31 March 2011

kentut

  14 Komen    
label: 
Salam hari khamis buat semua rakan pembaca. Hari khamis ni boleh dikatakan agak istimewa jugak la selain dari hari hari yang lain dalam seminggu. Antaranya pada hari khamis cam hari ni disunatkan berpuasa sunat. Kalo bagi yang berumahtangga pulak, hari khamis camni la antara malam yang kononnya sangat ditunggu tunggu malam melabuhkan tirainya. 

Tapi hari ni bukan nak berkongsi cerita pasal hari khamis. Hari ni nak berkongsi cerita pasal kentut. Memualkan ke ? Apa pun, bersedia la untuk menutup hidung sebab kemungkinan lepas ni ramai pulak yang mengentutkan diri.


Kentut ni kalo ada yang tak tau ianya adalah satu proses dimana tubuh mengeluarkan sejumlah angin dari dalam badan selain dari proses sendawa. Kentut ni sebenarnya baik untuk kesihatan badan sebab melalui proses kentut ni maka angin yang terperangkap dalam tubuh dapat dikeluarkan.


Tubuh badan kita sebenarnya akan mengumpul gas dari dalam perut dan usus. Lebihan gas yang terkumpul tu la yang biasanya dikeluarkan melalui proses sendawa dan kentut. Kentut ni pulak tidak la membahayakan nyawa sang pengentut atau orang yang berhampiran dengan pengentut. Tapi jika kentut yang dikeluarkan tu bersifat aromaterapi ataupun mengganggu pendengaran makhluk lain yang berhampiran dah semestinya perkara itu akan mengakibatkan pengentut akan berasa malu untuk beberapa hari.


Kentut ni terdiri dari beberapa komponen utama berbentuk gas yang asalnya tidak berbau seperti nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. Walau banyak mana pun kita mengentutkan diri, jangan risau tentang akibat pencemaran yang mungkin dihasilkan tu kecuali cuma sedikit pencemaran bau selama beberapa saat je.

Kentut yang busuk diakibatkan oleh bakteria yang menghuni dan bermastautin di dalam kolon kita tu. Selain tu faktor makanan yang tidak hadam sepenuhnya jugak menjadi penyumbang kepada tahap aroma kentut tu sendiri.

Kebiasaannya kentut beraroma ni disebabkan kurangnya pelaburan dibilik kecil. Bilamana gudang simpanan dipenuhi dengan bakteria maka lebih banyak bakteria bermakna lebih beraroma angin kentut yang akan dihasilkan. 

 

Faktor pemakanan jugak menjadi salah satu penyebab kentut ni. Antaranya makanan yang boleh mengakibatkan 'angin' dalam tubuh badan seseorang bergantung pada tubuh individu tu sendiri sebab tak kesemua makhluk bersifat sama dalam penerimaan makanan.

Kekacang, sayuran seperti brokoli, taugeh, asparagus, kubis, buahan seperti epal, pear, peach, minuman bergas, jus buah buahan, produk tenusu seperti keju, ais krim dan bijirin antara makanan yang boleh mengakibatkan tubuh 'berangin' lebih. 

Walaupun camtu, jangan la rasa malu atau segan untuk berkentut sebab dengan melalui kentut ni la dapat mengurangkan risiko kembung perut dan kadangkala gas berlebihan dalam badan ni jugak boleh menjadi penyebab sendawa tak henti henti. Tapi jika kentut lebih dari 14 kali dalam sehari, kemungkinan besar sangat memerlukan rawatan pakar.

Kentutlah untuk menjamin kesihatan diri. Kerana kesihatan diri itu sangat penting untuk menjamin masa depan diri dan generasi mendatang.


30 March 2011

naik dan turun

  7 Komen    
label: ,
Salam hari rabu buat semua rakan pembaca. Pagi ni Ipoh hujan. Sedap tul kalo cuti tapi apa kan daya, terpaksa jugak la bangun untuk pergi kerja walau kehujanan sekalipun. Tengok berita malam semalam, negeri Terengganu dilanda banjir luar biasa akibat hujan yang turun tak henti henti. Di utara semenanjung pulak, dilanda ribut hingga mengakibatkan kemusnahan beberapa rumah. 

Apa pun buat semua mangsa bencana tu, banyakkan bersabar dengan ujian dari Allah ni. Mungkin semua yang berlaku tu ada hikmahnya. Sekurang kurangnya membolehkan kita semua berfikir tentang kebesaran Allah.

Alhamdulillah hujan kat Ipoh pagi ni tak berpanjangan sampai ke tengahari. Sebabnya pagi tadi aku nak kene bawak anak aku ke klinik untuk pemeriksaan ulangan lepas pemeriksaan tiga minggu lepas. 


