kegirangan nak melayari internet tapi kelajuan dan kepantasan talian tu tidak seperti selalu dan yang diharapkan. 


Pagi ni je berhempas pulas aku dibuatnya untuk meransang talian. Hanya beberapa blog rakan rakan je yang dapat aku lanyak. Tu pun terpaksa mengerah kesabaran menunggu hingga klimaksnya untuk memuat turun satu satu blog. Kesian siput. Tak pasal pasal menjadi perumpamaan kiasan kelembaban talian internet.


Bukan setakat tu je, kejadian ni jugak mengakibatkan aku hilang nafsu untuk meneruskan perjuangan permainan di facebook. 

Harap jangan ada yang tersilap tafsiran ye. Aku pun tak tau la apehal talian internet hari ni tersangat perlahan. Fikirkan positif, mungkin pihak berkenaan sedang menaik taraf perkhidmatan lalu mengakibatkan beberapa masalah bagi beberapa kawasan. Kot ye pun notis la dulu.

Kekadang tu pembekal perkhidmatan ni hampeh gak. Macam bebaru ni kawan aku telah di ranjau oleh pembekal siaran TV satelit berbayar Asstro. Biasanya bayaran bil bulanan tak sampai seratus pun. Tiba tiba dapat bil menyatakan bayaran tertunggak dan bil semasa berjumlah seratus lebih.


Terpening pening dan tertanya tanya jugak aku ngan kawan aku tu sebab memang setiap bulan aku yang akan membantu untuk membuat pembayaran secara online. Dan apa saja penukaran pakej asstro tu aku yang buatkan. Maklum la kawan aku tu tak berapa champen sangat dengan bebenda tu semua. Agak purba jugak pengetahuan dia tu dalam dunia telekomunikasi.

Bila sampai bil seterusnya yang menyatakan pembayaran berjumlah seratus lebih tu jugak, segera aku mengenal pasti masalah yang berlaku. Tertera di situ beberapa pakej yang telah dinyah aktifkan telah aktif kembali.


Lantas dengan mempergunakan kuasa pengguna aku pun menghubungi perkhidmatan pengguna syarikat tu dengan segera. Dan pastinya perbualan antara aku dengan operator yang menjawab tu dirakam dan mungkin akan dijadikan contoh untuk berhadapan dengan pengguna yang ketidak puas hatian.

Setelah panjang lebar persoalan dan pertanyaan betubi tubi aku lancarkan, terjawablah segala masalah yang timbul tu. Jawapan yang kalo kena kat aku, kemungkinan aku akan menyaman syarikat Asstro ni. 

"maaf encik, baru baru ni syarikat kami memindahkan data servis dan kemungkinan data yang lama tu telah ditermasukkan kembali ke dalam akaun encik. Kami ingin meminta maaf atas kesilapan yang berlaku"
Sib baik bukan akaun aku. Walaupun aku mendesak kawan aku tu supaya menyaman syarikat pembekal TV satelit ni, tapi dengan berhati mulianya dia cakap "I tak reti la nanti i nak cakap apa". Cis..suka ati dia la. Kalo dia nak peguam, boleh je aku rekemenkan. Tapi dah dia tak nak, kerugian la aku sebab tak dapat nak bodek sekurang kurangnya 20% hasil saman tu kalo dia bertindak memfailkan saman cuai terhadap pihak asstro tu.

Korang pernah terkena camtu ? Kesilapan dari pembekal yang menyusahkan pengguna. Kalo aku la, pasti akan aku tuntut ganti rugi tapi setakat ni tak pernah terkena lagi lak. Hampir terkena tu ada gak, tapi setelah siasatan dua pihak maka kesilapan ternyata dari kedua dua pihak so terpaksa la mengishtiharkan damai je. Hehehe..

