13 April 2011

aroma tetapi ...

  17 Komen    
label: , , ,
Salam rabu diucapkan kepada semua rakan pengunjung dan pembaca. Hari ni bermula perlahan sikit sebab mata terasa berat. Ntah kenapa malam tadi anak aku meragam lain macam je. Dengan mata dia yang kuyu mengantuk tapi masih jugak lagi nak duduk kat depan melayan TV. Mungkin jugak akibat ketidak-selesaan gusi sebab ada satu gigi geraham baru nak tumbuh keluar.

Hari ni aku nak berkongsi tentang aroma. Bau bauan dan yang sejenis dengannya. Sebelum tu mari la kita bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kita nikmat pancaindera hidung sebagai alat yang sangat hebat penciptaannya bagi kita menjalani kehidupan kat dunia ni.


Sememangnya kita ni sebagai manusia suka kepada yang baik baik je. Baik pada pandangan, baik pada pendengaran, baik pada perasaan dan segalanya mahukan yang baik je. Termasuk la pada bau bauan yang kita serap melalui hidung kita ni.

Siapa yang tak suka pada haruman alam semulajadi ? Bau rumput segar waktu pagi. Bau haruman bunga bunga kat taman. Bau masakan yang enak enak. 

Tapi ada ke yang suka pada bauan yang tak menyenangkan ? Suka menghirup bau sampah. Bau sisa kumbahan. Ekstrim sikit mungkin suka pada bauan najis.


Tapi aku bukan nak berkongsi pasal bauan yang datang dari tempat tempat yang kita boleh jauhi tu. Aku nak berkongsi pasal bauan yang kemungkinan terdapat disekeliling kita dan walaupun kita berusaha untuk menjauhi diri, ianya kekadang tu tak dapat nak dielakkan dari menghampiri.

Sebelum tu aku nak mintak maaf kalo entri ni mungkin akan menghiris mengguris emosi. Bukan aku bermaksud nak menjatuhkan maruah mana mana individu yang terlibat, tapi sebagai perkongsian untuk semua semoga bermanfaat untuk semua orang.

Aku bukan la lelaki metroseksual yang keterlaluan menjaga keterampilan diri. Aku biasa biasa je. Asalkan bersih, segar dan kemas, tu pun dah cukup bagi aku. Selain dari kebersihan, kesegaran dan kekemasan yang aku jaga tu, perkara yang sering kali dititikberatkan adalah aroma tubuh yang keluar dari badan aku sendiri.


Hidung aku ni boleh kata amat sensitif jugak la pada perubahan aroma yang tak menyenangkan. Tambah pulak kalo badan sendiri. Cuma yang menjadi masalahnya bila ianya melibatkan orang lain.

Aku dah berkali kali terjebak dalam konflik aroma ni yang melibatkan aroma ketiak. Bukan ketiak aku tapi ketiak orang lain. Kadang kadang aku rasa macam nak marah pun ada. Kalau duduk bersebelahan baru terhidu aroma menyengat ketiak tu takpe lagi, ni apehal kalo berselisih bahu pun rasa nak tercabut paru paru menyedut aroma yang tak sepatutnya tu.


Aku dulu masa kerja kat Kuala Lumpur seringkali jugak la terseksa dengan penyeksaan aroma ni. Bayangkan la kekadang tu aku naik kemudahan transit aliran ringan pada waktu selepas waktu pejabat. Dalam keadaan sesak dengan manusia tu tiba tiba disesakkan pulak dengan aroma celahan ketiak yang kadang kala bergabung penyumbangnya. 

Tu kalau ketiak. Selain aroma ketiak tu, ada satu lagi yang aku tak leh nak tahan. Kaki berbau maut. Kalau terhidu aroma kaki ni kekadang tu nak telan air liur pun rasa tak lalu dibuatnya. 


Dua tiga kali jugak aku pernah mengalami peristiwa menyeksakan ni. Selalunya bila dalam kenderaan awam. Dalam bas ekspres, dalam keretapi, dalam kapal terbang. Memang la seronok dapat melegakan kaki yang tersepit dalam kasut setelah duduk selesa tu. Tapi yang tak seronoknya tu bila aroma yang keluar dari kaki tu mengganggu gugat ketenangan orang lain.

Aku pun hairan jugak. Apa yang diorang fikir ? Atau semua tu dah sebati dalam kehidupan seharian diorang ? Camne pulak orang orang sekeliling yang berhampiran ? Dah sebati jugak ke dengan aroma yang aku maksudkan tu ? Atau malu nak tegur ? 


17 comments:

  1. kdg2 bau2 yg x menyenangkan dr bdn kita akan membuatkan kita ilang kawan...jdi,kebersihan haruslah dijaga..:))

    ReplyDelete
  2. biasanya bnda2 ni agak sensitif tuk di tegur...yr la risau kalau org yg kita tegur tu kecik hati..

    kdg2..kita tak boleh bau badan kita sendiri...so kita tak tau...

    dua2 belah pihak kena main peranan..

    si penegur..kena tegur dgn cara yg baik...

    si penerima pun kena la terima teguran dgn cara baik.positif...yer la kita tegur tuk kebaikan dia jga... ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    BLOG REVIEW : LIFE 101

    ReplyDelete
  3. Lagi satu tak suka bau aroma mulut yg xbest!org2 tu tak perasan ke ek?

    Emm..klau aroma ketiak selalu berlaku bila naik komuter, bus or lrt la..

    Benda ni bleh berlaku kat sape2 je..so, selalu la jaga kebersihan diri ye kwn2..kebersihan itu separuh daripada iman =)

    ReplyDelete
  4. tp kan,aku ada dgr pasal isteri yg suka bau bauan ketiak suami nya, lg2 time blk koje, siyes aku ada dgr! kat hot fm! isteri ang gitu x? *pengsan*
    hek hek hek~

    ReplyDelete
  5. kite penah bau kaki dalam wayang..

    eeeiii.. terbantut mood nk tgk cite ranggo..

    ntah kaki sape tah...

    ReplyDelete
  6. dlm wyg selalu! wekk.. dlm train lagi laa! dgn warga asing yg bau macam2..huhu

    thanks komen kat blog gua. panjang lebar. excited benor nmpknye..heheh

    ReplyDelete
  7. kadang2 bau tu yang membuatkan hati tertawan..
    eheheheee

    ReplyDelete
  8. sabrina :

    hehehe..jangan kata ilang kawan je..ilang lawan pun boleh gak..

    ReplyDelete
  9. nabilah_2908 :

    camne ye nak tegur ? hehehe

    ReplyDelete
  10. Surie :

    tul tu..kebersihan tu menunjukkan tahap keimanan jugak..

    ReplyDelete
  11. h A n Y S :

    aku wangi weh..memang ada aku dengor gak camtu..tapi aku tak terlibat camtu la..kalo ketiak sendiri pun tak lalu nak cium kalo busuk ni pulak nak kasik orang lain cium..

    ReplyDelete
  12. cik hani :

    hehehe..dalam wayang pun memang selalu terbau kaki gak..siot tul sape yang kaki berbau tak hingat tu

    ReplyDelete
  13. AesyaZealous :

    hahaha..kalo warga asing ni terutamanya abang abang bangalore tu dan seangkatannya memang beraroma sket..diorang kuat makan bawang owh..

    ReplyDelete
  14. ïêmå å¢klê§ :

    pemakanan pun kena jaga gak woo..

    ReplyDelete
  15. mie :

    kalo harum takpe gak bro..hehehe..

    ReplyDelete