Kebetulan pulak lawatan ke klinik pagi ni tak ramai orang. Biasanya penuh dengan ibu mengandung dan bayi bayi. Anak aku ni dah la jenis tak reti nak duduk diam. Tapi sebab agaknya hari ni tak ramai bebudak yang sebaya cam dia tu, kurang la sikit keaktifannya.


Selalu tu nak dapatkan nombor giliran pun makan sampai hampir satu jam. Hari ni baru lima belas minit memanaskan bangku menunggu dah dapat nombor giliran tu. Rasa macam memecah rekod klinik kesihatan kerajaan pulak tapi tak boleh nak diterima sebagai rekod sangat la sebab berikutan pelanggan tak ramai.


Aku ingat lagi masa anak aku ni dalam usia belum satu tahun, klinik ni dah macam tempat seksaan je. Seksaan sekeluarga. Nak tunggu giliran tu punya la lama. Anak aku ni pulak bila nak kene periksa je mesti nak nangis kuat kuat. Nampak je muka jururawat atau doktor, mesti nak meraung. 


Kalau lawatan tempoh hari berat anak aku ni hanya 9.7 kilogram dan tidak memenuhi piawaian ukuran pada umur sepatutnya, hari ni setelah berhempas pulas aku ngan wifey memastikan anak aku ni makan sepanjang masa akhirnya berbaloi jugak usaha yang dilakukan tu. Buktinya naik la jugak 0.3 kilogram menjadikan berat anak aku ni berada diparas lulus BMI.


Ketinggian pulak tak jadi masalah lansung. Mungkin faktor DNA membuatkan anak aku ni tak terbantut ketumbesarannya. Masa sesi temubual dengan jururawat bertugas, takde apa yang luarbiasa. Cuma kenaikan berat badan yang agak perlahan bagi anak aku tu tak boleh nak diperkatakan lagi. Sebabnya anak aku ni tersangat la aktif bergerak. Lagi banyak dia makan lagi jadi tak reti nak duduk diam. 

Berlari sana sini dalam rumah tu. Melompat, menari, berguling, memanjat, dan macam macam lagi la aktiviti lasak yang dia buat kat rumah tu. Bila aku balik dari kerja pulak, lagi bertambah tambah keaktifannya. Sampaikan dalam masa nak tidur pun sempat lagi nak main.


Ni baru sorang. Belum tambah lagi dua tiga orang. Mau pecah rumah dibuatnya kalo semua bergabung tenaga. Hehehe..apa pun aku bersyukur dengan kurniaan Allah yang tak terhingga ni. Tugasan untuk menaikkan berat badan anak aku ni dah berjaya. Mama dia pulak tengah nak turunkan berat badan. Dalam masa satu bulan dah berjaya mengurangkan 2 kilogram. Aku pulak, sekejap naik sekejap turun. 


29 March 2011

Misteri kehilangan

  9 Komen    
Salam kembali buat rakan rakan pembaca. Lama tak update entri rasa macam janggal pulak. Idea pun dah berkerak dalam kepala otak. Tapi takpe, insyaAllah mulai hari ni perjalanan blog ni akan beroperasi seperti biasa.


Ada ke yang tertanya tanya ke mana aku menghilangkan diri selama dua minggu ni ? Untuk makluman rakan rakan semua, aku tak terlibat pun dalam kejadian gempa bumi di Jepun atau terkena sinaran radiasi yang terjejas akibat gempa dan tsunami kat Jepun tu.

Aku masih menjalani kehidupan seperti biasa. Seminggu cuti sekolah tempohari, aku hanya menghabiskan masa bersama keluarga. Habis cuti sekolah, aku tetap meneruskan kehidupan kerja seperti biasa. Segalanya tetap seperti biasa adanya cuma yang luar biasanya aku tak update blog je.


Aku bukan dah terkena sindrom 'M'. Cuma sikit sikit je la. Bagi bukan blogger tegar cam aku ni memang tak mustahil la kejadian camni boleh berlaku. Silap haribulan, pencen terus. Aku ni dulu bermula sekitar tahun 2005. Masa tu nak buat laman peribadi ni bukan semudah sekarang. Waktu tu masih lagi aku terkial kial guna yahoo geocities tu.

Aktif tak aktif, sempat jugak la aku join gengjurnal. Dan kemudian aku memencenkan diri selama beberapa tahun sebelum menceburkan diri kembali dengan penulisan dalam dunia internet ni tahun lepas. Bermula dengan merepek merapu melalui laman ruumz, tak lama peh tu macam mejik pulak tetiba aku boleh terdaftar dengan blogger yang disediakan oleh google ni.