19 February 2011

Siew Pak Choy

  9 Komen    
label: 
Salam hari sabtu buat semua rakan pembaca. Apa program hari ni ? Ada yang pegi kenduri kahwin la, ada yang pegi berkelah mandi sungai la, ada yang pegi dating la. Ada jugak yang berkerja ? Apa nak heran, aku pun kerja jugak hari ni. 

Kat negeri Perak sekarang ni tengah nak bermula musim durian. Kalo masa aku bebudak dulu, pokok durian lima batang depan rumah je. Rumah kampung la katakan. Bila musim durian je memang sampai tak larat nak makan durian dah. Siap sampai demam sebab makan durian banyak sangat. Sarapan pagi durian, makan tengahari durian, makan malam durian. Tambah lak kalo yang baru luruh tu. Memang sedap giler buah durian ni.


Bila dah terlampau banyak sampai berlonggok longgok kat dalam stor belakang rumah tu selalunya untuk menyelamatkan keadaan, mak aku akan proses durian durian yang dah merekah tu untuk dijadikan tempoyak. Boleh jadi stok sepanjang tahun. Malangnya aku bukan peminat sambal tempoyak, cuma masak gulai tempoyak je yang aku makan.

Tapi untuk entri hari ni bukan pasal masakan yang bersangkut paut dengan durian. Beberapa hari lepas masa aku kat rumah DSZ aku dijamu dengan nasik putih berlaukkan ayam kicap cendawan, sambal udang dan sayur siew pak choy. 


Memang dah lama tul aku tak makan sayur ni. Kalo masa kerja dulu kitorang selalu panggil sayur ni dengan nama sawi comel. Sebab sayur ni memang comel kan. Biasanya kaum cina yang menggemari sayur siew pak choy ni.

Jadik hari ni kita belajar masakan ala ala chinese sikit menggunakan siew pak choy ni. Senang je nak menyediakan sayur ni. Sayur ni dibasuh bersih kemudian kalo yang agak besar tu boleh dibelah dua jadikan dua bahagian. Kalo yang kecik kecik comel tu, boleh dibiarkan je comel camtu.

Lepas dah basuh bersih tu, celurkan dalam air mendidih yang diletakkan sedikit garam dan minyak bijan. Kalo tak suka dengan rasa minyak bijan tu boleh gak gantikan dengan minyak sayuran atau minyak jagung atau tak letak lansung pun takpe. Celurkan sampai agak kecut dan layu pehtu toskan sayur tu tadi.

Pehtu tumiskan sedikit bawang putih yang dah dilumatkan. Masukkan potongan  kecil ayam atau udang atau sotong dan kemudian masukkan sedikit air. Air ni jangan terlalu banyak tau sebab masakan ni tak memerlukan nampak terlalu berkuah. 

Kemudian masukkan sedikit sos tiram, sedikit garam atau serbuk perisa dan bila dah mendidih tu, bancuhkan sedikit tepung jagung pehtu masukkan dalam kuah tu tadi untuk memekatkan dia. 

Sayur yang dah ditoskan tu, susun cantik cantik dalam pinggan pehtu kuah pekat tadi tu tuangkan je kat atas sayur tu ikut kreativiti sendiri. Kemudian pepandai la kalo nak kasi cantik lagi taburkan bawang goreng ke, cili potong ke. Senang kan ?


Kalau nak tambah kreatif lagi, boleh jugak campurkan cendawan butang masa masak kuah tu pehtu taburkan hirisan lobak merah atau apa apa je la. Memasak ni kan boleh ikut imaginasi kalo nak bagi lebih menarik. Tapi pastikan la rasa utama tu tak berubah lak. Jangan pulak pegi tambah serbuk kari. Nanti terus jadi rasa kari pulak sayur tu. 

Selamat mencuba dan menjamu selera. 


18 February 2011

cara mengurangkan pahala di masjid

  20 Komen    
label: 
Selamat hari jumaat buat semua rakan pembaca. Apa kes tajuk entri hari ni lain macam je. Selalunya kalau dah ke masjid tu dah tentu la untuk menambahkan pahala berganda ganda ye tak. 



