29 April 2011

rahmat

  2 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan pengunjung. Hari ni merupakan hari yang bersejarah bagi seluruh rakyat di Britain kerana hari ni berlansungnya majlis perkahwinan diraja antara Putera William dan Kate Middleton. Pandai pulak diorang pilih hari jumaat yang mulia ni untuk melansungkan hari bahagia. Cuma orang kita je yang tak berapa nak nampak keberkatan hari jumaat ni.


Pagi ni cuaca kat Ipoh mendung je. Bukan setakat mendung semata mata tapi disusuli dengan hujan yang turun mencurah sepanjang perjalanan ke tempat kerja tadi. Sehinggakan waktu aku menaip entri ni pun hujan masih lagi turun membuatkan suasana yang sangat menyegarkan. Sejuk je hari ni.

Alhamdulillah bersyukur negara kita ni bagaikan cukup segalanya. Semuanya adalah rahmat Allah jua la. Kadang kadang tu ada jugak yang merungut bila hujan turun camni. Jangan begitu saudara, nanti kalo Allah tarik balik rahmat yang dikurniakan ni camne ? 

Mungkin bagi kita yang tak menyukai hujan ni bagaikan satu bala, tapi bagi orang lain ianya bagaikan satu pemberian yang tak terhingga. Penoreh getah walaupun tak dapat pergi menoreh, bukan maksudnya Allah sekat rezeki harian kita tu. Mungkin ini masanya untuk kita meluangkan sedikit masa menambahkan ibadat kita dengan membaca Quran ke, berzikir ke, atau mungkin Allah sengaja nak bagi kita berehat sebentar.

Para petani juga sekurang kurangnya dapat menjimatkan sedikit tenaga dan sumber air untuk menyiram tanaman. Kadang kadang, bila hujan camni jugak la baru dapat berkumpul keluarga bila masing masing tak dapat nak keluar. Cuma kita je yang selalunya tak nampak rahmat yang dibagi ni.


Cuba kalau Allah sekat hujan ni dari turun kat negara kita ? Sampai jadi kemarau seluruh negara. Mungkin sebab kita tak pernah mengalami musim kemarau yang teruk macam negara yang lain tu maka kita tak berasa apa apa. 

Namun begitu, walaupun negara lain tu ada yang tak turun turun hujannya tak bererti tiada rahmat Allah untuk mereka. Setiap apa yang Allah ciptakan semuanya tidak sia sia. Kalau yang buruk pada pandangan mata kita, mungkin supaya untuk menjadi pengajaran bagi kita yang berfikir. 

Bersyukurlah. Hujan pun rezeki jugak. Tak baik merungut pada ciptaan Allah ni. Siapa la kita ni nak membangkang. Moga kita yang sentiasa bersyukur ni menjadi hamba Nya yang diredhoi dan dikasihi Nya. 


2 comments:

  1. semoga negara kita dijauhkan sebarang malapetaka daripadaNya...

    ReplyDelete
  2. Aku suka hujan..lagi2 time malam..lena tidur! =D

    ReplyDelete