Hari ni aku tak nak tulis banyak sangat. Sebabnya bila enjin dan lama tak dihidupkan, tak boleh nak terus pecut. Nanti semput lak. Kasi panas dulu sikit baru leh meluncur laju. Pada rakan rakan yang sentiasa menyokong penulisan perkongsian dunia internet ni, terima kasih aku ucapkan. 


11 March 2011

Artis menyanyi dalam masjid

Salam jumaat buat semua rakan pembaca yang sudi melawat blog ni. Hari ni hari terakhir persekolahan untuk penggal pertama, seronok sakan la bebudak sekolah bermula hari ni. Kalo zaman aku bersekolah dulu, perkara pertama yang bermain dalam kepala bila cuti sekolah ni nak bangun lewat je keesokan hari tu. 


Ape pun kepada adik adik yang bersekolah tu, selamat bercuti dan manfaatkan la cuti ni dengan perkara yang berfaedah. Orang melansungkan perkahwinan pun ramai gak dalam cuti sekolah ni. Kalau ada rakan rakan pembaca yang bakal melansungkan perkahwinan tu, selamat pengantin baharu aku ucapkan.

Artis mane yang menyanyi dalam masjid tu ? Gempar betul tajuk entri hari ni. Tapi tak nampak pulak dalam muka depan akhbar. Kalau aku nak bagitau artis mana yang menyanyi dalam masjid ni, bukan je artis tempatan kita malah artis antarabangsa pun ada terlibat sama.


Siapa yang tak terkejut kalau tiba tiba suara Wonder Girls berkumandang menyanyikan lagu nobody tu dalam masjid. Kadang kadang Girl Generation pun ada. Tak termasuk lagi artis artis lain yang kebiasaannya artis perempuan la yang menyanyi di dalam masjid ni. 

Bukan je artis dari luar negara. Malah artis tempatan pun tak kurang hebatnya memeriahkan masjid dengan nyanyian diorang tu. Baik artis lelaki atau artis perempuan, masing masing mempersembahkan lagu lagu terbaru untuk menjadi halwa telinga jemaah yang hadir tu.

Aku ingatkan mungkin cara camtu sebagai satu pendekatan untuk menarik lebih ramai jemaah lelaki untuk ke masjid. Rupanya tidak. Jauh sama sekali tanggapan aku tu.  Sebab apa ? Sebabnya kena la tanya pada encik Osman Yusoef.


Nampak tu ? Ana Rafalli pun menyanyi dalam masjid jugak. Tak cukup cukup menyanyi dalam panggung wayang, dalam tren LRT, dalam kereta, dalam kelas, dalam rumah, dalam masjid pun dia nak menyanyi jugak tu.


Bukan takde larangan pun tertera. Malah kekadang tu kat setiap pintu masuk masjid pun ada tanda larangan ni. Cuma tu la dah nama pun peminat setia, kena la setia sepanjang masa tak kira tempat.


Paling tak tahan tu bila tengah bersolat tu pulak la artis artis ni nak menyanyi. Waktu sebelum bersolat tu diam je. Daripada nak mendengar tuan imam membacakan ayat ayat suci dalam solat, tetiba terganggu pulak dengan suara merdu sang artis ni. Berkecamuk fikiran weh.

Dan tak pasal pasal je pulak dapat saham dosa sebab mengutuk dalam hati. Tu la, orang lain pakai telefon bimbit, dia pun nak pakai jugak. Orang lain sebelum pakai tu baca dulu buku panduan, dia tak nak baca. Orang lain dah tau camne nak matikan atau kasi mod getar telefon tu, dia tak reti reti.

Kesudahannya jadi la cam yang encik Osman Yusoef kita tu alami. Yang tuan peminat setia ni pulak, konon khusyuk sangat la pulak. Dah tau artis kesayangan dia tu menyanyi, tak reti reti pulak nak tekankan apa yang patut supaya artis dia tu tau dia tengah solat. Haru betul.


10 March 2011

Solanum lycopersicum

  15 Komen    
label: ,
Salam khamis yang indah hari ni buat semua rakan pembaca. Esok dah hari akhir persekolahan untuk penggal pertama. Kemudian cuti seminggu. Dan ada rancangan apa apa ke untuk anak anak yang bercuti sekolah tu ? Aku pun berkesempatan jugak bercuti selama lebih kurang seminggu cuma aktiviti mengajar je yang akan berterusan sebagai pengisian untuk anak didik aku yang beberapa orang tu.

Apesal tajuk entri aku kadang kadang susah nak sebut dan terlalu saintifik bahasanya ? Tu pun ilmu jugak kan ? Kalo aku tulis perkataan yang dah biasa kita dengar namanya, nanti tak tau pulak nama lain dalam sebutan saintifik tul tak ?

