31 March 2011

kentut

  14 Komen    
label: 
Salam hari khamis buat semua rakan pembaca. Hari khamis ni boleh dikatakan agak istimewa jugak la selain dari hari hari yang lain dalam seminggu. Antaranya pada hari khamis cam hari ni disunatkan berpuasa sunat. Kalo bagi yang berumahtangga pulak, hari khamis camni la antara malam yang kononnya sangat ditunggu tunggu malam melabuhkan tirainya. 

Tapi hari ni bukan nak berkongsi cerita pasal hari khamis. Hari ni nak berkongsi cerita pasal kentut. Memualkan ke ? Apa pun, bersedia la untuk menutup hidung sebab kemungkinan lepas ni ramai pulak yang mengentutkan diri.


Kentut ni kalo ada yang tak tau ianya adalah satu proses dimana tubuh mengeluarkan sejumlah angin dari dalam badan selain dari proses sendawa. Kentut ni sebenarnya baik untuk kesihatan badan sebab melalui proses kentut ni maka angin yang terperangkap dalam tubuh dapat dikeluarkan.


Tubuh badan kita sebenarnya akan mengumpul gas dari dalam perut dan usus. Lebihan gas yang terkumpul tu la yang biasanya dikeluarkan melalui proses sendawa dan kentut. Kentut ni pulak tidak la membahayakan nyawa sang pengentut atau orang yang berhampiran dengan pengentut. Tapi jika kentut yang dikeluarkan tu bersifat aromaterapi ataupun mengganggu pendengaran makhluk lain yang berhampiran dah semestinya perkara itu akan mengakibatkan pengentut akan berasa malu untuk beberapa hari.


Kentut ni terdiri dari beberapa komponen utama berbentuk gas yang asalnya tidak berbau seperti nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. Walau banyak mana pun kita mengentutkan diri, jangan risau tentang akibat pencemaran yang mungkin dihasilkan tu kecuali cuma sedikit pencemaran bau selama beberapa saat je.

Kentut yang busuk diakibatkan oleh bakteria yang menghuni dan bermastautin di dalam kolon kita tu. Selain tu faktor makanan yang tidak hadam sepenuhnya jugak menjadi penyumbang kepada tahap aroma kentut tu sendiri.

Kebiasaannya kentut beraroma ni disebabkan kurangnya pelaburan dibilik kecil. Bilamana gudang simpanan dipenuhi dengan bakteria maka lebih banyak bakteria bermakna lebih beraroma angin kentut yang akan dihasilkan. 

 

Faktor pemakanan jugak menjadi salah satu penyebab kentut ni. Antaranya makanan yang boleh mengakibatkan 'angin' dalam tubuh badan seseorang bergantung pada tubuh individu tu sendiri sebab tak kesemua makhluk bersifat sama dalam penerimaan makanan.

Kekacang, sayuran seperti brokoli, taugeh, asparagus, kubis, buahan seperti epal, pear, peach, minuman bergas, jus buah buahan, produk tenusu seperti keju, ais krim dan bijirin antara makanan yang boleh mengakibatkan tubuh 'berangin' lebih. 

Walaupun camtu, jangan la rasa malu atau segan untuk berkentut sebab dengan melalui kentut ni la dapat mengurangkan risiko kembung perut dan kadangkala gas berlebihan dalam badan ni jugak boleh menjadi penyebab sendawa tak henti henti. Tapi jika kentut lebih dari 14 kali dalam sehari, kemungkinan besar sangat memerlukan rawatan pakar.

Kentutlah untuk menjamin kesihatan diri. Kerana kesihatan diri itu sangat penting untuk menjamin masa depan diri dan generasi mendatang.


14 comments:

  1. Kentut beraroma ye?hehe~

    Persepsi masyarakt kita klau kentut je, mesti itu dah kira tak senonoh or kurang sopan..

    Klau masyarakat barat, diorang tak kesah pun bunyi2 kentut ni..yang diorang pantang bunyi sedawa..

    ReplyDelete
  2. begitu detail sekali hasil kajian encik pipoq...huhu...tp btol la, kentut tu perlu utk mengelakkan perut kembung bnyk angin...sakit wo klu tak lepaskan angin tu...HAHAHAHA

    p/s : sori sbb dah lama tak jenguk blog kwn2...

    ReplyDelete
  3. memang la kentut baek tok kesihatan...
    tp kalau busuk kesihatan orang laen pulak terjejas..
    huhu..

    ReplyDelete
  4. selalu pesan kat anak2
    kalau nk kentut jangan
    depan orang....heeeee

    ReplyDelete
  5. ayat " tidak membahayakan nyawa sang pengentut" 2 yg xbley tahan.ha3

    ReplyDelete
  6. hehehe..kentut..kentut la juga..tp biar la di tmpt yg tertutup...jgn dkt2 dgn org.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    JOM UJI MINDA

    ReplyDelete
  7. Surie :

    tul tu..masa aku blaja dulu pun cikgu aku ada cakap ada setengah tempat negara lain, sendawa tu tak senonoh..tapi kalo kentut, diorang puji..

    ReplyDelete
  8. man yusoef :

    hahaha..aku pernah sampai kena migrain sebab tahan kentut..tapi bila dah lepaskan kentut tu..lega berabis..

    ReplyDelete
  9. ïêmå å¢klê§ :

    adakah aroma kentut boleh mengakibatkan barah paru paru kepada penghidunya ? nanti la aku kaji..

    ReplyDelete
  10. Ati Masrif :

    wifey sy tu marah tul kalo sy ngan anak main lawan kentut kat rumah..hehehe..

    ReplyDelete
  11. aleen aiden :

    tak bleh tahan ngan ayat tu takpe lagi..jangan ko tahan tahan kalo rasa nak kentut..kembung perut nanti..

    ReplyDelete
  12. nabilah_2908 :

    lebih bahaya kalo kentut di tempat tertutup dari tempat terbuka sebab nanti leh lemas lak ngan aroma kentut tu..hehehe

    ReplyDelete
  13. Tidak salah gas didalam angin kentut mengandungi mentana. Mungkin sebab itu ada yang mengatakan bau mayat manusia lebih busuk kerana jenis makan yang diambil olehnya

    ReplyDelete
  14. aku kentut lepas2 je kt awek aku... hehehe.. leh eratkan kasih sayang... hahaha...

    ReplyDelete