21 April 2011

macam macam

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan pengunjung. Cepat sungguh masa berlalu cuma tinggal beberapa hari je lagi dah nak masuk bulan Mei pulak.

Terkini kat Ipoh ni bagi sesiapa yang rasa takde apa nak dibuat tu boleh la mengunjungi karnival minggu saham amanah Malaysia yang kini berlansung kat Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh ni. 


Bermula semalam dan berlanjutan sehingga 26 haribulan April ni. Setelah diperkenalkan oleh permodalan nasional berhad sejak 12 tahun yang lalu, buat julung kalinya minggu saham amanah Malaysia ni diadakan kat Ipoh. Mungkin kerana rakyat negeri Perak ni berada ditangga ke enam dalam Malaysia yang menceburi saham amanah ni maka dengan sambutan pelabur yang menarik ni diadakan minggu saham amanah ni bagi menambahkan lagi jumlah pelabur untuk melabur di jalan yang bersesuaian.

Walaupun petang semalam sebelum majlis perasmian yang dilakukan oleh Y.A.B perdana menteri hujan turun dengan lebatnya kat Ipoh ni tapi majlis tetap jugak berjalan dengan lancar. 

Pagi ni pulak terdengar satu lagi kes tiruan disampaikan oleh penyampai berita kat radio. Kali ni taugeh pulak selepas negara kita digemparkan dengan telur tiruan buatan China baru baru ni.


Macam macam jugak kepakaran negara China ni. Aku sebenarnya agak kagum jugak la dengan teknologi dan kepakaran diorang dalam membuat sesuatu produk ni. Cuma masalahnya kepakaran tu disalahguna pulak.

Macam macam diorang boleh ciplak. Dari perkakasan harian sampai la makanan pun diorang boleh buat yang tiruan punya. Tapi tu la, pikir nak untung je. Kesan penggunaan dan akibatnya lansung tak dipedulikan. 

Kadang kadang tu risau jugak bila pikirkan kebanyakan dari perkakasan yang kita guna setiap hari pun datangnya dari negara China. Walaupun dari jenama antarabangsa, tapi kekadang tu ada jugak terselit beberapa peralatan yang dikeluarkan dari negara China tu. 

Apa pun macam macamnya, sentiasa berwaspada dan rajin membelek sebelum membeli mungkin boleh membuatkan kita lebih yakin tul tak ? Tetikus yang aku guna ni "Made in China", rasa rasa selamat ke tak ? Hehehe..


11 comments:

  1. assalamualaikum,
    teringat sy masa minggu saham yg dibuat di Angsana JB....sy ada masuk acara mengenal logo jenis2 saham. sy dan anak sy mndpt tmpt ptama dgn menerima 2 hamper/2 godies beg dan 2 t.shirt Minggu Saham.
    mmg seronok...masuk gak contest tapi x menang.

    ReplyDelete
  2. w'salam..kali ni pertama kali dibuat kat Perak..semalam hujan lebat pun ramai jugak pengunjung datang..

    ReplyDelete
  3. wah tauge pulak ke???

    aish!

    ni baru tahu ni

    apa nak jadi ni..

    lahanat tul!

    huhu

    ReplyDelete
  4. mr.syazwan :

    baru terdengar dalam berita radio pagi tadi pasal taugeh tiruan dari china ni...

    ReplyDelete
  5. alamak!!
    perak je, nak kena pergi ni..
    ehehehehe

    ReplyDelete
  6. haii..taugeh pun nk tiru

    sayur murah je tu...

    apalah depa ni...

    tirulah daging ke..

    ayam ke.. :P

    ReplyDelete
  7. mie :

    pegi jangan tak pegi..sampai 26 April je tu..

    ReplyDelete
  8. Ati Masrif :

    kemungkinan akan datang tu..hehehe

    ReplyDelete