Solanum lycopersicum ni dalam bahasa kebiasaannya ialah tomato. Tomato ni dipercayai berasal dari Selatan Amerika di Peru. Kemudian diperkenalkan ke beberapa benua sehinggalah ke serata dunia pun mengenali tomato.


Buah tomato ni terkategori dalam buah buahan dan bukan sayuran sebenarnya. Ianya sangat baik untuk kesihatan sebab tomato mempunyai kadar lipoken, katotenoid, vitamin C dan vitamin E yang juga membantu menyingkirkan kolesterol berlebihan di dalam tubuh badan kita ni. Dikatakan jugak tomato ni boleh mengurangkan masalah hipertensi dan darah tinggi.

Kalau dalam masakan, penggunaan tomato ni sangat meluas kerana pati yang terdapat dalam tomato ni mampu untuk membuatkan sesuatu masakan tu lebih terasa enaknya cam dijadikan sos pasta, spaghetti, pizza, kari ikan, masak lomak cili api, masak asam pedas dan lain lain lagi.

Hari ni aku nak berkongsi cara untuk memasak nasik tomato. Tadi masa melawat blog rakan rakan, terbaca dalam entri blog Kak Ati Masrif pasal keteringinannya untuk mengetahui cara masak nasik tomato. Jadik untuk membantu menjadikan impiannya menjadi kenyataan, aku persembahkan nasi tomato bukan saja untuk Kak Ati sorang je tapi untuk semua rakan pembaca yang lain.

Sebenarnya bila sebut masakan nasik ni tak la susah mana pun. Memang ada berbagai jenis masakan nasik kat Malaysia ni. Nasik minyak ada, nasik carrot ada, nasik biryani ada, nasik ayam ada, nasik lemak ada, nasik hangit pun ada dan macam macam lagi la jenisnya.

Dari pengamatan aku selama hampir 8 tahun dalam bidang main masak masak ni, cuma sedikit pengubahsuaian je akan menjadikan nasik tu bertukar. Tak percaya ? Kalau tak percaya, nasik kosong yang kita biasa masak tu cuma dimasukkan sedikit santan, hirisan halia, bawang merah, daun pandan kan dah jadi nasik lemak.

Okay la kang kalo membebel banyak bila nak masaknya ye tak ? Betul ke orang kata kalo kerja main masak masak ni memang banyak mulut ?

Bahan bahan yang diperlukan untuk nasi tomato ni mudah je. Maaf kalo aku tak kasitau berapa anggaran bahan bahan tu sebab aku tak belajar guna anggaran ukuran bahan. Oleh kerana tu kena la kreatif ye dalam menyediakan bahan bahan ni.

Biasanya kalo nak sedap nasi tomato ni, gunakan beras basmati. Tapi tak salah pun kalo nak gunakan beras biasa. 


Kalau kita tengok pada tekstur beras basmati ni ianya lebih panjang dan kurang kandungan kanjinya bila dimasak, jadik nasik tu akan menjadi lebih cantik sebab tak berketul ketul. 

Beras yang nak dimasak tu tadi dibasuh kemudian direndam sekejap lebih kurang 10 minit supaya mudah kembang bila dimasak. Sementara tu, panaskan sedikit minyak sapi atau mentega untuk menumis. 


Bahan yang perlu ditumis adalah hirisan bawang besar, bawang putih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis. Bila dah naik baunya, masukkan air secukupnya untuk memasak. Untuk memudahkan ukuran air ni, sukat isipadu beras yang nak dimasak tu dan isipadu airnya jugak mesti sama banyak dengan beras tu. Bukan timbang tau, tapi ukur isipadu dia je.

Lepas dah masukkan air tu, masukkan pulak sedikit tomato puree, sedikit susu cair, sedikit garam dan daun pandan kemudian dikacau sebati. Kalau nak gunakan sos tomato pun boleh jugak menggantikan tomato puree tu tapi aku lebih suka gunakan tomato puree sebab rasa tomatonya lebih berperisa.



Bila dah sebati dan mendidih, masukkan beras yang ditoskan terlebih dahulu tu dan dikacau hingga agak kering airnya dan kembang beras tu sebelum dikecilkan api memasak. Tutup periuk memasak tu untuk beras tu tadi masak sempurna. Kemudian boleh la dihiaskan dengan taburan bawang goreng. 


Nasi tomato ni sesuai dimakan dengan lauk ayam merah, sayur acar rampai atau gulai kurma kambing. Aku pulak yang jadi terliur bila sebut kurma kambing ni. Hehehe..mudah kan nak buat nasik tomato ni ? Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.