Kalau aku nak bagitau cara menambah pahala kat masjid ni mungkin ramai dah sedia maklum tahu camne caranya. Sebab tu aku nak bagitau cara untuk mengurangkan pahala masa berada di masjid pulak. Bukan susah pun. Sama senang macam nak menambah pahala gak.

Aku ni nak kata selalu ke masjid pun tak la jugak. Seminggu sekali je dapat nak berjemaah semasa bersolat jumaat. Waktu lain tu tak berkesempatan sebab keluar kerja pun jam 6 pagi dan balik rumah dah jam 10 malam. Setakat dapat berjemaah isya di rumah bersama wifey je kalo wifey aku tak solat lagi.

Tapi dalam seminggu sekali aku menjejak kaki ke masjid tu, dan bila waktu cuti kerja bilamana aku berkesempatan untuk ke masjid memang banyak kali jugak la aku nampak beberapa cara untuk mengurangkan pahala yang dipraktikkan oleh orang orang yang keluar masuk masjid ni.


Biasanya sewaktu nak solat jumaat la atau ketika tuan khatib sedang berkhutbah. Memang la salah satu fungsi masjid ni sebagai tempat untuk berkumpul dan berbincang permasalahan tapi bukan la tentang permasalahan duniawi. Ni aku tengok sebelum khutbah dibacakan dok borak pasal kerja la, pasal duit tak cukup la, pasal cerita pegi shopping la. 

Masa tuan khatib membacakan khutbah pun mulut dok pot pet pot pet lagi berborak keduniaan walaupun secara bebisik. Padahal di awal khutbah tu pun tuan khatib dah bagi amaran awal awal supaya diam agar ibadat jumaat tu sempurna diterima Allah. Kalo bebudak yang dok borak borak tu tak pe la jugak. Ni dah tahap bapak budak, ntah ntah atuk budak pun sama je tak paham bahasa. 

Bukan tak boleh nak borak. Tapi tidak la menjurus kepada perkara lagho dan keduniaan sangat. Kekadang tu pulak dibuatnya macam borak kat kedai kopi lak. Sambil borak sambil ketawa berdekah dekah. Ada baiknya borak tentang permasalahan agama ke, perkara perkara yang baik ke, kalo ada tuan guru bagi tazkirah tu dok diam dengar ke. Ni tidak, asyik nak borak je kerjanya.


Lagi satu yang selalu aku nampak bila aku pegi solat jumaat kat masjid pasal pisang. Kan ke biasanya ada orang sedekah pisang kat masjid bila hari jumaat ni. Bagus la tu sebab bersedekah ni amalan mulia. 


Tapi yang tak bagusnya tu perembat perembat pisang tu la. Kekadang tu aku tengok berebut macam tak pernah makan pisang. Kalo letak buah durian ke, anggur ke aku ingat mau ada yang bertumbuk sebab nak berebut buah sedekah ni. Dah la berebut, sisa kulit tu pulak bukan nak dimasukkan dalam tong sampah yang disediakan tu. Sesuka hati je campak kat pangkal pokok bunga la, kat parkir motor la. 

Apa la salahnya kalo dah makan tu sisanya dibuang dalam tong sampah yang ada tu. Bukan susah sangat pun. Ooh..mungkin diorang tak tau kalo membersihkan sampah atau kotoran di masjid ni ganjarannya diberikan bidadari di syurga. Bukan kutip taik cicak je dapat bidadari ni, kutip la apa sampah yang ada pun kat masjid tu bukan sikit sikit pahala leh dapat.

Lagi satu ni kebiasaan bagi musafir la. Kekadang tu tengah dalam perjalanan tetiba terasa nak 'bank in' sesuatu. Nak singgah kat tandas awam rasa sayang lak nak keluarkan duit syiling. 250 meter kat depan tu ada pulak masjid, jadik lebih baik pilih tandas masjid je la.


