25 April 2011

boleh jawab ?

  12 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung dengan harapan semuanya berada dalam keadaan sihat dan bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab masing masing tak kira la samada yang berkerja atau yang menuntut ilmu.


Kalau tengok tajuk entri hari ni macam untuk pengunjung lelaki je pulak. Tapi tak semestinya yang perempuan tak leh nak baca. Sekadar berkongsi minda bersama tak salah pun ye tak ? 

Bukak minda luas luas supaya lebih mudah untuk memahami dan mengerti setiap baris kata yang tersirat dan tersurat baru la minda kita ni tak menuju ke arah negatif je. 


Dua hari yang lepas aku terperasan ada satu iklan yang berunsur macam dalam gambar kat atas ni disangkutkan kat papan tanda arah masuk ke taman perumahan aku tu. Segan pulak aku nak pegi ambik gambar iklan tu nanti orang ingat aku berkenan pulak dengan iklan tu. Hehehe..

Perkara pertama yang berputar dalam minda aku bila terpandang iklan camtu ialah adakah kaum lelaki kat Malaysia ni semakin kurang berkualiti sehinggakan iklan produk produk camni berleluasa bersaing dengan iklan along.


Memang tak dinafikan jugak la mungkin ada yang bermasalah kelakian ni tapi kemalu maluan kalau nak pergi berjumpa dengan doktor pakar yang lebih bertauliah. Jadi penyelesaiannya ialah menghubungi nombor tertera untuk mendapatkan khidmat yang ditawarkan tu tanpa memperdulikan kesan kesan yang mungkin berlaku.


Adakah kerana isu itu jugak menyebabkan berlakunya kes wanita Malaysia memilih untuk membuka mata kepada warga asing ? Kecoh bila wanita Malaysia ikut lelaki Afrika. Ye la, lelaki Malaysia ni apa sangat kualitinya. Merempit tak tentu hala, berperut boroi, tak romantik. Tak macam mat Afrika ni. Bertubuh sasa dan romantik macam aku. 


Tu belum lagi kes anak dara Malaysia yang kena bawak lari ke seberang. Kalau tengok rupa paras lebih kurang sama je lelaki seberang tu ngan lelaki Malaysia ni. Tapi mungkin sebab lelaki seberang tu rajin berkerja, bersopan santun dan penyayang tak macam lelaki Malaysia yang pemalas, asyik nak kerja mudah je. Meragut la, merompak la. 

Adakah kerana lelaki Malaysia tak berkualiti dari segala segi samada zahirnya ataupun batinnya ? Lelaki Malaysia, boleh jawab ?


12 comments:

  1. ini soalan yang agak sukar. ada talian hayat? ;)


    My latest entry : Jersey Terbaru Chelsea Musim 2011/2012

    ReplyDelete
  2. HAHA...aku pon tergelak ok tiap kali nmpk iklan mcm ni...aku confuse, ko ni lelaki Malaysia ke ape?? Hahahhaa

    ReplyDelete
  3. shaffique :

    hahaha..talian hayat tak disediakan untuk soalan tu..

    ReplyDelete
  4. man yusoef :

    eh..bila ko cakap baru aku perasan bahawa aku pun lelaki Malaysia..tapi yang berkualiti punya la..ahahaha

    ReplyDelete
  5. pasal ni no komen :)

    tapi ada 1 ayat buat aku sangsi.
    romantik macam aku !

    nak gelak smpi guling2.boley takk >.<
    betul kew?? nie kena tya bini hang la mcm ni. statement tak tahan den baca

    ReplyDelete
  6. lelaki yg di rasakan berkualiti...dah jadi milik org la pulak..

    sbb tu perempuan zmn skrg..sanggup membujang...

    bagi yg nak kawin tu..sngup rampas/goda suami org...snggup juga hidup bermadu..huhu..

    haih..entah la....moga2 sy tk tergolong dalam golongan perempuan macam ni...huhuhu.....


    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    JAJAN

    ReplyDelete
  7. kalau takat tu bagi kak ati ni
    bukan lah penting sangat
    janji boleh dpt zuriat ...udah

    rasanya wanita dah kahwin dan
    ada anak2 ni taklah pentingkan
    itu semua..janji bertanggung jawab
    terhadapan keluarga dan agama..
    alhamdulillah..cukup sempurna

    ^_________~

    ReplyDelete
  8. fuh!!
    malas nak jawab...
    jawapan hanya untuk yang diperlukan..
    eeheheeee

    ReplyDelete