09 March 2011

larangan tercabar

Salam rabu buat semua rakan pembaca. Hari ni lambat sikit update. Dah petang baru nak bukak blogger ni. Apa pun terima kasih diucapkan kepada semua rakan rakan yang sudi menjengah ke blog ni.

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang larangan yang tercabar. Fokus utamanya pada penggunaan telefon bimbit la. Maklum la sekarang ni boleh kata setiap individu memiliki satu telefon bimbit seorang. Mungkin jugak ada yang memiliki dua tiga bijik sekali. Sampaikan budak sekolah rendah pun ada telefon bimbit.


Kalau kita beli telefon baru la kan, yang masih harum dalam kotak tu selalunya apa yang kita belek terlebih dulu ? Aksesori sedia ada tu ? Telefon tu sendiri ? Atau buku manualnya ?

Aku percaya mesti ramai antara kita ni yang sering mengabaikan buku panduan tu untuk dibaca. Ala, bukan susah pun nak mengendalikan telefon bimbit tul tak ? Sedangkan buku panduan kenderaan pun kita tak baca ni pulak buku panduan telefon bimbit tu.


Mungkin kalo kita baca buku panduan tu takut kena gelak dek kawan kawan. Tapi sebenarnya ada hikmah kenapa pengeluar produk telefon bimbit ni mengeluarkan sama buku panduan tu.

Kalau kita belek belek dibahagian muka surat akhir, biasanya terdapat beberapa panduan penggunaan telefon bimbit yang baru kita beli tu. Antaranya seperti larangan menggunakan telefon bimbit tu di beberapa tempat.

Tapi manusia ni memang suka mencabar larangan apa pun. Tu la sebabnya tak nak baca buku panduan sampai khatam. Berapa ramai pengguna telefon bimbit yang kita tengok menggunakan telefon bimbit tu sambil memandu ?


Sedangkan dalam buku panduan tu dah terang terangan lagi bersuluh bagitau kalo nak menggunakan telefon bimbit sambil memandu, gunakan la alat bebas tangan yang disediakan tu.

Lepas tu pulak bukan je larangan yang terdapat dalam buku panduan tu dicabar, malah larangan yang terdapat di tempat tempat yang tak digalakkan menggunakan telefon bimbit pun dicabar jugak. Contohnya seperti di stesen minyak ketika hendak mengisi minyak kenderaan.


Mungkin sebab tak pernah dengar lagi berita tentang stesen minyak meletup disebabkan penggunaan telefon bimbit kot tu sebab buat tak kesah je. Mungkin jugak nak jadi manusia pertama berjaya meletupkan stesen minyak sebab menggunakan telefon bimbit ketika mengisi minyak kenderaan.

Lagi satu tempat yang boleh kata mandatori tak boleh menggunakan telefon bimbit ni cam kat hospital. Kalau dalam buku panduan tu cakap, penggunaan telefon bimbit memungkinkan mengganggu peralatan hospital.


Tapi aku tengok larangan yang diorang pampang dekat dinding dinding hospital tu macam hiasan je. Kakitangan hospital pun seronok mencabar larangan tu apatah lagi kita yang bukan 24 jam nak duduk kat hospital tu.

Satu lagi yang menjadikan tanda tanya dalam kehidupan aku pasal larangan telefon bimbit ni ketika menaiki kapal terbang. Macam kat hospital tu jugak la. Kononnya boleh menggangu peralatan penerbangan tu.


Kadang kadang aku terasa jugak nak mencabar kesahihan menggunakan telefon bimbit ketika dalam penerbangan boleh mengganggu peralatan kapal terbang tu tapi risau jugak kot kot betul leh nak menghempaskan sebuah kapal terbang hanya dengan menggunakan telefon bimbit susah pulak jadinya.

Yang buat aku hairan tu kalo betul la menggunakan telefon bimbit ketika berada dalam penerbangan, kenapa kalau duduk kelas pertama boleh je guna telefon bimbit ? Tak tau la pulak kot kot ada telefon bimbit terpilih je. Kalo yang murahan cam aku punya je kot yang boleh jatuhkan kapal terbang.

Tapi kemungkinan betul jugak la menggangu sebab aku pernah menggunakan peralatan elektrik digital ketika dalam kapal terbang. Masa tu aku guna kamera digital je. Konon konon nak merakam saat saat kapal terbang tu mendarat. Minit yang pertama menghampiri landasan masih berjalan lancar. Hinggalah saat tayar kapal terbang tu nak mencecah landasan, tiba tiba kamera aku tu terus jem. Paparan LCD kamera tu menjadi gelap hitam. Dan segalanya kehilangan fungsi. 

