23 May 2011

jom main

Assalamulaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung. Pagi ni mendung je langit kat Ipoh. Ada tanda tanda macam nak hujan tapi siapa tahu mendung tak bererti hujan ye tak ? Apa pun bersyukur je la.

Siapa suka main permainan video ? Betul ke ayat tu ? Maksud aku permainan dalam talian ke, permainan konsol ke atau apa apa permainan elektronik la. Aku salah sorang antara korang yang suka main. Maksud aku bermain permainan elektronik la.



Semuanya bermula sejak dari zaman aku kanak kanak dulu. Masa tu mane ada PS atau permainan dalam talian. Paling canggih pun konsol permainan yang guna katrij tu. Apa ke nama dia, nintendo ke ape ntah. Tu pun tak banyak pilihan cuma yang paling popular masa zaman aku tu cam Mario Bros, PacMan, Sonic dan ntah aku tak ingat nama nama diorang tu.


Lepas tu bila dah rasa tak canggih, keluar pulak konsol permainan mudah alih [pandai pandai je aku bagi nama] yang membuatkan pemiliknya rasa macam berlagak tak ingat kat kawan kawan lain yang pegang lastik, guli dan gasing. Cuma minggu pertama je la ada perasaan macam tu sebab takde pilihan lain permainannya. Asyik nak memecahkan rekod terbaik sendiri je.


Kemudian negara kita digegarkan pulak dengan satu lagi konsol permainan mudah alih ni yang mengajar dan mendidik kanak kanak malah dewasa dalam bidang pembinaan. Permainan bata atau tetris atau dalam bahasa antarabangsanya brick game. Boleh kata masa mula mula konsol permainan ni keluar kebanyakan bebudak pasti memilikinya. Atas dasar kepopularan konsol permainan ni, ada pulak pengeluar alat permainan menciplak konsol ni dan kemudian menjualnya dengan harga yang lebih mampu dimiliki oleh ramai budak budak sekolah.


Bila dah semakin ramai menggilai permainan video ni dan kecanggihan teknoloji semakin menjadi jadi, keluar la pulak konsol permainan video yang lebih mengosongkan akaun bank dari pesaing pesaing pengeluar konsol permainan video ni. X-Box la, PS la dan memacam lagi nama yang aku pun tak tau. Masa ni lebih menarik sebab lebih banyak pilihan permainan yang boleh dimainkan. 



Mungkin sebab konsol permainan video sekarang ni semakin merabakkan akaun harganya, kebanyakan penggila permainan video beralih ke arah permainan dalam talian pulak. Tak terkecuali aku la tu. Ditambah dengan pengeluaran CD permainan komputer cetak rompak yang bagaikan menjual buah di pasar malam, memang tak pandang sangat konsol konsol yang lain tu. Permainan dalam talian pun banyak pilihan. Macam aku la, tak abis abis main game kat rangkaian facebook tu. 

Akan datang tak tau la macam mana pulak dunia permainan elektronik ni. Yang pastinya akan semakin canggih la. Apa pun permainan yang kita layan tu, jangan la sampai terabai segala perkara pulak. Main permainan ni sebenarnya ada kebaikan jugak. Sekurang kurangnya boleh melepaskan sedikit tekanan. Ye la, kalau nak serius je sepanjang hari lama lama boleh kena serangan jantung pulak. Bila layan permainan ni dapat jugak melepaskan tekanan tu dan ditambah sikit je dengan tekanan permainan tu. 



Cam aku bagitau tadi yang penting jangan sampai terabai segala perkara terutama sekali kewajipan kita sebagai hamba terhadap Allah. Teringat masa aku sekolah berasrama dulu, maklum la dah ramai ramai dengan kawan kawan asrama. Ada peluang pegi mandi kat tali air memang tak ingat nak balik asrama. Sekali tu ustaz memerangkap warden asrama datang serbu kitorang yang tengah bersuka ria bermain dalam tali air tu. Ingatkan nak kena marah, rupanya soalan yang ditanya cuma, "dah solat ke belum ?"

4 comments: