24 February 2011

jodoh pilihan

Salam hari khamis buat semua rakan pembaca. Semalam takde entri ditulis disebabkan talian internet yang semacam je. Tambahan pula semalam agak sibuk ditempat kerja. Hari ni alhamdulillah ada sedikit peningkatan walaupun tersengguk sengguk macam kereta nak habis minyak.

Pagi tadi sambil membuat kerja, telinga ni sibuk mendengar celoteh di radio. Penyampai radio tu berikteraksi bersama pemanggil dan pendengar siaran radio tu berkenaan jodoh. Antara jodoh pilihan sendiri atau pilihan ibu bapa.


Banyak jugak la respon dari pemanggil menyatakan pendapat masing masing. Tapi dari banyak banyak tu pulak kebanyakannya pemanggil yang makcik makcik yang dah semestinya melalui zaman perkahwinan yang dipilih oleh ibubapa. 

Dan begitu jugak mereka mengakui jodoh yang ditetapkan oleh ibubapa ni lebih bagus dari pilihan sendiri. Buktinya dengan perkahwinan mereka yang tetap bertahan sehingga ke hari ini.


Memang tak dinafikan la tersangat jarangnya kita mendengar berlaku penceraian bagi pasangan yang setaraf mak dan nenek kita. Malah kalo diperhatikan, bilangan anak yang berjaya diorang hasilkan bukan sebelah tangan tak macam orang sekarang ni.

Tapi dalam pada tu aku memikirkan jugak la tentang jodoh pilihan ni. Kalau kita fikirkan tentang zaman dulu dulu mak mak kita masa dipertemukan jodoh oleh atuk nenek kita, apa kriteria yang diutamakan oleh atuk nenek kita tu dalam mencari pasangan untuk mak kita.

Pastinya takde mak bapak yang nak menjodohkan anaknya dengan ketua penyamun. Kalau kita tengok dalam drama pun, yang pertama dilihat mesti latarbelakang keluarga bakal menantu tu terlebih dahulu. Kemudian kesepadanan antara bakal menantu dan anak diorang. 


Dan hasilnya yang boleh kita tengok sekarang ni keteguhan jodoh yang berpanjangan sampai ke cucu cicit. Apakah rahsianya ? Dah tentu la kesesuaian yang dipilih oleh atuk nenek kita tu. 

Zaman sekarang ni pulak kebanyakan dari kita dah pandai untuk memilih sendiri. Tak macam zaman mak mak kita dulu. Sekarang ni lebih terbuka. Masih bersekolah rendah pun dah pandai untuk berpasangan. 

Tak menjadi satu kesalahan pun untuk memilih pasangan hidup sendiri. Tapi bukan la boleh dengan sewenang wenangnya. Sebab tu nabi junjungan kita dah bagitau, kalau nak memilih jodoh tu pandang la pada agamanya yang utama. 

Jangan dilihat hanya pada kecantikan atau kehenseman semata mata. Ataupun hanya melihat pada kekayaan harta benda. Kalau hanya tertarik pada pandangan mata, segala tu kelak akan susut dan pastinya mata akan mencari tarikan yang lain pulak.

Kalau hanya tertarik pada kekayaan harta benda pulak, belum tentu kekayaan tu akan kekal selamanya. Kalau nak memilih jodoh sendiri pun, rujuk la pada mak dan bapak. Kalau nak rujuk diri sendiri pun, lihat la pada kriteria pasangan pilihan tu. 

Bagaimana dengan agamanya ? Bagaimana dengan kesopanan dan kesusilaannya ? Bagaimana dengan sikap bertanggungjawabnya ? 

Dah la zaman sekarang ni nak kahwin pun bukan senang. Bukan sekupang dua yang dibelanjakan. Berhempas pulas nak menyediakan belanja untuk perkahwinan tapi kalau akhirnya tidak berkekalan alangkah malangnya menanggung kerugian.


Lagipun alam perkahwinan ni bukan sekadar untuk bersuka ria. Beban tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua suami isteri tu bukan semudah kata. Sebagai suami harus memikul amanah untuk mendidik isteri dan anak anak patuh pada agama. Begitu juga dalam menjaga segala kebajikan keluarga agar sentiasa dalam keberkatan.

Bagi yang tak kesah mungkin tak memperdulikan semua tu. Sumber rezeki makan pakai keluarga pun tak diperdulikan dari mana datangnya. Ketaatan pada agama lansung tidak diendahkan. Lalu tanggungjawab sebagai ketua keluarga tu dicampak entah ke mana. 

Sebagai isteri pula, bukan sekadar menjaga makan minum suami dan anak anak. Perlu juga menunaikan amanah dalam mengawasi keluarga agar terhindar jauh dari keberkatan ilahi. Kalau setakat menjaga makan minum semata mata, mamak kat restoran tu lebih berkualiti. Kalau tak percaya cuba tengok berapa ramai suami suami yang suka makan minum kat restoran mamak ? 


Cam aku bagi pendapat tadi tu, tak salah pun untuk memilih jodoh sendiri tapi cuba gunakan pendekatan atuk nenek kita cam zaman dulu tu. Kalo yang bakal nak jadi menantu ni, cuba tengok bakal mertua tu. Rukun islamnya camne ? Terjaga atau tak tau pun apa benda rukun islam tu. InsyaAllah andai perkara utama ni terpelihara, pastinya Allah juga akan memelihara kita dalam apa juga yang kita lalui dalam kehidupan ni.

Pehtu tengok jugak diri sendiri. Rukun islam tu terlaksana ke tak ? Kalo tak berapa terlaksana, laksanakan la dengan sempurna sebelum bercita cita nak mengembangkan generasi. Lain la kalau nak jadikan generasi yang bakal dilahirkan tu serupa macam kita jugak. Jangan sampai satu hari nanti, ada generasi yang akan mengatakan tidak mengenali penciptanya. 


12 comments:

  1. betul la..nak cari pasangan kena tgk ciri2 yg ada...tak boleh belandaskan cinta semata2..aspek2 lain pun kena tgk juga...

    peringatan tuk diri sendiri juga... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    PENYAKIT LUPA

    ReplyDelete
  2. kena lihat dari segala segi...
    perangai
    kewangan
    agama

    rasanya didikan keluarga dan
    bagaimana keadaan keluarganya
    juga penting!

    Jom baca: MENGIDAM SERI MUKA

    ReplyDelete
  3. manusia zaman sekarang dgn zaman dulu lain.. dlu blh la senang2 jodoh parents yg tentukan, skang, agak sukar..tp still ada.. Mak cik sedara aku pernah dijodohkan dgn pilihan parents dia, kelarga lelaki tu n lelaki tu mmg baik,tp lelaki tu still tak dpt lupakan gf dia, so hbgn suami isteri tu putus..and skang, dia kawen dgn pilihan hati dia, tu lah namanya xde jodoh..kan..? ;)

    ReplyDelete
  4. wan pandnag 1st dia mesti pandai urut

    kalau urut dia terbaik

    n pandia masak on jee

    boleh kan??

    hehehe

    ReplyDelete
  5. aku target kawen lmbt lgi *op kos la lmbt lg, umor pon bru brp*...haha...mak we sudah lari, mls dah aku nak fkir...ada jodoh tak kemana...dan aku lbh prefer percintaan lps berkahwin...sbb aku ni bukan jenis mamat yg pndi ayat cintan cintun, nak pegi date...kuno gile aku kan...haha

    ReplyDelete
  6. bila la nak kawen ni...dah gatal dah ni...hehe

    ReplyDelete