27 May 2011

jaga diri

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati sekalian. Buat adik adik yang bersekolah tu, hari ni dah hari terakhir persekolahan bagi penggal pertengahan. Cuti selama dua minggu selepas bertungkus lumus menjawab soalan peperiksaan baru baru ni gunakan la dengan sebaik baiknya. 



Aku tak cuti lagi. Sebahagian pelajar yang bakal menempuh peperiksaan SPM dan PMR tahun ni ada program perkampungan ilmu selama satu minggu. Maknanya cuti yang sepatutnya dua minggu telah menjadi satu minggu je la. 



Hari ni aku nak berkongsi tafsir Al Quran dari Surah Luqman. Kita bukak Al Quran tu pada mukasurat 412 dijuzuk ke 21 surah yang ke 31 ayat 18 dan 19, kita akan temui ayat dimana Luqman Al Hakim menasihati anaknya tentang perlakuan sepatutnya kita di muka bumi ni.


"Dan janganlah engkau memalingkan muka mu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." Luqman : 18
 
"Dan sederhanakanlah langkah mu semasa berjalan, juga rendahkanlah suara mu (semasa berkata kata), sesungguhnya seburuk buruk suara ialah suara keldai." Luqman : 19
Pengertian ayat yang kat atas ni jelas membimbing kita dalam menjadi insan yang baik budi pekerti. Pada ayat ke 18 tu mengingatkan kita supaya tidak memandang rendah terhadap orang lain. 



Walau setinggi mana pun martabat kita, walau sehebat mana pun kita ni, tak sepatutnya perkara tu membuatkan kita lupa diri. Seringkali berlaku dalam peradaban manusia, yang berkuasa menindas yang lemah, yang berasakan diri mereka lebih dari orang lain memandang rendah pada keupayaan dan kedudukan mereka yang berada di bawah.



Kerana itulah Nabi SAW mengajar kita bahawa Islam itu bersaudara. Malah dalam Islam tak de lansung istilah darjat atau kasta tertentu yang membezakan antara satu dengan yang lain. 


Kita jugak tidak digalakkan malah dilarang untuk berjalan dibumi Allah ni dengan perasaan bangga dan membesar diri. Kecuali la diri tu memang besar. Sebagai hamba Allah dan nama panggilannya pun hamba, tak sepatutnya kita bersombong diri merasa macam dah hebat sangat.




Tak perlu jugak kita berjalan sampai nak hentak hentak kaki. Lain la kalau nak berkawad tu. Ni berjalan kat pusat membeli belah pun kalau boleh nak semua orang tau yang dia tu tengah berjalan. 


Etika ketika bercakap dan berkata kata pun perlu dijaga. Sederhanakan intonasi suara, cakap dengan beradab. Ni tak, kalau nak bersembang tu dah macam sembang kat kedai kopi je. Mengalahkan ahli parlimen tengah berdebat lagi tu. 




Tak kira la samada lelaki mahupun perempuan, jagalah suara tu. Nak jerit jerit, pegi la jerit kat stadium masa tengok bola ke, sukan ape ke tapi jangan lebih lebih pulak. Bertutur la dengan penuh kesopanan. Orang yang dengar pun rasa aman je. Kalau suara tu sedap tak pe jugak kot, ni kalau suara pun serupa keldai apa cerita ? 


Sama sama la kita menjaga tatasusila kita sesama manusia lain. Buang sifat sifat buruk tu gantikan dengan sifat sifat terpuji. Semoga kita mendapat manfaat dari apa yang kita pelajari hari ni.

7 comments:

  1. sama2 lah kita ingat mengingati.. :)



    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    KUALA LINGGI - PART 1

    ReplyDelete
  2. bila ustaz dah mula berbicara...

    nasib baek iema suka pakai selipar jerk..
    xde la nk hentak2 tunjuk perasaan...
    hiihhi

    ReplyDelete
  3. bab2 tinggi sore tu payah juga
    kalau di rumah ni ...asyik terkeluar
    sore tarzan je...bila anak2 buat
    hal...agaknya jiran sebelah selalu
    dengar kot....alahaiiii

    ReplyDelete