04 February 2011

mukmin berjaya

  19 Komen    
label: 
Minggu lepas sebelum menunaikan solat jumaat, aku sempat mendengar sikit tazkirah yang disampaikan sebelum azan bergema di Masjid Muhibudin Shah. Tu pun dah hujung hujung sebab agak terlewat aku sampai masjid tu.

Pengisian yang sempat aku dengar tu berkenaan mukmin berjaya dari huraian tafsir ayat Al Quran surah mukminun. Kalau kita bukak Al Quran pada mukasurat 342 pada juzuk ke 18 di surah yang ke 23 tu ayat pertama dan kedua, di situ Allah ada menerangkan antara ciri ciri bagi orang mukmin yang berjaya.

Apakah maksud dan pengertian bagi ayat "mereka yang khusyuk di dalam sembahyangnya" tu ? Terus terang aku cakapkan, kalau aku tak mendengar tazkirah minggu lepas tu memang aku fikir pengertiannya tu ialah orang yang khusyuk dalam bersolat je. Rupanya bukan sekadar itu.

Khusyuk yang dimaksudkan itu termasuklah bagi orang yang benar benar memelihara solatnya. Bukan saja mencukupkan lima waktu sehari bahkan memelihara waktu solat tu sendiri. 

Dalam kehidupan kita yang ditinggalkan waktu ni, pernahkah kita terfikir betapa ruginya kita ni hidup sebagai seorang manusia kerana tidak merebut peluang yang ada demi kehidupan kekal abadi di akhirat sana. 


Kita sering kali menjadi terlalu sibuk dengan perkara keduniaan sehingga tidak mempunyai masa untuk menyibukkan diri dengan perkara akhirat. Abainya kita dalam menjaga syariat yang ditetapkan. Sering juga kita leka dan lalai dengan bisikan khannas terutama dalam menjaga waktu solat.

Mungkin kita selalu mendengar azan dikumandangkan setiap kali masuknya waktu solat. Tetapi selalu jugakah kita menyahut laungan dan panggilan agung itu dengan bersegera menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Nya untuk tunduk syukur atas segala kurnia yang kita miliki ni. 


Mungkin kita terlupa, termasuk jugak la aku ni. Kita terlupa akan 5 perkara yang Nabi SAW pernah pesan pada umatnya. Muda sebelum datangnya tua. Kaya sebelum datangnya miskin. Lapang sebelum datangnya sibuk. Sihat sebelum datangnya sakit dan hidup sebelum datangnya mati.

Ketika kita muda, kaya, lapang waktu, sihat tubuh badan dan hidup ni la masanya untuk kita memperbanyakkan amal soleh sebagai menjadi bekalan kita setelah terpisahnya roh dari jasad. 


Mungkin bermula dari hari ini kita sama sama dapat memperbaiki diri kita untuk menjadi hamba Nya yang taat setia. Setiap detik saat yang ada di depan kita ni, kita tak tahu bila ianya akan terhenti. Adakah ianya terhenti dalam redho Nya atau ketika murka Nya pada kita. Sama sama la kita berdoa dan menghampiri redho Nya agar kita ni tergolong dalam golongan hamba Nya yang berjaya tu. 



19 comments:

  1. Assalam...
    Ya ALLAH, golongkan laa aku dikalangan orang mukmin yang berjaya...:)

    Entry terbaru ►Blogger : Kenali Follower Saya 3..!!:)

    ReplyDelete
  2. salam pipoq,

    n3 ini sgt bagus..terima kasih

    kak ati ni selalu kena ingatkan
    anak2..dah solat ke belum..

    sampai kekadang kak ati pun
    terlambat solat..aduhai...

    ReplyDelete
  3. tazkirah di penghulu ini

    amat bermakna bg wan

    terima kasih..

    salam jummat

    salam beribadah

    =_=

    ReplyDelete
  4. aku selalu solat di hujung waktu.
    astaghfirullahalazim.

    haih.

    ReplyDelete
  5. nur aisya humaira :

    untuk berjaya kene la berusaha lebih..semoga kita tergolong mukmin yang berjaya..

    ReplyDelete
  6. Ati Masrif :

    hehe..sejak ada anak ni, seronok rasanya bila kita nak solat, dia pun nak menyebok sama suruh bentangkan sejadah kat sebelah..

    ReplyDelete
  7. mr.syazwan :

    ya selamat beribadah sama..

    ReplyDelete
  8. Ungu :

    tak elok amalkan camtu..sesama la kita berubah ke arah kebaikan menjaga solat ni..

    ReplyDelete
  9. time kasih...

    bab2 solat ni memang selalu leka, suka lengah2 kan solat...

    ReplyDelete