30 May 2011

tadau ka'amatan

  7 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati. Ke mana destinasi korang cuti sekolah ni ? Balik ke kampung halaman ? Melancong ke luar negara atau hanya melancong dan melawati tempat tempat menarik dalam negara je ?

Hari ni 30 Mei adalah hari cuti umum bagi penduduk di Sabah. Bukan hari ni je tapi esok pun sama gak. Cuti sempena hari pesta kaamatan. Setiap tahun pada 30 dan 31 Mei penduduk kat Sabah akan merayakan hari pesta kaamatan atau pesta menuai ni.


Apa dia pesta menuai ni ? Ramai ramai menuai padi ke ? Ok la, bagi yang tak tau lagi tu jom aku nak kongsikan sama sama pasal pesta kaamatan ni atau dalam bahasa dusunnya tadau ka'amatan.

Pesta ka'amatan ni disambut oleh kebanyakan rakyat negeri Sabah sebagai meraikan tuaian baik. Ianya dah macam perayaan tahunan la sejak dari zaman dulu lagi sampai la sekarang ni.

Pada zaman dulu, penduduk tempatan kebanyakannya mempercayai kepada semangat atau makhluk halus. Mereka mempercayai terdapatnya lima jenis makhluk halus ni yang terdiri dari kinorohingan, rusod, koududuwo, tombiruo dan rogon.

Kinorohingan ni leh kata ketua makhluk halus dan pencipta la. Rusod pulak semangat bagi semua benda hidup kecuali manusia. Koududuwo tu semangat manusia manakala tombiruo ni semangat orang yang dah mati dan rogon pulak semangat yang jahat.

Kinorohingan ni jugak dikenali sebagai bambarayon atau semangat padi yang disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi bambarayon ni dimuliakan pada pokok padi, beras dan nasi kerana ramai mempercayai tanpa adanya padi maka tiadalah kehidupan.


Bagi upacara memuja semangat kinorohingan ni ada enam peringkat dimana peringkat pertama biasanya bobohizan atau ketua pendita akan mengambil tujuh tangkai padi yang terbaik dari sawah yang subur dan kemudiannya akan menaburkan padi dari tujuh tangkai tu sebagai 'makanan' kepada semangat yang ada pada padi tu tak akan menggangu ketika proses penuaian dijalankan.

Peringkat kedua atau dinamakan sebagai kumotob pulak bobohizan tadi akan mengambil tujuh tangkai padi dari sawah yang belum dituai kemudiannya memasukkan tujuh tangkai padi tu tadi ke dalam tadang iaitu sejenis bakul untuk menyimpan padi yang akan dijadikan benih.


Pada peringkat ketiga pulak dinamakan posisip. Bobohizan tadi akan mengambil tujuh tangkai padi yang diikat bersama dan diletakkan dalam tadang tu ke pondok simpanan padi. Sementara mentera dibacakan, padi tu tadi akan dimasukkan ke dalam batang buluh. Mentera tu sebagai menyeru semangat padi tu tadi akan duduk diam dalam pondok tu sampai la dipanggil balik masa nak menanam padi akan datang.

Peringkat seterusnya iaitu upacara poihib dimana masih didalam pondok menyimpan padi tu bobohizan tadi akan menaburkan padi ke dalam tangkob sehingga penuh sebelum menyeru semangat padi tu agar menjaga keselamatan padi yang disimpan tu dari kecurian atau makhluk perosak lain.

Peringkat utamanya dinamakan upacara magavau dimana persembahan memberi 'makan' kepada bambarayon. Kalau zaman dulu biasanya upacara magavau ni diadakan ditengah sawah ketika bulan penuh selepas musim menuai. Tapi sekarang ni kebanyakan upacara magavau ni dijalankan dirumah tuan sawah je.


Peringkat yang terakhir pulak atau upacara humabot dijalankan sebagai merayakan kegembiraan dan ianya kemuncak kepada perayaan pesta ka'amatan ni. Berbagai sambutan diadakan seperti tarian tradisional, makan makan dan apa apa je la yang menggembirakan. Acara yang terpenting sekali adalah pemilihan Unduk Ngadau. Unduk Ngadau ni ala ala ratu cantik la jugak. Tapi sempena pesta ka'amatan ni je. Ianya simbolik kepada Huminodun, anak perempuan kepada Kinorohingan yang mengorbankan dirinya. 

