28 April 2011

T L D M

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan pengunjung yang dikasihi. Semalam adalah hari ulangtahun ke 77 bagi warga Tentera Laut Di Raja Malaysia. Selamat ulangtahun diucapkan buat yang berkenaan. 


Sebagai rakyat negara Malaysia, aku menumpang bangga dengan barisan pertahanan negara ni jugak. Walaupun jarang jarang kita dengar tentang operasi TLDM ni tapi tanpa mereka yang sedia berkorban dan berkhidmat untuk negara tercinta kita ni.


Di pangkalan TLDM Lumut semalam, upacara ulangtahun ni disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut,  Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Haji Jaafar yang menyempurnakan pengambilan tabik hormat Istiadat Perbarisan Hari Ulangtahun TLDM ke 77 yang bertempat di Padang Kawad KD Pelandok.


Manakala di Kota Kinabalu pulak, Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) yang berpangkalan di Teluk Sepanggar bersama sama dengan Markas Angkatan Kapal Selam berpadu memeriahkan hari ulangtahun ni dengan perbarisan yang diadakan di Padang Kawad KD Sri Kota Kinabalu, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. 


Dalam usia mencecah 77 tahun ni, mungkin tak banyak kisah yang kita dengar pasal TLDM ni. Tapi tanpa armada TLDM ni yang menjaga dan memantau perairan negara, silap silap asyik kena ceroboh aje la negara kita ni.


Tapi kehebatan anggota warga TLDM ni tak boleh jugak dipandang rendah. Macam kes lanun Somalia yang menyerang kapal milik negara kita beberapa bulan lepas tu pun mereka ni jugak la yang menjadi hero menyelamatkan dan mematahkan ancaman lanun tu.


Tapi sedih jugak bila mendengar dalam berita semalam tentang bujet yang diberikan kepada TLDM ni tak la sebegitu banyak untuk memperkasakan lagi barisan armada laut negara kita ni. Walaupun armada laut negara kita ni dah memiliki kapal selam, mungkin perlu diperkukuhkan dengan kapal pengangkut pulak. 

Macam lelebih pulak aku ni. Apa pun, semoga pasukan TLDM negara kita akan terus maju dan jadi yang terbaik di mata dunia. Kalau ada yang berminat untuk menyertai TLDM, pengambilan perajurit muda TLDM sudah mula dibuka. Nak tahu lebih lanjut, boleh la klik kat SINI.

17 comments:

  1. ku suka TENTERA LAUT dari TENTERA DARAT

    TERBAIK DAN TERIMA KASIH PD MEREK KERNA MENJAGA KEAMANAN NEGARA KITA

    ceewah

    =_=

    ReplyDelete
  2. aku minat je nk dari tentera ni..
    tapi nak yg udara..
    boleh balik rumah hari2 naik jet..
    haha

    ReplyDelete
  3. selamat hari tentera laut juga di ucapkan kpd semua tentera2 laut.. :)

    suka juga tgk mereka ni...uniform putih..smart..!! :)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    NASI AYAM GORENG GIANT

    ReplyDelete
  4. hari sbtu yg lepas majalah 3 ada mempaparkan tentang TLDM..menjaga kapal2 kita yg lalu di perairan teluk aden...sering diganggu oleh lanun somalia.

    selamat hari TLDM..semoga TLDM terus berbakti kepada negara.

    ReplyDelete
  5. dulu cita2 nak jadi tentera laut..
    sebab kalo kawen pakai baju serba putih...
    tapi sekarang keje atas laut juga tapi bukan tentera..
    eheheee

    ReplyDelete
  6. yeah,dlm byk2 uniform,sker uniform TLDM yg kaler putih 2,semart!hee
    slamat ulangtahun utk geng2 TLDM.taniah!

    ReplyDelete
  7. cheap jordans for sale, http://www.cheapjordans.us.org/
    camisetas futbol baratas, http://www.futbol-baratas.com/
    ray ban sunglasses, http://www.raybansunglass.com.au/
    celine outlet, http://www.celineoutletus.com/
    supra shoes, http://www.suprashoes.us.com/
    iphone cases, http://www.iphonecase.name/
    ray ban outlet, http://www.raybansunglassesonline.in.net/
    beats headphones, http://www.beats-headphones.in.net/
    cowboys jerseys, http://www.dallascowboysjersey.us/
    north face outlet, http://www.northface-outlet.cc/
    nike roshe, http://www.nikerosherunshoes.co.uk/
    cheap nhl jerseys, http://www.nhljerseys.us.com/
    true religion jeans, http://www.truereligionoutletstore.us.com/
    basketball shoes,basketball sneakers,lebron james shoes,sports shoes,kobe bryant shoes,kobe sneakers,nike basketball shoes,running shoes,mens sport shoes,nike shoes
    cheap oakley sunglasses, http://www.oakleysunglasses-outlet.us.com/
    mcm outlet, http://www.mcm.in.net/
    celine outlet online, http://www.celineoutletus.com/
    oakland raiders jerseys, http://www.oaklandraidersjerseys.us/
    boston celtics jersey, http://www.celticsjersey.com/
    coach outlet online, http://www.coachoutletstores.com.co/
    tods shoes,tods shoes sale,tods sale,tods outlet online,tods outlet store,tods factory outlet
    ugg uk, http://www.cheapuggboots.me.uk/
    oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassesonline.us.com/
    tiffany and co, http://www.tiffanyandco.in.net/
    michael kors outlet online, http://michaelkors.outletonlinestores.us.com/
    2015912caihuali

    ReplyDelete