08 April 2011

jika kamu bersyukur ...

  18 Komen    
label: , , ,
Salam hari jumaat yang mulia buat semua rakan pembaca. Semoga di hari yang digelar penghulu segala hari ni kita memperbanyakkan amal baik dengan penuh keikhlasan agar dapat menjadi bekalan buat kita di akhirat sana kelak.

Hari ni aku nak berkongsi tentang syukur. Pasti semua pun tahu maksud syukur ni kan ? Pokonya satu je, bersyukur ke atas rezeki yang kita perolehi.


Bila nak berbicara tentang rezeki tu sendiri pun sangat meluas pengertiannya. Rezeki yang Allah kurniakan kepada kita bukan sedikit jumlahnya. Mungkin seringkali kita terlupa dan hanya tertumpu bahawa rezeki tu pada apa yang kita lihat zahirnya je.

Dapat pendapatan lebih, tu je dipandang rezeki. Dapat jemputan makan pun itu dikatakan rezeki. Padahal banyak lagi rezeki yang melimpah ruah yang antara sedar tak sedar kita menikmatinya sepanjang hayat sebab bila keluarnya roh dari jasad baru la dikatakan dah tak de rezeki.


Sesungguhnya setiap rezeki yang kita perolehi dari Allah ni semuanya sudah ditentukan sejak dari awal penciptaan kita lagi. Segalanya sudah ditetapkan. Usia kita adalah rezeki. Tubuh badan kita adalah rezeki. Pancaindera kita adalah rezeki. Udara yang kita hirup setiap hari setiap masa juga adalah rezeki. Dan sememangnya Ar Rahim Allah itu sangat meluas sehinggakan apa juga yang ada sekeliling kita adalah rezeki kurniaan Nya yang wajib kita syukuri setiap masa.


Jika kita hitung segala rezeki yang Allah kurniakan kepada kita selama hayat ni, rasanya tak terhitung lansung. Selalunya kita hanya cepat mengeluh. Mengeluh bila menghadapi masalah kewangan. Mengeluh bila tak dapat nak makan makanan yang enak enak. Mengeluh bila tak cukup itu ini.

Sedangkan dalam masa yang sama kita tak sedar betapa banyaknya rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ni. Dengan hanya diuji dengan sedikit kesusahan dan kesempitan mungkin kerana kita lupa untuk mensyukuri nikmatnya, kita cepat melenting mengeluh lantas marah kepada takdir yang kita lalui.

Mudahan kita sentiasa jadi manusia yang selalu bersyukur. Bukan saja bersyukur ketika diberikan kesenangan tapi tetap juga bersyukur ketika ditimpa kesusahan. Kerana Allah sendiri telah berjanji jika kita bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Nya pasti kita akan dilimpahi lagi dengan rezeki Nya yang kita tak sangka sangka. 


18 comments:

  1. bersyukur dengan segala rahmat dari-NYA..terima kasih Tuhan!!

    gud [email protected]

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,

    sentiasa bersyukur
    dengan segalanya walau
    hidup tidak pun kaya raya :)

    ReplyDelete
  3. sy selalu doa supaya sy dijauhkan dari sifat kufur nikmatNya agar sy sentiasas berasa cukup dan syukur..Thank you Allah =)

    ReplyDelete
  4. Bising juga kalau anak-anak makan tidak habis kerana dari kecil dididik oleh orang tua jangan membazir

    ReplyDelete
  5. semoga kt menjadi hamba yg sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaanNYa...

    ReplyDelete
  6. sama2 lah kita saling syukur mensyukuri..
    ehheheeee

    ReplyDelete
  7. terharu la pula bila tengok gambar yang pertama tu...sebak sungguh :-(

    ReplyDelete
  8. cheap jordans for sale, http://www.cheapjordans.us.org/
    camisetas futbol baratas, http://www.futbol-baratas.com/
    ray ban sunglasses, http://www.raybansunglass.com.au/
    celine outlet, http://www.celineoutletus.com/
    supra shoes, http://www.suprashoes.us.com/
    iphone cases, http://www.iphonecase.name/
    ray ban outlet, http://www.raybansunglassesonline.in.net/
    beats headphones, http://www.beats-headphones.in.net/
    cowboys jerseys, http://www.dallascowboysjersey.us/
    north face outlet, http://www.northface-outlet.cc/
    nike roshe, http://www.nikerosherunshoes.co.uk/
    cheap nhl jerseys, http://www.nhljerseys.us.com/
    true religion jeans, http://www.truereligionoutletstore.us.com/
    basketball shoes,basketball sneakers,lebron james shoes,sports shoes,kobe bryant shoes,kobe sneakers,nike basketball shoes,running shoes,mens sport shoes,nike shoes
    cheap oakley sunglasses, http://www.oakleysunglasses-outlet.us.com/
    mcm outlet, http://www.mcm.in.net/
    celine outlet online, http://www.celineoutletus.com/
    oakland raiders jerseys, http://www.oaklandraidersjerseys.us/
    boston celtics jersey, http://www.celticsjersey.com/
    coach outlet online, http://www.coachoutletstores.com.co/
    tods shoes,tods shoes sale,tods sale,tods outlet online,tods outlet store,tods factory outlet
    ugg uk, http://www.cheapuggboots.me.uk/
    oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassesonline.us.com/
    tiffany and co, http://www.tiffanyandco.in.net/
    michael kors outlet online, http://michaelkors.outletonlinestores.us.com/
    2015912caihuali

    ReplyDelete