07 May 2011

bahasa

  5 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung. Pagi ni cuaca di bandaraya Ipoh ni indah je. Matahari bersinar membekalkan vitamin D dengan jayanya. Sejak dua hari lepas tak turun pulak hujan walaupun ada kalanya awan mendung melintas di langit di waktu petang. 

Kalau tengok pada tajuk kat atas entri ni, hari ni aku nak berkongsi minda tentang bahasa. Macam slogan yang selalu kita dengar atau nampak kat papan iklan tepi jalan tu, "Bahasa Jiwa Bangsa" dan sebagainya la.


Kita semua pun sedia maklum negara kita yang aman makmur ni didiami oleh pelbagai bangsa yang masing masing mempunyai bahasanya sendiri. Kat semenanjung ni je boleh kata setiap negeri ada bahasa atau dialeknya sendiri. Kalau kat Perak dengan bahasa Peraknya, kat Kedah dengan bahasa Kedahnya, kat Kelantan dengan bahasa Kelantannya.

Tu belum lagi penggunaan bahasa yang lebih mendalam. Kalau jawa dengan bahasa jawanya, kalau banjar dengan bahasa banjarnya, dan banyak lagi la bahasa ibunda yang ada kat negara kita ni.

Sebenarnya seronok jugak bila kita mempelajari bahasa bahasa yang asing pada kita ni. Lelebih lagi kalo bahasa ibunda lain. Agak mencabar dan menyeronokkan. Masa aku memula berpindah ke Perak ni, bila masuk sekolah baru jenuh aku nak memahami apa yang bebudak kat sekolah tu borakkan. 



Maklum la sekolah luar bandar. Dalam kelas ketika waktu pelajaran je penggunaan bahasa melayu standard digunakan. Bila luar waktu kelas, hilang terus penggunaan bahasa melayu tu. Berbulan bulan jugak la baru aku dapat nak menguasai bahasa banjar dari segi pertuturan dan pemahaman tu.

Sekarang ni pulak aku nak kena belajar bahasa dusun. Bukan dusun durian tau, tapi bahasa ibunda wifey aku. Susah jugak sebenarnya nak menguasai bahasa dusun ni. Tapi rasanya kalau aku bermastautin setahun kat Sabah tu mungkin tak jadi masalah untuk aku menguasainya.

Aku ingat lagi bila balik ke Sabah, kadang kadang keluarga wifey aku dok cakap cakap ngan wifey aku guna bahasa dusun. Aku yang duduk berhampiran diorang tengah borak tu hanya mampu memasang telinga je la sebab kekadang tu dengar jugak nama aku disebut sebut. Bila diorang gelak gelak, aku pun gelak sama gak. Padahal aku tak paham apa pun.



Kekadang tu macam lawak pun ada sebab cam bila MIL atau FIL nak bercakap dengan aku diorang terpaksa nak gunakan bahasa yang mudah untuk aku fahami. Selalu jugak la aku terpaksa tanya balik maksud apa yang diperkatakan tu. Tapi walaupun camtu, takde la sampai tak faham lansung.

Seronok sebenarnya bila nak belajar menguasai bahasa lain yang baru bagi kita ni. Sebab bila kita mahir dengan banyak bahasa, serba sikit memudahkan kita untuk bersosial dengan orang lain. Kalau tak dapat nak menguasai pertuturan pun, dapat menguasai pemahaman bahasa lain pun dah kira ok la tu.

Pagi ni tadi aku terdengar berita di radio pasal bermula tahun depan ke bila ntah (maaf, aku tak baca akhbar) Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil guru guru dari Amerika untuk mengajar matapelajaran English di sekolah sekolah bertaraf band 5 dan 6 kat Malaysia ni. Sebanyak 18 juta ke berapa ntah diperuntukkan untuk program mengimport guru english ni.

Terfikir jugak aku, mungkin sebab sekarang ni matapelajaran matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris jadi supaya memudahkan pelajar pelajar tu memahami apa yang dibelajar tu sebab khidmat guru guru luar ni diperlukan.


Tapi adakah kerana guru guru tempatan yang mengajar anak anak atau adik adik kita tu tidak berkelayakan untuk mengajar matapelajaran matematik dan sains tu dalam bahasa inggeris ? Atau mereka sendiri pun mengalami kesukaran untuk mengajar menggunakan bahasa inggeris ?

Mana perginya guru tempatan yang mengambil pengkhususan bahasa inggeris ? Adakah mereka juga tidak layak untuk mendidik anak bangsa kita menguasai bahasa pengantara dunia ni ? Aku pun tak tau jawapannya.

p/s : Selamat hari ibu diucapkan kepada semua ibu, umi, emak, mama, mother, tak kira dimana jua anda berada.

5 comments:

  1. hmm...betulnya juga tu...

    masa zmn stdy dulu...ada 1 group studnt dari kelantan...bila berkumpul...mmg hilang terus bahasa melayu...mmg tak faham langsung apa yg dibualkan... ;)

    ReplyDelete
  2. nabilah_2908 :

    hehehe..kat mana mana pun mesti ada group bahasa apa pun..bestnya kalo kita pun boleh nak menyampuk sekali tu..

    p/s : pagi ni tak leh nak masuk blog apa kata hati la..ada malware dikesan..

    ReplyDelete
  3. Oh, ur wifey orang dusun..mesti best kan sbb dpt belajar budaya diorg selain bahasa itu sendiri..

    Pasal isu pengambilan cikgu dari negara luar tu, tak tahu la nak komen camna..emmm..sbb kita dah ada ramai pelajar yang ambil TESL or sewaktu dengannya..some graduated from local uni and some from overseas..

    xpe, kita tgk nanti cmna outcome nye bila bawa masuk golongan-golongan tersebut

    ReplyDelete
  4. Surie :

    hehehe..mmg best dapat belajar banyak bahasa ni..

    terfikir gak kenapa sampai kerajaan nak kena keluarkan peruntukan berjuta juta untuk bawak masuk tenaga pengajar dari luar sedangkan kalo nak dengan peruntukan tu boleh guna untuk mempertingkatkan tenaga pengajar tempatan yang sedia ada dengan bagi kursus atau sebagainya..

    nampak macam tenaga pengajar tempatan ni takde kualiti je..

    ReplyDelete