Siapa kata tak leh nak melabur kat tandas masjid, boleh je. Memang apa saja yang ada kat kawasan masjid tu untuk umum. Tak payah bayar apa pun tapi kalo nak bersedekah tu bagus la. Tapi apesal singgah masuk tandas je dah puas melanyak jamban masjid tu, masuk kereta terus jalan. 

Apa salahnya beri penghormatan sikit kat masjid tu. Bukan lama pun masa yang nak diluangkan. Aku ingat kalo duduk dalam jamban tu lagi lama. Ambik sikit berkat masjid tu beb. Dua rakaat sunat tahyatul masjid peh tu niat beriktikaf sebentar peh tu nak jalan silakan la. 

Memang la tak berdosa pun nak melanyak jamban masjid tu tapi apa guna masuk ke kawasan yang penuh keberkatan tapi tak mengaut peluang yang ada tu untuk menambah pahala diri. 

Kita ni bukan apa, sebab dosa ngan pahala tu perkara ghaib je. Tak nampak dengan mata kasar. Tak pasti untung atau rugi yang kita perolehi tu. Tapi kalo dah rasa macam pahala tu banyak sangat dan tak perlu nak tambah bonus, terpulang la kan. Sekadar untuk ingat mengingati sesama saudara seagama je.


16 February 2011

tersirat dalam tersurat [part 2]

  20 Komen    
label: 
Salam hari rabu semua. Masih lagi berselawat ke atas Nabi junjungan pada hari ni ? Alhamdulillah kalo lidah masih lagi tak jemu berselawat. Bukan je hanya semalam kekonon sebagai tanda memperingati hari kelahiran Nabi kecintaan kita tu, biarlah setiap hari kita memperingati baginda SAW.

Hari ni aku nak sambung lagi pasal pantang larang orang dulu yang menghantui kehidupan zaman kanak kanak suatu masa dulu. Bukan la nak protes atau nak cakap orang dulu dulu ni memandai je buat cerita atau suka menipu, tapi mungkin cara camtu sebagai salah satu untuk menunjukkan kasih sayang diorang kot. Ye la, kalo nak melarang terus besit je kang dah mendera.


Masa bebudak dulu tu selalu mak atau nenek kita marah tul kalo suka duduk atas bantal. Padahal punya la sedap kalo duduk atas bantal. Empuk je terasa kat punggung. Katanya nanti tumbuh bisul di punggung. Sape yang tak takut kalo bisul tumbuh kat punggung ? Memang tobat tak nak duduk atas bantal ah. 

Betul ke bisul leh tumbuh kat punggung kalo duduk atas bantal ? Kesian pengantin kan sebab kekadang tu diorang kasi duduk atas bantal masa nak akad nikah tu. Seminggu peh kenduri terus ada bisul kat punggung. Hehehe..

Lojiknya kesian kat bantal tu. Zaman dulu kan bantal diperbuat isinya dari kekabu. Bukan macam zaman sekarang punya bantal. Pepaham je la kalo kekabu ni, sedangkan letak kepala saje pun mampat je isinya. Ni pulak nak duduk atas bantal tu. Penyet la bantal tu.


Kalo yang ni bebudak cukup suka lelebih lagi masa sesi kutuk mengutuk sampai nangis. Jelir jelir lidah. Kalo nampak dek mak atau nenek, katanya nanti lidah kene potong. Aduii..sebelum nak jelir lidah tu kene tengok keliling dulu ada ke tak de nenek atau mak. 

Bukan kena potong pun, tapi kan ke tak sopan kalo buat camtu. Buruk tul ah. Biar je la haiwan ular, biawak, anjing dan haiwan haiwan lain yang suka menjelir tu je yang menjelir lidah. 


Siapa yang tak kenal ngan hidangan ni angkat sudu ? Hehehe..Masa bebudak dulu asyik boleh tengok je kalo orang dewasa makan kepala ikan ni. Tak kira la masak apa pun. Kari ke sup ke, jangan harap nak dapat merasa. Kononnya nanti jadi bodoh. 

