19 February 2011

Siew Pak Choy

  10 Komen    
label: 
Salam hari sabtu buat semua rakan pembaca. Apa program hari ni ? Ada yang pegi kenduri kahwin la, ada yang pegi berkelah mandi sungai la, ada yang pegi dating la. Ada jugak yang berkerja ? Apa nak heran, aku pun kerja jugak hari ni. 

Kat negeri Perak sekarang ni tengah nak bermula musim durian. Kalo masa aku bebudak dulu, pokok durian lima batang depan rumah je. Rumah kampung la katakan. Bila musim durian je memang sampai tak larat nak makan durian dah. Siap sampai demam sebab makan durian banyak sangat. Sarapan pagi durian, makan tengahari durian, makan malam durian. Tambah lak kalo yang baru luruh tu. Memang sedap giler buah durian ni.


Bila dah terlampau banyak sampai berlonggok longgok kat dalam stor belakang rumah tu selalunya untuk menyelamatkan keadaan, mak aku akan proses durian durian yang dah merekah tu untuk dijadikan tempoyak. Boleh jadi stok sepanjang tahun. Malangnya aku bukan peminat sambal tempoyak, cuma masak gulai tempoyak je yang aku makan.

Tapi untuk entri hari ni bukan pasal masakan yang bersangkut paut dengan durian. Beberapa hari lepas masa aku kat rumah DSZ aku dijamu dengan nasik putih berlaukkan ayam kicap cendawan, sambal udang dan sayur siew pak choy. 


Memang dah lama tul aku tak makan sayur ni. Kalo masa kerja dulu kitorang selalu panggil sayur ni dengan nama sawi comel. Sebab sayur ni memang comel kan. Biasanya kaum cina yang menggemari sayur siew pak choy ni.

Jadik hari ni kita belajar masakan ala ala chinese sikit menggunakan siew pak choy ni. Senang je nak menyediakan sayur ni. Sayur ni dibasuh bersih kemudian kalo yang agak besar tu boleh dibelah dua jadikan dua bahagian. Kalo yang kecik kecik comel tu, boleh dibiarkan je comel camtu.

Lepas dah basuh bersih tu, celurkan dalam air mendidih yang diletakkan sedikit garam dan minyak bijan. Kalo tak suka dengan rasa minyak bijan tu boleh gak gantikan dengan minyak sayuran atau minyak jagung atau tak letak lansung pun takpe. Celurkan sampai agak kecut dan layu pehtu toskan sayur tu tadi.

Pehtu tumiskan sedikit bawang putih yang dah dilumatkan. Masukkan potongan  kecil ayam atau udang atau sotong dan kemudian masukkan sedikit air. Air ni jangan terlalu banyak tau sebab masakan ni tak memerlukan nampak terlalu berkuah. 

Kemudian masukkan sedikit sos tiram, sedikit garam atau serbuk perisa dan bila dah mendidih tu, bancuhkan sedikit tepung jagung pehtu masukkan dalam kuah tu tadi untuk memekatkan dia. 

Sayur yang dah ditoskan tu, susun cantik cantik dalam pinggan pehtu kuah pekat tadi tu tuangkan je kat atas sayur tu ikut kreativiti sendiri. Kemudian pepandai la kalo nak kasi cantik lagi taburkan bawang goreng ke, cili potong ke. Senang kan ?


Kalau nak tambah kreatif lagi, boleh jugak campurkan cendawan butang masa masak kuah tu pehtu taburkan hirisan lobak merah atau apa apa je la. Memasak ni kan boleh ikut imaginasi kalo nak bagi lebih menarik. Tapi pastikan la rasa utama tu tak berubah lak. Jangan pulak pegi tambah serbuk kari. Nanti terus jadi rasa kari pulak sayur tu. 

Selamat mencuba dan menjamu selera. 


10 comments:

  1. salam..ooo dah mula musim durian ye,,sedap tu..tapi langkawi durian sangat mahal..nak kena balik kg dulu baru boleh makan

    ReplyDelete
  2. gue kurang dengan sayur2 ni..
    durian plak..
    memang xbape nak makan..
    eheheee

    ReplyDelete
  3. suri solehah :

    baru nak bermula musimnya kat perak ni..tapi tak tau la dengan cuaca tak menentu ni..petang asyik ujan je boleh membuatkan produksi durian merundum ni..

    ReplyDelete
  4. mie :

    hehehe..tak minat durian ? sedap woo..

    ReplyDelete
  5. Kebun orang tua banyak juga yang berbunga tapi dah hujung-hujung ni banyak yang gugur. Ntah dapat merasa durian tahun tak tahu lagi

    ReplyDelete
  6. kat sini pun..org dah mula jual durian..tp harga mahal lagi.. :)

    syaur ni...tkpernh lak try masak...tp kalau makan kat chiken rice shop..suka minta sayur ni.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BUBUR JAGUNG

    ReplyDelete
  7. mmg byk durian kt perakk. kenduri kawen ada durian taw. lain dri yg lain. HAHA ;D balik rumah panas 1 badan xleh tido. byk sngt mkn durian. ni gara2 pipoq la. hahaha ;D

    ReplyDelete