09 March 2011

larangan tercabar

Salam rabu buat semua rakan pembaca. Hari ni lambat sikit update. Dah petang baru nak bukak blogger ni. Apa pun terima kasih diucapkan kepada semua rakan rakan yang sudi menjengah ke blog ni.

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang larangan yang tercabar. Fokus utamanya pada penggunaan telefon bimbit la. Maklum la sekarang ni boleh kata setiap individu memiliki satu telefon bimbit seorang. Mungkin jugak ada yang memiliki dua tiga bijik sekali. Sampaikan budak sekolah rendah pun ada telefon bimbit.


Kalau kita beli telefon baru la kan, yang masih harum dalam kotak tu selalunya apa yang kita belek terlebih dulu ? Aksesori sedia ada tu ? Telefon tu sendiri ? Atau buku manualnya ?

Aku percaya mesti ramai antara kita ni yang sering mengabaikan buku panduan tu untuk dibaca. Ala, bukan susah pun nak mengendalikan telefon bimbit tul tak ? Sedangkan buku panduan kenderaan pun kita tak baca ni pulak buku panduan telefon bimbit tu.


Mungkin kalo kita baca buku panduan tu takut kena gelak dek kawan kawan. Tapi sebenarnya ada hikmah kenapa pengeluar produk telefon bimbit ni mengeluarkan sama buku panduan tu.

Kalau kita belek belek dibahagian muka surat akhir, biasanya terdapat beberapa panduan penggunaan telefon bimbit yang baru kita beli tu. Antaranya seperti larangan menggunakan telefon bimbit tu di beberapa tempat.

Tapi manusia ni memang suka mencabar larangan apa pun. Tu la sebabnya tak nak baca buku panduan sampai khatam. Berapa ramai pengguna telefon bimbit yang kita tengok menggunakan telefon bimbit tu sambil memandu ?


Sedangkan dalam buku panduan tu dah terang terangan lagi bersuluh bagitau kalo nak menggunakan telefon bimbit sambil memandu, gunakan la alat bebas tangan yang disediakan tu.

Lepas tu pulak bukan je larangan yang terdapat dalam buku panduan tu dicabar, malah larangan yang terdapat di tempat tempat yang tak digalakkan menggunakan telefon bimbit pun dicabar jugak. Contohnya seperti di stesen minyak ketika hendak mengisi minyak kenderaan.


Mungkin sebab tak pernah dengar lagi berita tentang stesen minyak meletup disebabkan penggunaan telefon bimbit kot tu sebab buat tak kesah je. Mungkin jugak nak jadi manusia pertama berjaya meletupkan stesen minyak sebab menggunakan telefon bimbit ketika mengisi minyak kenderaan.

Lagi satu tempat yang boleh kata mandatori tak boleh menggunakan telefon bimbit ni cam kat hospital. Kalau dalam buku panduan tu cakap, penggunaan telefon bimbit memungkinkan mengganggu peralatan hospital.


Tapi aku tengok larangan yang diorang pampang dekat dinding dinding hospital tu macam hiasan je. Kakitangan hospital pun seronok mencabar larangan tu apatah lagi kita yang bukan 24 jam nak duduk kat hospital tu.

Satu lagi yang menjadikan tanda tanya dalam kehidupan aku pasal larangan telefon bimbit ni ketika menaiki kapal terbang. Macam kat hospital tu jugak la. Kononnya boleh menggangu peralatan penerbangan tu.


Kadang kadang aku terasa jugak nak mencabar kesahihan menggunakan telefon bimbit ketika dalam penerbangan boleh mengganggu peralatan kapal terbang tu tapi risau jugak kot kot betul leh nak menghempaskan sebuah kapal terbang hanya dengan menggunakan telefon bimbit susah pulak jadinya.

Yang buat aku hairan tu kalo betul la menggunakan telefon bimbit ketika berada dalam penerbangan, kenapa kalau duduk kelas pertama boleh je guna telefon bimbit ? Tak tau la pulak kot kot ada telefon bimbit terpilih je. Kalo yang murahan cam aku punya je kot yang boleh jatuhkan kapal terbang.

Tapi kemungkinan betul jugak la menggangu sebab aku pernah menggunakan peralatan elektrik digital ketika dalam kapal terbang. Masa tu aku guna kamera digital je. Konon konon nak merakam saat saat kapal terbang tu mendarat. Minit yang pertama menghampiri landasan masih berjalan lancar. Hinggalah saat tayar kapal terbang tu nak mencecah landasan, tiba tiba kamera aku tu terus jem. Paparan LCD kamera tu menjadi gelap hitam. Dan segalanya kehilangan fungsi. 

Mentang mentang la kamera digital aku tu murahan punya. Tapi setelah selamat mendarat tu aku telah berjaya membuat kamera tu kembali berfungsi seperti sediakala dengan mengeluarkan bateri kamera tu dan memasangnya kembali tapi rakaman yang aku rakam tu lansung tak tersimpan. 