Tapi kenapa kalo orang dewasa makan boleh pulak ? Diorang tak kesah ke kalo menjadi bodoh ? Hehehe..bila dah meninggalkan alam budak budak, baru la aku tau kenapa diorang tak kasi makan kepala ikan ni. Sedap rupanya. Tapi aku tak makan sangat kepala ikan ni sebab ada pantang yang lain.


Satu lagi kalo bab makan ni bagi bebudak lelaki yang belum berkhatan, asyik tak boleh nak makan hempedal ayam je. Kononnya nanti liat susah nak berkhatan. 

Bayangkan la kalo pisau tok mudim tu nak potong tapi tak terpotong. Mengerikan sungguh aih. Sungguh mementingkan selera diri tul orang dewasa ni kan. Ada ke boleh cakap camtu pulak. Hehehe..


Yang ni untuk bebudak yang nakal. Dan sering kali jugak menjadi ejekan kawan kawan sekolah bila terkena. Jangan mengintai orang dalam bilik mandi nanti ketumbit mata. Abis tu kalo tak mengintai tapi kena ketumbit gak camne ? Kan dah kene ejek kaki sekodeng.

Apa la faedahnya mengintai orang dalam bilik mandi tu. Berdosa woo. Nanti ntah ternampak apa yang tak patut dinampakkan tu kan ke dah jadi isu. Tak pasal pasal orang yang kene ketumbit je orang lain pandang serong.


Kalau yang satu ni aku memang tak faham kenapa. Tunjuk pelangi dengan jari nanti jari akan kudung. Apa kelojikannya ? Ada siapa siapa leh ulaskan sebab musababnya ? 


15 February 2011

mesej dalam lagu

  9 Komen    
label: ,
Selamat hari selasa dan salam maulidurrasul buat semua rakan rakan pembaca yang dihormati. Kalau semalam agak panas dengan isu sambutan hari valentine, hari ni pulak pasti lebih hangat dengan isu sambutan ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Kalau semalam hari memperingati kekasih kononnya, hari ni pulak hari memperingati kelahiran Nabi akhir zaman. Tapi adakah hanya pada hari ni je kita memperingati baginda SAW ? Bagaimana dengan hari hari yang lain pulak ? Adakah hanya pada hari ni sahaja kita membasahkan bibir dengan berselawat pada baginda ? Sedangkan hingga ke saat akhir hayat baginda, tidaklah kaum keluarganya yang diingati melainkan kita umatnya. 

Tunjukkan kesetiaan cinta kita dengan bersungguh. Jangan hanya setahun sekali je kita memperingati baginda, malu kita ni pada Allah dan para malaikat Nya sebab sedangkan Allah dan para malaikat Nya sendiri pun sentiasa berselawat memperingati nabi, siapa pulak kita yang mengaku umatnya tapi sentiasa melupakannya ?

Tu sekadar pembuka kata sempena maulidurrasul hari ni. Semoga beroleh manfaat dari perkongsian yang ada ni. Aku bukan nak berkongsi tentang semangat maulidurrasul hari ni, insyaAllah kemudian hari kita kongsi bersama sebab dah pasti hari ni je dah berapa banyak blog yang korang lawat bercerita tentang maulidurrasul ni.


Kalo kat tempat kerja aku ni setiap hari pasti diorang akan pasang radio kuat kuat sebab nak mengatasi bunyi bising penyedut asap dan kipas peti sejuk jumbo tu disamping menyemakkan telinga dengan lagu lagu yang dikumandangkan.

Kalo dah namanya radio bila takde lagu, mana nak menarik ye tak ? Tapi dalam mendengarkan setiap lagu yang dikumandangkan tu pernah tak kita memproses lirik yang dinyanyikan tu ? Tolak lagu yang berunsur kejiwangan terlampau tu, ambik contoh lagu berunsur pesanan dan nasihat la.


