30 April 2011

royal wedding 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan pengunjung yang dikasihi sekalian. Mesti ramai yang dah mengatur banyak program sempena cuti hari pekerja ni kan ? Ada yang pulang ke kampung, ada yang menghadiri majlis perkahwinan, ada jugak yang berkahwin.

Bercakap pasal kahwin, semalam seperti mana yang kita maklum adalah hari perkahwinan diraja antara Putera William dengan Catherine Middleton. Bagi yang melanggan astro tu mungkin ada menyaksikan siaran lansung di rangkaian 707 TLC jam 5 petang semalam. Meriah tul.


Hari ni aku malas sikit nak tulis entri panjang panjang sebab bila bercuti kat rumah ni faham faham je la. 90% masa aku mesti nak layan anak aku tu. Jadik untuk memeriahkan entri blog hari ni, jom kita layan gambar gambar persiapan sebelum perkahwinan diraja antara Putera William dengan Catherine Middleton. Layann..


Jalan menuju ke Wesminster Abbey dihiasi dengan bendera Britain.


Pakaian untuk istiadat disediakan oleh Poole & Co


Kereta pedati yang dinaiki oleh pasangan diraja.


Seluruh bandar juga dihiasi dengan pokok pokok bunga


Setem khas sempena perkahwinan diraja dikeluarkan oleh Royal Mail


Hugo Burnand, jurugambar rasmi dipilih oleh Putera William untuk majlis perkahwinannya.


Syiling khas sempena perkahwinan Putera William dan Catherine 


Fiona Cairns, pereka kek perkahwinan diraja yang terpilih


Kad jemputan perkahwinan untuk para tetamu


Media seluruh dunia juga tak ketinggalan memeriahkan majlis perkahwinan dengan laporan perkembangan semasa sejak dari awal April dulu


'Senjata' dalam persiapan untuk shot terbaik


Antara rakyat Britain yang teruja untuk bersama memeriahkan majlis

Aku rasa cukup je la sampai kat situ je. Tak larat aku nak upload banyak banyak. Nanti kebosanan pulak. Tapi kalau nak mengikuti lagi dengan lebih lanjut, boleh la melawati ke laman rasmi perkahwinan diraja antara Putera William dengan Catherine Middleton ni. 


29 April 2011

rahmat

  2 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan pengunjung. Hari ni merupakan hari yang bersejarah bagi seluruh rakyat di Britain kerana hari ni berlansungnya majlis perkahwinan diraja antara Putera William dan Kate Middleton. Pandai pulak diorang pilih hari jumaat yang mulia ni untuk melansungkan hari bahagia. Cuma orang kita je yang tak berapa nak nampak keberkatan hari jumaat ni.


Pagi ni cuaca kat Ipoh mendung je. Bukan setakat mendung semata mata tapi disusuli dengan hujan yang turun mencurah sepanjang perjalanan ke tempat kerja tadi. Sehinggakan waktu aku menaip entri ni pun hujan masih lagi turun membuatkan suasana yang sangat menyegarkan. Sejuk je hari ni.

Alhamdulillah bersyukur negara kita ni bagaikan cukup segalanya. Semuanya adalah rahmat Allah jua la. Kadang kadang tu ada jugak yang merungut bila hujan turun camni. Jangan begitu saudara, nanti kalo Allah tarik balik rahmat yang dikurniakan ni camne ? 

Mungkin bagi kita yang tak menyukai hujan ni bagaikan satu bala, tapi bagi orang lain ianya bagaikan satu pemberian yang tak terhingga. Penoreh getah walaupun tak dapat pergi menoreh, bukan maksudnya Allah sekat rezeki harian kita tu. Mungkin ini masanya untuk kita meluangkan sedikit masa menambahkan ibadat kita dengan membaca Quran ke, berzikir ke, atau mungkin Allah sengaja nak bagi kita berehat sebentar.

Para petani juga sekurang kurangnya dapat menjimatkan sedikit tenaga dan sumber air untuk menyiram tanaman. Kadang kadang, bila hujan camni jugak la baru dapat berkumpul keluarga bila masing masing tak dapat nak keluar. Cuma kita je yang selalunya tak nampak rahmat yang dibagi ni.


Cuba kalau Allah sekat hujan ni dari turun kat negara kita ? Sampai jadi kemarau seluruh negara. Mungkin sebab kita tak pernah mengalami musim kemarau yang teruk macam negara yang lain tu maka kita tak berasa apa apa. 