Tapi tak semua sama sambutannya ni. Kadang kadang tu setiap daerah lain lain upacaranya. Cuma motifnya je yang sama iaitu sebagai menghargai semangat padi tu yang menjadikan tanaman diorang subur.

Cuma sekarang ni upacara memuja semangat padi ni kebanyakannya diadakan sebagai satu adat je la. Sempena merayakan pesta ka'amatan dan memelihara tradisi kaum tempatan. 

Kalau pergi ke Sabah masa pesta ka'amatan ni bila bertemu dengan penduduk tempatan, jangan lupa ucapkan "kotobian tadau tagayo do ka'amatan" atau maksudnya "selamat hari menuai". 

Tu je la perkongsian untuk hari ni. Kalau ada tersalah silap tu, harap boleh diperbetulkan. Mane la nak tau kan kot ada rakan rakan pengunjung yang dari Sabah yang lebih arif pasal ka'amatan ni. Aku ni menantu orang Sabah je ba. 


29 May 2011

twilight gangsters

Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat hari ahad dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung. Cuaca kat Ipoh pagi ni alhamdulillah cerah. Sesuai sangat kalau nak keluar beraktiviti luar cam pegi berkelah ke, bawak anak anak bermain kat taman rekreasi ke atau mengunjungi tempat tempat menarik.

Seperti biasa la, setiap hujung minggu adalah hari mengulas filem tontonan pilihan aku sekeluarga. Kalau sebelum ni filem berunsur seram je yang menjadi pilihan, kali ni kitorang memilih filem berunsur jenaka pulak.

Bagi yang melanggan Astro Box Office mungkin ada yang dah tengok filem yang bertajuk Twilight Gangsters ni, tapi kalau yang tak pernah menontonnya meh sini aku nak ulaskan sikit pasal filem ni.



Filem dari negara Korea Selatan yang diterbitkan pada tahun 2010 ni merupakan filem arahan direktor Kang Hyo-jin. Antara pelakon yang menjayakan filem ni seperti Na Moon-hee, Kim Su-mi, Kim Hye-ok, Lim Chang Jung dan Kim Kwang-kyu. 



Filem ni menceritakan tentang tiga rakan baik diusia emas yang merancang untuk memenuhi impian diorang bercuti di kepulauan Hawaii setelah hampir lapan tahun menabung wang bagi membeli pakej percutian tu. 

Diorang bertiga ni masing masing telah menempuhi kehidupan yang sukar dimana Jung-ja (Na Moon-he) adalah seorang bekas banduan, Young-hee (Kim Su-mi) pula adalah seorang isteri kecewa yang baru kematian suaminya yang curang manakala Shin-ja (Kim Hye-ok) seorang janda yang tinggal bersama anak lelakinya yang selalu mencuri duit simpanannya.



Setelah berbagai usaha untuk mengumpul duit yang cukup bagi memenuhi percutian impian diorang tu, akhirnya diorang berjaya jugak mendapatkan jumlah mencukupi. Tapi masalahnya syarikat yang menawarkan pakej pelancongan tu tak menerima bayaran secara tunai sebaliknya diorang nak kena melakukan pembayaran secara pindahan akaun.

Diorang kemudiannya pergi ke bank bagi melakukan proses pindahan akaun tu. Malangnya sebelum sempat duit tu dimasukkan ke dalam akaun, satu kejadian rompakan telah berlaku dan lebih malang lagi duit hasil simpanan diorang selama lapan tahun tu jugak telah diambil oleh perompak tu.



Menambahkan malang diorang tu, pihak bank pulak tak nak bertanggungjawab atas kehilangan duit diorang yang dirompak tu dengan alasan tiada cop rasmi bank menerima duit untuk simpanan dilakukan sewaktu kejadian rompakan tu.  

Kecewa dengan nasib yang menimpa, diorang bertekad menjejaki perompak tu untuk mengambil semula duit diorang yang dicuri tu. Dengan semangat dan tekad memenuhi percutian impian diorang tu, berjaya jugak akhirnya menjejaki salah seorang perompak bank tu.



Namun malangnya perompak tu juga telah ditipu oleh rakan perompaknya. Tidak berputus asa untuk memenuhi impian diorang tu, diorang pulak kemudiannya bertekad untuk merompak bank tu bagi menggantikan duit diorang yang hilang.