Tak kesah la siapa pun penyanyinya asalkan lirik yang didendangkan tu berunsur teguran dan sinis untuk rohani. Aku ambik contoh terdekat macam bebudak yang ada kat tempat kerja aku ni. Bila berkumandang je antara lagu lagu tu, siap hafal lirik dan boleh pulak menyanyi mengalahkan penyanyi asal dia. 

Bukan setakat hafal lirik dan boleh menyanyi semula lagu tu malah siap ada yang buat caller ringtone pada telefon bimbit. Belum sempat penyanyi tu nak keluar suara, baru keluar muzik pun diorang dah boleh nyanyikan liriknya. Tapi hanya sekadar di bibir dan melintas di telinga je la. 


Tak salah kalo nak berhibur. Tapi malangnya bila hiburan tu digunapakai semata mata untuk menghiburkan diri tanpa meresapkan intipatinya. Tu yang orang cakap ada telinga tapi tak mendengar kot. 

Padahal mungkin matlamat penulis lirik tu sendiri mengharapkan pendengar hasil seninya akan menikmati bukan saja lirik yang puitis tapi dapat mengambil kebaikan dari apa yang terkandung dalam lirik tulisannya tu. 


Memang la lagu sedap didengar dan mengasyikkan. Ruginya kita kalo sekadar mendengar tapi tak mengambil iktibar dari apa yang kita dengar tu tul tak ? Sampaikan encik Maher Zain tu sanggup menyanyikan semula lagu InsyaAllah tu dalam versi bahasa melayu pun kita hanya menyedapkan telinga tanpa menghayati lirik yang didendangkan tu.


Adakah mungkin hati kita dah menjadi sekeras batu sedangkan batu yang keras pun pasti akan lebur dititis air dan ditiup angin. Dari dulu selalu kita dengar pasal masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Jom periksa lobang telinga kita sama sama takut lobangnya memang tembus dari kiri ke kanan. 


14 February 2011

tahniah....anda terpilih

  18 Komen    
label: ,

Salam isnin buat semua pembaca. Hari ni bersamaan 14 Februari agak kontroversi sikit gamaknya. Kononnya hari ni adalah hari untuk memperingati kekasih. Cukup kesian bagi yang meraikannya. Setahun sekali je nak memperingati kekasih ? Kebetulan pulak esok bersamaan 12 Rabiul Awal adalah hari ulangtahun kelahiran kekasih junjungan kita. Tu pun hanya diingati setahuh sekali gak ke ?

Kita tinggalkan dulu cerita tu sebab hari ni aku nak berkongsi minda pasal tajuk entri kat atas tu. Jangan ada yang silap paham lak. Aku tak de buat GA atau contest apa apa pun untuk membuatkan korang terpilih. Cuma bagi pembaca yang sedang membaca entri ni, korang memang terpilih untuk membacanya.

Selama hayat kita sehingga ke hari ni, pernah tak kita berasa bangga dengan apa yang kita perolehi ? Seterusnya mensyukuri dengan apa yang kita ada. Bukan tujuan untuk meriakkan diri pulak, tapi cuba kita imbas kembali setiap kelebihan yang kita miliki.


Bagi yang berkerjaya, mungkin ada yang berasa tidak puas dengan kerjaya yang dimiliki sekarang. Tapi mungkin kita tak sedar bahawa kita adalah antara insan terpilih yang ditetapkan oleh Allah untuk mengaut rezeki dari kerjaya yang kita lakukan tu. 

Bayangkan berapa ramainya insan lain yang tidak bertuah seperti kita yang diberikan peluang untuk meraih keuntungan dunia. Tu pun masih lagi kita bermalas malasan dan beralasan untuk mempergunakan peluang yang ada. 


Kalau yang berpeluang untuk menyambung pelajaran pulak, ketahuilah bahawa kita antara insan terpilih untuk meneruskan perjuangan ilmu yang dikurniakan Allah yang tak tertulis walaupun seluruh lautan digunakan untuk dijadikan dakwat pena. 