Mentang mentang la kamera digital aku tu murahan punya. Tapi setelah selamat mendarat tu aku telah berjaya membuat kamera tu kembali berfungsi seperti sediakala dengan mengeluarkan bateri kamera tu dan memasangnya kembali tapi rakaman yang aku rakam tu lansung tak tersimpan. 

50% aku memahami mungkin. Jangan guna peralatan elektronik murahan ketika dalam penerbangan. Samada peralatan elektronik tu bakal menjatuhkan sebijik kapal terbang yang anda naiki atau ianya bakal menjatuhkan jumlah simpanan bank anda untuk membaiki kembali peralatan yang terjejas tu.


08 March 2011

mulut

  18 Komen    
label: ,
Salam selasa buat semua rakan pembaca yang sudi menjengah. Alhamdulillah hari ni bandaraya Ipoh sedikit sejuk berikutan hujan yang turun sejak petang semalam membawa sampai ke pagi ni. Ada ke warga Ipoh yang tadah air hujan semalam ? Maklum la bermula jam 10 pagi tadi hingga ke 12 malam nanti beberapa kawasan akan mengalami ketiadaan air berikutan kerja kerja pembersihan yang dilakukan di loji penapisan air Kinta. 

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang mulut. Bukan mulut botol pulak tapi mulut kita manusia ni la. Ada yang bermulut seksi. Ada yang bermulut anggun. Ada jugak yang bermulut berbagai jenis. 


Kita semua sedia maklum tentang penjagaan kebersihan mulut. Ye la, kalo takde mulut kan susah. Nak bercakap pun susah. Nak makan minum pun susah. Pendek kata mulut ni antara organ terpenting jugak la yang harus kita syukuri sebab dari mulut ni jugak la kita dapat merasai macam macam nikmat lebih lebih lagi nikmat makan minum tu.

Sikit punya cantik la Allah ciptakan mulut kita ni. Dengan bibir mungilnya. Gigi tersusun cantik. Lidah yang berkeupayaan untuk merasai berbagai perisa. Kalo nak sebut semua yang ada dan fungsi fungsi yang terdapat dalam mulut ni nanti jadi macam karangan biologi pulak. 

Kebersihan tu dah sememangnya dituntut dalam agama. Dan sudah pasti ada hikmahnya bila sesuatu tu dituntut untuk dilakukan tul tak ? Cam kalo malas nak gosok gigi, hikmahnya pasti gigi tu akan rosak. Bila gigi rosak dan kotor, tu memungkinkan kita menjadi seperti biawak. 


Kenapa boleh jadi macam biawak pulak ? Takkan tak pernah tengok national geography kot ? Biawak tu kan tak pernah gosok gigi. Dah tu pulak kebersihan mulut dia pun lansung tak dijaganya. Sampaikan air liur biawak tu penuh dengan segala bakteria merbahaya. Jadik, kalo ada sesiapa disekeliling kita tu yang malas menjaga kebersihan mulut dia tu maka berhati hatilah dari terkena gigitan mereka tu. Bahaya woo.

Tujuan lain dalam menjaga kebersihan mulut ni jugak supaya penampilan diri tu lebih meyakinkan dan senang diterima oleh orang lain. Apesal pulak ? Aii..kalo mulut tu tak dijaga kebersihannya tambah pulak macam macam yang kita ni makan, bayangkan saja la aroma hasil dari sisa sisa buangan kita tu camne. Lebih kurang camtu je jugak aroma yang menetap dalam mulut yang tak dijaga kebersihan ni.


Tambah pulak kalo yang sedara mara jin. Takkan tak kenal kot siapa sedara mara jin ? Jin kan suka makan asap. Cuma sedara mara jin ni tak la makan asap cuma suka main telan luah asap je. Diri sendiri mungkin la tak terhidu aroma terapi tu. Tapi kalo orang lain yang berdekatan silap haribulan leh muntah hijau dibuatnya.

Banyak cara untuk menjaga kebersihan mulut dan persekitarannya ni. Antaranya menjaga pemakanan, selalu berkumur, menggosok gigi sekurang kurangnya dua kali sehari, bersugi, berhenti merokok, banyak minum air kosong dan memacam la lagi. Tujuannya untuk diri sendiri jugak. 

Kalo nak cakap bab merokok tu kekadang aku hairan jugak. Mungkin diorang tak pernah dengar tentang keutamaan membersihkan mulut sebelum bersolat sebab bila aku nak bersolat jumaat tu selalu nampak ada la sebahagian umat ni sebelum masuk ke masjid duduk lepak lepak dulu kat bawah pokok sambil menghisap rokok.


