15 May 2011

death bell

  2 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung. Seperti biasa di hari ahad macam ni adalah entri ulasan filem pilihan yang aku tonton bersama keluarga. 

Filem tontonan pilihan minggu ni masih lagi produk negara Korea Selatan dan berunsur seram. Asyik seram je, takde unsur lain ke ? Hehehe..bukan takde, tapi sebab dah filem unsur seram yang jadi pilihan buat masa ni, tunggu la nanti aku review filem unsur lain pulak. Ada, bukan takde.


Filem yang aku nak kongsikan hari ni berjudul death bell. Filem ini adalah percubaan pertama pengarah Yoon Hong-seung atau lebih dikenali dengan nama Chang dimana beliau lebih banyak mengarahkan penggambaran muzik video. Filem ini dikeluarkan pada tahun 2008 dengan bujet sebanyak 1.3 billion Won Korea. 

Antara para pelakon yang menjayakan filem death bell ni seperti Lee Beom-soo yang pertama kali berlakon dalam filem berunsur seram, Nam Gyu-ri, Yoon Jeong-hee, Kim Bum, Son Yeo Eun dan Ham Eun-jeong. 


Filem ini mengesahkan tentang sekumpulan 20 pelajar harapan sekolah tinggi Chang-in yang menyertai kelas tambahan sempena cuti bagi memantapkan lagi tahap pelajaran mereka untuk memasuki kolej pengajian tinggi seterusnya. 

Kisahnya bermula apabila Hye-yeong, pelajar terbaik sekolah telah didapati hilang dari kumpulan setelah berlaku satu kekecohan dimana seorang pelajar menjadi histeria setelah terlihat kelibat hantu. 


Tidak lama kemudian mereka dikejutkan dengan tayangan gambar dipaparan TV menunjukkan Hye-yeong terperangkap didalam sebuah akuarium dan mereka kemudiannya mendengar satu suara mengarahkan mereka untuk menjawab soalan bagi menyelamatkan rakan mereka tu.

Namun dalam kekalutan tu, kegagalan mereka untuk menjawab soalan yang diberikan membuatkan Hye-yeong mati kelemasan didalam akuarium yang dipenuhi dengan air.


Tidak lama kemudian, mereka menyedari seorang lagi rakan mereka telah hilang dari kumpulan sebelum mereka mendengar soalan seterusnya yang membolehkan mereka untuk menyelamatkan rakan diorang tu.

Malah diorang tidak dibenarkan untuk meninggalkan kawasan sekolah dan semua talian untuk menghubungi ke luar telah diputuskan. Seorang demi seorang hilang dan soalan demi soalan dikemukakan bagi menyelamatkan rakan yang hilang tu.


Hingga akhirnya setelah diorang hampir berjaya menyelamatkan seorang lagi rakan dari menjadi mangsa, misteri pembunuhan seakan terungkai. Ketika diorang merapati kematian rakan rakan yang terkorban tu, sekali lagi suara yang tidak dikenali tu berkumandang.

Rupanya ianya adalah plot membalas dendam yang terancang. Bermula dengan kematian seorang pelajar di sekolah tu yang dibunuh oleh salah seorang guru, kedua ibu bapa pelajar tersebut berhasrat untuk membalas dendam bagi kematian anak diorang tu.

Cerita ni bagi aku tak la seram sangat berbanding cerita cerita yang aku tonton sebelum ni. Mulanya aku ingat jalan cerita ni seakan filem 'Saw' yang mana mangsa mangsa terperangkap perlu menjawab soalan bagi menyelamatkan diri. 

Jadi oleh kerana tu, aku bagi satu setengah pengecutan perut je bila menonton filem death bell ni. Jumpa lagi insyaAllah di minggu depan dengan ulasan filem yang lain pulak.

2 comments: