26 May 2011

Aleesha Farhana

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung. Maaf la sebab semalam takde entri terbaru sebab tak berkesempatan nak mengadap laptop ni. Bermula seawal pagi lagi dah menghabiskan masa hampir tiga jam kat klinik. Lepas tu terus bergegas ke tempat kerja pulak. Lepas tu pegi mengajar pulak sebelum kembali ke tempat kerja semula. 

Hari ni alhamdulillah tak la sibuk sangat. Biasa biasa je. Sempat lagi aku membelek akhbar dalam talian setelah beberapa hari terlepas isu semasa. Biasanya aku tengok berita TV je tapi dua tiga hari ni tak tertengok pulak. 


Antara isu menarik yang sempat aku jenguk tadi pasal kerajaan bercadang tidak menaikkan harga minyak Ron95 buat masa ni. Kalau ikut harga semasa sekarang ni, satu liter minyak Ron95 bersamaan RM1.90. Boleh tahan la jugak. Masa mula mula aku beli motor berjasa aku tu, RM5 pun dah nak melimpah limpah tangki aku tu kepenuhan. Sekarang ni kalau RM5, lebih setengah sikit je. Apa pun, sabor aje la.

Tajuk berita yang lebih menarik aku tengok hari ni pasal permohonan seorang lelaki yang nak memohon pada mahkamah untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana. Boleh tahan namanya tu. Nama asalnya Mohd. Ashraf Hafiz. 


Kisahnya selepas melakukan pembedahan penukaran jantina dari lelaki kepada wanita dua tahun yang lalu di Thailand, macam tak sesuai la pulak kan nak guna nama lelaki. Lagipun dengan penampilan seorang wanita, takkan nak guna nama lelaki. 

Apa pun biarlah mahkamah yang menentukan kesudahannya. Kalau dulu kecoh pasal seorang lelaki ni mengaku sebagai gay, macam macam dah dunia sekarang ni. Pelik dan jelik semakin menular.


Aku ada tengok dalam National Geografi masa sempena hari ibu yang lepas tu pasal camne kejadian bayi dalam perut tu. Walaupun ditayangkan secara simulasi tapi informasi yang diberikan tu menarik jugak la.


Camne asalnya manusia ni dari pencantuman sperma ngan ovum kemudian menjadi sel yang berkembang pesat dan seterusnya melalui beberapa proses sehinggalah membentuk seorang bayi yang sempurna.


Dalam dokumentari tu jugak ada menjelaskan camne terjadinya perbezaan jantina ketika masih dalam perut mak kita tu lagi. Di mana genetik dan kromosom yang menentukan jantina tu akan berkembang. Tapi dalam masa yang sama jugak kekadang berlaku kecelaruan genetik dan kromosom tu menjadikan jantina bayi tu pun bercelaru sama.


Tu yang kadang kadang ada bayi yang lahir sebagai khunsa. Khunsa ni maknanya individu yang memiliki dua alat kelamin. Apa yang aku pernah baca, walaupun ada individu yang berjantina khunsa ni tapi jarang sekali terdapat individu khunsa yang kedua dua alat kelaminnya berfungsi sama. 

Maknanya walaupun dia tu khunsa tapi kalau sifat kelakiannya lebih maka dia tu dikira sebagai lelaki. Dan begitu juga sebaliknya. Dan kalau tak silap aku, dalam Islam jugak mengharuskan untuk melakukan pembedahan bagi individu khunsa ni mengikut kecenderungan jantinanya agar tidak mendatangkan fitnah di masa akan datang.


Tapi kalau kes macam lahirnya berjantina lelaki, isi hatinya seakan perempuan tak pulak Islam mengharuskan buat pembedahan penukaran jantina. Camtu jugak sebaliknya. Malah Islam jugak mengharamkan sekeras kerasnya jika lelaki berperwatakan seperti perempuan dan sebaliknya. Dan golongan ni jugak dilaknat oleh Allah.

Memang la ada individu yang zahirnya lain, batinnya lain. Tak dinafikan kadang kadang tu disebabkan perkembangan genetik ketika dalam perut tu pun mempengaruhi personaliti seseorang individu bila membesar. 


Tapi camne pun didikan dari ibu bapa tu jugak yang penting. Walaupun anak kita tu mungkin nampak istimewa sikit, sebagai ibu bapa kena la pastikan anak anak tu tak menyimpang jauh. Tak salah kalau ada anak lelaki yang menunjukkan sifat keperempuanan cam pandai menghias ke, memasak ke, atau apa apa yang biasanya dikuasai oleh perempuan la. Tapi jangan la biarkan sampai jadi 'perempuan' terus. 

Ingat la firman Allah dalam surah At-Tiin ayat ke 4 yang bermaksud,
"Sesungguhnya kami (Allah) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baik kejadian"
Tak perlu nak tukar apa dah. Andainya kita ni 'istimewa', syukuri la pemberian Allah tu. Tak salah menjadi lelaki yang lembut atau perempuan yang keras. Yang salahnya bila lelaki nak bertukar jadi perempuan, perempuan pulak nak tukar jadi lelaki. Haru wei..

23 comments:

  1. sesuka hati saja mereka ni nak bertukar. hmm... apalah nak jadi ngan dunia.
    Bertukar!!! err,,, apesal da xleh tukar jadi porenjes pink ni?hehe...

    ReplyDelete
  2. tande2 kecil hari kiamat nih...erm...

    ReplyDelete
  3. aku doakan agar tak dluluskan lah permohonan 'aleesha' tu..kalau tak, tak mustahil lepas dia, nanti2 ada lagi yg nak memohon tukar nama n jantina..
    kalau dah jd mcm tu, lagi haru kalau lelaki straight ingat depa ni perempuan, then kawen tanpa tahu jantina original, nayaaaaa..haruuuuu..kesiaann.. aduhaiiii laaah..

    ReplyDelete
  4. ketika mengandung perkara beginilah
    yg selalu kak ati doa minta di jauhkan...

    kalau khunsa..tak leh nak cakap apakan
    ah ada 2 kan...

    ReplyDelete
  5. Minta dijauhkan benda camni terjadi kat anak-anak..
    moga diberi hidayahNya dan hakim bijaksana buat keputusan kalau tak besar impaknya nanti

    ReplyDelete
  6. ya...tengok juga berita pasal mamat ni nak tukar nama lepas buat sex surgery...tak dapat nak tengok rupa dia sebab siap bertudung + ber spek masa keluar court..

    ReplyDelete
  7. harapnya ron95 tu kekal tak naik lah...bukan sekadar propaganda PRU ke..

    smoga kita semua dijauhi dengan perkara kemungkaran ni semua

    ReplyDelete
  8. sy pun ikuti gak kisah si aleesha ni..

    rasa2nya permohonan dia diluluskan ke tidak..?

    harap2 la tak lulus....

    ReplyDelete
  9. pehhh. dh macam pompuan dh si aleesha ni..klu jadi hakim aku pn pening..

    ReplyDelete
  10. minyak lepas pilihan raya kompem naik...

    sengal tul la...dah baik2 jadi lelaki, ada senjata berguna, nak jadi pompuan pulak..ngokngek betul

    ReplyDelete
  11. miya :

    hehehe..camne nak jadi power rengers pink sebab kostum tak muat tu..kena tunggu baby keluar dulu baru leh tukar..

    ReplyDelete
  12. Chempaka Sari :

    dah macam macam tanda keluar..doa je la semoga dijauhi dari fitnah dajjal..

    ReplyDelete
  13. h A n Y S :

    hehehe..ko cuba la promot bisnes tudung ko kat dia..mesti dia nak tu..

    kesian tul kalo terkawen ngan orang camni..walau dah tukar 'alat' tapi tak leh nak beranak wat pe..

    ReplyDelete
  14. Ati Masrif :

    sebab tu bila mengandung, ibu mengandung kena baca doa banyak banyak..buat ibadat banyak banyak..

    ReplyDelete
  15. qemaishak :

    tu la..kalo tuan hakim tu luluskan jugak asanya lepas ni ramai la yang ikut jejak dia tu..

    ReplyDelete
  16. Daddy Ziyyad :

    sekali pandang memang nampak cam pompuan tu bro..

    ReplyDelete