11 May 2011

kelat

  10 Komen    
label: ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu yang cerah buat semua rakan pengunjung. Panas betul cuaca sekarang ni kan ? Duduk dalam rumah kalau pasang kipas pun rasa berkuap kuap. Kalau ada penyaman udara tu mungkin la tak terasa sangat. Sebelum nak tidur malam, kalau tak mandi dulu memang tak sah. 



Tapi aku rasa kalau duduk kat kampung tak la perasaan sepanas camni kalau matahari terik pun. Mungkin sebab duduk kat kawasan perumahan ni pokoknya kurang. Tak macam kat kampung yang penuh dengan pokok keliling rumah. Sejuk nyaman je udaranya. 

Apa pun alhamdulillah syukur walau panas terik camne pun tak la sampai kemarau macam kat negara lain tu ye tak ? 

Bulan Mei ni kebanyakan penuntut tak kira la sekolah ke, kolej ke, institut pengajian tinggi ke, semuanya tengah muka kelat je. Jalan pun tak pandang kiri kanan. Tangan berkepit dengan buku sepanjang masa. Maklum la tengah bulan peperiksaan.



Bebudak sekolah tempat aku kerja ni pun sama je. Kalau bulan sebelum ni ala ala bergumbira je lakunya, bulan ni pulak senyap sunyi. Dah macam sekolah berhantu pulak rasanya. Aku tengok bebudak tu semua pun jalan tunduk ke bawah je. Dah macam zomba. Hehehe..

Masa aku di zaman persekolahan dulu musim peperiksaan macam ni la yang paling aku tunggu tunggu yang paling aku suka. Bukan sebab apa, tak yah nak bawak buku banyak banyak pegi sekolah, takde ngantuk tunggu cikgu nak masuk kelas, boleh balik awal. 



Apa pun, kepada rakan rakan yang sedang dalam perjuangan tu aku doakan semoga dipermudahkan menjawab segala soalan yang diberikan tu. 


Sebelum terlupa, berkenaan Google AdWords yang aku pernah perkatakan dalam entri terdahulu tu, selepas aku cuba memahami dengan sefaham fahamnya fahaman berkenaan Google AdWords tu apa yang aku faham membuatkan minda aku bercelaru tak tentu pasal.

Apa yang aku faham, Google AdWords ni adalah salah satu cara pengiklanan yang disediakan oleh pihak Google. Kelebihan bagi sesiapa yang mempunyai perniagaan la sebab boleh nak memasarkan produk melalui talian.


Tapi rasanya tak semestinya kena ada perniagaan sendiri. Kot kot ada kawan kawan yang menceburi bidang perniagaan tapi tak meluas sangat pengiklanan tu boleh jugak kalo kita nak bantu iklankan perniagaan diorang tu. Tapi mintak la persen sikit atas hasil usaha kita membantu tu.


Bukan sebab apa, iklan yang kita iklankan melalui khidmat Google AdWords ni adalah iklan berbayar. Setiap kali ada orang klik kat iklan yang kita iklankan tu, maka secara otomatik kita akan dikenakan bayaran. Tapi tak banyak la sebab lebih ramai orang klik, maka akan semakin kurang kita membayar.


Tak paham ? Aku pun tak paham sangat. Dari apa yang aku selidik, kalo kita nak jual produk melalui talian dengan pembayaran kad kredit atau internet banking ok la. Kalau setakat nak mengiklan je, risiko jugak. Tapi tak tau la kalau sekarang ni budaya membeli melalui talian dah semakin meluas kat Malaysia ni.


Faham ? Kurang faham ? Aku pun sama gak. Oleh sebab tu aku rasa biarlah ianya menjadi misteri dalam kehidupan aku buat masa ni. Penat dah aku membaca manual AdWords tu, nak kena cari cikgu baru aku faham kot.


10 comments:

  1. waktu exam wat perut kerap lapar..

    ReplyDelete
  2. bab panas...setuju sngt...malam2 berap kali terbangun..sbb panas...padahnya...x cukup tido...huhu...

    kipas kt rumah...kalau boleh bercakap...dah lama menjerit kot...huhu...berpusing tmpa henti..dgn kadar kelajuan yg maksimum...hehehe... ;)

    exam.....sy tak suka....minggu2 exam..merupakan minggu yg stress...huhu..

    Adwords...sy pun tk faham...guna Nuff jer la...simple dimple.. ;)

    ReplyDelete
  3. kat kampung sama je panasnye,tp walaupun xde aircond,air kolah sgt sejuk.jadi klo kat kampung otometik akan mandi selang 2jam klo panas2 mcm ni.hee

    ReplyDelete
  4. Suka juga waktu exam sebab balik awal..
    yang tak suka bila exam tak bersedia rasa banyak lagi yang tak baca huhu dasar study last minute punya pasal hehe

    ReplyDelete
  5. kl dah panas tu, mmg rasanya memanapun panas jugak.tak bleh tahan kenkadang.panas teramat :)

    ReplyDelete
  6. kak ati baru tahu mid exam
    this 23rd may ...punyalah geram
    dgn anak..baru dia habaq mai

    ReplyDelete
  7. punya la pnjng lebar bagi penerangn diri sndiri pun xpaham..
    stay pada nuffnang jela....

    saya nk bersenang lenang dh habis exam..
    haha

    ReplyDelete
  8. Pasal Ad tu, aku pon x paham~

    btw, patot lah blogger rmai yg sunyi dr ber-blog, sbb musim exam ghupa nyaaa..

    ReplyDelete
  9. Memang panas beberapa hari ini. Ada Air-Cond di bilik boleh pasang sebelum tidur.

    Kalau disekolah tidak ada ujian semula kalau gagal macam di universiti.

    Saya tidak suka peperiksaan bertulis kerana ia tidak menguji kefahaman dan kemahiran kerana ia lebih menguji kemampuan hafalan.

    ReplyDelete