12 April 2011

angkat

  15 Komen    
label: , ,
Salam selasa buat semua rakan pembaca dan pengunjung blog ni. Pagi ni cuaca agak baik keadaannya kat Ipoh ni. Hujan pada awal pagi sedikit sebanyak dapat menyejukkan hari yang kepanasan sejak semalam.

Kalau semalam aku berkongsi imbasan zaman waktu persekolahan, hari ni pun aku nak mengimbas lagi masa zaman bersekolah dulu tu. Disebabkan aku dulu menceburi kehidupan budak asrama maka cerita yang aku nak kongsi ni kebanyakannya berkisar tentang apa yang ada kat asrama la.


Kalau nak cerita pasal kehidupan asrama ni memang banyak betul kisahnya. Dari kisah lucu, kisah seram, kisah suka duka, kisah cinta, kisah terlampau dan macam macam lagi la kisah yang boleh nak diterbitkan dari kisah kehidupan asrama ni. Cuma hari ni aku nak berkongsi sikit pasal kisah perhubungan sosial kat asrama. 


Ada satu budaya sosial yang aku rasa sedikit macam mengarut yang biasanya wujud dalam kehidupan asrama ni ialah budaya angkat mengangkat. Abang angkat la, kakak angkat la, adik angkat la. Kekasih angkat tak pasti la pulak ada ke tak.


Aku ni selama zaman persekolahan dulu tergolong dalam golongan viking sekolah. Hehehe..sebab tu aku tak berminat untuk mengkecimpungkan diri dalam bidang sosial angkat mengangkat ni. Tapi kalo tolong angkat kerusi meja kat kelas tu biasa la.

Dari pemerhatian dan kajian yang aku buat sendiri selama menjadi budak asrama, kebanyakan yang terlibat dalam bidang sosial angkat mengangkat ni pulak sangat memilih. Kalau junior bermuka jambu tu pastinya menjadi pilihan. 

Paling aku rasa mengarut berabis tu pulak bila tengok tahap perhubungan antara 'saudara terangkat' ni. Sayang menyayang kekadang tu mengalahkan pasangan bercinta. 


Apa ke benda la yang ada dalam hormon badan diorang tu aku pun tak pasti. Tak tau la pulak kalo sesama adik beradik kandung golongan tu pun diorang semesra camtu. 

Lebih menakutkan dan menggerunkan bila hubungan sosial terangkat ni menjadi hubungan terlampau. Kemesraan yang membawa ke ranjang pulak. Bukan aku nak mereka cerita pulak tapi perkara camni memang pernah berlaku. Kalo tak kat sekolah aku, sekolah asrama korang pun mesti pernah kan ?

Kekadang tu ada jugak yang menggunakan alasan supaya dapat mengulangkaji bersama la, nak jadikan idola la dan memacam lagi. Pada aku walaupun alasan yang digunapakai tu mendorong ke arah positif, tak perlu la sampai nak angkat mengangkat ni ye tak ? 



Memang la bila hidup kat asrama ni hidup bergelumang dengan kawan kawan je. Mak bapak jauh kat rumah. Nak mengadu setiap hari pun tak feeling nak bercakap dalam telefon je. Ada sesetengah tu kekonon bertujuan untuk perlindungan dari dibuli oleh pelajar nakal macam aku

Ada jugak yang bertujuan hina dengan mempergunakan adik adik angkat tu untuk kesenangan hidup. Suruhnya pegi beli makanan kat kantin la, tolong basuhkan baju la, suruh mak antar makanan banyak banyak la supaya dia leh mengecek sama. 

Ada yang terasa ke bila baca entri aku ni ? Ahahaha..nasib la. Aku tak la nak hentam abis. Kalau betul positif tu, boleh terima la. Tapi kalo yang pergi ke arah negatif tu, ape nak jadi la..


15 comments:

  1. nasib kak ati dulu
    asrama perompuan je..hihi

    ReplyDelete
  2. pengalaman asrama..
    memang mendewasakan kita..
    ehehehee

    ReplyDelete
  3. hu3,masa skola asrama alin xde angkat2 nih.tp alin skola menengah harian biasa alin ade abg angkat sorang.sampai skang die da kawen kamii masih lagi berhubung.die pon salu datang rumah jumpa parent alin..hee

    ReplyDelete
  4. even sy tk dok asrama...

    tapi pernh dgr juga cerita2 macma ni..

    ada kes sampai bergaduh sesama sendiri..tuduh org tu nk rampai adik angkat dia la..mcm2...

    hubungan sejenis tu pun ada gak...sedih tau..bila dgr cerita2 nidr budak2 sekolah agama...

    sejauh mana betul..entah la..sy tk mengalaminya.... ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    BLOG REVIEW : LIFE 101

    ReplyDelete
  5. biaq pi die la...
    janji jangan sampai maen angkat2 dah la..
    hihi

    ReplyDelete
  6. cheap jordans for sale, http://www.cheapjordans.us.org/
    camisetas futbol baratas, http://www.futbol-baratas.com/
    ray ban sunglasses, http://www.raybansunglass.com.au/
    celine outlet, http://www.celineoutletus.com/
    supra shoes, http://www.suprashoes.us.com/
    iphone cases, http://www.iphonecase.name/
    ray ban outlet, http://www.raybansunglassesonline.in.net/
    beats headphones, http://www.beats-headphones.in.net/
    cowboys jerseys, http://www.dallascowboysjersey.us/
    north face outlet, http://www.northface-outlet.cc/
    nike roshe, http://www.nikerosherunshoes.co.uk/
    cheap nhl jerseys, http://www.nhljerseys.us.com/
    true religion jeans, http://www.truereligionoutletstore.us.com/
    basketball shoes,basketball sneakers,lebron james shoes,sports shoes,kobe bryant shoes,kobe sneakers,nike basketball shoes,running shoes,mens sport shoes,nike shoes
    cheap oakley sunglasses, http://www.oakleysunglasses-outlet.us.com/
    mcm outlet, http://www.mcm.in.net/
    celine outlet online, http://www.celineoutletus.com/
    oakland raiders jerseys, http://www.oaklandraidersjerseys.us/
    boston celtics jersey, http://www.celticsjersey.com/
    coach outlet online, http://www.coachoutletstores.com.co/
    tods shoes,tods shoes sale,tods sale,tods outlet online,tods outlet store,tods factory outlet
    ugg uk, http://www.cheapuggboots.me.uk/
    oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassesonline.us.com/
    tiffany and co, http://www.tiffanyandco.in.net/
    michael kors outlet online, http://michaelkors.outletonlinestores.us.com/
    2015912caihuali

    ReplyDelete