08 March 2011

mulut

  18 Komen    
label: ,
Salam selasa buat semua rakan pembaca yang sudi menjengah. Alhamdulillah hari ni bandaraya Ipoh sedikit sejuk berikutan hujan yang turun sejak petang semalam membawa sampai ke pagi ni. Ada ke warga Ipoh yang tadah air hujan semalam ? Maklum la bermula jam 10 pagi tadi hingga ke 12 malam nanti beberapa kawasan akan mengalami ketiadaan air berikutan kerja kerja pembersihan yang dilakukan di loji penapisan air Kinta. 

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang mulut. Bukan mulut botol pulak tapi mulut kita manusia ni la. Ada yang bermulut seksi. Ada yang bermulut anggun. Ada jugak yang bermulut berbagai jenis. 


Kita semua sedia maklum tentang penjagaan kebersihan mulut. Ye la, kalo takde mulut kan susah. Nak bercakap pun susah. Nak makan minum pun susah. Pendek kata mulut ni antara organ terpenting jugak la yang harus kita syukuri sebab dari mulut ni jugak la kita dapat merasai macam macam nikmat lebih lebih lagi nikmat makan minum tu.

Sikit punya cantik la Allah ciptakan mulut kita ni. Dengan bibir mungilnya. Gigi tersusun cantik. Lidah yang berkeupayaan untuk merasai berbagai perisa. Kalo nak sebut semua yang ada dan fungsi fungsi yang terdapat dalam mulut ni nanti jadi macam karangan biologi pulak. 

Kebersihan tu dah sememangnya dituntut dalam agama. Dan sudah pasti ada hikmahnya bila sesuatu tu dituntut untuk dilakukan tul tak ? Cam kalo malas nak gosok gigi, hikmahnya pasti gigi tu akan rosak. Bila gigi rosak dan kotor, tu memungkinkan kita menjadi seperti biawak. 


Kenapa boleh jadi macam biawak pulak ? Takkan tak pernah tengok national geography kot ? Biawak tu kan tak pernah gosok gigi. Dah tu pulak kebersihan mulut dia pun lansung tak dijaganya. Sampaikan air liur biawak tu penuh dengan segala bakteria merbahaya. Jadik, kalo ada sesiapa disekeliling kita tu yang malas menjaga kebersihan mulut dia tu maka berhati hatilah dari terkena gigitan mereka tu. Bahaya woo.

Tujuan lain dalam menjaga kebersihan mulut ni jugak supaya penampilan diri tu lebih meyakinkan dan senang diterima oleh orang lain. Apesal pulak ? Aii..kalo mulut tu tak dijaga kebersihannya tambah pulak macam macam yang kita ni makan, bayangkan saja la aroma hasil dari sisa sisa buangan kita tu camne. Lebih kurang camtu je jugak aroma yang menetap dalam mulut yang tak dijaga kebersihan ni.


Tambah pulak kalo yang sedara mara jin. Takkan tak kenal kot siapa sedara mara jin ? Jin kan suka makan asap. Cuma sedara mara jin ni tak la makan asap cuma suka main telan luah asap je. Diri sendiri mungkin la tak terhidu aroma terapi tu. Tapi kalo orang lain yang berdekatan silap haribulan leh muntah hijau dibuatnya.

Banyak cara untuk menjaga kebersihan mulut dan persekitarannya ni. Antaranya menjaga pemakanan, selalu berkumur, menggosok gigi sekurang kurangnya dua kali sehari, bersugi, berhenti merokok, banyak minum air kosong dan memacam la lagi. Tujuannya untuk diri sendiri jugak. 

Kalo nak cakap bab merokok tu kekadang aku hairan jugak. Mungkin diorang tak pernah dengar tentang keutamaan membersihkan mulut sebelum bersolat sebab bila aku nak bersolat jumaat tu selalu nampak ada la sebahagian umat ni sebelum masuk ke masjid duduk lepak lepak dulu kat bawah pokok sambil menghisap rokok.