Berbagai kejadian melucukan yang berlaku dalam usaha diorang melakukan aksi rompakan tu. Sehingga akhirnya diorang hampir berjaya menyertai rombongan percutian tu malangnya Jung-ja telah diberkas oleh polis dan mereka pun menyerah diri dan terpaksa melupakan hasrat untuk memenuhi percutian impian diorang tu.



Sehingga akhirnya diorang dipenjarakan, Jung-ja pulak menghembuskan nafas terakhir dihadapan kedua rakan baiknya selepas memberi nasihat kepada mereka. Kesudahannya tidak seorang pun dari diorang yang berjaya untuk pergi bercuti ke Hawaii.

Filem ni walaupun berunsur jenaka, tapi ada juga menunjukkan tentang semangat setiakawan, kepentingan menghormati warga tua dan perikemanusiaan. Walaupun diorang tu melakukan perkara yang tak baik seperti mencuri dan sebagainya tapi bagi memenuhi apa juga impian kena la berusaha dengan bersungguh sungguh walau apa jugak yang harus ditempuhi untuk berjaya.

Untuk filem twilight gangsters ni, aku bagi empat dari lima bintang la. Sesuai untuk ditonton seluruh keluarga, jalan cerita yang tidak membosankan dan menghiburkan. Minggu depan filem apa pulak ? Tunggu..


28 May 2011

buatan Malaysia

  7 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung. Seronoknya kalau jadi budak budak sekolah masa ni. Maklum saje la cuti sekolah baru bermula. Boleh bangun tidur lewat, boleh main dengan kawan kawan sepanjang hari, boleh balik kampung atuk opah. 


Semalam pun jalan raya sedikit sesak dengan kenderaan. Mungkin ibu ayah yang menjemput anak anak dari asrama atau stesen bas. Apa pun, berhati hatilah ketika di atas jalan raya tu. Dalam berita malam semalam pun ada menayangkan  pasal kemalangan melibatkan beberapa kenderaan berhampiran Ipoh ni. Mujur juga tak melibatkan kehilangan nyawa. Tapi dalam kesibukan dan kesesakan jalan raya ni, utamakan la keselamatan diri dan orang lain.


Kalau kita tengok TV sekarang ni ada perasan tak iklan pasal barangan buatan tempatan banyak disiarkan. Dan dalam berita malam semalam pun ada memperkatakan pasal isu barangan tempatan.

Berapa ramai antara kita yang menggunakan barangan buatan tempatan ? Kalau kenderaan tu mungkin la ramai yang menggunakan jenama tempatan ye tak ? Bukan sebab ape, murah sikit dari kenderaan yang berjenama luar kan.


Barangan lain pulak camne ? Perkakasan rumah ? Pakaian ? Makanan ? 

Aku sendiri pun boleh kata mungkin 50% je barangan buatan tempatan yang ada aku gunakan. Selebihnya jenama dari luar. Kalau nak buat senarai satu satu barang memang aku rasa bukan 50% kot, kurang lagi barangkali.


Pada pendapat aku, bukan la tak menyokong barangan buatan tempatan ni tapi mungkin sebab dah terbiasa dengan kualiti barangan jenama luar. Pengalaman menggunakan barangan buatan tempatan pun tak berapa nak memberansangkan. Sebab tu bila nak membeli barangan yang kita terpaksa buat pelaburan lebih, kena cari yang dipercayai dari segi kualiti antarabangsa.


Kerajaan Malaysia jugak bercadang nak membuka pasaraya 1Malaysia kat luar negara. Ye, di luar negara. Pasaraya 1Malaysia tu nanti akan memasarkan barangan buatan Malaysia. Tapi kenapa perlu dibukak kat luar negara ? Kenapa tak bukak kat dalam negara sendiri dulu ?


Adakah pihak tersebut dah sedia maklum kalau bukak pasaraya 1Malaysia tu kat Malaysia ni berkemungkinan penjualan barangan yang dijual tu takkan mencapai sasaran yang ditetapkan kot. 

Cuma persoalan yang bermain dalam minda aku ni, adakah mereka yang kat 'atas' tu pun menggunakan barangan berjenama tempatan dalam kehidupan harian diorang atau cuma kita yang kat 'bawah' ni je ?