09 February 2011

sumbang mambang

  22 Komen    
label: 
Cuti sempena tahun baru cina yang lepas mesti ada ramai yang ambik peluang melansungkan perkahwinan kan ? Termasuk la salah seorang kejiranan berhampiran rumah aku tu mengahwinkan anaknya masa cuti tu. 


Dan biasanya zaman sekarang ni bukan saja di kampung, lebih lebih lagi kawasan bandar bila ada kenduri kawin ni je mesti nak ada hiburan. Kalo yang pasang lagu kawin apa semua tu ok la lagi, yang sedikit menjengkelkan bila ada buat karaoke.


Bayangkan la dari pagi sampai la ke petang bersambung sambung sumbang menyumbang suara yang sumbang tu untuk menjadi halwa telinga tetamu yang datang. Bukan setakat tetamu je, termasuk la kejiranan yang ada sekeliling tu.

Kalo setakat tetamu je tak pe la lagi sebab lepas abis makan dah boleh melegakan telinga dari menjamah alunan suara yang ibarat gajah terkena sembelit. Ni kalo jadik jiran berhampiran, rasa macam nak bernanah telinga dibuatnya.


Kalau la suara yang disumbangkan tu merdu sedap didengar seakan artis rakaman tak pe la jugak. Tapi masalahnya dah la pitching lari, tak ikut tempo muzik, menyanyi ikut sesedap hati kekonon nak buat remix, pedih tul gegendang telinga dibuatnya.


Maka sepanjang hari berlansung majlis perkahwinan tu, aku ngan wifey dah jadi macam juri American Idol je. Ntah berapa banyak dosa kering yang kitorang kumpul tak tau la sebab asyik nak mengutuk penyumbang suara suara sumbang tu. Sampaikan abis majlis dan tamatnya azab telinga tu, wifey aku cakap masih terngiang lagi kat telinga dia alunan sumbang mambang tu sampai ke malam.

Bukan la tak boleh nak berhibur camtu saat meraikan hari penuh kegembiraan penyatuan dua insan berlainan jantina tu. Tapi berpada pada la. Kalo nak berkaraoke pun, biar la nyaman telinga mendengar. Kalo boleh bila pegang mikrofon tu nak keluarkan suara, orang ramai akan tertanya tanya adakah tuan rumah telah menjemput artis untuk menghiburkan orang ramai ? 

Hormati la jugak jiran tetangga. Kan tak elok kalo sampai menyinggung perasaan jiran tetangga gitu. Dari buat majlis untuk dapat keberkatan, tapi akhirnya dapat kekaratan lak. Yang paling aku tak tahan, sampaikan masuk waktu solat zohor pun tak berhenti muziknya. Nak solat pun terganggu. 

Jadik kalo ada yang belum berkahwin tu dan nak kahwin akan datang, ingat ingat la sikit. Bukan tak boleh, tapi harus terkawal. Ntah ntah rumah jiran sebelah tu ada anak kecik, kesian budak tu tak boleh nak tidur sebab bising sangat dengan muzik tu semua. Kalo nak jugak buat happening camtu, sewa je stadium buat pentas pehtu melalak la sampai 24 jam pun takde sape nak marah. 





22 comments:

  1. aku suka tul la post yang satu nie.. kalau kau duduk tempat aku sekarang lagi lah best.. hampir tiap hari aku akan jaga function orang kawin nie.. tak kawin pun diner jer... n yang tak syiok orang kata... asal ada function jer... mmg ada gak orang "menyumbang"kan suara masing masing.. kalau ok tu tak pe lah.. nie jumpa suara macam katak expired tu yang geram tul

    ReplyDelete
  2. betul2...
    menanah telinga jek dengar suara sumbang memekak...
    agak2 la nk karoke pun xkn pg2 buta xreti gak orang nak tido....

    ReplyDelete
  3. heheheehe...tk boleh nk bygkn mcm mn la keadaan suami isteri ni dok mengadili suara2 yg sumbeng itu...

    tu yg payahnya kalau tk fikirkn org lain...

    sy nk buat kat dewan je nnti...hujan panas...terlindung..melainkan banjir...huhu

    cukup time..bungkus balik..mana boleh dok lama2 kat dewan tu kn..? ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    APA KATA SURVEY

    ReplyDelete
  4. betul2. sampai kucing nur pun lari likang pukang dengar org nyanyi. klu sdp tak pew. ni buat nanah telinga je dgr. ;D

    ReplyDelete
  5. hahahahaha
    betul2
    den sokong
    masa den pergi satu kenduri nih
    diorang buat karoke
    yang nyanyi tu budak2 la entah sapa2 lah
    suara memang xsedap langsung
    hilang mood nak menikmati makanan sebab speaker kuat plak n dekat je dengan khemah kenduri

    Jom Join Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda

    ReplyDelete
  6. ada dj kat tempat aku 2 pesen syok sendiri.da la jadik dj,patu bab2 karoke pon die yg sapu.hu3

    ReplyDelete
  7. betul tu..menanah telinga dgr bising2 macam tu...tension kot..xhormat jiran langsung

    ReplyDelete
  8. sufian :

    hehehe..aku ingat suara katak pun lagi merdu dari penyumbang penyumbang sumbang tu tau..

    ReplyDelete
  9. ïêmå å¢klê§ :

    sib baik la bukan hari hari ada orang berkaraoke bagai camtu dekat rumah..kalo tak mau sampai tecabut telinga dibuatnya..

    ReplyDelete
  10. nabilah_2908 :

    memang klakor giler..sambil kitorang mengutuk mengomen tu, anak aku lak siap menari lagi layan lagu lagu sumbang tu..

    ReplyDelete
  11. ♥cik cahya♥ :

    semut pun pindah sarang kalo dengar suara sumbang tu..heheh

    ReplyDelete
  12. hans :

    kalo datang makan je takpe lagi..ni terpaksa melayan dengar sampai ke akhirnya memang terseksa zahir batin owh..

    ReplyDelete
  13. aleen aiden :

    Dj murahan tu kot..ahahaha..tapi memang annoying tul..

    ReplyDelete
  14. Ati Masrif :

    salam kak ati..CNY aritu tak banyak undangan kenduri kawin ke ?

    ReplyDelete
  15. E.d.Y :

    kalo tak hormat jiran tu satu hal la..ni sampai tak hormat waktu solat, memang melampau tul..

    ReplyDelete
  16. aku pernah datang kenduri yang ada karaoke macam ni.

    aku insomnia 3 hari berturut-turut.

    ReplyDelete
  17. Ungu :

    hahahaha..sib baik 3 hari je..

    ReplyDelete
  18. memang sian kat jiran tetangga... nak rehat, nak solat pun tak tenang... huhuhuuu...

    ReplyDelete