Diorang mungkin tak tahu bila kita bersolat ni, bila kita mengucapkan bacaan bacaan dalam solat tu para malaikat akan mengiringi bacaan kita tu sangat hampir dengan kita secara berhadapan. Tapi kalo mulut pun beraroma memualkan, jauh je malaikat tu duduk sesilap lansung tak nak join sama.

Tu serba sedikit tentang penjagaan fizikal mulut. Camne pulak dengan rohani mulut tu ? Ye la, kalo kebersihan mulut sentiasa dijaga rapi tapi apa yang keluar dari mulut tu lansung tak dijaga tak guna jugak kan. 


Tak payah nak cakap orang lain, kita sendiri pun kadang kadang ada termengumpat orang, termengata orang, tergosip sana sini, termencarut, termengomel, terlupa nak bersyukur dan macam macam 'ter' lagi la.

Kebersihan yang berbentuk rohani ni pun kena la jugak kita jaga. Baru la sempurna semuanya. Kalo orang cakap mulut cimpanzi tu busuk tak cantik, tapi walaupun mulut dia busuk tak cantik ada ke pernah cimpanzi tu mengucapkan perkataan yang kotor ? Ada ke pernah cimpanzi tu menyakitkan hati cimpanzi lain dengan kata kata ?


Kesimpulannya, jagalah mulut kita ni zahir dan batinnya. Kebersihan zahir tu mungkin mudah dijaga sebab macam macam kemudahan yang ada. Kebersihan batin mulut tu je yang mungkin tak berapa terjaga. Jangan nanti kerana mulut kita ni, akhirnya merana. Bukan je merana kat dunia, silap haribulan sampai ke akhirat pun merana jugak.


18 comments:

  1. kebersihan itu sebahagian drpd iman..hihhi doktor gigi selalu puji gigi aku cantik..heheh

    ReplyDelete
  2. AesyaZealous :

    ko jumpa doktor swasta ke ? kalo swasta, tu saje je ayat dia supaya lain kali ko datang klinik dia lagi..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Yela, sepatutnya jagalah zahir dan batin!, rugi jek kalo zahir cantik, comel. batin .. kelautttt

    ReplyDelete
  4. betul la tu...harapkan luaran je bersih..tp dalaman sebaliknya tk guna juga...

    sbb pulut santan binasa..sbb mulut badan binasa... :)


    jom ke APA KATA HATI pulak,
    TRILOGI CINTA

    ReplyDelete
  5. btul2!jaga mulut luar dan dalam..klau gigi cantik tersusun and mulut harum, tapi perkataan yg keluar tu tak seharum mulut, haru gak!

    p/s : pipoq, surie ade sorg member ni anak dia pun xmo makan..pstu dia bg makan appeton lysin..it helps tau!try la..

    ReplyDelete
  6. baikkk cikguuu...

    tapi ingat
    jangan gosok gigi lepas makan
    tunggu lepas 20 minit wokey..

    baru tau tentang
    mulut biawak tu...takut
    TQVM info in ye ^____^

    ReplyDelete
  7. 2 gamba kat atas tuh ngeri dbuatnye..hu3

    ReplyDelete
  8. "Ipoh yang tadah air hujan semalam ?"

    Haha ingat dulu tadah air hujan nak mandi sebab air kena potong masa tinggal kat Ipoh .

    "Ada ke pernah cimpanzi tu menyakitkan hati cimpanzi lain dengan kata kata ?"

    Kemungkinan besar ada

    ReplyDelete
  9. Yaya :

    hehehe..tul tu..campak je ke laut..

    ReplyDelete
  10. nabilah_2908 :

    kerana mulut juga pulut santan binasa..hehehe..

    ReplyDelete
  11. Surie :

    okay..thanks ye..nanti boleh la cuba bagi..

    ReplyDelete
  12. Ati Masrif :

    20 minit ? wow..misteri tu..
    nanti nak cari sebabnya..

    ReplyDelete
  13. aleen aiden :

    hehehe..kalo jumpa tengah malam camtu nak lari ke tak ?

    ReplyDelete
  14. touya :

    hmm..mungkin juga la..nak kene blajar bahasa cimpanzi ni..

    ReplyDelete