11 February 2011

kalau tak malu...dipersilakan

  16 Komen    
label: 
AMARAN : ENTRI INI MUNGKIN AKAN MENYINGGUNG PERASAAN.



Salam mesra selamat hari jumaat buat semua pengunjung dan pembaca. Dah nampak amaran kat atas tu ? Sebab hari ni mungkin pengisian entri agak panas dan pedas bagi sesetengah orang. Mungkin jugak orang akan cakap isu lapuk atau aku ketinggalan zaman. 

Semalam waktu di tempat kerja, ada la aku terdengar suara suara jahiliah bergelak ketawa memperkatakan tentang kewajipan yang sepatutnya ditunaikan tapi dah jadi macam perkara tak buat pun takpe dengan tak tahu malunya bergelar seorang penganut agama Islam.



Sebenarnya walaupun isu ni mungkin lebih kepada individu atau peribadi, walaupun mungkin akan terarah kepada diri aku sendiri pengisian entri ni tapi sebagai umat bersaudara aku rasa menjadi kewajipan kita semua yang seagama untuk sama sama berfikir dan mencari jalan penyelesaian menghadapi kemelut yang melanda.


Aku bersyukur dan berterima kasih pada kedua mak bapak aku sebab masa aku bebudak dulu, mak bapak aku tersangat la pentingkan pendidikan agama untuk kesemua adik beradik aku. Bukan la nak cakap aku ni baik sangat, tapi sekurang kurangnya dengan penerapan yang ditekankan dari kecik membuatkan aku sedar betapa pentingnya kesedaran dari usia awal.

Dulu masa kita bebudak, di awal alam persekolahan pastinya kita diterapkan dengan asas pendidikan agama. Tentang rukun iman, rukun islam dan lain lain. Masa tu yang kita tau hanya menghafal segala yang diajar tu je. 


Bila balik rumah pulak, mak bapak aku mesti jadi serius gila bila anak anak diorang malas malas nak solat. Kalo nak merasa berbirat kena rotan, cuba la tinggalkan. Mesti tak leh nak elak punya la. Campur dengan ceramah percuma dari mak aku dan sampai sekarang alhamdulillah aku malu nak tinggalkan solat walaupun kadang kadang tu aku solat akhir waktu.


Bila tiba bulan puasa pulak, dah semestinya wajib berpuasa. Aku dulu memang nakal jugak. Adakalanya mencuri curi minum air paip masa amik wudhu. Konon berkumur la tapi separuh telan separuh lagi buang. Kalo mak aku tau, memang tak dibaginya join makan masa berbuka tu. Dan pastinya ceramah percuma memanaskan telinga akan dihidangkan. 


Bila dah akhil baligh dan mula boleh berfikiran waras, terasa bodoh jugak berperilaku camtu. Ye la, takde faedah pun berlakon puasa sedangkan perut kelaparan jugak. Dan malunya rasa bila saat orang lain sanggup menahan lapar dan dahaga, kita pulak terpaksa berlakon dan sanggup tak makan macam la puasa sangat.


Pehtu pulak, bab pergaulan berlainan jantina ni memang mak bapak aku kawal habis. Jangan harap la nak melepak dengan kawan kawan sekolah walaupun ramai ramai. Kalo nak berkawan secara serius pun kena mintak pengesahan dari mak aku. Tu pun kena bebetul serius sampai mak aku suruh pegi mintak izin ngan mak bapak pasangan aku tu pulak. Kalo tak percaya gi tanya wifey aku masa kitorang pertama kali bersua muka camne. Hehehe..


Kalo adik beradik perempuan aku lak, bab pemakaian memang tak leh nak sesuka hati. Jangan mimpi nak bergaya terlampau dalam berpakaian. Kepentingan menutup aurat tu menjadi kemestian. Bukan macam zaman sekarang ni. Hairan jugak aku bila kewajipan tu dah jadi keharusan pulak. Harus mengikuti arus perkembangan fesyen terbaru la sangat. 


Dimanakah kesilapan umat masakini ? Dulu aku tak kesah sangat dengan semua ni tapi sejak berkeluarga dan mempunyai anak, rasa takut dan malu kalo aku sebagai idola terdekat tak dapat untuk menjadi contoh terbaik untuk zuriat keturunan aku kelak. 

