01 March 2011

aku dan Obama

  16 Komen    
label: , ,
Salam mesra buat rakan pembaca. Eh..mesra ke kalo dua hari tak update ? Mintak maaf la rakan rakan semua. Bukan tak nak update setiap hari, tapi telah termaktub di loh mahfuz bahawa qada dan qadarnya mengatakan dua hari lepas akan tiada update di blog ni. Camtu ke ? Alasan je semua tu. 

Kenyataannya selama beberapa hari ni aku menghadapi masalah teknikal dari segi penyambungan internet. Talian yang merangkak rangkak dan seperti nyawa nyawa ikan tersangat menghampakan semangat. 

Kebetulan pulak beberapa hari ni aku sedikit sibuk dengan berbagai perkara. Kesibukan aku tu pulak mengalahkan kesibukan presiden Amerika, Barrack Obama tu sendiri.



Obama ni walaupun berjadual ketat setiap hari, tapi masih lagi mampu untuk layan facebook dan sentiasa ada perkembangan dan pos berita terkini kat facebook tu. Aku ni pulak nak jumpa pos seminggu sekali pun belum tentu. 

Hari ni alhamdulillah talian internet kembali seperti sediakala. Jangan nanti tiba tiba jadi seperti purbakala cukup la. Cuma untuk hari ni aku tetap sedikit sibuk dengan beberapa urusan lain. Wifey aku tau la camne sibuknya aku ni. 


Esok pulak nak bawak anak aku ni pegi klinik untuk lawatan yang telah dijadualkan. Cuma pemeriksaan lawatan biasa je yang luar biasanya hanya masa menunggu yang membuatkan bontot berakar di kerusi klinik tu nanti. 

Aku pun hairan gak ngan anak aku ni. Dah berusia dua tahun setengah tapi tak gebu gebu pun. Mungkin sebab makan tersangat memilih kot. Kalau tak kena pada selera tekak dia tu, jangan harap la dia nak makan. Aku jugak la yang bertindak sebagai penyelamat makanan tu.


Kalau tengok masa mula lahir dulu, ada jugak macam berpotensi menggebu anak aku ni. Dengan kebulatan muka yang mirip macam mama dia tu aku membayangkan tangan dan lengan aku bakal berotot pejal macam popeye. 


Bulan kedua kelahiran dia ni, kemontokannya semakin menyerlah. Menambah lagi kegeraman aku dan wifey untuk mencubit pipi dia tu setiap hari. Cuma aku bernasib baik pasal anak aku ni jarang mintak didukung. 


Dipendekkan cerita setelah mencecah dua tahun usianya, segala kegebuan dan kemontokan tu menghilang tanpa perlu menggunakan produk Jusmate 5 pun. Yang bertambah gebu dan montok hanya ibunya sahaja sehingga terpaksa mencuba produk doktor cendawan tu. Hehehe..

Aku pun tak tau la ape nanti doktor akan cakap bila ditimbang ukur anak aku ni esok. Jangan nanti dia cakap aku tak bagi makan sudah la. Tapi alhamdulillah sehingga kini anak aku ni tak pernah jatuh sakit sejak lahir lagi. Setakat demam sehari dua selepas menerima suntikan di klinik tu je.

Esok kalau berkesempatan, insyaAllah aku akan menulis lagi. Kalau sempat la. Kalau tak sempat tu, maaf ye sebab esok hari yang agak padat mengalahkan Obama tu. Lepas subuh aku akan ke tempat kerja sebentar, kemudian pulang ke rumah bawak anak aku pergi klinik. Selesai urusan di klinik, ke tempat kerja kembali. Petang sebelum asar  akan bergegas ke rumah DSZ pulak sebelum kembali ke tempat kerja untuk menghabiskan sisa sisa kerja dan selepas maghrib sekali lagi ke rumah DSZ seterusnya ke rumah Dr. T dan meneruskan lagi operasi ke rumah DB dan akhir sekali kembali ke pangkuan anak isteri. Padat tak ? 


16 comments:

  1. hanya mampu mengangguk kan kepala dan cakap: "Ye la, pipoq bz tahap Obama le"..hehe~
    Xpe, busy cmne pun yang penting still ade masa utk Yang Maha Esa dan famili ok!comey la anak pipoq tu!!

    p/s : pipoq ade silau la tu..sy pun ade juge!tapi xteruk la..

    ReplyDelete
  2. Kalau anak hendak makan tak apa. Saya masa kecil dahulu memang susah makan cuma sekarang ini tidak boleh tak makan kalau tidak pening kepala

    ReplyDelete
  3. anak ni ikut baka ayah ke baka ibu??

    elok baka anak ni

    hahahahaha
    ;p

    ReplyDelete
  4. bz sungguh tu..

    girl ke boy tu..
    budak bila tengah melasak mmg susut
    janji tak bawah line tu dah le

    ada bagi dia multi vitamin tak
    boleh tambah selera makan tau
    dan elak cepat sakit..cuba ok...

    ReplyDelete
  5. Surie :

    Masih tak faham dengan maksud rabun silau tu..hehehe..

    ReplyDelete
  6. Edy Zaidi :

    ehem..kome bila lagi tu ? tunggu abis master terus ada orang masuk meminang kot..

    ReplyDelete
  7. akubiomed :

    anak sy tu memilih sikit makannnya..
    ada hari dia makan banyak, ada hari lansung tak nak makan..tapi memang aktif sungguh..

    ReplyDelete
  8. mr.syazwan :

    hehehe..baka campuran tu..Banjar + Dusun..

    ReplyDelete
  9. Ati Masrif :

    girl tu kak..memang tak reti nak duduk diam..aktif macam budak lelaki je..

    ada gak bagi multivitamin cam spirulina, Scott C+ tu..tapi selera dia tu kekadang pening nak ikut..

    ReplyDelete
  10. ala...bukan Obama yg update status FB...pembatu dia yg buat...

    Obama kan ibarat perdana menteri dunia...semua snda dia nk handle..mana ada masa...( andaian..) :)

    ReplyDelete
  11. anak 1st dah masuk 2tahun....bila nk bagi dia adik? hehehehehe...

    ReplyDelete