16 May 2011

bakti

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang sudi mengunjungi blog aku ni. Ada yang sambung cuti ke hari ni ? Maklum je la esok kan dah cuti sempena hari wesak, mungkin ada yang ambik kesempatan sambung bercuti sampai esok.

Bagi yang mengikuti perkembangan kejohanan hoki piala Sultan Azlan Shah yang berakhir semalam, kita ucapkan tahniah kepada pasukan Australia yang berjaya merangkul gelaran juara menewaskan pasukan Pakistan dengan 3 gol berbalas 2 gol dimana gol kemenangan pasukan Australia diperolehi pada masa tambahan.


Pasukan Malaysia ? Tahniah jugak la sebab dalam banyak banyak perlawanan sepanjang kejohanan mampu jugak menewaskan pasukan Korea Selatan dengan 3 gol berbalas 1 gol. Tak tau la menang pakat ke ape ke tapi camne pun Malaysia Boleh !!

Aku semalam hanya menyaksikan perlawanan akhir ni kat TV Astro Arena je. Ingatkan nak jugak pegi kat stadium tapi rasa macam malas pulak nak keluar sebab anak aku pun mengantuk je meragam tak tentu pasal. 



Perlawanan akhir antara pasukan Australia ngan Pakistan ni memang masyuk jugak la. Masing masing bermain dengan bersungguh sungguh sampai membawa ke masa tambahan untuk gol emas.

Namun nasib menyebelahi pasukan Australia di masa tambahan kedua apabila Christopher Ciriello memastikan kemenangan menjadi milik pasukan Australia dengan menyumbat gol disaat saat terakhir.



Ketua pasukan, Sohail Abbasd dari pasukan Pakistan walaupun hanya berjaya menduduki tempat kedua masih mampu membanggakan pasukan negaranya dengan menjadi penjaring terbanyak bersama pemain pasukan India, Rupinder Singh masing masing menyumbang 6 gol sepanjang kejohanan.



Shakeel Abassi pula dianugerahkan sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan hoki piala Sultan Azlan Shah ni berlansung. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Great Britain setelah menewaskan pasukan New Zealand 4 gol berbalas 2 gol.

Tahun depan tak tau siapa pulak merangkul juara untuk kejohanan hoki piala Sultan Azlan Shah 2012. Kali terakhir pasukan Australia menjadi juara adalah pada tahun 2007. Pasukan Malaysia ? Malaysia Boleh !!



Dalam kegembiraan meraikan kemenangan dan kejayaan, harus jangan dilupakan bakti yang ditaburkan oleh jurulatih tu. Tanpa jurulatih untuk melatih, siapalah mereka tu nak menjadi yang terbaik.

Macam kita jugak la. Tanpa jurulatih yang sentiasa melatih kita sejak dari kecik sampai la dah dewasa ni, siapalah kita sekarang ni. Siapa jurulatih kita tu ? Cikgu tadika, ustaz ustazah yang ajar mengaji, cikgu kat sekolah, pensyarah kat kolej, pensyarah kat universiti, guru tuisyen, makcik sebelah rumah yang ajarkan cara nak masak nasik lemak, atuk saudara kat kampung yang ajarkan perihal rumahtangga, kawan yang ajarkan petua itu ini dan ramai lagi yang terlibat menjadi jurulatih kita sepanjang kehidupan kita kat dunia ni.


Jadi, setinggi mana pun kita berada jangan la sesekali kita lupakan segala jasa bakti mereka tu. Ikut resam padi bak kata orang lama, makin berisi makin tunduk. Bukan setakat tunduk je. Tapi lepas berisi, boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Betul tak murid murid ? 



SELAMAT HARI GURU buat semua pendidik, pengajar, pembimbing. Jangan kencing berdiri sebab nanti anak murid kencing berlari. 







4 comments:

  1. Saya pun follow gak perlawanan hoki Piala Sultan Azlan Syah ni..Malaysia perlu melipatgandakan usaha la..
    pape pun, Malaysia Boleh!

    Saya pun pendidik gak..hehe~

    ReplyDelete
  2. hmm...seronok pula baca ulasan En Pipoq ni... :)

    tahniah pada pasukan Australia...dan juga Malaysia.. :)

    En Pipoq pun mengajar juga kan..? so...Selamat Hari Guru..!! (^_^)

    ReplyDelete
  3. @selamat hari guru pipoq :)

    ReplyDelete
  4. tahniah malaysia...
    xtau lak malaysia menang,,
    hihi

    ReplyDelete