Namun begitu, walaupun negara lain tu ada yang tak turun turun hujannya tak bererti tiada rahmat Allah untuk mereka. Setiap apa yang Allah ciptakan semuanya tidak sia sia. Kalau yang buruk pada pandangan mata kita, mungkin supaya untuk menjadi pengajaran bagi kita yang berfikir. 

Bersyukurlah. Hujan pun rezeki jugak. Tak baik merungut pada ciptaan Allah ni. Siapa la kita ni nak membangkang. Moga kita yang sentiasa bersyukur ni menjadi hamba Nya yang diredhoi dan dikasihi Nya. 


28 April 2011

T L D M

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan pengunjung yang dikasihi. Semalam adalah hari ulangtahun ke 77 bagi warga Tentera Laut Di Raja Malaysia. Selamat ulangtahun diucapkan buat yang berkenaan. 


Sebagai rakyat negara Malaysia, aku menumpang bangga dengan barisan pertahanan negara ni jugak. Walaupun jarang jarang kita dengar tentang operasi TLDM ni tapi tanpa mereka yang sedia berkorban dan berkhidmat untuk negara tercinta kita ni.


Di pangkalan TLDM Lumut semalam, upacara ulangtahun ni disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut,  Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Haji Jaafar yang menyempurnakan pengambilan tabik hormat Istiadat Perbarisan Hari Ulangtahun TLDM ke 77 yang bertempat di Padang Kawad KD Pelandok.


Manakala di Kota Kinabalu pulak, Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) yang berpangkalan di Teluk Sepanggar bersama sama dengan Markas Angkatan Kapal Selam berpadu memeriahkan hari ulangtahun ni dengan perbarisan yang diadakan di Padang Kawad KD Sri Kota Kinabalu, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. 


Dalam usia mencecah 77 tahun ni, mungkin tak banyak kisah yang kita dengar pasal TLDM ni. Tapi tanpa armada TLDM ni yang menjaga dan memantau perairan negara, silap silap asyik kena ceroboh aje la negara kita ni.


Tapi kehebatan anggota warga TLDM ni tak boleh jugak dipandang rendah. Macam kes lanun Somalia yang menyerang kapal milik negara kita beberapa bulan lepas tu pun mereka ni jugak la yang menjadi hero menyelamatkan dan mematahkan ancaman lanun tu.


Tapi sedih jugak bila mendengar dalam berita semalam tentang bujet yang diberikan kepada TLDM ni tak la sebegitu banyak untuk memperkasakan lagi barisan armada laut negara kita ni. Walaupun armada laut negara kita ni dah memiliki kapal selam, mungkin perlu diperkukuhkan dengan kapal pengangkut pulak. 

Macam lelebih pulak aku ni. Apa pun, semoga pasukan TLDM negara kita akan terus maju dan jadi yang terbaik di mata dunia. Kalau ada yang berminat untuk menyertai TLDM, pengambilan perajurit muda TLDM sudah mula dibuka. Nak tahu lebih lanjut, boleh la klik kat SINI.

27 April 2011

lupa diri

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu buat semua rakan pengunjung yang dihormati. Berapa hari je lagi ni dah nak menyambut hari pekerja pulak. Mungkin ada yang ambik kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing masing sempena cuti ni nanti.


Bagus jugak kalau sesekali pulang ke kampung bersama keluarga. Dapat jugak serba sedikit nak memperkenalkan anak anak kepada kehidupan kat kampung. Kalau yang takde anak tu pulak, bawak la kawan kawan yang tak pernah ada kampung tu untuk merasa camne kehidupan kat kampung tu.


Berbanding dengan tahun 80-an dulu, kebanjiran penduduk di bandar masih tidak sepadat macam sekarang ni. Anak anak muda masih mengusahakan pekerjaan di kampung dan menjalani kehidupan kampung. Cuma awal 90-an membawa perubahan besar apabila ramai belia belia dari kampung bermigrasi ke bandar untuk mencari perkerjaan dan memenuhi keperluan tenaga kerja yang semakin meluas.

Sejak dari tu, kampung terus menjadi kawasan terpencil dan kurang tumpuan. Kebanyakan generasi mendatang pun semuanya lahir di bandar bandar dan membesar di bandar yang penuh dengan arus kemodenan.