Segelintir dari insan terpilih ni pulak sanggup melepaskan kesempatan yang ada tanpa memikirkan ramainya insan lain yang lebih mengingini tapi tak kecapaian untuk meneruskan perjuangan ilmu ni. 


Untuk yang menjadi pasangan pulak, mungkin kita terlupa kita ni telah dipilih untuk memegang amanah yang tidak terhingga sebagai khalifah di muka bumi ni. Biasanya kebanyakan bila mula berpasangan yang difikirkan hanyalah keseronokan bila berdua. Kurang memikirkan amanah yang harus dipikul dan tanggungjawab yang harus dijaga. 

Si suami mungkin tidak sedar bahawa dia dipilih oleh Allah untuk membimbing keluarga yang dibinanya. Si isteri pulak mungkin tak sedar bahawa dia dipilih untuk menjadi penenang jiwa untuk suami tu tadi.


Bagi yang membaca entri ni pulak, mungkin kita tak sedar bahawa kita antara insan yang dipilih oleh Allah untuk membaca, menghayati, memikirkan dan seterusnya mengongsikan intipati yang ada kepada insan lain yang tak terpilih untuk membaca entri ni. 


Oleh kerana tu, jangan merungut atau mengomel banyak sangat. Bersyukur dengan apa yang kita miliki dan perolehi. Usahakan yang terbaik kerana kita telah terpilih untuk menanggungnya dan hanya yang layak sahaja yang dipilih untuk menghadapinya. 


12 February 2011

telur jepun atau tofu telur ?

  22 Komen    
label: 
Salam mesra buat semua pembaca. Apa perancangan untuk hari ni ? Bersantai dengan keluarga kat rumah je atau pergi makan angin kat luar ? Entri hari ni ditujukan khas untuk cik cahaya yang memberikan inspirasi untuk berkongsi resipi telur jepun..eh, tofu telur ni. Jangan marah ye cik cahaya, nanti malap lap cahaya tu.


Aku namakan masakan hari ni sebagai sup tofu telur jepun. Cik Cahaya tolong jangan ketawa. Cara pembuatannya sangat mudah semudah Alif Ba Ta. Paling utama mesti la kene beli tofu telur jepun ni.


Dah tu, potong agak seinci dan digoreng jangan terlalu lama. Sambil tu boleh la sediakan bahan bahan yang lain. Kalo suka udang, boleh gunakan udang. Kalo suka ayam, potong kecik kecik isi ayam tu. 


Pehtu untuk sayur sayurannya, biasanya aku gunakan putik jagung, cendawan, lobak merah dan bunga kobis. 


Cendawan yang sesuai untuk digunakan camni la, cendawan tiram. Kalo guna cendawan butang tu kot liat sangat lak. Pehtu kalo ada yang tak suka bunga kobis, boleh gantikan dengan brokoli baru la ada nampak kaler meriah sikit sup tu nanti.


Caranya mudah je, memula tumiskan sedikit bawang putih yang dicincang halus bersama udang tu tadi. Kemudian masukkan air secukupnya. Pehtu masukkan sedikit sos tiram, sedikit garam secukup rasa dan biarkan mendidih. 

Bila dah mendidih supnya tu, pecahkan sebijik telur ayam dan dikacau. Lepas tu boleh la masukkan semua sayuran yang dah dipotong tadi tu. Kemudian masukkan tofu telur jepun yang dah digoreng tadi tu ke dalam sup. Untuk memekatkan sikit sup tu, bancuh sedikit tepung jagung dan masukkan ke dalam sup tadi.


Biarkan mendidih sebentar, pehtu boleh la dihidangkan untuk dimakan bersama nasi atau dimakan begitu saja. 


Senang kan ? Tofu tadi tu digoreng supaya dia tak pecah bila dimasukkan dalam sup tu. Biasa la kalo dah namanya tofu, memang lembut lembik je. Selamat mencuba dan menjamu selera.