16 April 2011

bila Azzaira Qistina demam ...

  11 Komen    
label: , ,
Salam sabtu buat semua rakan rakan pengunjung. Alhamdulillah pagi ni cuaca kat Ipoh ni baik baik saja. Kenderaan pun tak banyak pagi tadi masa aku nak pergi kerja. Mungkin ramai yang ambik kesempatan pulang ke kampung sempena cuti umum negeri Perak hari selasa ni.

Buat penduduk negeri Sarawak pulak diucapkan selamat mengundi dan menjalankan amanah sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang akan memimpin kelak. Apa pun keputusannya nanti, bagi yang menang tu pikul la amanah yang dipertanggungjawabkan tu dengan sejujur dan setulus mungkin.

Siapa pulak Azzaira Qistina yang demam tu ? Selebriti tanah air atau antarabangsa ke ? 


Ni la dia budaknya yang bernama Azzaira Qistina. Siapa lagi kalau bukan anak manja aku tu. Kesian tul tiba tiba lepas balik dari klinik semalam terus demam selsema pulak.

Mungkin sebab terlebih makan aiskrim ditambah pulak dengan cuaca yang tak begitu menentu sangat kat Ipoh ni. Masa aku balik dari kerja semalam tengok tengok dah bertampal dahinya dengan cool fever tu.


Oleh kerana ketidak selesaan lobang hidung yang sentiasa mengalirkan hingus tu maka kurang la sikit tahap keligatannya. Kalau tak biasanya bila aku ada kat rumah memang jadi macam tongkang pecah je. Mana taknya, kalo dengan mama dia memang dia tak berani nak keluarkan semua mainan dia pehtu tabur semuanya kat ruang tamu tu. Tapi bila papa dia balik, macam dapat lesen besar je.

Masa nak tidur malam tadi pun kesian jugak aku perhatikan sebab kesukaran nak bernafas melalui hidungnya yang tersumbat tu. Golek sana tak selesa. Golek sini tak selesa. Tambah lagi kesian kat wifey aku sebab kerap pulak dia menyusu badan malam tadi tu. 

Ya, budak besar ni masih lagi menyusu badan dengan mama dia. Aku pun heran gak anak aku ni. Tak reti reti nak berenti. Umur dah dua tahun setengah tapi masih lagi nak mengorat wifey aku mintak nenen. 


Pagi tadi sebelum aku pergi kerja sempat jugak aku periksa suhu badan dia. Alhamdulillah kurang sikit panasnya. Harap harap menjelang petang nanti dah sihat sepenuhnya. Kalau dah sihat baru la boleh aku bawak pegi main kat taman sebab hari isnin ngan selasa ni papa dia cuti kerja. Kalau dia tau aku ada cuti ni mesti cepat je sembuh tu. Hehehe..

11 comments:

  1. baru dpt komen..
    td masuk tak leh nk komen..hairan?

    semoga qistina cepat semboh ye..

    pipoq ada beli ubat demam
    yg sumbat vontot tak?
    tu bagus kalau utk time panas sgt
    cepat berpeluh tau dan
    elok utk mlm2 kan tgh tido
    tau2 dah panas...senang sumbat je

    kak ati selalu guna tu
    utk mlm dan jalan2
    kakak kita yg ajar ..jgn risau
    coz dia doktor :)

    cuba ye...sian budak kalau panas sgt!

    ReplyDelete
  2. Ati Masrif :

    insyaAllah kalau keadaan dia tak kebah kebah lagi leh cuba..

    thanks bagitau psl ubat tu..

    ReplyDelete
  3. sedap nama dia...nama manja kat rumah mama & papa panggil apa..? :)

    kesian dia demam...xpe la tu..demam nak besar....moga cepat sembuh..!! (^_^)V

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    SYURGA

    ReplyDelete
  4. macam2 reaksi ada..
    kadang seronok tengok gelagat dari kecil hingga besar..
    eehheee

    ReplyDelete
  5. moga Qis cepat sembuh...kesian kat lu bro kena 'bersaing nenen' dengan anak...har har har...ops 18sx la plak...

    ReplyDelete
  6. ala kesiannya..
    xleh nak lompat2..
    moga adik cepat sembuh erk...

    ReplyDelete
  7. moga qistina cepat sembuh. comel anak hang :)

    ReplyDelete
  8. harap dah sembuh hari ni ya..boleh kembali bermain.

    ReplyDelete
  9. Anak saya demam dan selsema. Rasanya musimlah

    ReplyDelete