Diorang mungkin tak tahu bila kita bersolat ni, bila kita mengucapkan bacaan bacaan dalam solat tu para malaikat akan mengiringi bacaan kita tu sangat hampir dengan kita secara berhadapan. Tapi kalo mulut pun beraroma memualkan, jauh je malaikat tu duduk sesilap lansung tak nak join sama.

Tu serba sedikit tentang penjagaan fizikal mulut. Camne pulak dengan rohani mulut tu ? Ye la, kalo kebersihan mulut sentiasa dijaga rapi tapi apa yang keluar dari mulut tu lansung tak dijaga tak guna jugak kan. 


Tak payah nak cakap orang lain, kita sendiri pun kadang kadang ada termengumpat orang, termengata orang, tergosip sana sini, termencarut, termengomel, terlupa nak bersyukur dan macam macam 'ter' lagi la.

Kebersihan yang berbentuk rohani ni pun kena la jugak kita jaga. Baru la sempurna semuanya. Kalo orang cakap mulut cimpanzi tu busuk tak cantik, tapi walaupun mulut dia busuk tak cantik ada ke pernah cimpanzi tu mengucapkan perkataan yang kotor ? Ada ke pernah cimpanzi tu menyakitkan hati cimpanzi lain dengan kata kata ?


Kesimpulannya, jagalah mulut kita ni zahir dan batinnya. Kebersihan zahir tu mungkin mudah dijaga sebab macam macam kemudahan yang ada. Kebersihan batin mulut tu je yang mungkin tak berapa terjaga. Jangan nanti kerana mulut kita ni, akhirnya merana. Bukan je merana kat dunia, silap haribulan sampai ke akhirat pun merana jugak.


07 March 2011

anak baru

  23 Komen    
label: 
Salam hari isnin buat semua rakan pembaca. Hari ni lambat sikit update entri terbaru sebab maklum la, banyak tul urusan lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. 

Sehari dua ni aku ngan wifey banyak memikirkan cara nak bagi anak aku tu makan banyak. Terima kasih jugak kepada rakan rakan pembaca yang memberi pandangan dan cadangan dalam ruangan komen entri aritu.

Alhamdulillah sehari dua ni jugak boleh tahan banyak jugak la anak aku tu makan. Risau jugak sebab hujung bulan ni sekali lagi nak kena bawak ke klinik untuk ditimbang berat dan tumbesarannya. Cuma anak aku tu memang jenis tak reti nak duduk diam. Kecuali waktu dia tidur je baru la diam sikit. Sikit je tau sebab tidurnya sangat la lasak. 

Kalau nak cakap pasal ligat dia tu memang mengalahkan budak lelaki. Menggelejat tak hingat dunia. Ada je benda yang dia nak buat. Kalo pintu bilik stor terbukak, memang abis semua diselongkarnya. Kalau bagi tengok TV, asal ada je part berlagu mula la tak reti nak duduk diam. Berjoget sakan tetambah lagi kalo tengok K-Pop. 

Sebenarnya baru baru ni aku menerima kehadiran anak baru. Tiga sekali gus. Hebat kan ? Hehehe..tapi sebenarnya bukan anak aku pun. Anak kepada arnab peliharaan kitorang kat tempat kerja. Minggu lepas 6 ekor lahir tapi mati kesemuanya lepas beberapa hari. Maklum la ibu muda, agaknya tak berapa pandai nak jaga anak dia tu lagi.


Semalam pulak lahir lagi yang baru tiga ekor. Aku pun tak pasti yang mana satu bapak dia sebab antara empat ekor yang ada dalam sangkar ni pun aku tak pasti yang mane satu jantan betinanya. Ntah siapa punya angkara sampai arnab tu bunting, biarlah hanya mereka yang tahu.


Ni la rupa anak anak arnab yang baru lahir semalam tu. Aku dah bagitau kat kawan aku tu supaya bagi kat mak arnab tu. Ye la, kesian lak baby arnab tu kang nak menyusu. Tapi kawan aku tu takut nanti mak arnab tu pijak cam anak dia yang 6 ekor tu sampai mati. 

Aku malas nak cakap banyak. Pehni tengok pulak 3 ekor ni leh hidup ke tak. Sian baby arnab tu kan. Tapi tadi aku dah curi curi bawak mak arnab tu kat anak dia ni. Lepas aku tengok mak dia dah tak nak layan, baru aku antar balik kat sangkar dia. Ye la, baby baru lahir mesti la nak menyusu kat mak dia kan ? Kalo tak, nak menyusu kat siapa ? 