Kalau aku tak solat, camne la nanti anak cucu aku di masa akan datang ?

Kalau aku tak puasa, camne la nanti anak cucu aku di masa akan datang ?

Kalau aku tak membatasi pergaulan, camne la nanti anak cucu aku di masa akan datang ?

Kalau aku tak kesah tentang aurat, camne la nanti anak cucu aku di masa akan datang ?

Ni baru sikit. Belum lagi bab kewajipan yang lain tu. Aku tak nak nanti satu hari anak aku akan cakap, 

"Ala, papa ngan mama pun tak solat, watpe kitorang nak solat ?"

"Ala, papa ngan mama pun tak puasa, watpe kitorang nak puasa?"

"Ala, papa ngan mama pun boleh bergaul bebas, kitorang pun nak jugak sama"

"Ala, papa ngan mama pun tak peduli pasal aurat, watpe kitorang nak tutup apa semua ni ?"

Malu..aku malu. Korang camne ? Malu tak ? Kalo tak malu..dipersila meneruskan aktiviti ingkar tu. 

Sama sama la kita memperbaiki diri dan keimanan. Jangan sampai Raju atau Ah Fatt yang tegur, "Lu apasat talak pegi sana semayang sama olang islam lain ? Lu sulah tukak agama ka ?" Apa kau nak jawab ? 





16 comments:

  1. bagus la entry nie...sesuai sangat pada orang laki2 yang malas nak pi solat jumaat...

    ReplyDelete
  2. aku pon kdng2 pelik tgk mmbr2 aku...benda basic solat pon kadang2 tinggal... aku nak kejut diorg solat subuh tu tak kesah, yg aku kesah tu..penat kejut, tapi tak reti nak bngun...

    ReplyDelete
  3. bagus2.. kita kena tunaikan kewajipan kite. dulu mmg liat nak solat,selalu solat lmbt. tp untung dapat mak mcm mak aku. subuh2, die bawak parang lepas tu jerit2 suh bangun solat!hahaha

    ReplyDelete
  4. as salam pipoq,

    solat itu tiang agama

    semoga kita semua sedar akan
    tanggungjawab kita pada Allah
    pada anak2..keluarga..bangsa dan
    penting sekali diri sendiri

    terima kasih banyak2 pipoq atas
    doa utk kak ati ye..sgt hargai

    ReplyDelete
  5. bila kurang kesedaran...yg wajib pun di anggapnya remeh...

    dulu..sy pernh kene tgr dgn sorg Chinese boy...dia tanya..

    "u pakai tudung...tp nampak telinga dr dalam..mcm mana..?"

    time tu terkedu juga sy...org yg bukan agama islam..tegur kita mcm tu..

    terima kasih juga pada dia..sekrg ni..dh tknmpk teliga g dah..huhu... ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    TERAPI MINDA

    ReplyDelete
  6. Gadis Kampung :

    tak solat tu satu hal..boleh pulak buat menda lain time orang lain bersolat kat masjid..

    ReplyDelete
  7. man yusoef :

    cuba ko bacakan yasin kat tepi diorang yang tengah tidur tu..kalo diorang tanya apehal, ko cakap je ingatkan diorang dah mati..hehehe

    ReplyDelete
  8. AesyaZealous :

    giler ganas mak ko tu..mak aku pun bawak air satu cebok je kalo aku malas nak bangun subuh dulu dulu..

    ReplyDelete
  9. Ati Masrif :

    sejak dah ada anak ni baru la faham ngapa mak ayah dulu selalu perintah kita untuk buat itu ini..

    saya doakan semoga kak ati cepat sembuh..

    ReplyDelete
  10. nabilah_2908 :

    hehehe..tu la pasal..kekadang tu orang yang bukan islam pun lagi faham pasal islam dari yang lahir islam tapi tak faham faham atau buat buat tak faham..

    ReplyDelete
  11. renung2kan...dan selamat beramal...

    ReplyDelete
  12. Kepimpinan melalui tauladan kerana anak-anak meniru perbuatan kita samada baik dan buruk

    ReplyDelete
  13. E.d.Y :

    sama sama la kita beramal sambil merenungkan..

    ReplyDelete
  14. akubiomed :

    tu la..sejak dah ada anak ni memang risau gak takut anak terpengaruh dengan perkara tak baik..

    ReplyDelete