Masa aku belajar dulu ada sorang kawan aku ni pernah bagitau dia tak pernah tengok pokok padi secara alami. Sikit lagi aku nak tergelak sampai terkentut kentut sebab aku rasa kelakar betul la kalau tak kenal pokok padi tu camne. 


Tapi lepas tu bila aku pikir pikirkan balik, kawan aku tu membesar kat bandar jadi tak hairan sangat la kalo reti makan nasik je tapi tak tau asal mane nasik tu. Masa tu baru la aku rasa beruntungnya aku ni sebab walaupun lahir di bandar tapi aku sempat jugak membesar dalam kehidupan kampung.

Memang masa aku duduk kat bandar dulu tu pokok getah, pokok padi, pokok kelapa sawit, lembu, kerbau, kambing ape semua yang ada kat kampung tu lansung aku tak kenal. Kalau kenal pun sikit sikit je la tu pun sekadar tengok dalam gambar.


Bila keluarga aku berpindah ke Perak ni baru la aku kenal semua tu secara peribadi. Boleh bersua muka dengan segala haiwan dan tumbuhan yang dulunya asing bagi aku. Baru la merasa camne seksanya bergelut dengan nyamuk masa ikut tolong arwah nenek aku kat kebun getah dia. Baru la bermandikan lumpur dan peluh membantu di sawah padi.


Dan kebetulan bapak aku pulak ada sebidang kebun kelapa sawit baru la aku tau dari mana datangnya minyak masak tu. Kalau tak dan kalau bukan sebab keluarga aku berpindah ke Perak dan menjalani kehidupan kampung mungkin aku takkan kenal semua tu. 


Aku ingat lagi jiran aku dulu ada bela beberapa ekor lembu. Masa tu aku rasa jakun betul bila dapat tengok lembu depan mata sendiri. Perasaan teruja bertambah tambah bila aku dibagi peluang untuk memegang lembu tu pulak.

Generasi sekarang ni macam mana pulak ? Entah entah ayam pun tak kenal. Dan yang lebih malang pulak tu bila yang mana asalnya dari kampung bila berhijrah ke bandar, lansung lupa diri yang asalnya diri tu dari kampung.

Tak salah pun nak menikmati kemodenan dalam kehidupan tapi yang penting kita kena sentiasa ingat asal usul kita. Jangan sesekali berasa malu untuk mengaku kita ni dulu budak kampung yang berselut seluruh badan sebab cari ikan kat dalam parit.

26 April 2011

telur masin

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan kepada semua rakan pengunjung. Apa cerita hari ni ? Isu pelakon video seks yang jadi bualan di sidang parlimen ? Isu pilihanraya Singapura ? Isu kes penemuan 10 jari di stesen komuter ? Isu perkahwinan diraja antara Putera William dan Kate Middelton ?

Apa pun ceritanya, menu untuk makan tengahari hari ni ialah kari daging, telur masin dan sambal belacan ulam timun. Cuma untuk entri ni aku nak berkongsi pasal telur masin.


Apa yang kita kebanyakkannya tau pasal telur masin ni, ianya diperbuat dari telur itik yang diperamkan dengan cara tertentu samada melalui proses rendaman atau balutan. Dan yang paling kita tau, makan je telur masin tu.

Apa kata sekali sekala kita cuba buat sendiri pulak telur masin ni ? Cam yang aku bagitau tadi prosesnya ada dua jenis. Kalau nak buat yang proses rendaman ni senang je. 


Cara rendaman ni mula mula kena bersihkan dulu telur itik yang nak dijadikan telur masin tu, kemudian jemurkan dulu dalam masa lebih kurang tiga jam untuk mengurangkan kadar kelembapan yang ada dalam telur tu.

Kemudian rendamkan telur tu tadi dalam air bancuhan garam tepu. Maknanya air garam tu kena betul betul tepu la. Rendam dan tutup bekas rendaman tu rapat rapat. Paling cepat dalam 15 hari dah boleh direbus dan dimakan. 

Kalau cara balutan pulak, banyak sikit la bahan yang nak kena disediakan. Antaranya tanah liat, garam dan sekam padi. 


Mula mula sekali tanah liat tu hendaklah dihancurkan sehalus halusnya dulu dan kemudiannya ditapis untuk mengasingkan benda benda asing dari tanah liat tu.