50% aku memahami mungkin. Jangan guna peralatan elektronik murahan ketika dalam penerbangan. Samada peralatan elektronik tu bakal menjatuhkan sebijik kapal terbang yang anda naiki atau ianya bakal menjatuhkan jumlah simpanan bank anda untuk membaiki kembali peralatan yang terjejas tu.


25 comments:

  1. info yang amat berguna

    ttg pengunaan alat telekomunikasi di hospital mmg dah jadi macam ala2 trend

    tapi..paling suka info ttg kamera digital semasa menaiki kapal terbang..
    dan tergelak part stetments akhir..menjatuhkan jumlah simpanan..hahahahaah

    ReplyDelete
  2. Hahaha...yang last skali tu best. Mungkin juga akan menjatuhkan air muka :p

    Tapi sekarang ni, tengok bebudak punya hp, mak oi dia punya mahal. Den guna hp murah jek...

    ReplyDelete
  3. yg penting silent handphone time kat surau atau masjid..menganggu wei time org nak solat berkumandang lagu ana rafalli...ces...

    ReplyDelete
  4. aku baca buku panduan kenderaan tauuu..sila percaya.. *angkat 2 2 kening dgn bangganya* heh heh

    lg 1, ang pernah tgk video kebakaran kat stesen minyak due to penggunaan hp x?? ce carik, ce carik, tergamam tgk! tu sbb aku takut nk guna hp kat stesn minyak..amacam, baik tak aku? *muka bangga*

    kih kih kih kih
    ;p

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. sebab 2 la aku xnk naek kpl terbang sebab brng gadget aku sume murah2...

    ReplyDelete
  7. masa kak ati bersalin di hospital putrajaya
    charge hp kat belakang katil tp bila tutup tirailah..sembunyi2

    so, benda baru bljr hari ini
    kalau nk guna hp or camera dlm kpl terbang
    gunalah yang mahal punya

    ^___^

    ReplyDelete
  8. nk share story..kwn abg saya terlupa nk off henpon wktu flight nak berlepas..kesudahnya, 1 flight tu black out..pstu dia dengan slumbernye buat2 dunno dan off henpon tu senyap2..dah delay flight tu disebabkan die tau..huhu~

    p/s : ske ayat last tu "bakal menjatuhkan jumlah simpanan bank anda"..hehe, terbaek!

    ReplyDelete
  9. Citarasa Rinduan :

    mau tak jatuh kalo terpaksa nak beli baru atau nak baiki semula..hehehe

    ReplyDelete
  10. G :

    kalo orang tak nampak atau tokei kedai repair tu tak tanya apesal rosak mungkin boleh diselamatkan lagi la air muka tu dari terjatuh..hehehe..

    tu la pasal..bebudak sekolah pun pakai hempon lebih canggih..sayang tul mak bapak diorang tu kat diorang kan..

    ReplyDelete
  11. man yusoef :

    hehehe..kena lak tengah solat berjemaah ye tak..buat hangin je tak pasal dapat dosa kering maki hamun dalam hati tuan hempon tu..

    ReplyDelete
  12. h A n Y S :

    tahniah kerana ko berjaya membaca buku panduan kenderaan tu..khatam ke tak ?

    OoOOoo..ada ek video stesen minyak terbakar sebab hempon ? Nanti la aku cari..tapi mungkin sebab publisiti tak meluas tu sebab orang wat tak kesah je nak guna hempon kat stesen minyak..

    ReplyDelete
  13. ïêmå å¢klê§ :

    tapi ada cara lain jugak kalo nak naik kapal terbang tu..ko tinggalkan je gejet2 murahan tu kat rumah..hehehe..

    ReplyDelete
  14. Ati Masrif :

    hehehe..masa wife sy bersalin dulu pun sorok sorok je hempon sebab staff tak bagi guna..tapi staff hospital tu selamba je guna hempon..

    ReplyDelete
  15. Surie :

    tul ke ? hehehe..nak cuba jugak la nanti..

    ReplyDelete
  16. btul le..eh, jgn noti nk cuba!kang xpsl delay lak flight tu..

    ReplyDelete
  17. betul la..kalau beli fon baru..mmg jarang nk baca buku manual tu..bila x faham sesngt..bru belek2.. :)

    bab hospital tu....erm..sy pernh tgk 1 cerita jepun..semua doktor dibekalkan dgn 1 fon..kalau ada apa2 hal...mmg direct terus pada doktor2 ni la...dh mcm walkie talkie pun yer gak..

    mcm mana boleh ada larangan mngunakan fon dlm hospital..?

    mungkin.....xnk gangu pesakit..

    kt dlm bank pun..tk boleh guna fon..kalau nk cakap..kena keluar.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    KENAPA SOROKKAN SHOUTBOX

    ReplyDelete
  18. selalu je on phone dalam flight, xde benda pun. hehe..

    ReplyDelete