05 March 2011

allium sativum

  9 Komen    
label: , ,
Salam sabtu buat semua rakan pembaca. Hari sabtu yang indah camni apa aktiviti yang selalu korang buat ? Mungkin ada yang berkerja hari ni ye tak ? Kalo yang bercuti tu, takkan tidur je kot. Rajin rajinkan la diri tu cabut rumput yang panjang depan rumah tu ke, berkebun ke tanam tanam pokok bunga baru la kesihatan tubuh tu seimbang sikit.

Hari ni aku nak berkongsi sedikit maklumat tentang satu benda yang berkaitan dengan masakan jugak la. Kalau tengok tajuk entri tu mungkin ada yang tak tau ape kebenda allium sativum tu kan ? Kalau nak tau, bila tengok cerita pasal drakula yang suka hisap darah orang tu mesti ada benda ni sebagai salah satu cara menghalang keganasan drakula tu.


Sampaikan masa aku bebudak dulu pun terpengaruh jugak la dengan mitos allium sativum ni mampu menghalang drakula dari menghampiri untuk menghisap darah dengan penuh kerakusan sehingga kering.

Allium sativum yang aku maksudkan ni ialah bawang putih. Takkan tak kenal kot ? Punya la terkenal bawang putih ni seluruh dunia sampaikan boleh kata kat ceruk mana pun dapur kita pegi mesti ada bawang putih ni. 


Kalau dalam masakan, bawang putih ni memang tak dapat nak digantikan dengan apa apa bahan lain pun dari segi rasa dan bau dia yang unik tu. Terutama dalam masakan daging, bawang putih ni mampu untuk menambahkan kesedapan dan menghilangkan bau yang tak enak dari daging tu. 

Selain bawang putih tu sendiri, kulit dia pun berguna jugak tau. Kalau tanya pada encik Osman Yusoef mungkin dia tau kot pasal kegunaan kulit bawang putih ni. Kulit bawang putih ni jugak boleh dimasukkan bersama bahan bahan yang lain ke dalam rebusan masa nak buat telur pindang. Dengan tu boleh membuatkan telur pindang tu lebih enak dan mempunyai aroma yang tersendiri, tak gitu encik Osman ?


Selain dari menggunakan bawang putih ni dalam masakan, khasiat lain yang terdapat dari bawang putih ni pun banyak jugak. Dari bawang putih ni terdapat zat zat penting seperti kalsium, saltivine, diallysulfide, protin, vitamin A, B1, C, karbohidrat, lemak, besi, sulfur dan fosfor. 

Antara kelebihan bawang putih ni dari segi kesihatan, ianya mampu untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh badan dari serangan penyakit seperti batuk dan selsema. 


Kalau dulu dulu masa aku kecik bila terkena batuk dan selsema ni, biasanya nenek aku akan tumbuk halus bawang putih ni kemudian dicampurkan ke dalam susu dan dipanaskan beberapa minit sebelum disuruhnya aku minum. Keputusannya ? Alhamdulillah berkesan menghilangkan batuk dan selsema tu.

Bawang putih ni jugak boleh mencegah penyakit jantung dengan merendahkan tahap kolestrol LDL yang jahat tu dari menyumbat saluran darah. 


Kelebihan lain yang terdapat dari khasiat bawang putih ni lagi, bila diamalkan selalu insyaAllah dapat menghindarkan dari penyakit kanser perut dan usus. Selain tu jugak, bawang putih ni mampu untuk mengawal gula yang terdapat dalam tubuh badan kita ni tau. 


Maklum saja la makanan yang kita makan setiap hari tu kekadang kita tak periksa pun kandungan yang ada tu. Tambahan pulak kalau yang dibeli dari luar. Walaupun gula memang diperlukan untuk tubuh badan mendapat tenaga, tapi kalau dah berlebihan tu memang akan menghuru harakan kehidupan jugak la.

Rasa bawang putih ni bila dimakan mentah agak kepedas pedasan jugak la. Selain digunakan dalam masakan, boleh jugak dimakan mentah seperti ulam atau direbus terlebih dahulu ataupun dipanggang untuk mengurangkan rasa kepedasan tu. 

Cuma kesan buruknya bila di ambil secara berlebihan boleh mengakibatkan nafas berbau, ketidakselesaan di bahagian perut, anemia, muntah dan hilang berat badan. Jadik kalo nak mengamalkan memakan bawang putih ni, dua tiga ulas sehari pun ok la tu.


Lagipun sekarang pun dah banyak produk kesihatan yang berasaskan bawang putih ni yang dikeluarkan dalam bentuk tablet. Macam aku ni, hardcore sikit. Aku makan mentah je dengan nasik buat ulam. Tapi seulas dua je la. Demi kesihatan, pedas pun pedas la. Hehehe..