Kemudian pulak, gaulkan tanah liat yang dah ditapis tu tadi dengan garam dan air. Kalau boleh, proses nak buat telur masin ni biar la kat luar rumah ye sebab nanti kotor pulak dapur tu dengan tanah liat. 


Lepas tu balutkan atau kepalkan tanah liat yang dah digaul dengan garam dan dibancuh dengan air tu pada telur itik yang dibasuh bersih. Tahap ketebalan tanah liat yang dikepalkan tu terpulang pada diri masing masing la. Tapi jangan pulak terlalu nipis atau terlalu tebal sangat.


Proses terakhir sekali, golekkan telur yang dah dikepalkan dengan tanah liat tu tadi pada sekam padi. Apesal sekam padi tu warna hitam macam arang ? Sebab sekam padi tu adalah sekam yang telah dibakar, sebab tu warna dia hitam macam arang. Lepas dah bergolek rata telur tu tadi, boleh la disimpankan selama beberapa hari sebelum boleh dimakan. 

Apa beza telur masin rendam dengan kepal ni ? Bagi aku la, telur masin yang kepal ni lebih sedap dari yang rendaman punya sebab bila lagi lama disimpan, kuning telur tu akan lebih jadi macam berminyak bila direbus, tak macam yang rendaman punya. 

Itu je untuk entri hari ni. Selamat mencuba dan menikmati telur masin buatan sendiri. 


25 April 2011

boleh jawab ?

  12 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung dengan harapan semuanya berada dalam keadaan sihat dan bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab masing masing tak kira la samada yang berkerja atau yang menuntut ilmu.


Kalau tengok tajuk entri hari ni macam untuk pengunjung lelaki je pulak. Tapi tak semestinya yang perempuan tak leh nak baca. Sekadar berkongsi minda bersama tak salah pun ye tak ? 

Bukak minda luas luas supaya lebih mudah untuk memahami dan mengerti setiap baris kata yang tersirat dan tersurat baru la minda kita ni tak menuju ke arah negatif je. 


Dua hari yang lepas aku terperasan ada satu iklan yang berunsur macam dalam gambar kat atas ni disangkutkan kat papan tanda arah masuk ke taman perumahan aku tu. Segan pulak aku nak pegi ambik gambar iklan tu nanti orang ingat aku berkenan pulak dengan iklan tu. Hehehe..

Perkara pertama yang berputar dalam minda aku bila terpandang iklan camtu ialah adakah kaum lelaki kat Malaysia ni semakin kurang berkualiti sehinggakan iklan produk produk camni berleluasa bersaing dengan iklan along.


Memang tak dinafikan jugak la mungkin ada yang bermasalah kelakian ni tapi kemalu maluan kalau nak pergi berjumpa dengan doktor pakar yang lebih bertauliah. Jadi penyelesaiannya ialah menghubungi nombor tertera untuk mendapatkan khidmat yang ditawarkan tu tanpa memperdulikan kesan kesan yang mungkin berlaku.


Adakah kerana isu itu jugak menyebabkan berlakunya kes wanita Malaysia memilih untuk membuka mata kepada warga asing ? Kecoh bila wanita Malaysia ikut lelaki Afrika. Ye la, lelaki Malaysia ni apa sangat kualitinya. Merempit tak tentu hala, berperut boroi, tak romantik. Tak macam mat Afrika ni. Bertubuh sasa dan romantik macam aku. 


Tu belum lagi kes anak dara Malaysia yang kena bawak lari ke seberang. Kalau tengok rupa paras lebih kurang sama je lelaki seberang tu ngan lelaki Malaysia ni. Tapi mungkin sebab lelaki seberang tu rajin berkerja, bersopan santun dan penyayang tak macam lelaki Malaysia yang pemalas, asyik nak kerja mudah je. Meragut la, merompak la. 

Adakah kerana lelaki Malaysia tak berkualiti dari segala segi samada zahirnya ataupun batinnya ? Lelaki Malaysia, boleh jawab ?


24 April 2011

bunshinsaba

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari ahad buat rakan rakan pengunjung. Apa aktiviti hari ni ? Bersantai bersama keluarga di taman atau hanya menghabiskan hujung minggu kat rumah je layan siaran TV ? Walau apa pun yang dilakukan, selamat menikmati cuti hujung minggu.


Malam tadi seperti biasa adalah malam seram buat aku sekeluarga. Bukan la kehidupan kami dihantui makhluk menyeramkan tu kat rumah tapi dengan melayan filem seram di Youtube. 

