26 April 2011

telur masin

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan kepada semua rakan pengunjung. Apa cerita hari ni ? Isu pelakon video seks yang jadi bualan di sidang parlimen ? Isu pilihanraya Singapura ? Isu kes penemuan 10 jari di stesen komuter ? Isu perkahwinan diraja antara Putera William dan Kate Middelton ?

Apa pun ceritanya, menu untuk makan tengahari hari ni ialah kari daging, telur masin dan sambal belacan ulam timun. Cuma untuk entri ni aku nak berkongsi pasal telur masin.


Apa yang kita kebanyakkannya tau pasal telur masin ni, ianya diperbuat dari telur itik yang diperamkan dengan cara tertentu samada melalui proses rendaman atau balutan. Dan yang paling kita tau, makan je telur masin tu.

Apa kata sekali sekala kita cuba buat sendiri pulak telur masin ni ? Cam yang aku bagitau tadi prosesnya ada dua jenis. Kalau nak buat yang proses rendaman ni senang je. 


Cara rendaman ni mula mula kena bersihkan dulu telur itik yang nak dijadikan telur masin tu, kemudian jemurkan dulu dalam masa lebih kurang tiga jam untuk mengurangkan kadar kelembapan yang ada dalam telur tu.

Kemudian rendamkan telur tu tadi dalam air bancuhan garam tepu. Maknanya air garam tu kena betul betul tepu la. Rendam dan tutup bekas rendaman tu rapat rapat. Paling cepat dalam 15 hari dah boleh direbus dan dimakan. 

Kalau cara balutan pulak, banyak sikit la bahan yang nak kena disediakan. Antaranya tanah liat, garam dan sekam padi. 


Mula mula sekali tanah liat tu hendaklah dihancurkan sehalus halusnya dulu dan kemudiannya ditapis untuk mengasingkan benda benda asing dari tanah liat tu.


Kemudian pulak, gaulkan tanah liat yang dah ditapis tu tadi dengan garam dan air. Kalau boleh, proses nak buat telur masin ni biar la kat luar rumah ye sebab nanti kotor pulak dapur tu dengan tanah liat. 


Lepas tu balutkan atau kepalkan tanah liat yang dah digaul dengan garam dan dibancuh dengan air tu pada telur itik yang dibasuh bersih. Tahap ketebalan tanah liat yang dikepalkan tu terpulang pada diri masing masing la. Tapi jangan pulak terlalu nipis atau terlalu tebal sangat.


Proses terakhir sekali, golekkan telur yang dah dikepalkan dengan tanah liat tu tadi pada sekam padi. Apesal sekam padi tu warna hitam macam arang ? Sebab sekam padi tu adalah sekam yang telah dibakar, sebab tu warna dia hitam macam arang. Lepas dah bergolek rata telur tu tadi, boleh la disimpankan selama beberapa hari sebelum boleh dimakan. 

Apa beza telur masin rendam dengan kepal ni ? Bagi aku la, telur masin yang kepal ni lebih sedap dari yang rendaman punya sebab bila lagi lama disimpan, kuning telur tu akan lebih jadi macam berminyak bila direbus, tak macam yang rendaman punya. 

Itu je untuk entri hari ni. Selamat mencuba dan menikmati telur masin buatan sendiri. 


16 comments:

  1. no wonder mahal la gak kan

    kerja dia rumit kot

    ku tahu makan je..

    huhu

    ReplyDelete
  2. hanya orang yang sabar
    boleh buat telur masin tu..

    tapi kita suka :)

    ReplyDelete
  3. wah rumit gak, ingat dulu penah makcik cakap buat ngan arang tapi xtahu la camne..

    makan telur asin ngan nasi kerabu sedap tuh hehe

    ReplyDelete
  4. oh...yg hitam tu serkam padi rupanya... ingtkan serbuk arang..huhuhu... ;)


    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    ISUZU D-MAX

    ReplyDelete
  5. makan bubur baru kena dgn telur asin..
    telur asin dari telur itik..tapi itik..ramai yg x suka...knapa ek?

    ReplyDelete
  6. x suka mkn daging itik...:)

    ReplyDelete
  7. mr.syazwan :

    hehehe...sama la kita..tau makan je..tapi dulu arwah mak pernah ajar buat telur masin yang rendam air garam tu..sekarang ni dah belajar wat yang balut tanah liat lak..

    ReplyDelete
  8. Ati Masrif :

    tul tu..kalo buat sikit takpe gak..kalo nak buat banyak tu memang bergelumang tanah liat je..

    ReplyDelete
  9. qemaishak :

    kalo ngan arang tu sama je untuk menggantikan sekam padi tu..tapi nak kena hancurkan arang la pulak..sebab sekam / arang tu supaya tanah liat tu sentiasa lembab dan tak kering merekah..

    ReplyDelete
  10. nabilah_2908

    arang pun boleh jugak..tapi arang tu nak kena dihancurkan dulu

    ReplyDelete
  11. zue :

    daging itik ni berbau sikit..tapi kalo kena cara masaknya ok jugak sebab daging itik ni lebih lembut dari ayam..

    ReplyDelete
  12. kobe shoes, http://www.kobebryantshoes.in.net/
    coach handbags outlet, http://www.coachhandbagsoutletonline.us.com/
    air jordan 4, http://www.airjordan4.org/
    lululemon outlet, http://www.lululemonoutletstore.in.net/
    new balance shoes, http://www.newbalanceshoes.in.net/
    hermes belt for sale, http://www.hermesbelts.us/
    michael kors bags, http://www.michaelkorsbags.uk/
    north face outlet, http://www.thenorthface.me/
    manchester united jersey, http://www.manchesterunitedonline.com/
    michael kors handbags, http://www.michaelkorsusa.us/
    louis vuitton handbags, http://www.louisvuittonhandbag.us/
    kobe shoes, http://www.kobeshoes.us/
    oakley sunglasses, http://www.oakley.in.net/
    kobe 9, http://www.kobe9elite.us.com/
    vans sneakers, http://www.vans-shoes.cc/
    herve leger, http://www.herveleger.us.com/
    discount oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassesdiscount.us.com/
    wedding dresses uk, http://www.weddingdressesoutlet.co.uk/
    blackhawks jersey, http://www.chicagoblackhawksjersey.us/
    ralph lauren outlet, http://www.ralphlaurenoutletuk.org.uk/
    ray ban sunglasses, http://www.rayban-sunglassess.us.com/
    instyler ionic styler, http://www.instylerionicstyler.com/
    jets jersey, http://www.newyorkjetsjersey.us/
    oakley sunglasses online, http://www.oakleysunglassesonline.us.com/
    true religion outlet, http://www.truereligionjeansoutlet.com/
    2015912caihuali

    ReplyDelete