18 April 2011

curang

  8 Komen    
label: ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan pengunjung yang sudi mengunjungi blog aku ni. Apa cerita yang panas untuk hari ni ? 

Hari ni aku bercuti. Maknanya melepak je kat rumah melayan anak aku yang manja tu. Dan maknanya jugak rumah aku pasti akan bersepah dengan segala permainan dia tu.



Siapa antara kita semua ni yang pernah curang ? Tak baik owh kalo curang curang ni. Terutama kalau dalam perhubungan. Kesian pada orang yang kita curangi tu. Hindarkan la diri dari mencurangi pasangan kita tu.

Tapi aku akui aku pun curang jugak. Beralih arah kepada yang lebih disukai dan diminati. Oops..jangan salah sangka pulak. Aku bukan curang pada pasangan aku. Tapi curang dengan diri sendiri.

Kadang kadang bila aku dok menung sorang sorang, mengenangkan perjalanan hidup yang aku lalui ni rasa cam nak gelak pun ada. Terutama dari peringkat persekolahan hinggalah ke alam pekerjaan ni.

Aku dulu lepas lulus UPSR dengan cemerlang dan gemilang telah ditawarkan ke sekolah berasrama penuh dalam aliran sains. Tapi atas beberapa sebab aku dimasukkan ke sekolah agama berasrama dalam aliran pengajian Al Quran untuk tiga tahun pertama bersekolah menengah.


Kemudian pulak aku bertukar sekolah lagi dan tetap dalam bidang keagamaan jugak. Selepas beberapa siri pengisian rohani dengan jayanya, aku menyambung lagi alam pembelajaran aku masih jugak dalam bidang bersangkutan. 

Setelah berjaya menamatkan pengajian aku selama tiga tahun dengan lulusan diploma, patutnya aku layak untuk menyambung lagi ke tahap seterusnya di asia barat tapi atas beberapa alasan aku terus terjun ke bidang pekerjaan dan dari situ la bermulanya episod kecurangan aku.


Kecurangan pertama aku ialah dengan menceburi bidang profesional sebagai ahli perniagaan yang agak berjaya. Cuma tak jadi tokey je. Tapi tak lama pun aku bercurangan sebegini. Sebabnya aku kepenatan. Malam menghadiri kelas kursus bahasa arab, siangnya pulak bekerja.

Lepas tu aku curang lagi. Kali ni lebih mencabar sikit. Lansung tak pernah aku impikan untuk bercurangan camni. 


Kali ni aku bermain dengan kimia pulak. Memang mengujakan sebenarnya sebab kerja ni memerlukan aku sentiasa menawan beberapa pelabuhan sekitar Malaysia. 

Dalam masa setahun lebih je aku bergelumang dengan pekerjaan ni. Bukan bosan pun. Segalanya aku boleh dapat. Tapi tekanan fizikal yang sangat membebankan dan beberapa sebab yang tak dapat nak dielakkan, aku beralih arah lagi.


Punya la jauh aku menyimpang. Tiba tiba sampai sekarang ni aku bergelumang pulak dengan segala makanan. Dan ini la kecurangan aku yang paling lama. Tapi sebagai pengubat kecurangan tu, aku selitkan jugak la bidang yang sepatutnya aku ceburi cuma melalui gaya lain je.

Bila difikir fikirkan semula, semua tu adalah ketentuan atau qada dan qadar yang dah ditetapkan oleh Allah. Bagi aku, semua yang aku lalui tu rezeki. Rezeki yang bukan semua orang boleh perolehi. Sebab tu, aku selalu mengingatkan diri aku supaya selalu bersyukur dengan apa yang aku perolehi.

Kesimpulannya yang boleh aku simpulkan, curang pada diri sendiri tu tak la teruk sangat. Hehehe..tapi jangan sekali kali curang pada pasangan kita tau.

8 comments:

  1. wah banyak pengalaman ni..tapi semua tu Kentuaan Ilahi..

    ReplyDelete
  2. curang mcm ni takpe En Pipoq...secara tak langsung...banyak peroleh pengalaman.. :)

    sy pun kira curang gak ni...masa sekolah...aliran sains...dek kerana tk bape cantik keputusan SPM..

    kwn2 masuk matrik..sy dpt form 6 jer..tapi bila masuk form 6...dpt tawaran ke aliran sains gak..tp curang masuk ekonomi..belajar akaun..busns study..agak merangkak juga lah..masa belajar tu..sampai la ke U...

    so..di sini la sy...kerja dalam bidang management...

    tp skrg ni bercita2 nak ceburkan diri dalam bidang pendidikan awal kanak2 lak...tak tau mampu dilaksanakan or tak...huhu... :)



    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    LAUK MALAS

    ReplyDelete
  3. ok lah jenis curang yg mcm ni..banyak pengalaman ang dapat, banyaklah pengetahuan yang ang tau..

    ReplyDelete
  4. Ni curang +ve =)

    Best ape diberi peluang utk cuba mcm2 field..ye la, rezeki Allah tu Maha Luas kn?

    So, lepas ni nk try msuk field ape?

    ReplyDelete
  5. Kalau berusaha dan mencari rezeki halal. Insyallah di kurniakan rezeki yang berkat. Bukan senang nak cari keberkatan maklumlah bank dimana gaji kredit oleh Majikan ada timbul syak.

    ReplyDelete
  6. cheap jordans for sale, http://www.cheapjordans.us.org/
    camisetas futbol baratas, http://www.futbol-baratas.com/
    ray ban sunglasses, http://www.raybansunglass.com.au/
    celine outlet, http://www.celineoutletus.com/
    supra shoes, http://www.suprashoes.us.com/
    iphone cases, http://www.iphonecase.name/
    ray ban outlet, http://www.raybansunglassesonline.in.net/
    beats headphones, http://www.beats-headphones.in.net/
    cowboys jerseys, http://www.dallascowboysjersey.us/
    north face outlet, http://www.northface-outlet.cc/
    nike roshe, http://www.nikerosherunshoes.co.uk/
    cheap nhl jerseys, http://www.nhljerseys.us.com/
    true religion jeans, http://www.truereligionoutletstore.us.com/
    basketball shoes,basketball sneakers,lebron james shoes,sports shoes,kobe bryant shoes,kobe sneakers,nike basketball shoes,running shoes,mens sport shoes,nike shoes
    cheap oakley sunglasses, http://www.oakleysunglasses-outlet.us.com/
    mcm outlet, http://www.mcm.in.net/
    celine outlet online, http://www.celineoutletus.com/
    oakland raiders jerseys, http://www.oaklandraidersjerseys.us/
    boston celtics jersey, http://www.celticsjersey.com/
    coach outlet online, http://www.coachoutletstores.com.co/
    tods shoes,tods shoes sale,tods sale,tods outlet online,tods outlet store,tods factory outlet
    ugg uk, http://www.cheapuggboots.me.uk/
    oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassesonline.us.com/
    tiffany and co, http://www.tiffanyandco.in.net/
    michael kors outlet online, http://michaelkors.outletonlinestores.us.com/
    2015912caihuali

    ReplyDelete