Filem pilihan malam tadi setelah dinilaikan oleh aku dan wifey, kami memilih filem terbitan dari Korea yang bertajuk Bunshinsaba. Filem arahan Ahn Byeong-ki pada tahun 2004 ni yang dilakonkan oleh Kim Gyu-ri, Choi Jeong-yun, Lee Se-eun, Lee Yu-ri dan Lee Yoo-ri sebagai watak utama dalam filem seram ni.


Bunshinsaba ni bermaksud Ouija board atau lebih mudah nak faham yang bebudak sekolah suka main guna duit syiling tu pehtu ntah tulis ape kebenda pehtu seru roh orang yang dah mati untuk ikut arahan orang yang main benda tu.

Cerita ni mengisahkan tentang Yoo-Jin yang baru berpindah sekolah dari Seoul bersama dua rakannya yang sentiasa menjadi mangsa buli oleh pelajar samseng kat sekolah baru diorang tu.


Sebab dah tak tahan asyik kena buli je lalu diorang bertekad nak membalas dendam secara halus menggunakan sumpahan bunshinsaba tu. Diorang pun tulis la nama nama pembuli diorang tu kat atas kertas dan meneruskan projek sumpahan bunshinsaba tu. 

Sebelum memulakan pemujaan tu, budak Yoo-Jin ni dah bagitau kat kawan dia yang dua orang tu supaya walau apa pun yang berlaku masa pemujaan tu jangan sesekali bukak mata sampai la pemujaan tu selesai. 

Tak disangka pulak pemujaan yang diorang buat tu menjadi. Atas rasa ingin tahu sangat, budak Yoo-jin ni bukak mata pulak nak tengok apa yang ada. Dan bermula la keseraman filem ni dimana dia nampak satu susuk tubuh perempuan berambut panjang rebonding dengan wajah yang pucat disisinya.


Nak dijadikan cerita lagi, sumpahan bunshinsaba yang diorang lakukan tu pulak benar benar menjadi. Keesokan harinya bila dia pergi ke sekolah didapati salah seorang pembuli tu ditemui mati dengan kepala terbakar di dalam kelas.

Ianya bukan terhenti disitu je. Dengan kehadiran seorang guru seni yang baru pulak menambahkan lagi efek keseraman filem ni bila Yoo-Jin ternampak ada hantu bersama guru seni tu.


Seorang demi seorang pembuli tu ditemui mati dan misteri semakin menjadi misteri. Apa yang tidak disedari sebenarnya Yoo-Jin telah dirasuki oleh roh yang diseru mereka pada malam pemujaan tu.


Setelah beberapa usaha untuk menghentikan kejadian yang berlaku, baru la diorang dapat tahu bahawa roh yang merasuki tubuh Yoo-Jin tu adalah milik seorang bekas pelajar sekolah tu jugak yang dikenali sebagai Kim In-sook 30 tahun yang lampau dimana In-sook ni telah mati dibunuh oleh penduduk tempat tu bersama dengan ibunya yang dituduh sebagai ahli sihir.


Ala ala filem Hantu Kak Limah balik rumah jugak, penduduk tempat tu beramai ramai bertindak membakor rumah kediaman ibu si In-sook ni selepas In-sook sendiri mati akibat dibakor oleh rakan rakan sekolahnya. Ketika itulah ibu In-sook ni mengenakan sumpahan ke atas semua yang bertanggungjawab atas kematian diorang tu.


Puncanya hanya kerana penduduk tempat tu merasakan In-sook dan ibunya tu aneh dan pelik. Memang pelik pun sebab In-sook tu sebenarnya buta tapi yang dapat membolehkan dia melihat seperti orang biasa adalah atas kuasa luarbiasa ibu dia tu. 

Agak pening pening jugak la aku nak memahami jalan cerita filem ni dengan cepat sebab bukan satu hantu je yang ada dalam cerita ni tapi dua. Yoo-Jin dihantui oleh In-sook, guru seni tu pulak rupanya dihantui oleh roh ibu In-sook tu. 

Kalau aku nak bagi kadar kecut perut dari lima pengecutan perut secara keseluruhan, aku kasi tiga je la sebab kurang unsur unsur terperanjat dan hantunya kurang beraksi. 

Minggu depan seram apa pulak ? Tungguuu..